Breaking

Showing posts with label politik sabah. Show all posts
Showing posts with label politik sabah. Show all posts

August 12, 2012

21:42

Kebanjiran Pendatang Asing Di Sabah Akibat Salahguna Kuasa UMNO?

SABAH adalah negeri yang menjadi mangsa kebanjiran pendatang asing. Menurut statistik berlaku peningkatan mendadak penduduk di Sabah daripada 600 ribu menjadi 3 Juta pada tahun 2012 akibat kedatangan penduduk asing terutamanya warga Filipina.



dengar cerita warga Filipina ini dengan mudahnya mendapat hak kewarganegaraan dan kad pengenalan dengan hanya MENGUNDI ahli politik tertentu. Boleh dikatakan mereka menjadi pengundi hantu. Setelah parti yang diundi berjaya menang kerusi, warga Filipina ini akan menerima habuan mereka iaitu kad pengenalan atau status kewarganegaraan. Begitu mudah dan menarik bukan? 

Pihak kerajaan mula membuka mata apabila pihak pembangkang mula menyuarakan isu kebanjiran melampau pendatang asing tanpa izin di Sabah dalam beberapa tahun ini. Ada juga baiknya bila pihak pembangkang mula bersuara di Sabah, semua perkara yang dipandang enteng pihak kerajaan mula dipersoal untuk mempertahankan hak rakyat Sabah.

Bukan niat hendak berpolitik, tapi sudah tidak sanggup 'berkongsi' negeri dengan PATI. Selalu dipaparkan di TV apabila musim cuti atau perayaan Kuala Lumpur akan dibanjiri warga asing seperti  warga Bangladesh, Nepal, Indon. Tapi bagaimana pula dengan Sabah yang turut mengalami fenomena sama dibanjiri warga Filipina namun tidak diendahkan. 


Baru sahaja terbaca artikel ini Petikan daripada Berita Semasa yang diambil dari Wikileaks :


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.
Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.
Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’ sekitar 90-an untuk merampas Sabah – yang dikuasai Parti bersatu Sabah (PBS), ketika itu pembangkang, pada 1994.
“Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.
“Menurut Husin, Rashid ‘mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah’ bagi membantu Umno menguasai politik di sana,” kabel itu dipetik.

POLITIK ITU KOTOR
Sumber: Here

July 30, 2012

20:59

PANAS!! VIDEO Anwar Ibrahim Di Beaufort, Sabah


Menjelang PRU 13 ni semua pemimpin turun berkempen. Mana tempat yang tak pernah pergi dorang pergi, canang parti masing-masing sana sini. Suap duit tak usah cerita lah, tak cukup dengan wang 'bantuan' Felda berjuta-juta, ditambah lagi bonus raya, bukan main suka suki je nak bagi duit banyak tu pasti ada isu disebaliknya. Bagi pihak pembangkang pula sibuk dengan manifestonya nak turunkan harga kereta, royalti dan macam-macam lagi lah.

Bagi me, takde yang buruk dan baiknya samada parti kerajaan mahupun pembangkang. Tapi yang membuatkan parti tu BUSUK adalah orang-orang di dalamnya sendiri. Apapun pilihan di tangan anda :)

VIDEO Anwar Ibrahim Di Beaufort Sabah

July 29, 2012

11:24

Lajim Ukin: Singkir Musa Aman ATAU Pakatan Rakyat Perintah Sabah

Lajim nafi keluar Umno, sertai pembangkang


TERKINI: Anggota Majlis Tertinggi Umno lajim Ukin mengumumkan  petang ini peletakan semua jawatannya dalam Umno dan terserah kepada Umno untuk memutuskan keangotaannya dalam parti dan kedudukannya sebagai timbalan menteri.

Sejauh manakah Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membiarkan dirinya diugut oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dengan ancaman akan keluar Umno dan menyertai Pakatan Pembangkang.

Beliau telah mementaskan berbagai lakonan politik yang sehingga ini tidak menarik perhatian atau tidak mendapat  reaksi dari Datuk Seri  Najib. Sikap Najib ini menampakkan kepada umum beliau sedang mencari penyelesaian kepada krisis dalam BN Sabah menjelang pilihan raya.

Berita terakhir mengatakan Lajim dan wakil Parlimen BN Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing akan menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melancarkan Barisan Refomasi Sabah. Sebelumnya beliau juga telah menemui Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz.

Apakah yang dikehendaki atau kata dua yang diberikan oleh Lajim kepada Najib sehingga beliau sanggup menimbulkan suatu keadaan yang menggugat BN Sabah dan tentunya juga demoralised BN dalam saat memerlukan perpaduan yang utoh menghadapi pilihan raya.

Khabarnya Lajim mahu mempastikan Najib menyingkirkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dari Sabah, mempastikan beliau tidak lagi akan dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah.

Dan, jika ini diterima oleh Najib, maka tentunya Lajim juga kan menghadapi cabaran dari Datuk Seri Mohd Shafei Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang kabarnya, juga berminat sangat mahu menjadi Ketua Menteri Sabah.

Dan, lebih dari itu jika Najib tunduk kepada sebarang tuntutan Lajim yang bersifat mengugut maka tentunya akan menampakkan kelemahan kepimpinan beliau.

Terakhir Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah pun menggesa Lajim supaya menyatakan pendirian yang tegas berhubung dakwaannya mahu meninggalkan Umno. Dalam kata-kata lain - Lajim tamatkan drama!


@: warga Sabah pasti lebih tahu siapa dia Musa Aman dan Kenapa Lajim Ukin nak singkirkan beliau...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us