Breaking

June 15, 2012

JEREBU, Kualiti Udara Tidak Sihat Di Kuala Lumpur


PETALING JAYA: Tiga kawasan di Selangor mencatatkan kualiti udara yang tidak sihat setakat pukul 11 pagi Jumaat.
Menurut maklumat di laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar petang tadi, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) menunjukkan Kuala Selangor mencatatakan 131, diikuti dengan Pelabuhan Klang (130) dan Shah Alam (106).
IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan IPU baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan IPU berbahaya apabila bacaan melebihi 301.
Kualiti udara yang sederhana dicatatkan di 32 kawsan di Semenanjung Malaysia termasuk di Seri Manjung (94) di Perak, Cheras (91) di Kuala Lumpur (91) dan Petaling Jaya (85).
Jerebu yang berlaku dipercayai berpunca daripada kemarau yang melanda Sumatera.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us