Breaking

April 23, 2013

14:05

Mesej Terakhir Arwah Syahmie Farid Izzat, Mangsa Kemalangan di Federal Highway


Berita kemalangan di Federal Highway awal pagi semalam sememangnya amat mengejutkan rakyat Malaysia. Kemalangan maut yang melibatkan 2 biji kereta dan 4 biji motosikal ini mengorbankan 5 orang mangsa. 3 berbangsa Melayu, 1 berbangsa Cina dan 1 berbangsa India. Satu kejadian yang amat menyayat hati dan sukar dilupakan rakyat Malaysia apalagi OhMedia sebagai media terawal yang menyalurkan berita tersebut kepada umum melalui artikel di Di Sini!.
ohartis-kemalangan-federal-highway-3_o
Kami ingin berkongsi status terakhir di Facebook salah seorang mangsa iaitu Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, berusia 21 tahun. Di dalam kejadian ini berfaktakan laporan dari pihak polis, boleh dikatakan arwah Syahmi atau lebih dikenali sebagai Ejart berada pada masa yang tidak kena ketika itu (menjadi asbab kematiannya).
Ketika 3 remaja lain dilanggar oleh sebuah Honda City, 3 kematian telah berlaku iaitu 2 penunggang motosikal dan 1 pemandu Honda City yang tercampak ke luar dari kereta. Kemudiannya berhenti sebuah BMW untuk membantu mangsa yang tercampak di atas jalanraya serta bagi mengelakkan mangsa dilanggar oleh kenderaan lain.
Seorang lelaki berbangsa India meluru keluar dari kereta dan ketika ini arwah Ejart yang datang dari jauh tidak sempat untuk mengelak dan terus melanggar lelaki India tersebut. Kedua-dua’nya juga turut maut ditempat kejadian menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5 kematian.
Apa yang memilukan apabila kami menerima banyak mesej melalui Facebook Oh! Media tentang Facebook milik arwah yang masih wujud sehingga artikel ini ditulis. Melihat antara status-status terakhir arwah Ejart benar-benar mengusik jiwa bagai mengenali Ejart dengan lebih dekat.

ohartis-arwah-Ejart-Crackk-1
 
Status di atas ini adalah status terakhir arwah Ejart beberapa jam sebelum meninggal dunia.
“Malam minggu?? **’flying high’ sambil2 berbaring atas si gemok…”
Timbul persoalan siapakah “Si Gemok” yang dimaksudkan arwah dan adakah “flying high” membawa maksud yang arwah akan pergi buat selama-lamanya?
Sebenarnya “Si Gemok” yang dimaksudkan arwah adalah motor miliknya yang dinaiki pada pagi itu. Caption pada gambar yang dimuat-naik oleh arwah sendiri pada 17 April 2013 lalu menceritakan segalanya.
903822_562368367129871_966786035_o
ohartis-arwah-Ejart-Crackk-2
Keadaan motor arwah dan kereta BMW kesan dari pelanggaran tersebut:

 
ohartis-kemalangan-federal-highway-4_o
Sabtu lalu di mana sehari sebelum kematiannya, arwah juga ada mengeluarkan status berikut:

ohartis-arwah-Ejart-Crackk-3
 
Semua ini dilihat oleh rakan terdekat arwah sebagai “petanda” yang arwah akan pergi selama-lamanya meninggalkan mereka semua. Apapun no such thing sebenarnya dan apa yang berlaku ini hanyalah kebetulan sahaja. Allah maha mengetahui.
ohartis-arwah-Ejart-Crackk-4
Kami dimaklumkan mayat arwah telah selamat dituntut di hospital pada subuh hari kejadian dan selamat dikebumikan pada jam 9 pagi hari yang sama. Kami secara peribadi amat terasa akan kehilangan arwah biarpun tidak pernah mengenali arwah sebelum ini. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah menempatkan arwah bersama golongan orang yang beriman dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah. Al-Fatihah! – OH ARTIS!
12:31

Semak Keputusan Tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014 Online


Semakan keputusan permohonan tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014 boleh disemak melalui UPU. Tarikh semakan boleh dibuat pada minggu ketiga pada bulan Mei 2013 ini. Oleh itu tarikh  keputusan UPU dijangka akan diumumkan pada 21 Mei 2013. Manakala, semakan program yang ada temuduga IPTA/ Politeknik 2013 boleh disemak mulai 22 April 2013 bagi lepasan SPM.
upu 2013
Semakan Program Temuduga IPTA 2013 Lepasan SPM
Semakan panggilan Temu Duga boleh dibuat mulai 22 April 2013 melalui kaedah berikut:-
Temu Duga akan dijalankan pada 24 April hingga 5 Mei 2013
Semakan Program Temuduga IPTA 2013 Lepasan STPM
Semakan panggilan Temu Duga boleh dibuat mulai 6 Mei 2013 melalui kaedah berikut:-
Temu Duga akan dijalankan pada 10 Mei hingga 20 Mei 2013.
Semakan Keputusan Tawaran IPTA Sesi 2013
Tarikh Keputusan: Minggu Ketiga Bulan Mei 2013 (21 Mei 2013)
Cara Semakan Upu Online
Semakan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang http://upu.mohe.gov.my/
atau http://upu.mohe.gov.my/upu.php

April 22, 2013

14:00

Semakan Keputusan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013


Semakan keputusan temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013. Keputusan panggilan untuk ditemuduga boleh diperoleh pada 25 April 2013 ini. Keputusan juga boleh disemak melalui applikasi online pada tarikh yang telah ditetapkan.

Maktab perguruan 2013
Pengumuman Terkini KPM: Adalah dimaklumkan semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ditangguhkan kepada 25hb April 2013 (Khamis).

Dokumen Penting Yang Perlu Dibawa
Jika berjaya untuk panggilan temuduga, calon perlulah membawa dokumen penting seperti surat tawaran temuduga, Borang Butiran Diri (Resume) dan helaian pernyataan hasrat melalui laman sesawang KPM.


Proses Pemilihan Temuduga
  •     Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga
  •     Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad
  •     Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG)
  •     Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan
  •     Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri
  •     Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG
Semakan keputusan Temuduga Maktab Perguruan 2013
Melalui portal rasmi KPM, semakan ditangguh kepada 25 April 2013. Harap Maklum
Semakan boleh dibuat melalui laman http://www.moe.gov.my/

Tarikh Penting Maktab Perguruan 2013 [kemaskini]
Dibawah adalah tarikh penting mengenai kemasukan maktab perguruan sesi program PISMP 2013 bagi lepasan SPM.
maktab

07:57

Maksud Gwiyomi Dan Penyanyi Asal Lagu Gwiyomi


Maksud sebenar Gwiyomi adalah comel. Gwiyomi yang sebutannya adalah Kiyomi dinyanyikan oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB. Tarian menggunakan jari jemari ini juga dipanggil sebagai “1 +1 = Gwiyomi”. Fenomena ini menjadi ikutan kerana melodi dan lirik lagu yang sangat comel dan pengikut yang mengikuti lagu ini sememangnya sangat comel.
gwiyomi-malaysia
Maksud Qwiyomi
Gwiyomi / Kiyomi bermaksud comel/ cute

Penyanyi Asal
Lagu asal dinyanyikan oleh penyanyi Korea bernama Hari dan pergerakkan jari dicipta oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB .

Maksud Lagu Gwiyomi Bahasa Inggeris
Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other’s hands
Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone
1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I’m Kiyomi
Video Lagu Gwiyomi Malaysia

January 13, 2013

January 11, 2013

15:50

JAWATAN KOSONG 2013 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA)



Kerja Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Jawatan Kerja Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Kami mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam:-

1. Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 (100 Kekosongan)
2. Pembantu Antidadah Gred S17 (82 Kekosongan)

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Tarikh Tutup Permohonan:- 13 Januari 2013
15:35

Permohonan Kemasukan Politeknik Dan ILKA 2013, Cara Mohon & tarikh Tutup


Permohonan kemasukan ke Politeknik Dan ILKA sesi 2013 sudah pun dibuka. Kepada semua pelajar lepasan SPM, anda dipelawa untuk mengikuti kursus yang ditawarkan dalam bidang kemahiran. Berikut adalah cara permohonan Polilteknik Konvensional, ILKA dan juga Premier.
politeknik
Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier
Permohonan kemasukan ke program pengajian di Politeknik Premier bagi Lulusan SPM adalah melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar bersekali dengan permohonan IPTA.Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Premier melibatkan 3 Politeknik iaitu :-
  •     Politeknik Ungku Omar (PUO)
  •     Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  •     Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO & ILKA
Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan:
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
Cara Permohonan Politeknik Konvensional/ ILKA / Premier
  1. Sila beli nombor pin ID di bank BSN
  2. Untuk membuat permohonan, sila layari laman http://upu.mohe.gov.my/
Tarikh Tutup
07 Januari  2013 HINGGA 15 april 2013

15:21

KL112: Himpunan Kebangkitan Rakyat Di stadium Merdeka


Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang dianjurkan pihak pembangkang akan tetap diadakan di Stadium Merdeka Sabtu, walaupun terdapat cadangan agar mereka mengadakannya di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pihaknya akan kekal untuk berkumpul di Stadium Merdeka kerana telah mendapat kebenaran daripada balai polis Dang Wangi, walaupun Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menasihatkan agar penganjur mengadakan himpunan tersebut di stadium Bukit Jalil.
"Kita telah buat persiapan rapi di Stadium Merdeka sejak beberapa bulan lalu dan menguar-uarkan lokasi tersebut kepada semua peserta.
"Kebanyakan peserta datang akan menggunakan perkhidmatan kenderaan awam dan Stadium Merdeka adalah lokasi paling dekat dengan semua kemudahan awam berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS, di sini, Jumaat. Beliau turut mengesahkan bahawa peserta KL112 akan berkumpul di lapan lokasi yang ditetapkan sebelum mereka berarak ke Stadium Merdeka.
Mat Sabu mendakwa rancangan berkenaan sudah dimaklumkan kepada pihak polis dan mendapat persetujuan pihak berkuasa.
"Kita akan berhimpun di lapan lokasi dan berjalan beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka di mana di setiap titik pertemuan akan diketuai oleh beberapa orang pemimpin dari Pakatan Rakyat.
"Perkara ini telah kami bincangkan dan persetujuan telah dicapai dan mendapat kebenaran dari Ketua Polis Dang Wangi," ujarnya.
Lapan lokasi tersebut adalah Jalan Sultan, Pasar Seni, Kelab Sultan Sulaiman, KLCC, Brickfields, Masjid Arrahman Universiti Malaya, Amcorp Mall, dan Masjid Negara.
Tambah Mohamad, perjalanan beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka itu bukan seperti protes jalanan yang dibuat sebelum ini sebaliknya berjalan secara aman.
"Ia hanya jalan beramai-ramai dan bukan protes atau demonstrasi, kita tidak benarkan sebarang sepanduk yang boleh mengancam keamanan negara atau menghina kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang turut berada di sidang media tersebut memberitahu seramai 10,000 anggota polis, Unit Amal PAS serta Angkatan Muda PKR turut akan bekerjasama memastikan keselamatan peserta sepanjang perhimpunan tersebut.
11:23

5 GAMBAR Fasha Sanda Semakin Sarat Mengandung, Terserlah Seri Ibu


5 GAMBAR Fasha Sanda Semakin Sarat Mengandung, Terserlah Seri Ibu. Antara seorang selebriti yang hadir ke sidang media pengumuman Top 5 ABPBH2012 semalam ialah Fasha Sandha. Fasha kini semakin sarat mengandung dan tampak semakin comel dengan perutnya yang semakin membesar. Memang terserlah keserian ibu mengandung di wajah Fasha.
fasha mengandung
Kalau tak silap, hanya tinggal lebih kurang sebulan dua sebelum Fasha akan melahirkan anak sulungnya hasil perkahwinan dengan Jejai. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar. Untuk makluman, Fasha tercalon di dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular. Mana tahu rezeki anak tahun ini Fasha akan menang. 
fasha mengandung
fasha mengandung
kalau pakai baju berlengan kan nampak manis sikit

fasha mengandung
fasha mengandung
11:14

Uji Rashid Rasa Penghinaan Kepada Artis Lama Sepertinya


Walaupun AJL27 telah berlangsung kira-kira seminggu, baru hari ini Uji Rashid tampil di Utusan Malaysia untuk meluahkan isi hati tentang kontroversi yang melanda dirinya. Selama ini memang tidak pernah sebarang “statement” dikeluarkan daripada pihak Uji Rashid.
uji rashid
Untuk anda yang tidak tahu, Uji Rashid telah dipilih oleh Yuna untuk menyanyikan lagunya sebelum digantikan oleh Aizat di saat-saat akhir. Bagi Uji Rashid, cara dirinya disingkirkan adalah sangat tidak sopan dan tidak beradab.
Sebaliknya saya kecewa dengan cara mereka ‘menyingkirkan’ saya tanpa adab dan sopan seperti sepatutnya. Saya hanya diberitahu tiga hari sebelum majlis anugerah berlangsung. Ketika itu mereka sudah memilih Aizat menggantikan tugas saya, sedangkan pelbagai persediaan sudahpun saya lakukan sebelum itu. Saya anggap ini penghinaan kepada artis lama seperti saya. Sepanjang 38 tahun menyanyi, detik-detik ini adalah sesuatu yang paling mengecewakan saya.
uji rashid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us