Bermula 22 Mei lalu, selama 2 minggu, Rita Rudaini telah pun mengerjakan umrah. Rita tidak keseorangan sebaliknya ditemani anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 4 tahun dan ibunya, Basariah Ibrahim. Walaupun ada yang menganggap pemergian Rita tanpa kebenaran suami bakal membawa bala kepada dirinya, ternyata Rita dapat mencari kedamaian di hati sepanjang berada di Tanah Suci.
kisah Rita berjaya menyentuh Kaabah.
GAMBAR Rita Rudaini Ketika Kerjakan UmrahPada awal pagi itu, selepas melakukan tawaf dan solat sunat, hati saya juga meronta-ronta mahu menyentuh Kaabah sambil berdoa. Tapi, orang terlalu ramai, agak mustahil saya dapat menyentuhnya. Saya tekad, apa jadi sekalipun saya berusaha mahu menyentuh Kaabah. Saya menyusup di celah orang ramai sambil mendukung Rayyan. Syukur, Tuhan juga perkenankan doa saya. Walaupun terpaksa berhimpit dan bersesak-sesak, saya dan Rayyan akhirnya berjaya menyentuh Kaabah dan berdoa. Berjuraian air mata saya, kalau melihatkan umat Islam yang terlalu ramai, mungkin saya tidak berjaya nak sentuh Kaabah, tapi kuasa Tuhan, perkara yang kita fikir mustahil pun boleh dilaksanakan dengan kuasa-Nya.
No comments:
Post a Comment