Breaking

Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

February 20, 2020

11:42

Tidak Sampai 24 Jam Lagu Baru Dilancarkan, Dato’ Siti Nurhaliza Kecewa Karya Barunya Tertiris Di YouTube

Nama Dato’ Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi. Pasti semua orang mengenali beliau yang memiliki bakat luar biasa dalam bidang nyanyian.
Semalam, Dato’ Siti Nurhaliza baru sahaja melancarkan lagu terbaharu beliau iaitu Tujuh Nasihat berduet dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta. Lagu tersebut telah berada di Joox, KKbox, Apple dan Deezer serta Spotify akan menyusul.
Perkhabaran tersebut pastinya buat ramai peminat Dato’ Siti Nurhaliza teruja, tetapi ada satu perkhabaran yang kurang enak didengar. Difahamkan, terdapat beberapa individu tidak bertanggungjawab telah memuat naik lagu tersebut di laman YouTube peribadi mereka.
Hal tersebut membuatkan Dato’ Siti Nurhaliza berasa kecewa. Beliau turut memohon agar mereka yang memuat naik lagu tersebut di laman YouTube menghormati hak cipta dan karya penggiat seni dan hiburan tanah air.
Lantaran itu, beliau juga memberitahu bahawa pihaknya, SNP dan Universal Music akan memantau perkara tersebut. Jika masih ada pihak yang belum memadamkan video tersebut, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya.
Malah, beliau juga memohon agar peminat membantunya membuat laporan terhadap akaun-akaun tersebut. Untuk pengetahuan anda, muzik video lagu Tujuh Nasihat belum lagi dilancarkan secara rasmi dan hanya dilancarkan di beberapa penstriman muzik.

Isu seperti ini boleh dikatakan sering berlaku. Di bawah ini kami senaraikan beberapa artikel berkaitan karya dicetak rompak dan diciplak. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

September 29, 2012

08:00

Siti Nurhaliza Kuruskan Badan, Mahu Terima Menantu



KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 33, mahu menurunkan berat badannya sehingga 55 kilogram (kg), walaupun sudah memiliki berat yang ideal iaitu 58 kg.
"Walaupun di luar orang nampak dah elok, kita tetap akan nampak empat kilogram lebih besar apabila muncul di televisyen. Buat masa ini saya sudah pun mula menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapatkan berat seperti yang diinginkan," katanya.

Tambah Siti, antara sebab lain dia ingin menurunkan berat badannya ialah sebagai persediaan untuk mengadakan konsert di Grand Ballroom, Bukit Gambang Resort City, Gambang, Pahang yang akan berlangsung pada 9 November depan.
"Seperti biasa, setiap kali mengadakan konsert, persiapan daripada segi tenaga dan mental perlu dibuat kerana ingin memberikan yang terbaik buat para peminat. Jadi selain menjaga makan untuk kurus, ia juga salah satu persediaan diri untuk konsert berkenaan. Bulan Oktober ini, semua makanan kegemaran saya akan “disekat” buat sementara waktu," selorohnya.
Konsert yang dianjurkan oleh Creative Stars Empire Sdn Bhd itu menyediakan sebanyak 4,000 tiket. Ia dijual dengan harga RM338 (tempat duduk VIP) dan daripada RM98 hingga RM238 untuk tempat duduk lain. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 09-5173609.

November 23, 2010

November 9, 2010

16:52

Siti Nurhaliza dalam Temubual 'Siti'

Dah macam Oprah Winfrey show pula tapi yang ni versi malaysia dan dikendalikan oleh Datuk siti nurhaliza. temubual berjudul 'Siti' ni akan bermula Februari depan, Siti katanya gugup bile first time kendali program macam tu semasa rakaman bersama Lisa Surihani.

kata Siti program ni bukan berkonsepkan temubual semata-mata tapi juga untuk membantu mereka yang memerlukan. bukan tu je pelabagai segmen dalam program ni antaranya yang memerlukan Siti berlakon....hmmm pasti menarik kan



October 29, 2010

12:52

Gambar CT Nurhaliza Gemuk

Bila tengok dekat keyword nuffnang blog ni, ramai yang search pasal gambar ct gemuk, siti dah gemuk, dan pelbagai lagi keyword yang bekaitan. Mungkin ramai yang berminat dengan gambar ct nurhaliza gemuk tapi mantain comel.

so untuk kali ni me nak share gambar ct nurhaliza gemuk versi dolu2. sebab sekarang ct dah slim taw sebab ct try petua kuruskan badan yang me pernah post sebelum ni*hoho*

jum layan gambar tok ti

walaupun sedikit chubby, tapi mantain bergaya

tanpa mekap

gambar diambil sewaktu sambutan hari jadi ct

gemuk ke? taklah sangat kan..

eh? ct dah ada anak ke?

naluri keibuan ct, bile lagi nak timang baby?

nak tengok macamna rupa ct bile telebih obes? meh, tengok sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us