Arrora Salwa Kaki Temberang. Dibenci Keluarga Bakal Tunang
Penyanyi, Arora Salwa agak terkelu untuk mengulas dakwaan adik kandung kepada kekasihnya yang juga bekas kumpulan Max:247, Alloi di laman sosial Facebook mengenai sikapnya yang suka bermuka-muka.
Malah adik perempuan kepada kekasihnya itu turut mendakwa keluarga Alloi sendiri tidak menggemari sikap Arora Salwa yang suka memburuk-burukkan ibu kandung Alloi di akaun kedua laman social, Facebook milik penyanyi tersebut.
Dalam kiriman emel tersebut terkandung luahan rasa seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai adik kandung kepada Alloi.
Menerusi luahan itu, Arrora didakwa sudah melakukan sesuatu perkara yang sangat mengecewakan hati keluarganya.
Malah, Arrora turut dikhabarkan telah menggunakan wang dan kemudahan yang diberikan keluarga Alloi tanpa membalasnya.
Lebih dashyat lagi dalam luahan itu, Arrora disifatkan sebagai seorang yang sudah lupa diri dan berperangai seperti kacang lupakan kulit.

Namun, pelatun lagu Ahmad itu bagaimanapun tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kenyataan dan dakwaan tersebut kerana bimbang ianya akan berpanjangan dan berlarutan.
"Saya sebenarnya tak tahu nak komen bagaimana.
"Saya tahu mengenai status yang ditulis di akaun adik perempuan Alloi itu. Namun saya tidak mahu mengambil peduli kerana perbuatannya itu tidak memberi apa-apa kesan kepada saya.
"Saya juga tidak marah kerana saya tidak boleh menghalang apa yang orang lain hendak katakan tentang saya," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my semalam.
Selain didakwa bersikap bermuka-muka dengan memburukkan keluarga kekasihnya itu, Arora juga turut dituduh memutuskan pertunangan kerana sikap buruknya di mata mereka.
Sukar untuk mengulas kenyataan serta dakwaan tersebut, Arora Salwa bagaimanapun menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya
"Tidak betul," jawabnya dengan ringkas.
Sementara itu, apabila ditanya bagaimanakah hubungannya dengan keluarga Alloi, Arora sekali lagi seperti sukar untuk menjelaskannya.
"Baik-baik sahaja, tetapi hubungan saya bersama Alloi memang sangat baik dan tiada masalah," tambahnya lagi.
Arora yang sepatutnya bertunang dengan Alloi pada 9 Jun lalu bagaimanapun telah membatalkan di saat akhir atas alasan terlalu peribadi sehingga tidak dapat dijelaskan kepada umum.
No comments:
Post a Comment