Breaking

Showing posts with label gambar perogol. Show all posts
Showing posts with label gambar perogol. Show all posts

August 7, 2012

12:32

OMG!!! Budak 14 tahun Rogol Kanak-kanak 12 Tahun


Remaja mengaku bersalah rogol kanak-kanak

Apa nak jadi budak-budak sekarang, baru cecah sekolah menengah dah berani nak rogol anak orang. Berita penuh: 
KOTA BHARU-Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mengaku bersalah merogol kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun di sebuah rumah di Kampung Bemban, Mei lalu.
Mengikut pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun 11 bulan itu di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Bemban, jam 4 petang, 20 Mei lalu.
Remaja lelaki itu dihadapkan di depan Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor dengan ditemani ibunya sebagai penjaga.
Remaja itu yang merupakan pesalah juvana membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa mahkamah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) dan dihukum di bawah seksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Nabilah menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 namun Muhamad Hafiz membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 selepas ibu tertuduh memohon jaminan dikurangkan dan berjaya meyakinkan mahkamah mereka dapat hadir pada tarikh ditetapkan.
“Saya memohon wang jaminan dapat dikurangkan kerana suami saya hanyalah seorang buruh binaan dengan pendapatan RM1,500 sebulan, manakala saya hanya seorang suri rumah yang tidak bekerja.
“Saya berjanji akan memastikan anak saya hadir setiap kali dikehendaki mahkamah,” katanya. Mahkamah menetapkan 12 September ini untuk sebutan kes tersebut.-Sinarharian

@: kalau cerita rogol/cabul mesti negeri pantai timur. Admin bukanlah bersifat kenegerian tetapi begitulah yang selalu tertulis di akhbar

March 15, 2012

08:09

Gambar Perogol Kejam Di Sibu Dikeluarkan Pihak Polis

Seorang gadis berusia 28 tahun dari Dalat telah dirogol beramai-ramai dalam sebuah bas terbiar tepi jalan. Gadis itu ditemui dalam keadaan parah kerana telah dipukul dengan batu besar kemudian diangkat masuk ke dalam bas oleh sekumpulan lelaki. setelah diperiksa oleh pihak hospital mendapati alat sulitnya cedera teruk dan luka pada kepala serta lehernya. Insiden ini berlaku empat hari lepas
 

 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us