Breaking

Showing posts with label cara buat pinjaman ptptn. Show all posts
Showing posts with label cara buat pinjaman ptptn. Show all posts

June 12, 2012

17:31

PTPTN UNISEL Dibekukan, Mahu Hukum Pelajar?



KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel), yang kini ditarik balik, bukan bertujuan membebankan penuntut institut pengajian tinggi itu.
Beliau berkata tindakan itu dilakukan sebagai respons kerajaan pusat terhadap perhimpunan haram yang dianjurkan pembangkang yang mendesak PTPT Ndihapuskan di ibu kota pada 14 April lepas.
"Kerajaan bukan nak seksa pelajar tetapi hanya ingin lihat kemampuan kerajaan negeri Selangor dalam melaksanakan pendidikan percuma dan ternyata mereka tidak mampu.
"Jika mereka (kerajaan negeri Selangor) dakwa mampu melaksanakan pendidikan percuma melalui kaedah mengapung aset (tanah) Unisel, ia adalah tidak logik sama sekali," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Kejuruteraan Dunia, Sains dan Teknologi 2012 (ESTCON), di sini, Selasa.
Pada 6 Jun lepas, Mohamed Khaled mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar baru Unisel bagi menentukan keupayaan kerajaan Selangor pimpinan PKR-DAP-PAS memberikan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka. Bagaimanapun, pembatalan pembekuan pinjaman itu ditarik balik pada 8 Jun lepas. Mohamed Khaled juga menegaskan bahawa cadangan pembekuan itu hanya melibatkan pelajar kemasukan semester baru pada April lalu dan tidak melibatkan penuntut yang masih mendapat pinjaman dan sedang mengikuti pengajian.
Mohamed Khaled turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan menjadikan isu pembekuan PTPTN sebagai alat politik untuk menghukum kerajaan negeri pimpinan pembangkang sehingga membebankan pelajar.
"Kerajaan tidak menjadikan PTPTN sebagai alat nak hukum sesiapa terutamanya pelajar setelah apa yang pembangkang terlebih dahulu hebahkan berhubung kemampuan mereka dalam memberikan pendidikan percuma. "Bila kerajaan lakukan pembekuan, kelam kabut (kerajaan negeri) nak apung aset itu ini padahal mereka langsung tidak mampu," katanya. Mohamed Khaled berkata faktor utama pembatalan pembekuan PTPTN itu dilakukan setelah mempertimbangkan rayuan daripada Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad yang memaklumkan bahawa pinjaman PTPTN amat diperlukan para penuntut Unisel dalam meneruskan pengajian.
"Kita batal pembekuan sebab terima respons melalui surat daripada pihak pentadbiran Unisel bukannya sebab dakwaan kerajaan takut lihat pembangkang mampu laksanakan pendidikan percuma.
"Rakyat perlu bijak menilai perbezaan tindakan kerajaan yang hanya melakukan pembekuan, itu pun sudah ditarik balik sedangkan pembangkang pula nekad untuk hapuskan PTPTN yang telah banyak memberikan peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian," kata Mohamed Khaled.
PTPTN membelanjakan RM3 juta kepada kira-kira 5,000 pelajar di Unisel untuk setiap pengambilan semester baru bagi menampung yuran pengajian dan kos sara hidup.-BERNAMA

June 18, 2011

15:48

PTPTN Henti Pinjaman Pelajar PNGK 2.0 Ke Bawah

Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan pinjaman pelajar yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah adalah wajar, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ini katanya bagi mengelakkan ketirisan wang pembayar cukai.
"Sesiapa sahaja yang pencapaian PNGK mereka 2.0 ke bawah baik dihentikan pinjaman itu dan pelajar yang kurang komited patut menghentikan pengajian serta memilih untuk belajar semula dalam bidang yang bukan bercorak akademik," katanya kepada pemberita, di sini, Sabtu.
Beliau berkata dengan gred serendah itu, pelajar terbabit akan sukar memperolehi pekerjaan sekali gus menimbulkan masalah dalam pembayaran balik pinjaman PTPTN.
Khaled diminta mengulas kenyataan Anggota Lembaga Pengarah PTPTN Datuk Tajul Urus Md Zin yang dilapor berkata agensi itu tidak akan berkompromi dengan pelajar yang gagal mencatat keputusan memuaskan dan akan menghentikan pinjaman mereka yang mendapat PNGK 2.0 ke bawah secara automatik. -BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us