Breaking

Showing posts with label artis luar negara. Show all posts
Showing posts with label artis luar negara. Show all posts

April 22, 2013

07:57

Maksud Gwiyomi Dan Penyanyi Asal Lagu Gwiyomi


Maksud sebenar Gwiyomi adalah comel. Gwiyomi yang sebutannya adalah Kiyomi dinyanyikan oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB. Tarian menggunakan jari jemari ini juga dipanggil sebagai “1 +1 = Gwiyomi”. Fenomena ini menjadi ikutan kerana melodi dan lirik lagu yang sangat comel dan pengikut yang mengikuti lagu ini sememangnya sangat comel.
gwiyomi-malaysia
Maksud Qwiyomi
Gwiyomi / Kiyomi bermaksud comel/ cute

Penyanyi Asal
Lagu asal dinyanyikan oleh penyanyi Korea bernama Hari dan pergerakkan jari dicipta oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB .

Maksud Lagu Gwiyomi Bahasa Inggeris
Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other’s hands
Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone
1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I’m Kiyomi
Video Lagu Gwiyomi Malaysia

January 2, 2013

14:39

Janet JacksonBakal Bergelar Isteri Hartawan Qatar

Janet JacksonBakal Bergelar Isteri Hartawan Qatar.Janet JacksonBakal Bergelar Isteri Hartawan Qatar mengikat tali pertunangan dengan hartawan dari Qatar, Wissam Al-Mana baru-baru ini, penyanyi seksi Janet Jackson kini sedang menanti detik-detik bahagia bergelar isteri.
Janet Jackson Menanti Detik Bergelar Isteri Hartawan
US Weekly melaporkan, pasangan ini akan mengadakan majlis perkahwinan mewah dan besar-besaran untuk meraikan ahli keluarga dan rakan-rakan mereka. Pasangan itu juga dikatakan akan menghadiahkan jam tangan rolex berharga 10 ribu USD setiap satu untuk kesemua tetamu undangan.
Lebih mengejutkan, perbelanjaan untuk membawa kesemua tetamu undangan ke majlis perkahwinan mereka nanti menelan belanja hampir 4 juta USD. Menurut sumber terdekat pasangan ini, bakal suami Janet, Wissam kini sibuk berjumpa ahli keluarga dan rakan-rakan janet untuk mengeratkan lagi hubungan.
Janet dan Wissam juga sudah merancang untuk mendapatkan khidmat chef terkenal untuk majlis mereka nanti. Selain itu, kelibat pasangan ini juga dilihat di sebuah kedai emas untuk membeli cincin perkahwinan.

Malah, kelibat mereka juga dilihat di sebuah kedai emas untuk membeli cincin perkahwinan.

December 29, 2012

19:40

Inilah Wajah Isteri PSY Oppa Gangnam Style (2 gambar)

Inilah Wajah Isteri PSY Oppa Gangnam Style (2 gambar).Tahukah anda Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang (34) sudah berkahwin? Berliau bernikah dengan Yoo Hye-yeon pada tahun 2006 dan mempunyai dua orang anak kembar perempuan. Tahukah anda Psy mendapat royalti sebanyak USD 8 Juta hasil dari berbillion video Gangnam beliau di Youtube. Paling lol ialang Psy datang dari keluarga super kaya dan sebenarnya tak memerlukan langsung kareer sebagai seorang pemuzik. Lucky guy! 

Laporan asal BlogWiki

October 1, 2012

08:58

Britney Spears Dijangkiti Penyakit Kulit Mengerutu (Gambar)

Britney Spears Dijangkiti Penyakit Kulit Mengerutu. Britney Spears kini mengidap penyakit kulit serius. Kulitnya nampak kering, luka-luka dan mengerutu.

Hal itu terungkap apabila Britney menghadiri premier X FACTOR di Grauman; s Chinese Theater, Los Angeles beberapa waktu lalu. Walaupun penampilannya memukau, namun bekas merah di kakinya tentu bukan hal yang boleh disembunyikan.



September 28, 2012

11:11

6 Gambar Perkahwinan Lin Dan, Nampak Segak Dan Macho


6 Gambar Perkahwinan Lin Dan, Nampak Segak Dan Macho. Gambar kahwin Lin Dan Bersama Dengan Xie Xingfang. Majlis perkahwinan telah berlangsung dengan penuh meriah di Beijing China baru-baru ni. Isterinya, Xie Xingfang juga adalah pemain badminton dan mereka mempunyai minat yang sama terhadap acara badminton. Datuk Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat telah dijemput tetapi tidak dapat menghadirinya kerana tarikh perkahwinannya bertembung dengan kejohanan Japan Open.
Lin dan nampak segak 

Sumber: Melvister.com

September 26, 2012

09:40

Robert Pattinson Mahu Kahwini Kristen Stewart, Syarat Terima Maaf


Nampkanya hubungan antara aktor Robert Pattinson dan Kristen Stewart masih menjadi sorotan media Hollywood. Apa yang membuatkan Robert enggan mel;epaskan kekasihnya walaupun Stewart sudah terbukti curang?
Kisah mereka masih menjadi buruan dan paling terkini, pasangan kekasih yang dilaporkan renggang sebelum ini kerana kecurangan Stewart dilaporkan sudah kembali jernih.
Lebih daripada sekadar sudah kembali berbaik, tersebar berita tentang Pattinson memberi syarat kepada kekasihnya itu untuk meneruskan hubungan cinta mereka.
Pattinson didakwa telah meletakkan syarat agar Stewart berkahwin dengannya sebagai permohonan maaf atas kecurangan wanita berusia 22 tahun itu.
"Satu-satunya jalan untuk dia memaafkan dan menerima Stewart semula ialah aktres itu perlu berkahwin dan menghabiskan sisa hidupnya bersama Pattinson.
"Jika Stewart tidak bersetuju untuk berkahwin dengannya, dia tidak mahu meneruskan hubungan mereka," ujar satu sumber kepada Daily Star.
Pattinson dan Stewart telah menjadi pasangan kekasih selama empat tahun sejak mereka bertemu dalam filem saga Twillight. Hubungan mereka bergoncang selepas gambar-gambar intim antara Stewart dengan pengarah Rupert Sanders tersebar beberapa bulan lalu.
07:17

Akhirnya Gambar Anak Aishwarya Rai Dipertoton Kepada Umum (4 Gambar)


Setelah sekian lama menyembunyikan wajah anak sulungnya dari umum, kini gambar Anak Aishwarya Rai sudah menjadi totonan umum apabila tersebar di internet.

Gambar anak perempuan Aishwarya Rai bernama Aaradhya, comel juga ye. Sebelum ini anak Aishwarya Rai pernah digelar ugly betty akibat 
wajahnya yang disembunyikan



September 7, 2012

08:03

GAMBAR Tatu Julia Perez Hina Islam!, Dikecam Para Ulama

GAMBAR Tatu Julia Perez Hina IslamTATU pada bahagian belakang tubuh aktres sensasi Indonesia, Julia Perez (Jupe) yang tertuliskan Hayya 'alal falah dalam tulisan Arab kemarahan ulama negara itu.


Menurut laporan portal Kapanlagi, beberapa para ulama menganggap pelakon filem Hantu Jamu Ngendong itu sengaja mencari sensasi dengan menghina Islam.
"Jupe sering mencari isu sensasi yang tidak sesuai dengan norma agama. Tambah pula ia tidak sesuai dijadikan bahan tontonan masyarakat yang majoritinya beragama Islam.
"Saya berharap pihak yang berkuasa melihat semula mengenai penghinaan agama yang dilakukan Jupe. Jika perlu, tahan saja dia," kata Ketua Umum PP Pemuda Muhammadiyah, Dr Saleh Partaonan Daulay kepada Kapanlagi, pada Rabu.

Kalimat Hayya 'alal falah yang bermaksud 'mari meraih kemenangan' merupakan salah satu ayat dalam seruan azan untuk melaksanakan solat.
Tambah Saleh, tindakan Jupe itu juga boleh mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat.
"Jika hal ini dibiarkan oleh pihak berkuasa, maka masyarakat akan mula menilai aktres itu dan akan bertindak mengikut cara mereka," ujarnya.

August 30, 2012

13:02

100 Pasang Kasut Kim Kardashian Dibuang Kekasihnya, Kanye


100 Pasang Kasut Kim Kardashian Dibuang Kekasihnya, Kanye
Kanye (kiri) menjaga soal pemakaian Kim Kardashian.
KOLEKSI kasut-kasut mahal dan eksklusif yang dimiliki Kim Kardashian pasti membuatkan ramai yang iri hati dengannya.
Namun peliknya, bintang berusia 31 tahun ini merancang untuk membuang sebahagian besar 'harta' tersebut.
Menurut laporan Dailymail, hal itu dilakukan atas permintaan kekasihnya, Kanye West dan hampir 100 pasang kasut akan dikeluarkan daripada almari rumahnya.
Sebahagian kasut yang akan didermakan.
Bagaimanapun, Kim tidak akan membuang kasut kesayangannya itu begitu sahaja sebaliknya akan menyumbangkannya kepada badan-badan kebajikan yang bersesuaian.
Difahamkan, Kanye telah menggeledah almari Kim dan memilih pakaian mana yang bersesuaian untuk bintang Keeping Up With The Kardashians itu.

August 15, 2012

11:10

COMEL! GAMBAR ANAK KRISDAYANTI, AMORA

Raul Lemos, Krisdayanti Didik Anak Ajaran Agama


GAMBAR ANAK KRISDAYANTI, AMORA. Biarpun masih kecil, namun Raul Lemos dan Krisdayanti atau KD berusaha untuk memupuk serta menanamkan ajaran agama pada anak pertama mereka, Amora.

Caranya ialah dengan membiasakan Amora mendengar orang mengaji.

"Raul pesan pada saya supaya membiasakan Amora dengan mendengar bacaan dan lafaz Al-Quran. Malah, kalau boleh dia mahu Amora juga melihat bagaimana caranya orang mengaji," ungkap KD saat ditemui di kawasan Rawamangun, Jakarta Timur.

Malah, Raul Lemos dan Krisdayanti turut mengajak Amora untuk ikut sama dalam kegiatan sosialnya mereka terutama apabilamenghadiri majlis berbuka bersama anak-anak yatim.

"Sebenarnya undangan seperti ini wajib dihadiri selain bertemu dengan anak-anak yatim yang dimuliakan Allah Taala. Kami berbuka bersama, berbagi bersama serta mengeratkan lagi silaturrahim ," ujar KD.

August 11, 2012

23:30

Perfume 'Girlfriend' Justin Bieber Dijual Setiap Minit


Justin Bieber.
WANGIAN yang baru dilancarkan oleh penyanyi Justin Bieber ternyata memiliki daya pemikat yang kuat.
Buktinya, haruman diberi nama Girlfriend itu berjaya dijual pada setiap minit.
Portal Daily Mail melaporkan, Girlfriend diumumkan oleh The Perfume Shop sebagai pewangi paling laris yang pernah terjual dalam sejarah.
Pada minggu pembukaan, sekurang-kurangnya sebotol akan dijual setiap minit.
"Girlfriend menjadi satu fenomena dikalangan peminat penyanyi itu dan penjualannya meningkat setiap masa," kata pengurus The Perfume Shop.
Sebelum ini, penyanyi lagu Boyfriend ini pernah memberitahu dia tidak berminat untuk menghasilkan wangian wanita.
14:01

Video Porno Kim Kardashian Disebar Ibu Sendiri


Kris Jenner dikatakan menjual video porno anaknya sendiri, Kim Kardashian.
IBU kepada sosialit Kim Kardashian iaitu Kris Jenner ternyata bukanlah ibu yang normal apabila dia dikatakan penyebar video porno anak perempuannya itu.
Menurut sumber, Kris merupakan orang kuat yang menguruskan penjualan video porno Kim dan Ray pada tahun 2007.
"Video tersebut memang wujud dan Kris merupakan salah seorang yang terlibat sepenuhnya dalam pemasaran jualannya.
"Saya sendiri melihat tandatangan Kris dalam kontrak pembabitan video berkenaan dan saya yakin Kris memperoleh bayaran sekitar RM750,000 (AS$250,000) hingga RM1.5 juta (AS$500,000)," kata sumber itu kepada Dailymail.
Video porno berjudul Kim Kardashian, Superstar yang diedarkan oleh Vivid Entertainment dilakonkan Kim ketika usianya 23 tahun.
Namanya terus menjadi bualan dan beberapa bulan kemudian, program realiti Keeping Up With The Kardashians dipaparkan dan ia mendapat sambutan yang sukses.-mstar

August 10, 2012

07:00

PANAS!!! Julia Perez Menari Di Tiang Lampu, Penuhi Nazar (3 GAMBAR)


Mungkin sudah menjadi perkara biasa bagi Julia Perez ataupun Jupe, melakukan perkara yang pelik bukan lagi satu masalah baginya.
Terbaru dari selebriti yang popular di Indonesia ini, dia telah menari ala ‘striptease’ di sebuah tiang lampu di Gatot Subroto, Jakarta Selatan. Menurut laporandetikoto, perkara ini dilakukan oleh Jupe kerana dia mahu menunaikan nazar (janji) yang telah dibuatnya sebelum ini.
Jupe dalam kenyataannya sebelum ini berkata, “Kalau saya sampai satu juta follower di Twitter saya akan strip di lampu merah.”
Dan 7 Ogos menjadi saksi apabila pengikut Jupe di laman Twitter-nya telahpun mencapai 1 juta. Aksi Jupe yang mengghairahkan itu telah menarik pandangan ramai pengguna lalulintas, namun tiada kemalangan dilaporkan.
Walaubagaimanapun, Jupe turut memberitahu dia merasa malu untuk melakukan perkara itu namun dia harus mengotakan janjinya agak tidak dianggap penipu oleh peminatnya.
“Saya nggak mau dibilang bohong. Takut saya dibilang sarap.”
Julia Perez Menari Di Tiang Lampu, Penuhi Nazar (3 GAMBAR)....
Julia Perez Menari Tiang
Julia Perez Striptease
Sumber:ohbulan.com

August 9, 2012

16:09

T-ara Dikecam Akibat Buli Seorang Ahlinya


Hwayoung disingkirkan daripada kumpulan T-ara baru-baru ini.
KUMPULAN wanita T-ara yang baru-baru ini mengejutkan industri hiburan di Korea Selatan berhubung isu buli salah seorang anggota mereka iaitu Hwayoung yang kini telah sah keluar daripada kumpulan itu dikecam hebat oleh penonton ketika kemunculan mereka dalam program hiburan Quiz Change The World.
Program yang bersiaran pada 4 Ogos lalu telah mengejutkan penonton apabila rakaman yang menunjukkan kemesraan kumpulan T-ara tanpa Hwayoung tidak disunting keluar oleh pihak penerbitan daripada program tersebut.
Kumpulan T-ara membuat rakaman program tersebut sebelum isu buli itu hangat diperkatakan. Dalam program itu, tiada tanda ketegangan yang berlaku ditonjolkan apabila anggota kumpulan T-ara, Eunjung, Jiyeon dan ahli baharu kumpulan itu Ahreum memberi kerjasama yang baik.
Mereka bertiga juga sempat membuat demonstrasi tarian lagu Day By Day sementara ahli baharu Ahreum juga diberi peluang untuk menunjukkan skil tariannya. Selain itu, mereka juga bercakap tentang aktiviti promosi di luar negara.
Meskipun media hangat memperkata isu buli itu, tetapi pihak agensi T-ara, Core Contents Media menafikan perkara tersebut dan menyifatkan kontroversi buli itu sebagai berita tidak benar. Kontrak Hwayoung bersama kumpulan itu turut dibatalkan. Kini kumpulan T-ara memutuskan untuk menghentikan segala aktiviti seni mereka sehingga isu buli itu surut.

07:00

Gambar Ashton Kutcher Dan Mila Kunis Mesra Di Bali


Gambar Ashton Kutcher Dan Mila Kunis Mesra Di Bali. Pasangan ini nampak’nya semakin tidak boleh sorok hubungan cinta mereka dari pengetahuan umum 
Gambar terbaru yang diterima media ini menunjukkan Ashton Kutcher & Mila Kunis dilihat berpimpin tangan ketika bercuti di Bali, Indonesia baru baru ini.

Ashton Kutcher, Mila Kunis Cuti Romantis Di Bali
Dan, khabarnya ketika ini Ashton Kutcher & Mila Kunis dalam perjalanan untuk menaiki pesawat pulang keluar daripada percutian ‘romantik’ mereka berdua.
Khabar angin banyak mengatakan yang pasangan ini sudah pun mula bercinta sejak April 2012 lagi namun sehingg hari ini masih tiada sebarang pengakuan daripada mereka.
Mila Kunis baru baru ini memberitahu majalah ELLE yang beliau kini memang solo & hubungan bersama Ashton Kutcher tidak lebih dari sekadar kawan selama 15 tahun. – E!

August 8, 2012

11:59

Justin Bieber Kritik Rambut Putera William Yang Hampir Botak (2 Gambar)


Kebotakan adalah masalah besar yang dihadapi kaum lelaki. Lihat sahaja rancangan Yun Nam di TV, kebanyakkan customer adalah lelaki. Tidak terkecuali Prince William yang menghadapi masalah sama. Penyanyi Justin Bieber tanpa segan silu telah mengkritik rambut Putera Britain itu.

Menurut sumber; RAMBUT Putera William yang agak kurang akibat keguguran semakin menjadi perhatian umum. Namun tidak ramai yang berani bersuara memberi kritikan terhadap pewaris takhta diraja Britain itu.
Menurut laporan Digital Spy, pelantun lagu Boyfriend tersebut hairan mengapa William yang dikenali sebagai Duke of Cambridge itu tidak segera mengatasinya sedangkan masalah keguguran rambut boleh diatasi dengan rawatan biasa.
Rambut Putera William semakin keguguran.
"Apa yang saya cuba maksudkan ialah, ada banyak lagi cara untuk merawat rambut gugur. Misalnya dia boleh saja beli produk jenama biasa iaitu Propecia.
"Saya tak faham kenapa dia tak menggunakan produk rambut. Guna saja Propecia, rambut anda pasti akan kembali normal," katanya.

August 5, 2012

17:32

PANAS!!!! Gambar Luna Maya Mabuk Tersebar



Gambar Luna Maya Mabuk
Kecoh juga dunia hiburan Indonesia semalam apabila beredar sekeping gambar yang didakwa merupakan Luna Maya yang terbaring tidak sedarkan diri akibat mabuk.
Gambar yang turut memaparkan 2 orang jejaka lain ini seperti sengaja di’rakamkan dan mula timbul di Twitter milik seorang artis Indonesia lain, Tyas Mirasih.
Namun, Luna Maya yang di’hubungi laman Kapan Lagi melalui telefon menafikan yang wanita dalam gambar mabuk yang tersebar tersebut merupakan diri’nya.
Luna Maya turut mendakwa yang beliau tidak pernah memiliki baju atau persalinan seperti di’kenakan oleh wanita dalam gambar ini & susuk tubuh’nya juga berbeza.
Mengakui sudah melihat gambar tersebut lebih awal sebelum di’kesan media, Luna Maya berkata beliau tidak pernah kenal dengan dua jejaka dalam gambar tersebut.
“Kalau dilihat, jari gadis itu ‘kan lebih lentik tidak seperti jari saya. Jadinya perkara sebegini tidak perlu saya pedulikan & rasanya tidak perlu di’perbesarkan,” ujar Luna Maya.

August 1, 2012

10:31

GAMBAR Bukti Kristen Stewart Curang, Robert Pattison Kecewa


Robert Pattinson: Mengapa Dia Curang Pada Saya?
Kisah curang Kristen Stewart dengan kekasihnya Robert Pattison masih lagi hangat diperkatakan ramai khususnya bagi penggemar Twilight yang nyata amat menyukai gandingan mereka di dalam filem berkonsep thriller vampire itu.
Biarpun Kristen Stewart sudah membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kecurangannya itu, namun ia nyata tidak berhasil untuk memulih semula keadaan apatah lagi hubungannya bersama Robert Pattinson.
Malah, aktor British itu dilaporkan sudah keluar dari rumah mereka selepas mendapat tahu tentang kecurangan buah hatinya itu bersama pengarah yang berstatus suami orang.
Memetik laporan majalah People, Robert Pattinson, 26, yang begitu marah dan kecewa dengan apa yang berlaku telah mengemaskan segala bagasinya dan berpindah daripada rumah yang dikongsinya selama ini bersama Kristin Stewart, 22. Dia juga tidak mahu berhubungan lagi dengan Kristen yang sudah menjadi kekasihnya itu selama 3 tahun.

Tidak faham mengapa dengan sifat segelintir manusia yang gemar curang, Robert Pattinson memberitahu, dia tidak pasti sampai bila dia mampu pulih daripada kekecewaanya itu.
Apapun, kisah kecurangan Kristin Stewart dengan pengarah Rupert Sanders yang mengarahkan filem terbaru lakonannya, Snow White and the Huntsman semakin didedahkan di dalam majalah tersebut.
Ianya termasuklah beberapa siri foto yang diambil pada 17 Julai lalu yang mengandungi gambar Kristin Stewart dan Rupert Sanders sedang bercumbuan di dalam kereta Mini Cooper milik aktres tersebut.

Kristin Stewart khabarnya telah meninggalkan seketika rumah 3 bilik yang didiaminya bersama Pattinson sejak 2011 untuk berjumpa dengan Sanders. Sewaktu pertemuan dengan Sanders itu berlakum dia telah mengenaka jersey L.A. Dodgers berwarna biru berserta topi milik Pattinson.
Selepas puas bertemu, Stewart kemudian menghantar pengarah yang tinggal tiga blok tidak jauh daripada rumahnya itu untuk pulang yang dikongsinya bersama isterinya yang juga model, Liberty Ross bersama 2 anak mereka. Stewart kemudian pulang semula ke rumahnya bersama Pattinson.
Sebaik saja majalah People muncul di newsstands, Stewart kemudian mengakui bahawa dia telah mencurangi Pattinson serta membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Saya mohon maaf kerana telah melakukan perkara yang memalukan ini serta melukakan mereka yang cukup rapat dengan saya serta mereka yang turut terlibat. Apa yang berlaku ini telah banyak menjejaskan apa yang cukup dan benar-benar penting dalam hidup saya iaitu seseorang yang sangat saya hormati serta cintai, Rob. Saya mencintai dia. Saya mencintai dia. Saya minta maaf sangat-sangat," katanya.
Sanders pula memberitahu People: "Saya sedih dengan kepedihan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga saya. Isteri saya yang cantik, anak-anaka saya dan semua yang saya ada di dunia ini. Saya benar-benar sayangkan mereka. Saya berdoa agar kami semua akan dapat melalui perkara ini bersama," katanya.
Sewaktu diwawancara majalah You tidak lama dulu, Liberty Ross ada menyebut tentang kesukaran yang terpaksa dia dan Sanders lalui selepas berpindah ke Los Angeles untuk memudahkan Sanders meluncurkan kerjayanya sebagai pengarah di Hollywood.

"Saya tidak pernah mahu mengatakan bahawa saya selalu membesarkan anak-anak saya secara bersendirian. Tapi, itulah yang selalu saya rasakan. Tapi, keadaan sudah berubah sekarang. Saya rasa gembira. Nampaknya kami sudah mampu melalui segala kesukaran tersebut.
Apapun, ipar Rupert, Leopold Ross mendedahkan, kecurangan yang dilakukan Kristen terhadap Rupert sudah pun berbulan-bulan lamanya.
"Kecurangan mereka itu jual tecetus pada pertengahan shooting Snow White and the Huntsman hampir berakhir hinggalah hinggalah membawa kepada pasca produksi pada minggu lalu," Leopold.
Kini, Robert Pattinson dikatakan mahu bertemu dengan Rupert Sanders untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di antara dia dengan Kristen Stewart kerana dia percaya Stewart tidak akan bercakap benar dengannya.

July 30, 2012

14:52

DULU VS KINI. Perubahan Wajah 20 Bintang K-Pop Lelaki


Memang tidak dapat dinafikan, wajah bintang K-Pop (Korean Pop) lelaki dan wanita sering saja menjadi pilihan untuk menghiasi iklan jenama terkenal.
Difahamkan, bintang K-Pop yang menerima paling banyak tawaran adalah Choi Siwon dari Super Junior dan Yoona dari Girl Genaration atau SNSD.
Perubahan Wajah 20 Bintang K-Pop Lelaki

Namun, adakah anda tahu kebanyakan dari artis K-Pop ini sudah berani membuat pendedahan secara terbuka bahawa mereka memang ada membuat pembedahan plastik untuk membuatkan mereka kelihatan lebih tampan dan jelita.

Tidak hairan juga, ada segelintir bintang pujaan ramai ini bukan saja membuat pembedahan plastik di bahagian wajah tetapi turut merubah keadaan fizikal lain seperti kaki, badan dan rambut.
Pun begitu, ada juga di kalangan mereka mempunyai wajah kacak dan kejelitaan semulajadi sebelum bergelar bintang popular. Istimewa untuk anda, murai.com.my tampilkan 20 wajah bintang K-Pop lelaki sewaktu bersekolah dan selepas menjadi pujaaan ramai.

1. 2PM's Nichkhun
2. JYJ's Park Yoo Chun
3. Big Bang's Taeyang
4. MBLAQ's Lee Joon
5. 2PM's Taecyeon
6. CNBlue's Jung Yong Hwa
7. JYJ's Kim Jae Joong
8. SHINee's Taemin
9. Kim Hyun Joong
10. BEAST's Yoseob
11. BEAST's Yoon Doo Joon
12. SHINee's Key
13. Big Bang's G-Dragon
14. Big Bang's Daesung
15. 2AM's Jo Kwon
16. JYJ's Kim Junsu
17. Big Bang's TOP
18. Super Junior's Leeteuk
19. 2PM's Wooyoung
20. Rain (aka Jung Ji Hoon)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us