Breaking

Showing posts with label Filem/Drama. Show all posts
Showing posts with label Filem/Drama. Show all posts

January 9, 2013

09:56

Video Full Drama Adam Dan Hawa Episod 77


Video Adam Dan Hawa Episode 77 Tonton Online Full. Dalam episod ini, Ain telah berjumpa dengan Dee di Delifrance. Am tertinggal telefon bimbitnya dan terpaksa pulang semula ke rumah. Am tidak menyangka Ain berani bersemuka dengan Dee manakala Dee tergamam melihat Ain. Ain akhirnya berterus terang dan meluahkan perasaan yang tidak suka Dee menghubungi Am. Pada masa yang sama, Dee masih mengharapkan Am. Nantikan kesinambungan episod tersebut pada malam ini.
adam dan hawa episode 77



January 6, 2013

10:06

Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8


Video youtube Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Tonton Online Full. Pada malam ini akan bermulanya pengembaraan Maharaja Lawak yang akan ditayangkan di Astro Warna. Video penuh juga akan dimuat naik dilaman ini sebaik sahaja rancangan tamat. Tema tugasan untuk minggu ke 8 malam ini adalah Cerita Rakyat dan Radio.Rancangan pada malam ni akan disiarkan bermula pada jam 10 Malam di Astro Mustika Dan Warna. Untuk mengundi taip ML20 <jarak> Nama Peserta dan hantar ke 32888.
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8
Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8-Shiro

Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8-Saywho

Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8-Boboi

Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8-Kumpulan R2

Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8- Jambu

Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8-Jozan

Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8-Shiro


January 4, 2013

10:00

Video Full Drama Adam Dan Hawa Episod 76


Video Adam Dan Hawa Episode 76 secara full Tonton Online. Dee tidak gembira apabila hamilkan anak Muzaffar. Dia jelas sekali tidak mencintai Muzzaftar. Ibu Dee memarahi Dee kerana menyembunyikan kehamilannya. Sejurus itu, Muzaffar pergi ke pejabat Am dan luahkan segala sikap Dee terhadapnya. Muzaffar juga turut menuduh Am telah meniduri Dee dan menjadi punca Dee hamil. Am sangat terkejut dengan cemuhan dan fitnah yang dilemparka terhadapnya.
adam dan hawa episode 76



January 3, 2013

12:00

Video Full Drama Adam Dan Hawa Episod 75


Video Adam Dan Hawa Episode 75 Tonton Online. Muzaffar sangat terkejut apabila dia menjumpai alat ujian kehamilan di bawah katil ketika dia bergaduh dengan Dee. Muzaffar berjumpa dengan mak Dee untuk membincangkan hal tersebut. Mak Dee menceritakan kisah Dee yang  mencintai Am sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkannya. Muzaffar tertanya kenapa Dee masih menaruh hati kepada Am sedangkan Dee sudah berkahwin dengannya dan Am juga sudah beristeri. Mak Dee beigtu marah dan memukul Dee apabila mengetahui yang dia dah hamil.

adam dan hawa episode 75



January 1, 2013

19:31

Video Full Drama Adam Dan Hawa Episod 74


Video Adam Dan Hawa Episode 74 Tonton Online Full. Pada ringkasan cerita episod kali ni, Am dan Ain begitu romantik ketika sedang berbual-bual di bilik tidur. Dee mengamuk tidak tentu arah selepas disentuh oleh suaminya, Muzaffar sehingga hamil. Am sangat gembira bersama Ain. Dia memberitahu telah terbaca dairi Ain ketika berada di rumah mak Ain. Ain terkejut dan hanya tersenyum malu. Seperti biasa, video penuh akan dimuat naik ke laman ini sebaik sahaja rancangan tamat.
adam dan hawa episode 74



December 29, 2012

15:11

FULL VIDEO Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7

FULL VIDEO Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7. Dalam minggu ke-7, peserta-peserta Maharaja Lawak Mega 2012 ditugaskan untuk membuat 2 persembahan yang bertemakan Loghat dan Kembali Ke Sekolah.

Kumpulan yang tersingkir malam ini ialah Kumpulan Sabon. Kalau gandingan Abon dengan Os  seperti sebelum ini pasti boleh tergelak sampai pecah perut..skang tak bape nak 'kick' lagi lawak dorang


Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7- JAMBU

 

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7- SHIRO

 
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7- SABON
 
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7- JOZAN


 

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7-BOBOI
 
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7-R2
 
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7- SAYWHO
 
SECOND ROUND....
 

 

 

 

 

 

 

August 16, 2012

18:00

PANAS! Aaron Aziz Kena Tangkap Khalwat?


Aaron Aziz Kena Tangkap Khalwat? Aaron Aziz memang kena tangkap khalwat tetapi ianya bukanlah berlaku dalam dunia realiti. Sebaliknya, ia berlaku sewaktu Aaron Aziz sedang menjayakan babak berkhalwat dalam drama bersiri 80 episod, Adam & Hawa yang bakal ditayangkan di Mustika HD (Saluran 134) pada 27 Ogos ini.

Hah! Apa... Aaron Aziz Kena Tangkap Khalwat?

Dalam drama ini, Aaron Aziz memang watak sebagai seorang jejaka kacukan Melayu-Inggeris, Adam Mukhriz Gellespie yang akhirnya jatuh cinta dengan seorang gadis remaja kampung bernama Ain Hawani lakonan Nadiya Nisaa.

Adam Dan Hawa

Sumber: Murai.com

August 15, 2012

12:56

NGORAT: Aaron Aziz Layan Korek Hidung


Aaron Aziz Layan Korek Hidung?
Aaron Aziz, pemenang anugerah Bintang Paling Popular 2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian, mencetuskan kontroversi apabila dia didapati sedang mencungkil hidungnya menggunakan sebuah pedang dalam keadaan berlumuran darah dan berpakaian seperti seorang pahlawan.

Namun tak perlu gentar kerana ia hanyalah satu aksi yang dipaparkan dalam filem terbaru lakonan Aaron berjudul Ngorat.

Padan dengan gambar yang agak sinikal, Aaron memainkan watak sebagai Arjuna Kasih, watak khayalan Ijam (Iedil Putra) yang diberikan masa 40 hari untuk mendapatkan seorang 'awek' atau dia akan bertukar menjadi lembut.

Filem terbitan Grand Brilliance yang akan menggegarkan panggung pada 4 Oktober 2012 ini turut dibintangi Erra Fazira, Nas-T, Zain Hamid dan Dira Abu Zahar.

NGORAT OFFICIAL TRAILER

November 4, 2010

21:37

Filem Animasi Megamind Menghiburkan

Me memang suka layan filem-filem animasi ni seperti Shrek, Madagascar, age of ice dan banyak lagi lah. dan yang terbaru filem animasi Megamind yang menghiburkan dan penuh aksi melucukan arahan Tom McGrathdibintangi oleh Will Ferrel (Megamind), Brad Pit (Metro Man) dan Tina Fey (TV reporter Roxanne Ritchi).


 Sinopsis: 
Megamind mengisahkan penjenayah yang terkenal dengan ciptaan hebat untuk menakluk dunia seringkali tewas kepada saingannya, Metro Man. Setelah lebih 20 tahun berusaha, secara tidak sengaja ciptaan Megamind telah membunuh musuhnya itu. 

Namun keadaan tidak semudah yang disangka, dia mula merasa kehilangan dan menakluk dunia tidak pernah menggembirakan hatinya. Dalam pada itu, Megamind menyedari dirinya telah jatuh hati kepada Roxanne Ritchi, seorang wartawan TV.

Kebosanan menakluk dunia telah melahirkan satu idea untuk mencipta hero baru yang lebih hebat daripada Metro Man. Mampukah orang biasa bertindak sebagai hero apabila diberikan kuasa luar biasa? Adakah Megamind mampu menewaskan hero ciptaannya sendiri?

nak tahu cerita selanjutnye jom tengok kat cinema bermula 4 November (hari ni) heee~ pasti sonok. me paling suke tengok movie kat cinema Pavilion, memang tip top. harge tiket pun tip top gak banding gan Time square.
@: jangan ingat budak je leh layan citer2 cengini, me pun layan gak huhu

October 31, 2010

21:36

Slot Akasia Chinta Di TV3

Kali ni me nak cerita pasal drama pula, mesti ramai yang minat tengok drama Chinta ni. me pun minat juge  tapi tak la follow sangat. sebabnye nak tengok tv kat kolej ni sangatlah susah paling2 pun kat cafe. so, sambil order makanan kat cafe petang2 tu sempat jugalah layan cerita ni. Drama ni bermula pukul 6.30 hingga 7.30 PM setiap Isnin hingga Khamis.



Synopsis:

Chinta berkisar tentang pergolakkan hidup dan percintaan seorang gadis jelita yang terjebak di dalam kancah pelacuran. Dibintangi oleh Adi Putra, Faradhiya, Azhar Sulaiman dan Fasha Sandha sebagai watak utama, Chinta, akan mula bersiaran mulai 27hb September, dalam slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang. Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya. Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Sesiapa jua boleh memilikinya sekiranya mampu, tetapi hanya buat seketika. Chinta nekad untuk mengharungi hidup sendirian sebagai kupu-kupu malam walaupun hatinya sangat bencikan kaum lelaki yang menjadikan nasib dirinya begini. Jadi tidak hairanlah, selama ini hatinya tidak pernah terbuka kerana dia tidak pernah percayakan pada perasaan cinta.
walaupun ramai yang tak suka Fasha Sandha tapi me minat tengok cara die belakon. kire die boleh bawa watak tu dengan berkesan. tambah lagi gan eskpresi muke die mampu hidupkan watak tersebut
@: cuti ni balik umah nak layan tv puas2 huhu balas dendam... 
17:17

Aku Tak Bodoh

Jangan hairan pula baca tajuk untuk entry kali ni, me bukan sesaja nak mencarut tapi 'Aku Tak Bodoh' yelah satu lagi filem baru yang bakal ditayangkan pada 2 Disember ni. nak tahu apa jalan cerite filem ni? jum baca sinopsis




SINOPSIS: AKU TAK BODOH

Mengisahkan perihal remaja yang bernama Roy, berusia 16 tahun dalam menghadapi liku-liku hidupnya yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Bapa Roy, seorang pengaturcara computer, percaya bahawa melalui kritikan anak-anaknya akan menjadi seorang yang berjaya.Ibu Roy pula seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa lapang untuk anak-anaknya. Ibunya lebih mengharapkan suaminya untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka.

Lantaran sikap ibubapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja-remaja nakal di mana bersama mereka Roy mula berasa dirinya benar-benar dihargai. Adik Roy, Jefri, berusia 8 tahun juga tersepit di dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa yang mempedulikan dirinya.

Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Roy dan Jefri sudah berani melakukan jenayah yang menyebabkan ibubapa mereka terlalu marah dan bertindak memukul mereka. Ini menyebabkan Roy menjadi lebih liar dan sukar untuk di kawal lagi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Ibubapa Roy terbaca blog hasil nukilan Roy mengenai kisah hidupnya. Mereka juga tersentak dengan pengakuan anak bongsu mereka, Jefri yang sebenarnya mempunyai motif sendiri ketika bergelut dengan keadaan sekelilingnya tanpa kehadiran ibubapanya. Apa akan terjadi pada keluarga ini seterusnya? Bahagia atau kehancuran yang bakal mereka tempuhi?
Antara artis yang berlakon dalam filem ni seperti Dato Jalaluddin, Adibah noor, Amy mastura, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi

Aku Tak Bodoh

Aku Tak Bodoh
filem yang bertemakan komedi dan kekeluargaan


Aku Tak Bodoh
salah satu babak dalam cerita ni

@: menarik ke tak filem ni kene tunggu tayangan 2 Dis ne..

October 26, 2010

14:43

Halimah Jogang Menghina Golongan Tertentu

Drama komedi bersiri, Halimah Jongang bakal kembali dengan musim kedua. Masih mengekalkan watak utama Sheera Iskandar sebagai gadis jongang dan Ako Mustapha sebagai hero baru menggantikan Pierre Andre.




Drama ini dikatakan mempersendakan golongan tertentu, sengaja memilih kelemahan manusia untuk dijadikan gurauan dan menghina.


tapi betul ke ade yang terasa hati sampai macam tu sekali?






bagi aku citer ni takde lah menyentuh sensitiviti sangat, samelah macam cite heroin yang berbadan gemuk macam dalam citer manjalara / cinta kolesterol.


mula2 dihina dan ditertawakan, pastu happy ending gak. samalah konsep die macam citer Halimah Jonggang neh


@: so malaysians, no more heart feeling keh! kalo asyik nak ikut meleis punya heart feeling sampai bile pon filem m'sia takkan maju. tengok cite omputeh rilek je, ugly betty tu ramai je y tengok

October 24, 2010

15:18

Lagi Filem Baru: Jangan Pandang Belakang Congkak 2- agak-agak best ke tak?




FILEM: Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (JPBC 2)
PENGARAH: Ahmad Idham
PELAKON: Mazlan Pet Pet, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Cat Farish, Bob Kuman, Nora Danish, Pak Pie, Ruminah Sidek, Ebby Yus, Wangi.
PENERBIT: Metrowealth Pictures (MIG)
GENRE: Komedi Seram
Klasifikasi: U
Mula Tayangan: 7 OKTOBER 2010

Sinopsis: Mengisahkan Punai (Mazlan Pet Pet) dan Asmat (Cat Farish) dalam usaha menewaskan Mustika (Lisa Surihani) dan Pak Mor (Azlee). Mereka akhirnya dipertemukan dengan Wak Ketari (Bob Kuman) untuk mempelajari ilmu kebomohan. Kehadiran Seha (Nora Danish) telah menguatkan lagi azam mereka untuk menuntut ilmu batin

@: JPBC yang ditayangkan masa raya tahun ni biasa-biasa saja.JPBC2 pula apa cer? 



15:18

Lagi Filem Baru: Jangan Pandang Belakang Congkak 2- agak-agak best ke tak?




FILEM: Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (JPBC 2)
PENGARAH: Ahmad Idham
PELAKON: Mazlan Pet Pet, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Cat Farish, Bob Kuman, Nora Danish, Pak Pie, Ruminah Sidek, Ebby Yus, Wangi.
PENERBIT: Metrowealth Pictures (MIG)
GENRE: Komedi Seram
Klasifikasi: U
Mula Tayangan: 7 OKTOBER 2010

Sinopsis: Mengisahkan Punai (Mazlan Pet Pet) dan Asmat (Cat Farish) dalam usaha menewaskan Mustika (Lisa Surihani) dan Pak Mor (Azlee). Mereka akhirnya dipertemukan dengan Wak Ketari (Bob Kuman) untuk mempelajari ilmu kebomohan. Kehadiran Seha (Nora Danish) telah menguatkan lagi azam mereka untuk menuntut ilmu batin

@: JPBC yang ditayangkan masa raya tahun ni biasa-biasa saja.JPBC2 pula apa cer? 



15:06

Sinopsis Filem Cuti Cuti Cinta

Prebiu Cuti Cuti Cinta


Eava Ealiana merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan.
Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.
Pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbandibng ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy. Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini.
Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Eava marah, lalu menumbuk Remy dan terus berlalu. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya. Dia terus memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai.
Setelah membuat tempahan, Eava masuk ke bilik tetapi tidak berpuas hati dengan keadaan bilik hotel itu. Dia memanggil pengurus hotel itu, En. mahmod dan memberi komen terhadap berberapa perkara. En. Mahmood mengarahkan pekerjanya, Fausrina dan Maliqurrahman melakukan perkara-perkara yang di komen oleh Eava.
Walaupun sudah dibetulkan, Eava masih tidak berpuas hati dan terus memberi komen. En. Mahmood yang tidak tahan dengan bebelan Eava turun ke kaunter. Omar Rudy seoarang lagi pekerja yang menawarkan dirinya untuk memuaskan hati Eava. Eava menyuruh Omar Rudy membuat apa sahaja mengikut suaka hatinya dan Omar hanaya membuat tanpa membantah. Akhirnya Eava berpuas hati dengan biliknya itu.
Esoknya, Eavamemandu keretanya mengelilingi kawasan hotel. Eava sampai di sebuah kampung nelayan dan ternampak Omar rudy, Fausrina, Maliq dan Kris Dayana di dalam bot sedang besiap-siap sedang bersiap-siap untuk pergi ke laut.
Eava bertanya apa yang mereka buat dan mereka hanya memberitahu Eava mereka tinggal di kampung dan menjadi nelayan membantu bapanya selain dari bekerja di hotel tersebut. Eava seperti menyindir Omar Rudy dengan mengatakan mereka terpaksa melakikukan dua kerja untuk mencari makan. Eava juga memperkecilkan kerja nelayang kerana menurut Eava, kerja nelayan adalah satu kerja yang mudah kerana tidak perlu berfikir jika dibandingkan dengan kerjanya sebagai pengarah syarikat.
Omar Rudy mencabar Eava mengikutnya pergi ke laut menangkap ikan. Eava bersetuju. Maka mereka pun pergi ke laut untuk menangkap ikan dan Eava mengalami berbagai-bagai kesukaran dan berlaku berbagai-bagai perkara lucu. Sejak hari itu, banyak lagi kejadian yang berlaku akibat pertentangan gaya hidup dan pemikiran dua golongan ini. Eava masih lagi dengan sikap berkeras hati dan sentiasa mencari jalan mengenakan Omar Rudy dan kawan-kawanya.
Suatu hari Eava memberitahu En. Mahmood yang dia perlukan seorang untuk mengiringinya semasa berada di hotel itu. En. Mahmood bersetuju. Eava mahukan Omar Rudy menjadi pengiringnya. Ini menimbulkan kemarahan kawan-kawannya. Fausrina mula sedar yang Omar Rudy seperti sukakan Eava walaupun Omar tidak menyatakannya.
Fausrina dalam diam sukakan Omar Rudy tetapi kerana persahabatan mereka yang akrab dia menyembunyikan perasaannya. Fausrina mula cemburukan Omar Rudy dan Eava. En. Mahmood menyedari perubahan Fausrina itu lalu menyuruh Fausrina memberitahu tentang isi hatinya tetapi dia tidak mahu. Dalam masa yang sama En. Mahmood sukakan Kris Dayana tetapi malu untuk menyatakannya.
Sementara itu di Kuala Lumpur, ibu bapa Eava dan Remy sibuk mencari Eava. Setelah mereka mengetahui dimana Eava berada. Mereka segera pergi ke hotel tersebut. Tiba di hotel tersebut, En. Mahmood memberitah mereka, Eava dan Omar Rudy pergi ke lautdan jika mereka ingin mengetahui lebih lanjut, mereka harus berjumpa ibu bapa Omar Rudy.
Mereka pergi ke kampung nelayan dan berjumpa dengan ibu bapa Omar Rudy . Eava dan Omar Rudy berjalan-jalan mengelilingi pulau-pulau yang ada di sekitar itu dengan menaiki bot. Tiba-tiba di tengah laut, bot mereka rosak.
Oleh kerana cuaca tidak elok dan angin yang kuat, tiba-tiba bot mereka dipukul ombak yang kuat, rosak dan terdampar di sebuah pulau yang tiada orang. Omar Rudy hubungi Kris tetapi Kris memberitahu bantuan hanya akan sampai esok kerana cuaca tidak elok. Jadi mereka hanya menunggu sampai hari esok.remy bertambah geram dan mula menyalahkan semua orang dab Tan Sri Zaini dan Puan Sri malu dengan sikap Remy.
Di pulau itu, mulut Eava hanya membebel menyalahkan Omar Rudy tetapi Omar tetap bersabar. Omar Rudy mula mencari makanan, membuat tempat untuk mereka berteduh tetapi Eava tetap membebel kerana terpaksa makan dan bermalam di situ. Apa yang Eava pelik mengenai sikap Omar Rudy yang tenang. Dapatkah Omar Rudy melembutkan hati Eava Eliana, dan dapatkah Fausrina, Kris Dayana dam Maliqqurahman menerima Eava? Kesudahannya terjawab di dalam Cuti-cuti Cinta…

@: dah bace sinopsis, nati kite tengok citer die pulak yer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us