Breaking

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

September 29, 2012

09:41

Lajim Ukin Beli 'Surat Cinta' Anwar Ibrahim RM 50 Ribu!


Lajim Ukin Beli 'Surat Cinta' Anwar Ibrahim RM 50 Ribu!. Lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), antaranya tongkat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan 'surat cinta' Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjana RM182,000 untuk tabung Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perikatan itu.
Lelongan diadakan pada majlis makan malam perdana PR di sini malam tadi.

Harga lelongan tertinggi dibayar kepada surat cinta Anwar, Ketua Pembangkang, kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang ditulis beliau dari penjara.

Ia dibeli dengan RM50,000 oleh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, pemimpin dari Sabah yang bulan lalu meninggalkan Umno dan BN.

Ia diikuti oleh kartun dilukis secara 'live' oleh Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000, lapor Harakahdaily.

Pen yang digunakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang ketika dalam penjara, dibeli dengan harga RM23,000 oleh Exco Selangor, Ronie Liu.

Gambar santai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta terendak nelayannya dibeli dengan harga RM17,000. Ia dibeli oleh Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong Pas Selangor, Sri Jalaraman. 

Selain itu, barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden Pas, berjaya dilelong dengan harga RM11,000, gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali (RM15,000) dan tongkat Nik Aziz (RM12,000) dan poster filem Karpal Singh (RM12,000).

Di samping kutipan melalui lelongan itu, majlis itu berjaya mengutip lebih RM22,000 melalui jualan meja.

"Ini bermakna, lebih RM200,000 kita berjaya kutip malam ini," kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli.

August 7, 2012

21:26

'Najib Dah Nazak' Kata Hairie Othman

Sengaja nak mencetuskan kontroversi atau sekadar bergurau, namun kenyataan Hairie Othman melalui twitternya mendapat reaksi ramai pengikut yang menyifatkan beliau tak profesional dan kurang matang. 

Hairie Othman yang kini menjadi ahli PAS mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO akan berkubur. Tak cukup dengan itu, Hairie menulis 'Najib dan Nazak, Mahyudin kena baca Yassin, Rais jadi anak Yatim'.



KreditFoto: Buahmulut.com

July 31, 2012

10:05

VIDEO Lagu Asal Dan Lirik JANJI DITEPATI Oleh Rais Yatim

Klip VIDEO persembahan lagu asal @ Original Soundtrack 'JANJI DITEPATI" telah dipersembahkan dalam himpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA).. Himpunan tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Jun 2012 di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Pada acara itu, Najib telah mengumumkan program subsidi tayar dan perlindungan insurans yang memberi manfaat kepada lebih 10,000 pemandu teksi di seluruh negara.

Dibawah ini adalah lirik asal lagu 'JANJI DITEPATI" sempena Hari Kemerdekaan Ke-55 yang didakwa oleh Rais Yatim ditulis olehnya sendiri.

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji kita ditepati

Orang sana pandai cakap 
Tapi tak boleh buat 
Orang sana pandai janji ..... 
pada yang tak peduli 
Orang sana pandai auta 
Tapi budi tak ada.. 

(Chorus)
Janji siapa?
Janji kita..
Janji apa?
Janji 1Malaysia...
Janji siapa?
Janji kita...
Janji apa?
Janji 1Malaysia

Ini janji kita..
 BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

Lirik yang dimerahkan itu telah digantikan dengan lirik lain kononnya setelah dibantah oleh Najib.. kononnyalah...

Saksikan!! 
VIDEO Lagu Asal Dan Lirik JANJI DITEPATI
 

09:53

PENDEDAHAN Misteri Perletakan Jawatan Hassan Merican CEO Petronas Dibongkar REUTERS!


Laporan dari Reuters ini memberikan jawapan kepada kita yang masih tertanya-tanya mengapa seorang CEO yang telah 21 tahun menerajui Petronas hingga berjaya meletakkan nama Petronas sebaris dengan pengeluar minyak lain didunia meletakkan jawatannya secara tiba-tiba.


Selain dari mendedahkan Najib telah dibidas secara berhadapan oleh CEO Petronas sekarang iaitu Datuk Shamsul Azhar Abbas, laporan dari Reuters ini juga mendedahkan bahawa Najib sebenarnya lebih kejam dari Tun Mahathir.

Menurut Reuters, meskipun Tan Sri Hassan Marican telah dilantik oleh Tun Mahathir sebagai CEO bagi Petronas dalam banyak hal beliau sering tidak bersetuju dengan Mahathir.

Biarpun begitu Hassan menurut Mahathir telah bersetuju untuk menyelamatkan Proton yang menjadi kebanggaan Tun Mahathir dan juga Syarikat perkapalan milik anak Mahathir.

Bagaimanapun apabila Najib mengambil alih pentadbiran pada tahun 2009 dari Tun Mahathir telah berlaku pertelingkahan antara Najib dan Hassan Merican .

Isunya hanyalah pasukan ‘Formula One’ yang mana satukah hendak ditaja oleh Petronas.

Kerana beliau tidak bersetuju dengan Najib, Hassan Merican teah diberikan notis hanya selama enam hari mengatakan kontraknya tidak diperbaharui pada tahun 2010.

Selain dari isu menaja pasukan ‘Formula One’, Hassan Meriacan juga dikatakan menolak cadangan dari Najib untuk menerima syarikat yang tidak berpengalaman langsung dalam industri minyak dan gas untuk bersama Petronas membangunkan industri minyak dan gas di Malaysia.

Dan dengan disingkirnya Hassan Merican dari Petronas.. kedua-dua projek yang melibatkan dana berjumlah USD444 Billion adalah sebahagian dari pelan Transformasi Ekonomi Najib yang telah dilancarkan pada bulan September 2010 hanya tujuh bulan setelah Hassan disingkirkan oleh Najib.


@: Inilah akibatnya jika memilih pemimpin yang pendek akal. boleh merugikan negara dan menyusahkan rakyat. Kalau Tun Mahathir dulu mempunyai kuasa veto suruh Pak lah letak jawatan, sekarang tak boleh ke suruh Pak Najib pula letak jawatan. Kontroversi betul Pak Najib ni...ehehe :)

Sumber: HERE

July 30, 2012

20:59

PANAS!! VIDEO Anwar Ibrahim Di Beaufort, Sabah


Menjelang PRU 13 ni semua pemimpin turun berkempen. Mana tempat yang tak pernah pergi dorang pergi, canang parti masing-masing sana sini. Suap duit tak usah cerita lah, tak cukup dengan wang 'bantuan' Felda berjuta-juta, ditambah lagi bonus raya, bukan main suka suki je nak bagi duit banyak tu pasti ada isu disebaliknya. Bagi pihak pembangkang pula sibuk dengan manifestonya nak turunkan harga kereta, royalti dan macam-macam lagi lah.

Bagi me, takde yang buruk dan baiknya samada parti kerajaan mahupun pembangkang. Tapi yang membuatkan parti tu BUSUK adalah orang-orang di dalamnya sendiri. Apapun pilihan di tangan anda :)

VIDEO Anwar Ibrahim Di Beaufort Sabah

July 29, 2012

11:24

Lajim Ukin: Singkir Musa Aman ATAU Pakatan Rakyat Perintah Sabah

Lajim nafi keluar Umno, sertai pembangkang


TERKINI: Anggota Majlis Tertinggi Umno lajim Ukin mengumumkan  petang ini peletakan semua jawatannya dalam Umno dan terserah kepada Umno untuk memutuskan keangotaannya dalam parti dan kedudukannya sebagai timbalan menteri.

Sejauh manakah Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membiarkan dirinya diugut oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dengan ancaman akan keluar Umno dan menyertai Pakatan Pembangkang.

Beliau telah mementaskan berbagai lakonan politik yang sehingga ini tidak menarik perhatian atau tidak mendapat  reaksi dari Datuk Seri  Najib. Sikap Najib ini menampakkan kepada umum beliau sedang mencari penyelesaian kepada krisis dalam BN Sabah menjelang pilihan raya.

Berita terakhir mengatakan Lajim dan wakil Parlimen BN Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing akan menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melancarkan Barisan Refomasi Sabah. Sebelumnya beliau juga telah menemui Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz.

Apakah yang dikehendaki atau kata dua yang diberikan oleh Lajim kepada Najib sehingga beliau sanggup menimbulkan suatu keadaan yang menggugat BN Sabah dan tentunya juga demoralised BN dalam saat memerlukan perpaduan yang utoh menghadapi pilihan raya.

Khabarnya Lajim mahu mempastikan Najib menyingkirkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dari Sabah, mempastikan beliau tidak lagi akan dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah.

Dan, jika ini diterima oleh Najib, maka tentunya Lajim juga kan menghadapi cabaran dari Datuk Seri Mohd Shafei Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang kabarnya, juga berminat sangat mahu menjadi Ketua Menteri Sabah.

Dan, lebih dari itu jika Najib tunduk kepada sebarang tuntutan Lajim yang bersifat mengugut maka tentunya akan menampakkan kelemahan kepimpinan beliau.

Terakhir Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah pun menggesa Lajim supaya menyatakan pendirian yang tegas berhubung dakwaannya mahu meninggalkan Umno. Dalam kata-kata lain - Lajim tamatkan drama!


@: warga Sabah pasti lebih tahu siapa dia Musa Aman dan Kenapa Lajim Ukin nak singkirkan beliau...
10:28

Lajim Ukim Letak Jawatan Dalam Umno & Pengerusi BN Beaufort


Datuk Seri Lajim Ukin
KOTA KINABALU: Datuk Seri Lajim Ukim pada Sabtu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta merta.
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.
"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.
"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya.
Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.
Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah. -BERNAMA

July 25, 2012

06:30

Harga Kereta Lebih Murah Jika PKR Menang PRU13

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli



PETALING JAYA - PKR berjanji menjadikan harga kereta yang tidak membebankan rakyat sebagai manifesto dalam Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, dasar automotif Umno-Barisan Nasional (BN) dilihat banyak memberi tekanan kepada rakyat dengan mengenakan cukai-cukai yang tidak munasabah.

Menurutnya, harga kereta yang menjadi beban rakyat akan dijadikan intipati manifesto PR supaya kos pembiayaannya dikurangkan.

"Harga kereta yang menggunakan dasar automatif BN-Umno ini memang menjadi beban kepada rakyat.

"Sepatutnya harga kereta yang perlu ditanggung oleh rakyat hanyalah harga kereta bukan ada cukai yang berkali ganda," katanya pada sidang media pagi ini.

Rafizi berkata, PR berjanji beban harga kereta ini akan dijadikan perkara pertama untuk diberi perhatian pihaknya menang PRU13.

"Kita berjanji rakyat tak akan tanggung beban dari harga kereta yang sangat tinggi akibat daripada cukai-cukai yang dikenakan.

"Kita sudah bincang dalam PKR dan dalam PR telah dibincangkan di peringkat tertinggi, dan itu diserahkan kepada pemimpin PR untuk laksanakannya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan Keadilan, Sim Tze Tzin berkata, generasi muda boleh menghantar atau mencadangkan sebarang idea baru untuk dimasukkan  dalam manifesto PR.

"Kita minta mereka yang ada idea baru, yang boleh dijadikan salah satu bahagian dalam manifesto melalui e-mel kepada kami," katanya.


@: Kereta Malaysia adalah paling mahal di negara Malaysia. Pelik bukan

July 21, 2012

11:14

Abby Abadi Sah Ahli PAS Seumur Hidup


Abby Abadi Sah Ahli PAS Seumur Hidup. semalam Abby Abadi telah pun menghantar borang keahlian seumur hidup PAS kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Proses penyerahan telah dilakukan di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.
abby abadi
Selepas memberitahu media awal bulan lalu yang dia masih belum bersedia untuk menyertai mana-mana parti politik, kemasukan Abby Abadi ke dalam parti PAS untuk mencari erti perjuangan sebenar dan berkongsi pengalaman hidupnya. Kata Abby:-
Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita. Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini.
Semoga dengan kemasukan Abby ke dalam parti PAS akan memudahkan usaha dakwah dan perkongsian pengalaman yang sedang Abby lakukan. Info dipetik daripada Sinar Harian.

June 12, 2012

17:34

Anwar Ibrahim Miliki Aset RM 3 Billion!


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia disiasat sekali lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)berhubung dakwaan salah guna kuasa dan memiliki aset bernilai sehingga RM3 bilion ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau sedia disiasat secara terbuka walaupun kes berkenaan telah disiasat oleh Badan Pencegah Raasuah (BPR) pada 1999.
"Saya lihat kes ini sengaja di ulang kitar, ulang tayang sekadar untuk menghidupkan isu.
"Saya tidak ada masalah untuk siasatan terbuka walaupun kes ini telah disiasat dan ditutup," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.
Sambil menafikan dakwaan berkenaan, Anwar berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadappenyiaran laporan berkenaan.
Anwar berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan sebuah akhbar bahasa Inggeris bahawa beliau mengarahkan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah bank menyalurkan berjuta-juta ringgit ke dalam akaun individu dan syarikat.
Mengulas lanjut Anwar berkata berdasarkan Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat oleh bekas Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris jelas menunjukkan siasatan bagi kes berkenaan ditutup kerana tiada kes.
Salinan SD bertarikh 10 November 2009 itu turut diedarkan kepada media.
Menerusi SD itu, Abdul Razak menyatakan bahawa siasatan terhadap Anwar dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan teliti termasuk ke luar negara seperti Singapura dan United Kingdom
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us