Breaking

Showing posts with label Innocence of Muslims. Show all posts
Showing posts with label Innocence of Muslims. Show all posts

September 21, 2012

08:47

Filem 'Innocence of Muslims' Ditukar 'The Innocence of Bin Laden'.


Filem 'Innocence of Muslims' Ditukar 'The Innocence of Bin Laden'. PORTAL hiburan The Hollywood Reporter (THR) telah melontarkan pertanyaan pada Khamis sama ada filem kontroversi Innocence of Muslims yang mendapat bantahan seluruh umat Islam benar-benar wujud?
Ini kerana tayangan perdana filem tersebut yang dikatakan telah berlangsung di Hollywood tidak dihadiri oleh sesiapa pun termasuklah krew filem berkenaan.
Oleh yang demikian, portal berita berkenaan merumuskan Innocence of Muslims mungkin kini telah menjadi filem yang tidak wujud paling popular di dunia.
Foto ini adalah sebahagian babak dalam trailer 'Innocence of Muslims'.
Lapor The Hollywood Reporter lagi, apa yang mungkin wujud hanyalah “trailer” sepanjang 14 minit yang dimuat naik dalam laman sosial YouTube yang sekali gus mencetuskan ombak anti-Amerika di seluruh dunia.
Penulis skrip filem itu, Sam Bacile atau juga dikenali dengan nama Nakoula Basseley Nakoula sebelum ini dipetik sebagai berkata yang versi penuh filem itu telah ditayangkan di Vine Theatre Hollywood di bawah judul The Innocence of Bin Laden.
Bagaimanapun seorang kakitangan teater berkenaan memberitahu The Los Angeles Times, tiada siapa pun dilihat menyaksikan tayangan perdana itu atau terdapat kakitangan mahu pun krew filem itu menanti kehadiran penonton.

Para wartawan berkumpulan di rumah Sam Bacile kerana kontroversi filemnya Innocence of Muslims .

September 18, 2012

09:31

Filem Innocence of Muslims Masih Boleh Ditonton Di Youtube!


Filem Innocence of Muslims Masih Boleh Ditonton Di Youtube!. Enjin carian internet Google telah menyekat akses klip video filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam daripada ditonton oleh para pelayar laman YouTube di Malaysia sejak semalam.
Bagaimanapun, sekatan itu tidak menyeluruh kerana sehingga lewat malam tadi, pengguna pakej jalur lebar Maxis dan Celcom masih boleh mengakses klip video  Innocence of Muslims melalui telefon bimbit.
Filem tersebut tidak lagi boleh diakses oleh sebahagian pelayar internet setelah pihak Google Malaysia menyekat akses laman YouTube klip video kontroversi  Innocence of Muslims  sebagai respons kepada desakan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Sabtu lalu yang mahu Google menarik balik klip video filem kontroversi itu.
Mana-mana pihak yang cuba melayari video itu dari alamat penyedia Internet Malaysia (IP) akan menerima mesej yang bertulis: 'Kandungan video ini tidak didapati di negara anda kerana aduan undang-undang. Maaf mengenai perkara ini.'
Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof mengesahkan video tersebut telah disekat di Malaysia.
"Kami diberitahu bahawa sebuah video adalah haram di negara ini, kami akan menyekat akses kepada video tersebut selepas pemeriksaan teliti," katanya.
Filem Innocence of Muslims arahan Sam Bacile Nakoula, 52, berketurunan Mesir dari California, Amerika Syarikat (AS) itu yang disiar dalam laman YouTube telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia yang mengadakan bantahan sejak Selasa lalu.
Dalam insiden berkaitan dengan filem itu, Duta AS, ke Libya, Chris Stevens bersama tiga pegawai AS lain maut pada Selasa lalu dalam serangan sekumpulan militan di Pejabat Konsulat AS di Benghazi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us