Breaking

June 14, 2012

14:19

GAMBAR Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Tunjuk Hubungan Cinta?


Beberapa bulan lalu, kecoh satu Malaysia apabila Apex dikatakan bercinta dengan seorang model dan ahli perniagaan Leuniey atau nama sebenar Nur Eilunie Natasha Nazri.
Gambar dibawah merupakan paparan terakhir avatar Apex di akaun Blackberry Messenger. Beberapa orang peminat Apex ada memberitahu yang kedua dua selebriti ini semakin berani menunjukkan kemesraan melalui sosial media termasuk menunjukkan cincin tanda cinta.
#04 Gossip- Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Sorok Hubungan Cinta?
#01 Gossip- Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Sorok Hubungan Cinta?
#03 Gossip- Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Sorok Hubungan Cinta?

#02 Gossip- Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Sorok Hubungan Cinta?
14:08

Anzalna Nasir Lantik Peguam, Salahkan Wartawan Zubir Berita Harian

Cuba buat ni bila tersangkut dalam traffic jam...! 
Petang semalam dalam satu sidang media ringkas di Bandar Utama, Neelofa mendedahkan yang beliau sudah melantik dua orang peguam & menghantar notis tuntutan kepada Anzalna Nasir.
Anzalna Nasir Lantik Peguam Dan Terkejut Dengan Tulisan Zubir Berita Harian
Pihak Neelofa turut berkata jika Anzalna Nasir gagal memenuhi tuntutan dalam notis tersebut dalam tempoh 7 hari, mereka akan meminta satu permohonan maaf secara terbuka.
Dan, tindakan saman juga merupakan satu kemungkinan yang di’lihat oleh peguam Neelofa. Anzalna Nasir bercakap sebagai maklumbalas kepada tindakan Neelofa.
“Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa kerana perkara ini boleh di’bawa berbincang secara baik dan professional. Saya tidak berniat untuk membuka cerita lama”
“Oleh kerana perkara ini sudah melibatkan badan guaman, saya juga telah pun melantik peguam saya sendiri untuk melihat notis tuntutan Neelofa & tindakan selanjutnya,” ujar Anzalna Nasir yang di’temui awal malam ini.
“Seperkara lagi, saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali kali saya pesan & minta supaya tidak di’keluarkan untuk menjaga hati semua pihak.”
“Apa pun, saya dan peguam akan berbincang untuk memberi maklumbalas kepada Neelofa dalam masa tujuh hari seperti yang di’tuntut,” tambah Anzalna Nasir sebagai penamat bicara.
13:45

Sharnaaz Dan Shila Berdating Dengan Orang Ketiga



SUBANG JAYA: Tindakan Fauziah Sarman atau Kak Zie iaitu ibu kepada penyanyi Shila Amzah yang sering menemani anaknya untuk bertemu dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sedikit pun tidak menggagu hubungan pasangan tersebut.
Sharnaaz berkata, dia berasa selesa apabila setiap kali bertemu dengan Shila, ibu wanita berkenaan sering bersama yang secara tidak langsung dapat meningkatkan kepercayaan keluarga terhadap hubungan tersebut.
"Saya tidak pernah rasa terganggu ditemani oleh ibu Shila setiap kali kami ingin keluar malah menganggap kehadiran ibunya cukup menyenangkan.
"Tambahan pula elok juga ada orang yang lebih berusia menemani kami dan sedikit sebanyak ibunya boleh bagi nasihat jika ada benda-benda yang tak manis berlaku semasa kami keluar bersama.
"Macam pernah sekali, saya tanpa sedar telah memegang tangan Shila dan ibunya menegur perbuatan itu dan ia adalah sesuatu yang baik," ujarnya 
Tambah Sharnaaz, dia tidak faham mengapa ada segelintir pihak yang sentiasa memandang serong apabila Shila membawa ibunya ketika bertemu saya.
Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu setakat ini dia belum pernah meminta izin daripada ibu Shila untuk keluar berdua-duaan dengan kekasihnya itu dan juga tidak pernah terfikir mengenainya.
Ia disebabkan dia cukup selesa dengan situasi tersebut serta berasa selesa dengan kehadiran orang yang lebih dewasa dalam hubungan mereka.
Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia memang memasang impian untuk memperisterikan Shila dan membina keluarga dengannya suatu hari nanti.
Bagaimanapun perkara itu mungkin akan terjadi dalam masa dua hingga tiga tahun selepas kedudukan kewangannya benar-benar stabil.
"Kahwin bukan perkara mudah dan sebagai lelaki yang akan bertanggungjawab terhadap seorang wanita, saya perlu memastikan semua perkara tersedia untuk kesenangan bersama nanti.
"Tetapi Shila adalah pilihan saya untuk hidup bersama dan membina keluarga dengannya nanti," ujarnya.

June 12, 2012

17:56

Anzalna Nasir Dakwa Neelofa Busuk Hati


Anzalna Nasir mendakwa yang Neelofa mempunyai niat jahat dan busuk hati semenjak mereka sama sama berada dalam persaingan Dewi Remaja 2010.
“Walaupun tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok”
“Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja”
Neelofa dalam kenyataan balas menerusi Twitter berkata tindakan Anzalna Nasir memberikan kenyataan kepada surat khabar merupakan tindakan untuk menfitnah diri dan keluarga.
“Nothing in this dunya is in our hands, that Allah cannot take from us and so jgn fikir memfitnah dan menjatuhkan org lain dlm suratkhabar dalah sebaik baik jalan penyelesaian. I know where I stand and as for the TRUTH I will do it the official way,” ujar Neelofa melalui Twitter.
17:34

Anwar Ibrahim Miliki Aset RM 3 Billion!


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia disiasat sekali lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)berhubung dakwaan salah guna kuasa dan memiliki aset bernilai sehingga RM3 bilion ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau sedia disiasat secara terbuka walaupun kes berkenaan telah disiasat oleh Badan Pencegah Raasuah (BPR) pada 1999.
"Saya lihat kes ini sengaja di ulang kitar, ulang tayang sekadar untuk menghidupkan isu.
"Saya tidak ada masalah untuk siasatan terbuka walaupun kes ini telah disiasat dan ditutup," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.
Sambil menafikan dakwaan berkenaan, Anwar berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadappenyiaran laporan berkenaan.
Anwar berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan sebuah akhbar bahasa Inggeris bahawa beliau mengarahkan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah bank menyalurkan berjuta-juta ringgit ke dalam akaun individu dan syarikat.
Mengulas lanjut Anwar berkata berdasarkan Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat oleh bekas Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris jelas menunjukkan siasatan bagi kes berkenaan ditutup kerana tiada kes.
Salinan SD bertarikh 10 November 2009 itu turut diedarkan kepada media.
Menerusi SD itu, Abdul Razak menyatakan bahawa siasatan terhadap Anwar dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan teliti termasuk ke luar negara seperti Singapura dan United Kingdom
17:31

PTPTN UNISEL Dibekukan, Mahu Hukum Pelajar?



KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel), yang kini ditarik balik, bukan bertujuan membebankan penuntut institut pengajian tinggi itu.
Beliau berkata tindakan itu dilakukan sebagai respons kerajaan pusat terhadap perhimpunan haram yang dianjurkan pembangkang yang mendesak PTPT Ndihapuskan di ibu kota pada 14 April lepas.
"Kerajaan bukan nak seksa pelajar tetapi hanya ingin lihat kemampuan kerajaan negeri Selangor dalam melaksanakan pendidikan percuma dan ternyata mereka tidak mampu.
"Jika mereka (kerajaan negeri Selangor) dakwa mampu melaksanakan pendidikan percuma melalui kaedah mengapung aset (tanah) Unisel, ia adalah tidak logik sama sekali," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Kejuruteraan Dunia, Sains dan Teknologi 2012 (ESTCON), di sini, Selasa.
Pada 6 Jun lepas, Mohamed Khaled mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar baru Unisel bagi menentukan keupayaan kerajaan Selangor pimpinan PKR-DAP-PAS memberikan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka. Bagaimanapun, pembatalan pembekuan pinjaman itu ditarik balik pada 8 Jun lepas. Mohamed Khaled juga menegaskan bahawa cadangan pembekuan itu hanya melibatkan pelajar kemasukan semester baru pada April lalu dan tidak melibatkan penuntut yang masih mendapat pinjaman dan sedang mengikuti pengajian.
Mohamed Khaled turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan menjadikan isu pembekuan PTPTN sebagai alat politik untuk menghukum kerajaan negeri pimpinan pembangkang sehingga membebankan pelajar.
"Kerajaan tidak menjadikan PTPTN sebagai alat nak hukum sesiapa terutamanya pelajar setelah apa yang pembangkang terlebih dahulu hebahkan berhubung kemampuan mereka dalam memberikan pendidikan percuma. "Bila kerajaan lakukan pembekuan, kelam kabut (kerajaan negeri) nak apung aset itu ini padahal mereka langsung tidak mampu," katanya. Mohamed Khaled berkata faktor utama pembatalan pembekuan PTPTN itu dilakukan setelah mempertimbangkan rayuan daripada Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad yang memaklumkan bahawa pinjaman PTPTN amat diperlukan para penuntut Unisel dalam meneruskan pengajian.
"Kita batal pembekuan sebab terima respons melalui surat daripada pihak pentadbiran Unisel bukannya sebab dakwaan kerajaan takut lihat pembangkang mampu laksanakan pendidikan percuma.
"Rakyat perlu bijak menilai perbezaan tindakan kerajaan yang hanya melakukan pembekuan, itu pun sudah ditarik balik sedangkan pembangkang pula nekad untuk hapuskan PTPTN yang telah banyak memberikan peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian," kata Mohamed Khaled.
PTPTN membelanjakan RM3 juta kepada kira-kira 5,000 pelajar di Unisel untuk setiap pengambilan semester baru bagi menampung yuran pengajian dan kos sara hidup.-BERNAMA
17:23

Awan Ganjil Tapi Cantik Di Sekitar Sabah 12 Jun 2012

Pagi tadi ramai geng2 fb Sabah yang post berkenaan awan-awan mendung berarak yang agak ganjil tapi CANTIK seakan bentuk tsunami (mungkin). Namun ini boleh dianggap fenomena biasa sahaja. Awan pelik iaitu Awan Arcus terbentuk pada pagi 12 Jun 2012..Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan... Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah.




Highway KK


sekitar Marina Court, KK

17:12

Kenyataan Neelofa Sindir Tasha Shila, Tak Layak Menang ABPBH 2011

Neelofa mengeluarkan statement yang agak sinis terhadap TashaShila kerana kononnya Tasha Shila tak layak menang ABPBH 2011


Sebanyak 95 peratus kawan-kawan atau orang yang Lofa jumpa semua bertanya, siapa dia (Tasha)? Jadi, bila ada cerita yang mengatakan kononnya pemenang itu membeli suratkhabar untuk menang, Lofa pun tertanya-tanya. Pada Lofa, nak sangat menang, bagilah. Dia menang pun tak menjejaskan apa-apa. Katakanlah Najwa Latiff menang, itu logiklah kan? Ini sebaliknya. Tolonglah. Sebab itu Lofa cakap Lofa tak kisah kalah di tangan Najwa Latiff sebab dia memang popular. Bukan di tangan pelakon itu. Kalau labur berpuluh ribu semata-mata nak dapat award, bagi Lofa lupakanlah. Lebih baik Lofa gunakan duit it utuk bayar wang pendahuluan rumah atau benda lain. Tak berbaloi langsung.
lofa
Dan ini pula luahan hati Tasha Shilla selepas membaca kata-kata Neelofa:-
Bagi saya, semua calon Top 5, popular dan mereka berpeluang untuk menang. Hanya Lofa seorang sahaja yang dilihat seolah-olah mempertikaikan kemenangan saya, calo lain tak cakap apa-apa pun, malah ucap tahniah lagi. Dari situ saya dah nampak, Lofa seorang sahaja yang bermasalah. Mungkin sebelum ini Lofa memandang rendah terhadap saya.
Lofa nie depan saya lain, belakang lain. Selepas membaca kenyataannya, saya rasa Lofa seorang yang bermuka-muka. Bagi saya, dia ada perasaan busuk hati, sebab tu dia boleh mengeluarkan kenyataan berkenaan. Lofa sendiri yang menunjukkan dirinya tidak berpuas hati dengan saya menerusi kenyataannya sebelum ini. Orang yang membaca kenyataannya, boleh membuat penilaian mereka.
Melalui twitter, Lofa tulis “next year kita pun kena beli paper satu lori juga”. Bagi saya, sekiranya tahun depan dia tercalon sekali lagi dalam Top 5, beliau nak beli satu lori, terpulanglah. Itu usaha dia. Masing-masing ada peminat. Apa yang ditulisnya itu menunjukkan Lofa tak boleh terima kenyataan. Bagi saya, Lofa tak perlulah mengaibkan saya, cakap saya macam-macam.
Apabila saya ada kawan seperti Lofa, lebih baik saya menjauhkan diri daripadanya. Sepatutnya dalam industri, tak boleh ada perasaan busuk hati kerana kita perlu sokong kerjaya masing-masing.
Kalau kita tak menang, sewajarnya kita berusaha lebih gigih. Sekiranya nak bersaing, biarlah sihat, bukannya mengeluarkan kenyataan negatif untuk menjatuhkan pihak lain.
Bagi saya sebelum kita nak mengata perihal orang lain, cerminlah diri sendiri dulu. Kenyataan Lofa ibarat meludah ke langit, terkena mukanya sendiri.

SUMBER:BEAUTIFULNARA.COM 
17:07

Tasha Shila, Anzalna & Neelofa Terima Padah Jika Terus Bergaduh


PETALING JAYA: Sikap tiga orang artis iaitu Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa yang bertelagah akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas mereAkuasa tersebut, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.
"Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'.
"Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.
"Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya 
Zed Zaidi
Zed diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa pelakon Neelofa telah memburuk-burukkan dua rakannya iaitu Anzalna
Kejadian itu bertambah panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.
Dalam pada itu tambah Zed, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
"Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.
"Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya," tegasnya.
Dalam pada itu, pihak Seniman juga sedang merancang untuk menganjurkan sebuah kursus komunikasi buat artis-artis yang baru menyertai industri seni hiburan agar isu-isu mengenai disiplin tidak akan timbul lagi.
Mengikut syarat, semua artis di negara ini perlu menjadi ahli Seniman sebelum boleh diambil berlakon
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us