Breaking

Showing posts with label artis malaysia. Show all posts
Showing posts with label artis malaysia. Show all posts

August 9, 2012

23:52

(8 GAMBAR) Intan Ladyana Berambut Pendek, Cun!!!


Intan Nurladyana Mohamad Yahaya atau lebih mesra dipanggil Intan Ladyana yang sebelum ini berimej rambut panjang, kini berubah wajah demi memenuhi keperluan filem lakonan terbarunya, Dampak, Intan terpaksa menukar imejnya kepada berambut pendek.
Menurut Intan Ladyana menerusi akhbar Kosmo! Online, pada awalnya beliau agak gelisah untuk memotong rambutnya kerana sudah terlalu lama dengan imej berambut panjang. Disamping itu, beliau turut mengaku bimbang dengan imej berambut pendek akan menyebabkan mukanya kelihatan lebih berisi. Menurut Intan lagi, kali terakhir beliau berambut pendek adalah ketika menuntut di tingkatan tiga pada zaman persekolahannya dahulu.
Selain itu, Intan turut melahirkan rasa gembira dengan imej terbarunya, kerana kini beliau tidak perlu lagi mengambil masa yang lama untuk bersiap apabila ingin keluar rumah. Tambahan pula untuk menguruskan rambut pendek adalah sangat mudah dan tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk berdandan.
Merujuk kepada perkembangan terbaru, Intan dikatakan bakal muncul dalam drama bersiri “Bini-biniku Perkasa” di TV3 yang telah diadaptasi daripada filem Bini-biniku Gangster.
Bagi sambutan Aidilfitri yang akan datang, Intan dan keluarga dikatakan hanya beraya di Kuala Lumpur sahaja. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, beliau dan keluarga akan pulang ke kampung ibunya di Bangkok, Thailand.
Lagi gambar Intan Ladyana Berambut Pendek, Cun!!!
Intan Ladyana
Intan Ladyana
Intan Ladyana
Intan Ladyana
Intan Ladyana
Intan Ladyana
Intan Ladyana

June 14, 2012

13:45

Sharnaaz Dan Shila Berdating Dengan Orang Ketiga



SUBANG JAYA: Tindakan Fauziah Sarman atau Kak Zie iaitu ibu kepada penyanyi Shila Amzah yang sering menemani anaknya untuk bertemu dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sedikit pun tidak menggagu hubungan pasangan tersebut.
Sharnaaz berkata, dia berasa selesa apabila setiap kali bertemu dengan Shila, ibu wanita berkenaan sering bersama yang secara tidak langsung dapat meningkatkan kepercayaan keluarga terhadap hubungan tersebut.
"Saya tidak pernah rasa terganggu ditemani oleh ibu Shila setiap kali kami ingin keluar malah menganggap kehadiran ibunya cukup menyenangkan.
"Tambahan pula elok juga ada orang yang lebih berusia menemani kami dan sedikit sebanyak ibunya boleh bagi nasihat jika ada benda-benda yang tak manis berlaku semasa kami keluar bersama.
"Macam pernah sekali, saya tanpa sedar telah memegang tangan Shila dan ibunya menegur perbuatan itu dan ia adalah sesuatu yang baik," ujarnya 
Tambah Sharnaaz, dia tidak faham mengapa ada segelintir pihak yang sentiasa memandang serong apabila Shila membawa ibunya ketika bertemu saya.
Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu setakat ini dia belum pernah meminta izin daripada ibu Shila untuk keluar berdua-duaan dengan kekasihnya itu dan juga tidak pernah terfikir mengenainya.
Ia disebabkan dia cukup selesa dengan situasi tersebut serta berasa selesa dengan kehadiran orang yang lebih dewasa dalam hubungan mereka.
Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia memang memasang impian untuk memperisterikan Shila dan membina keluarga dengannya suatu hari nanti.
Bagaimanapun perkara itu mungkin akan terjadi dalam masa dua hingga tiga tahun selepas kedudukan kewangannya benar-benar stabil.
"Kahwin bukan perkara mudah dan sebagai lelaki yang akan bertanggungjawab terhadap seorang wanita, saya perlu memastikan semua perkara tersedia untuk kesenangan bersama nanti.
"Tetapi Shila adalah pilihan saya untuk hidup bersama dan membina keluarga dengannya nanti," ujarnya.

March 17, 2012

March 14, 2012

15:57

Video: Mizz Nina Hoskan Episod Terbaru MTV Iggy Show, Terjah Times Square New York


 
MTV Iggy merupakan salah satu cabang utama MTV yang berjaya mengetengahkan bakat bakat baru dari seluruh dunia.
Untuk The MTV Iggy Show kali ini, Mizz Nina telah pergi menerjah mereka yang berada di sekitar Times Square, New York untuk bertanyakan pendapat mereka tentang 3 artis iaitu Le Butcherettes, Robert Raimon Roy & First Aid Kit. 

March 12, 2012

15:35

GAMBAR Malek Noor Nikah Dengan Pakar Pediatrik



Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail.
Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.

March 11, 2012

10:41

GAMBAR Bakal Tunang Liyana Jasmay

Liyana Jasmay dah pun mengesahkan sendiri bahawa dia bakal dirisik seorang ahli perniagaan yang juga jirannya sendiri. Jejaka yang bernama Fathuddin Mazlan iaitu bakal tunang Liyana Jasmay nampak segak juga orang nya dan berkemungkinan besar inilah orangnya...

March 9, 2012

March 7, 2012

21:42

Aaron Aziz Pasang Pengawal Akibat Dikejar Peminat Wanita?



Tidak dinafikan populariti pelakon lelaki kacak, Aaron Aziz kini semakin memuncak. Namanya semakin meniti di bibir peminat. Terbaru, ketika menghadiri showcase roadtour ABP di Kuantan, Aaron Aziz dikawal ketat oleh empat pengawal peribadi.

Wah, biar betul, bukan satu atau dua sebaliknya empat. Mungkin ada sebab kenapa Aaron Aziz mengupah sampai empat orang pengawalkan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us