Breaking

Showing posts with label Cerita Artis. Show all posts
Showing posts with label Cerita Artis. Show all posts

January 11, 2013

11:14

Uji Rashid Rasa Penghinaan Kepada Artis Lama Sepertinya


Walaupun AJL27 telah berlangsung kira-kira seminggu, baru hari ini Uji Rashid tampil di Utusan Malaysia untuk meluahkan isi hati tentang kontroversi yang melanda dirinya. Selama ini memang tidak pernah sebarang “statement” dikeluarkan daripada pihak Uji Rashid.
uji rashid
Untuk anda yang tidak tahu, Uji Rashid telah dipilih oleh Yuna untuk menyanyikan lagunya sebelum digantikan oleh Aizat di saat-saat akhir. Bagi Uji Rashid, cara dirinya disingkirkan adalah sangat tidak sopan dan tidak beradab.
Sebaliknya saya kecewa dengan cara mereka ‘menyingkirkan’ saya tanpa adab dan sopan seperti sepatutnya. Saya hanya diberitahu tiga hari sebelum majlis anugerah berlangsung. Ketika itu mereka sudah memilih Aizat menggantikan tugas saya, sedangkan pelbagai persediaan sudahpun saya lakukan sebelum itu. Saya anggap ini penghinaan kepada artis lama seperti saya. Sepanjang 38 tahun menyanyi, detik-detik ini adalah sesuatu yang paling mengecewakan saya.
uji rashid

January 10, 2013

08:30

Sharnaaz-'Saya Kongkong Shila Kerana Dia Bakal Isteri'


Pelakon Sharnaaz Ahmad secara terbuka mengakui dakwaan kononnya dia mengongkong pergerakan teman wanitanya iaitu penyanyi Shila Amzah.
Sharnaaz, 27, berkata, dia berbuat demikian kerana melihat kepada hubungan itu sebagai sesuatu yang serius selain meletakkan wanita tersebut sebagai bakal isterinya.
"Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan.
"Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya," jelasnya tegas.
Sharnaaz ditemui ketika tayangan perdana filem Juvana di e-Curve, Damansara di sini pada Rabu.
Dalam filem arahan Faisal Ishak itu, Sharnaaz memegang watak sebagai Lan Todak di samping pelakon lain seperti Johan As'ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly dan Syafie Naswip.
Ia bakal ditayangkan bermula 24 Januari depan.
Dalam pada itu, Sharnaaz berazam untuk tidak lagi mahu bercakap mengenai cinta sebaliknya ingin menumpukan terhadap soal perkahwinan dengan kekasihnya itu.
Shila Amzah
Sementara itu, dia mengakui namanya pada tahun 2012 sedikit tercalar dengan cerita-cerita kurang enak mengenai dirinya dan berazam untuk memastikan kerjayanya lebih menyerlah pada 2013.
Bercakap mengenai Juvana, Sharnaaz berkata dia bertuah dapat membintangi filem berkenaan kerana ia memberikan kelainan kepada watak yang dipegangnya.
Katanya walaupun agak sukar untuk membawa watak jahat yang diberikan namun atas bimbingan pengarah dia berjaya melakukannya dengan baik.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz akan kembali ke set penggambaran filem arahan Kabir Bhatia yang masih belum mempunyai tajuk selain beberapa projek drama.
Ia adalah kerjasama ketiganya bersama pengarah itu.
"Saya sentiasa senang dapat bekerja dengan Kabir kerana beliau adalah seorang pengarah berbakat dan tahu apa yang dimahukan.
"Tahun ini saya menyasarkan untuk buat enam atau tujuh filem dan berharap ia akan tercapai," katanya.

January 8, 2013

07:22

Uji Rashid Kecil Hati Tak Diberi Peluang Menyanyi Lagu Yuna Terukir Di Bintang



Rasaya semua orang tahu tentang kontroversi yang melanda pemilihan penyanyi untuk lagu Terukir Di Bintang ketika AJL27. Pada mulanya, Uji Rashid telah dipilih oleh Yuna sendiri untuk menyanyikan lagu tersebut. Namun di saat akhir, Uji Rashid terpaksa digantikan oleh Aizat.
uji rashid
Apa yang menyedihkan ialah Uji Rashid tidak diberitahu lebih awal tentang penggantian tersebut. Difahamkan Uji Rashid terus menjalani latihan tanpa mengetahui yang khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi. Aizat turut meluahkan rasa kecewanya terhadap layanan yang diberikan kepada Uji Rashid:-
Saya tak tahu dimana silapnya tetapi secara umumnya, pihak yang bertanggungjawab patut melayan penyanyi veteran kita dengan baik. Rasa sedikit kecewa apabila melihat keadaan ini berlaku, janganlah memberi harapan yang tinggi terutamanya kepada golongan veteran sepertinya.
aizat

January 3, 2013

12:44

Zarina Anjoulie Masuk Lokap, Keluarga Tidak Datang Menjamin


Zarina Anjoulie Masuk Lokap, Keluarga Tidak Datang Menjamin. Mungkin ahli keluarga Zarina Anjoulie tiada di Malaysia sehingga mereka tidak tahu akan berita penahanan Zarina bersama teman lelakinya pada 30 Disember yang lalu? Ini kerana Zarina sekarang terpaksa meringkuk di dalam lokap akibat tiada seorang pun yang datang menjamin dirinya.
zarina anjoulie
Zarina dikenakan ikat jamin RM2,000 dengan syarat penjamin adalah ahli keluarga. Teman lelaki Zarina telah pun diikat jamin oleh abangnya. Sayangnya tiada ahli keluarga Zarina yang hadir sehingga pukul 4 petang semalam sekaligus menyaksikan dirinya dibawa ke Kompleks Penjara Kajang.
zarina anjoulie
Nampaknya permulaan tahun 2013 adalah sangat tidak bagus buat Zarina Anjoulie kerana terpaksa bermalam di lokap sehingga tarikh perbicaraan pada 8 Februari kelak. Namun mana tahu pengalaman tersebut akan menjadi pengajaran yang berguna buat dirinya. Info asal Mstar Online.

January 2, 2013

20:39

Zarina Anjoulie Adalah Pelakon Yang Ditangkap Miliki Dadah


Pada 30 Disember lepas, seorang pelakon dan juga model yang dikenali kerana kontroversi, Zarina Anjoulie telah ditangkap bersama teman lelakinya dalam satu serbuan polis di sebuah rumah mewah di Damansara Damai kerana menyimpan dadah jenis eramin 5 di situ.
Hari ini, Berita Harian melaporkan yang Zarina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.
Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.
Ada-ada saja dengan Zarina. Ingatkan dia sudah insaf setelah terbabit dengan pelbagai kontroversi seperti gambar separuh bogel dan gambar seksi dengan majalah FHM.
Dalam serbuan kira-kira tiga hari lepas, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah. Menurut sumber:-
Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.
Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.
Buat pengetahuan anda, Zarina juga pernah ditangkap polis pada satu Ops Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di LCCT kerana disyaki mengambil dadah. Pada masa itu, dia mengaku mengambil dadah Ketamin dan Syabu, tetapi pada masa pengakuan dibuat dia masih belum menjalani ujian air kencing.

January 1, 2013

11:18

Pelakon & Model Wanita Popular Ditahan Simpan Dadah Di Rumah


Pelakon & Model Wanita Popular Ditahan Simpan Dadah Di Rumah. Selamat tahun baru semua dan sebagai pembuka tirai tahun 2013, ini kisah tentang seorang selebriti popular yang ditahan pihak polis kerana menyimpan dadah.
Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang seorang pelakon & model wanita terkenal dengan pelbagai kontroversi itu telah ditahan bersama teman lelaki di rumah mereka.
Dalam serbuan polis di kediaman mewah di Damansara Damai, pelakon berusia 26 tahun di’dapati menyimpan dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram.
“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan & mereka pada mulanya enggan bekerjasama walaupun polis sudah memperkenalkan diri”
“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan itu mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera tutup semula selepas menyedari kehadiran polis,” jelas sumber.
10:39

Raja Azmi- Sunyi Apabila Tidur Seorang Diri Di Katil


Raja Azmi- Sunyi Apabila Tidur Seorang Diri Di Katil . Agaknya inilah yang dirasai oleh kesemua janda dan duda di seluruh dunia. Iyerlah, setelah sekian lama tidur berdua, tup-tup tiba-tiba tidur seorang diri, pasti kesunyian melanda jiwa raga. 
raja azmi sunyi
Untuk pengetahuan anda, sudah genap 6 bulan Raja Azmi berpisah dengan Jalani Sidek. Berusia 53 tahun, Raja Azmi meluahkan rasa sunyinya kepada Mstar Online:-
Sebelum ini, tidak rasa sangat tetapi sejak akhir-akhir ini rasa sunyi semakin menebal pula terutamanya apabila saya hendak tidur. Pada 27 Disember lalu, genap enam bulan saya dan suami (Jalani Sidek) berpisah. Saya semakin sunyi apabila tidur seorang diri di katil.
Diharap ada lelaki yang sudi mengisi kesunyian Raja Azmi sekaligus melamarnya menjadi isteri. Tak baik dibiarkan sunyi lama-lama. Sama-samalah kita doakan agar Raja Azmi cepat-cepat bertemu jodoh kembali dan hilang segala kesunyian yang melanda dirinya.

December 31, 2012

10:01

Serina Redzuawan ‘Kantoi’ Guna Gambar Palsu Untuk Lariskan Produk Kurus?


Bukan perkara baru individu yang menggunakan pelbagai taktik demi keuntungan tetapi jika ianya melibatkan selebriti, wajar dapat perhatian kami. 
Awal November 2012 lalu, Serina Redzuawan ada mengirimkan sekeping gambar melalui Facebook & Twitter beliau tentang seorang lelaki yang berjaya kuruskan badan.
Menemani gambar tersebut adalah ayat Serina Redzuawanyang seakan mendakwa lelaki tersebut berjaya kurus dengan bantuan satu produk kesihatan yang di’jual oleh beliau.
Menariknya, tuan empunya gambar telah meninggalkan komen bahawa tidak mengambil sebarang produk menguruskan badan apatah lagi produk jualan Serina Redzuawan.
Isu ini yang di’timbulkan oleh seorang peminat di forum Cari ini turut berkata ini bukan kali pertama Serina Redzuawan terlibat dengan ‘penipuan halus’ dalam melariskan produk.
#01 Serina Redzuawan Guna Gambar Palsu Untuk Lariskan Produk - ROTIKAYA
#02 Serina Redzuawan Guna Gambar Palsu Untuk Lariskan Produk - ROTIKAYA
Alahai menipu sampai terkantoi...mana nak sorok muka

December 30, 2012

08:14

Neelofa- Suka Atau Benci Itu Hak Mereka


Boleh dikatakan tahun 2012 adalah tahun penuh kontroversi buat si cantik manis Neelofa.Kontroversinya bersama Anzalnagosip percintaannya dengan Hans Isaac dan macam-macam lagi cerita tentang dirinya telah timbul sepanjang tahun ini.
lofa
Namun Neelofa menganggap semua kontroversi itu tidak begitu memberi kesan daripada segi kariernya. Bagi Neelofa, peminat mempunyai hak untuk membenci, menyukai atau memuja dirinya. Kata Neelofa kepada Kosmo:-
Kini apabila ada terbaca tentang diri sendiri dalam akhbar dan sebagainya, memang geram pada mulanya. Namun setelah itu saya fikir jika mereka suka saya, memuja saya ataupun membenci saya, ia adalah hak mereka. Ini kerana jika Allah sudah tetapkan rezeki saya, ia tetap ada dan sama sahaja. Melainkan saya sendiri yang buat perangai, itu memang seperti mencari nahas sendiri. Namun, mungkin dari segi karier tidak begitu memberi kesan. Bagaimanapun dari segi persepsi orang terhadap saya, memang mereka akan punya tanggapan serong terhadap diri
lofa
Yang menariknya, kontroversi yang melanda Neelofa membuatkan dirinya mahu bekerja lebih keras untuk keluar daripada kepompong isu tersebut. Kiranya kontroversi menjadi pembakar semangat buat Neelofa untuk lebih menonjolkan bakatnya. Namun Neelofa menerangkan kebanyakan kontroversi yang melanda dirinya adalah berpunca daripada orang ketiga.
Memang tidak dinafikan sejak awal terlibat dalam industri seni hiburan tanah air, kontroversi tentang saya kelihatan seperti tidak putus-putus. Ada sahaja cerita yang akan keluar tentang diri saya dan kebanyakannya cerita daripada pihak ketiga. Bagaimanapun, kontroversi yang selalu melanda diri saya ini bukannya daripada diri sendiri, namun ia tentang ramai orang yang bercerita tentang itu dan ini. Saya perlu katakan, perkara ini bukan diminta tetapi ia hadir secara tidak disangka.
lofa

December 29, 2012

17:14

Penyanyi Sara Suami yang Dimaksudkan Ialah Noraniza Idris

Penyanyi Sara Suami yang Dimaksudkan Ialah Noraniza Idris.  tiga tahun menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal, penyanyi Noraniza Idris akhirnya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang bilal yang berasal dari Singapura, Jeffri Hudi, 53, pada 29 September 2011.


Lebih setahun menjalani kehidupan bahagia tanpa sebarang kontroversi, tiba-tiba ada khabar angin yang mendakwa peranan mencari rezeki telah digalas oleh Noraniza kerana suaminya didakwa tidak bekerja.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan yang ditemui sewaktu majlis pelancaran pertandingan tarian Akar Kita Zapin 2012 di Panggung Bandaraya DBKL, Kuala Lumpur kelihatan tenang apabila diajukan pertanyaan mengenai cerita tersebut.

"Sepanjang berumah tangga dengan bekas suami dahulu sudah bermacam-macam cerita yang ditimbulkan mengenai perkahwinan saya. Jadi, saya tidak terkejut sekiranya masih ada yang memperkatakan tentang kehidupan rumah tangga saya.

"Mungkin cerita sebegini timbul apabila orang melihat saya yang lebih banyak menonjol, tetapi hakikatnya saya tidaklah menyara keluarga seperti yang diperkatakan sesetengah pihak," ujar penyanyi berusia 44 tahun itu.
Menurut Noraniza, buat masa ini suaminya menjalani perniagaan sendiri iaitu menjadi pembekal barang-barang runcit, selain menjadi bilal bebas di sebuah masjid di Seri Kembangan, Selangor.

Ujarnya, memandangkan suaminya merupakan seorang warganegara Singapura, mereka juga kini sedang berusaha membuat permohonan agar Jeffri mendapat kerakyatan Malaysia supaya lebih mudah menjalankan segala urusan di sini.
"Sudah tentu orang tidak melihat apa yang suami saya telah lakukan kerana cerita mengenai kegiatannya tidak dikongsikan memandangkan dia bukanlah seorang artis seperti saya. "Lagipun, saya tidak kisah apa yang orang hendak kata mengenai rumah tangga kami. Lebih penting saya rasa lebih gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang," jelasnya.

NORANIZA  mengakui tidak terkejut mendengar pelbagai cerita negatif tentang suaminya ini.
Pada masa yang sama, Noraniza meluahkan rasa syukurnya kerana usaha yang dilakukan untuk terus memperjuangkan etnik kreatif turut mendapat sokongan suami.

Ujarnya, biarpun suaminya itu merupakan seorang bilal, tetapi dia beruntung kerana mendapat restu suami dalam melakukan pekerjaan sekarang dan menganggap ia merupakan perkara yang paling penting sekiranya mahu berjaya. 
"Walaupun suami merestui apa yang saya lakukan sekarang ini, dia juga ada meminta supaya saya kurangkan kegiatan seni. Namun begitu, saya meminta kepadanya supaya memberi sedikit lagi masa untuk mengejar impian saya," ujarnya.


13:09

Zain Saidin Mula Memikat Rozita Che Wan. Kongsi Luahan Ayat-Ayat Cinta Di Instagram


Zain Saidin Mulakan Langkah Pertama Memikat Rozita Che Wan. Luah Ayat-Ayat Cinta. Dalam rancangan MeleTOP di astro ria, Zain Saidin turut memberi pengakuan dia cuba memulakan langah pertama untuk memikat Rozita Che Wan. Dan kini dia hanya menuggu respon daripada Rozita Che Wan berkenaan luahan hatinya itu.
zain saidin
“Never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you..” Memang cair habis kan? Nampaknya Zain Saidin sudah berani untuk meluahkan isi hatinya terhadap Rozita Che Wan secara umum.Sebagai lelaki, Zain cuba bertindak lebih gentleman, bertuah Che Ta mendapat pucuk muda :)
zain saidin

November 1, 2012

13:06

Tasha Shilla Ditaja Datuk Jamal,Tauke Restoran Sekinchan Ikan Bakar?

Tasha Shilla Ditaja Datuk Jamal,Tauke Restoran Sekinchan Ikan Bakar?Me pernah singgah makan di Restoran Sekinchan Ikan Bakar Kajang. Boleh tahan jugaklah rasanya. namun suasana agak suram dan takde ramai orang sangat. Tak sangka pula rupa-rupanya “Datuk J” yang dikaitkan dengan Tasha Shillla ialah Datuk Jamal Md Yunus, pemilik restoran Sekinchan Ikan Bakar.
datuk jamal sekinchan ikan bakar
Baru berusia 42 tahun, Datuk Jamal dikatakan telah memberi sebuah kereta Audi A5 dan menaja kehidupan Tasha Shilla. Semalam menerusi Metro Ahad, isteri Datuk Jamal, Datin Nurhanizatul Shida tampil menyatakan yang suaminya tiada hubungan istimewa dengan pelakon tersebut. Katanya:-
Sebenarnya, saya sudah penat menjawab tuduhan banyak pihak dan blog tertentu yang mengaitkan pelakon itu dengan suami saya. Saya lebih kenal suami saya! Suami meminta saya bersabar dan tidak mudah percaya gosip mengaitkan dia dengan mana-mana wanita atau artis. Tidak dinafikan, hati isteri mana tidak cuak mendengar cerita itu pada mulanya. Untuk itu, saya selalu mencuri baca khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan di telefon bimbit suami untuk mencari bukti. Bagaimanapun, suami menyatakan kesibukan berniaga menyebabkan dia tidak ada masa untuk melayan cerita remeh-temeh dan meminta saya tidak cepat melenting dengan gosip itu.
tasha shilla datuk j
Tak ada sebab rasanya Datuk Jamal untuk membuat hubungan sulit dengan Tasha Shilla. Wifenya pun cun melecun orangnya. Lagipun bak kata si isteri, suaminya sibuk dengan perniagaan dan tak ada masa untuk semua ini. Diharap selepas ini tiada lagi cerita-cerita yang melibatkan Datuk Jamal dan Tasha Shilla terpampang di dada akhbar.
 
11:49

Gambar Pertunangan Bekas Suami Anne Ngasri, Wafi

Gambar Pertunangan Bekas Suami Anne Ngasri, Wafi. Pada 28 Oktober yang lalu, pasangan bercinta ini Wafi dan Rafeeda sudah pun mengikat tali pertunangan. Tahniah diucapkan.

wafi bertunang
Nampaknya Wafi lebih bernasib baik di dalam percintaan berbanding dengan bekas isterinya, Anne Ngasri. Nama tunang Wafi ialah Rafeda Razif. Rafeda merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat produksi. Mereka berdua dikatakan bakal melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini.
wafi dan tunang
Nampak wajah mereka agak seiras..mungkin ini lah jodoh bekas suami Anne ni jangan pula cerai lagi lepas ni ye

September 29, 2012

08:00

Siti Nurhaliza Kuruskan Badan, Mahu Terima Menantu



KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 33, mahu menurunkan berat badannya sehingga 55 kilogram (kg), walaupun sudah memiliki berat yang ideal iaitu 58 kg.
"Walaupun di luar orang nampak dah elok, kita tetap akan nampak empat kilogram lebih besar apabila muncul di televisyen. Buat masa ini saya sudah pun mula menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapatkan berat seperti yang diinginkan," katanya.

Tambah Siti, antara sebab lain dia ingin menurunkan berat badannya ialah sebagai persediaan untuk mengadakan konsert di Grand Ballroom, Bukit Gambang Resort City, Gambang, Pahang yang akan berlangsung pada 9 November depan.
"Seperti biasa, setiap kali mengadakan konsert, persiapan daripada segi tenaga dan mental perlu dibuat kerana ingin memberikan yang terbaik buat para peminat. Jadi selain menjaga makan untuk kurus, ia juga salah satu persediaan diri untuk konsert berkenaan. Bulan Oktober ini, semua makanan kegemaran saya akan “disekat” buat sementara waktu," selorohnya.
Konsert yang dianjurkan oleh Creative Stars Empire Sdn Bhd itu menyediakan sebanyak 4,000 tiket. Ia dijual dengan harga RM338 (tempat duduk VIP) dan daripada RM98 hingga RM238 untuk tempat duduk lain. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 09-5173609.

September 28, 2012

08:35

Cemburu Dengan Shila Amzah, Hafiz Ke Korea Festival ABU Song 2012

Setelah ramai yang mempertikai kejayaan Shila Amzah kononnya Juara Mania, Hafiz AF lebih layak untuk mewakili Malaysia dipertandingan itu. Terbaru Hafiz bakal mewakili Malaysia untuk bertanding di Festival ABU Song 2012 di Korea Selatan.
Hafiz Ke Korea Ditanggung Astro Dan RTM

Keberangkatnya Hafiz ke Seoul, Korea Selatan pada 8 Oktober ini sebenarnya adalah atas undangan rasmi dari pihak RTM (Radio Televisyen Malaysia) yang menginginkan juara Akademi Fantasia 7 ini mewakili Malaysia.
Difahamkan, segala perbelanjaan Hafiz ke Korea Selatan dari segi penginapan, makanan dan penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh RTM. Apa yang pasti, Hafiz yang bakal berjuang menerusi lagu Awan Nano akan ditemani seorang pengurus peribadi beserta seorang juru solek profesional

Menyentuh mengenai persediaan Hafiz untuk pertandingan ini, Hafiz yang diwajibkan mendendangkan lagu Awan Nano sedang bergiat berlatih untuk mempelajari bahasa Korea agar dia tidak kekok menghadapi juri pertandingan tersebut.
Lebih menarik lagi, Hafiz berkemungkinan besar bakal mendendangkan sebuah lagu Korea yang masih belum dipilih lagi.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Astro turut menyangkal dakwaan yang mengatakan penyertaan Hafiz dalam pertandingan ini adalah atas rasa cemburu dengan pencapaian Shila Amzah menerusi pertandingan Asian Wave 2012, baru-baru ini.
Malah, Astro turut memaklumkan Hafiz terlebih dahulu mendapat tawaran berkenaan sebelum nama Shila dijulang sebagai juara.
Apapun, semoga agar Hafiz berjaya mengharumkan nama negara bersama dengan Sabhi Saddi yang turut sama bertanding dalam pertandingan yang dianjurkan ini.
08:22

Kekasih Izara Aishah Anak VIP

Kekasih Izara Aishah Anak VIP

Izara Aishah: Dialah Teman Lelaki Saya...


"Siapa dia atau anak siapa itu tidak penting, cukuplah saya mengakui memang kini saya sudah berpunya. Jika ada yang terjumpa saya dengan seorang lelaki, itulah dia teman lelaki saya.
"Izara rasa lebih baik untuk Izara kongsi perkara ini kerana bagi Izara sebelum ada lagi gosip liar pasal Izara dengan mana-mana individu, ini mungkin dapat menjauhkan nama Izara daripada perkara sedemikian.

"Lagipun kalau nak rahsia pun, kami ada keluar bersama. Jadi sebelum menimbulkan sebarang fitnah lain lebih baik Izara cerita sekarang. Diharapkan selepas ini Izara tidak lagi dikaitkan dengan siapa-siapa lagi,"ujarnya yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kerabat-kerabat dan VIP.

Apabila diajukan soalan tidakkah dia takut pendedahan ini akan menjejaskan popularitinya yang kini dilihat sedang berada di puncak. Aktres yang baru berusia 20 tahun ini menjelaskan lebih baik dia menjadi diri sendiri daripada seorang yang hipokrit.

"Bila orang kata Izara ini sopan santun, nampak baik macam dalam lakonan dan sebagainya. Itu bukan diri Izara, tetapi itu watak yang Izara bawakan
"Izara tidak mahu dilabel dengan imej yang terlalu baik dan sopan. Jika orang yang berada disekeliling yang mengenali Izara mereka tahu Izara orangnya bagaimana.
"Manalah tahu di masa hadapan kelak Izara ada buat kesilapan, peminat menghukum hanya sebab imej Izara yang dikatakan sopan. Bagi Izara kita semua manusia biasa, tidak dapat lari daripada kesilapan,"ujar selebriti yang terkenal dengan gayanya yang selamba dan sempoi ini.
08:18

Sham (Kamikaze) Dan Isteri Bercerai Setahun Lalu Tetapi Rujuk Semula Secara Tidak Sah


Farazila membuat permohonan cerai terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu.
SHAH ALAM: Hasrat isteri kepada komposer dan pendakwah bebas Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar yang ingin menuntut cerai daripada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis menjadi sebaliknya apabila pasangan tersebut sebenarnya disahkan bukan lagi suami isteri sejak 1 September tahun lalu.
Ia disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie.
Mereka juga telah melakukan perbuatan “muasyarah” iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tanpa menyedari pernikahan mereka sudah terbatal.
Malah pasangan berkenaan juga tidak melaporkan lafaz cerai berkenaan kepada pihak mahkamah.
Hakim Syarie, Atras Mohammad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pasangan tersebut dalam sebutan kes mereka di sini pada Khamis.
Atras berkata, perbuatan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, (defendan) yang tidak melaporkan lafaz cerai dan kembali rujuk itu menyalahi undang-undang syariah negeri itu selain bercanggah dengan hukum syarak yang telah ditetapkan.
"Walaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini.
"Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau pun tidak," ujarnya.
Sehubungan itu katanya, kedua-dua pasangan tersebut sebenarnya tidak lagi menjadi suami isteri selepas lafaz cerai itu dibuat walaupun Sham menganggap dia sudah rujuk semula dengan Farazila, 31, (plaintif).
Sham hadir sendirian ke mahkamah.
"Dengan ini mahkamah mengesahkan pihak defendan dan plaintif sah bercerai kali pertama pada tarikh tersebut dan rujuk perbuatan yang dibuat adalah tidak sah," katanya.
Sham dalam keterangannya memberitahu mahkamah dia telah melafazkan cerai terhadap Farazila di rumah mereka di Kondominium Sri Bayu USJ, Subang Jaya di sini kira-kira pukul 7 malam, 1 September 2011 dan kembali rujuk dengan perbuatan pada 16 September 2011.
Dia bagaimanapun mengakui tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak mahkamah.
Dalam pada itu, Farazila dalam keterangannya memberitahu selepas kembali rujuk mereka telah tinggal bersama sehingga 30 Ogos lalu iaitu pada hari dia memfailkan permohonan cerai terhadap Sham.
Berikutan pengesahan itu hakim memerintahkan plaintif menjalani edah muasyarah selama tiga bulan atau tiga kali suci bermula daripada tarikh dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan defendan.
Mahkamah turut memerintah Farazila untuk membatalkan permohonan cerai yang dibuatnya sebelum itu.
Terdahulu pasangan tersebut hadir ke mahkamah untuk mendengar sebutan tiga permohonan yang dibuat oleh Farazila iaitu pengesahan cerai, rujuk dan permohonan cerai.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara kecil-kecilan di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor.
Farazila hadir dengan berpakaian jubah hitam berserta tudung ungu ditemani oleh dua orang ahli keluarga manakala Sham yang berbaju putih dan berkopiah hadir seorang diri.
Kedua-dua pasangan itu tidak diwakili peguam.
Sementara itu di luar mahkamah Farazila berkata, sebelum ini dia pernah menggesa Sham untuk melaporkan perkara itu ke mahkamah bagi mendapat kepastian tentang status perkahwinan mereka tetapi ditolak oleh bekas suaminya itu.
Menurut Farazila, Sham mengatakan perbuatan rujuk melalui perbuatan itu adalah sah selepas dia mendapat pandangan daripada ustaz selain berpandukan buku-buku agama walaupun tidak melaporkannya kepada mahkamah.
"Secara dasarnya ada hikmah saya memfailkan permohonan cerai pada 30 Ogos lalu kerana ia telah menyelesaikan kes lafaz cerai dan rujuk yang dibuat oleh dia (Sham) sebelum ini.
"Saya lega kerana segala-galanya telah selesai hari ini (Khamis) dan berharap akan lebih tenang selepas ini," katanya.
Manakala Sham pula memberitahu, dia reda dengan ketentuan Allah terhadap keputusan mahkamah dan enggan mengulas mengenai punca keretakan rumah tangga mereka berdua

September 27, 2012

09:52

Datuk K, Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Terima Menantu Disember Ini

 Datuk K, Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Terima Menantu Disember Ini. Harian Metro semalam melaporkan yang media telah dijemput ke sebuah majlis santai khas dikediaman Datuk K & Siti Nurhaliza bertempat di Bukit Antarabangsa, KL.
Jemputan khas sebegini selalunya akan di’iringi dengan satu pengumuman khas dan kemungkinan pasangan ini bakal terima menantu pertama pada Disember 2012 nanti.
Sumber terdekat dengan keluarga memberitahu yang Datuk K & Siti Nurhaliza kini sedang rancak membuat persiapan untuk perkahwinan anak sulung Datuk K iaitu Anas Zawawi.
Anas Zawawi dikhabarkan bakal berkahwin dengan anak gadis seorang VVIP pada Disember ini dan mereka berkenalan ketika sama sama menuntut di Australia sebelum ini.
Di laman Twitter Anas Khalid, sahabatnya turut menulis komen "Last birthday as a bachelor"
08:17

Nabila Huda Mahu Kahwin Untuk Tambah Anak


Pelakon Nabila Huda Suhaimi (Nabila) tidak pernah serik untuk berkahwin lain kerana keinginannya untuk menambah bilangan anak.
Bagaimanapun, Nabila, 28, berkata, impian itu terpaksa dipendamkan buat masa ini kerana dia masih belum menemui teman lelaki yang sesuai untuk bergelar calon suami.
"Saya sangat mahukan anak. Semakin Keisha (anak perempuan pertamanya) membesar, semakin berkobar-kobar keinginan untuk saya menambah anak.
"Masalahnya, saya belum berjumpa dengan calon yang menepati kehendak saya. Saya mahukan lelaki yang matang dan berfikiran terbuka, dapat menerima dan menjaga saya seadanya," katanya 
Nabila yang berstatus ibu tunggal bercerai dengan Zaidi Zailani, 30, pada Ogos tahun lalu ekoran tiada persefahaman selepas tiga tahun berkahwin. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia dua tahun setengah.
Mengenai teman lelaki, Nabila berkata, keintimannya dengan pelakon Johan As'ari sering disalah ertikan sebagai pasangan kekasih walaupun dia dan pemuda berusia 26 tahun tersebut hanya kawan rapat.
"Saya tidak bercinta dengan Johan. Kami hanya kawan baik kerana saya memang selesa untuk rapat dengan lelaki kerana karakter saya yang lasak dan ringkas ini.
"Saya banyak membimbing dan beri nasihat kepadanya mengenai kehidupan, imej dan kerjaya. Namun, kami tidak sampai ke tahap bercinta seperti yang disangka.
"Masih banyak yang perlu dia pelajari dalam hidup dan dia sendiri belum bersedia untuk berkahwin. Saya mencari lelaki yang matang dan berkemampuan untuk menanggung saya dan anak," katanya.

September 26, 2012

07:00

Aidil Zafuan Gagal Dapat Hak Lawatan, Bermalam Bersama Anak


Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada Selasa gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan hak lawatan serta bermalam bersama dua anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan untuk menolak permohonan Mohd Aidil, 24, selepas menerima bantahan awal yang difailkan Rita, 36.
Mohamed Fouzi juga mengarahkan Mohd Aidil membayar RM3,000 kepada Rita sebagai kos mahkamah.
Pemain bola sepak itu hadir di mahkamah bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari.
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.
Mohd Aidil selaku plaintif memfailkan permohonan hak lawatan serta bermalam pada 20 Jun lepas dan afidavit telah diserahkan kepada Rita, pada 27 Jun lalu.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, bagaimanapun mengemukakan bantahan melalui peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain atas alasan mahkamah itu tidak mempunyai “locus standi” atau bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan.
Ini kerana, Mohd Aidil membuat permohonan menggunakan alamat pemastautin di rumah yang turut diduduki Rita dan anak-anaknya di Damansara dekat sini.
Aidil Zafuan Abdul Radzak
Mohd Zaidi ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir menjelaskan isu dibangkitkan anak guamnya dalam bantahan itu membabitkan alamat tempat tinggal Mohd Aidil.
Beliau berkata ketika memfailkan permohonan hak penjagaan anak, Mohd Aidil menggunakan alamat rumah yang didiami Rita di Damansara sedangkan beliau mengakui sudah meninggalkan rumah itu, sejak Januari lepas.
"Beliau (Mohd Aidil) kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sudah berpindah ke USJ1, Subang Jaya, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa memberikan alamat rumahnya di USJ1 dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding mahkamah," katanya.
Sementara itu, Rita ketika ditemui melahirkan rasa kesyukuran terhadap keputusan mahkamah itu.
"Jika beliau maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah," katanya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us