Breaking

November 9, 2010

16:52

Siti Nurhaliza dalam Temubual 'Siti'

Dah macam Oprah Winfrey show pula tapi yang ni versi malaysia dan dikendalikan oleh Datuk siti nurhaliza. temubual berjudul 'Siti' ni akan bermula Februari depan, Siti katanya gugup bile first time kendali program macam tu semasa rakaman bersama Lisa Surihani.

kata Siti program ni bukan berkonsepkan temubual semata-mata tapi juga untuk membantu mereka yang memerlukan. bukan tu je pelabagai segmen dalam program ni antaranya yang memerlukan Siti berlakon....hmmm pasti menarik kan



15:24

Ezlyn Bakal Berkahwin 11.11.11

Makin ramai pula ye artis yang nak menamatkan zaman bujang masing2. dalam kosmo! tadi Ezlyn merancang tuk melangsungkan perkahwinan pada November 2011. sape bakal suaminya tu tak pula diberitahu kononnye nak berahsia dulu.


kata Ezlyn lagi  jejaka pilihannya itu bukanlah seorang kenamaan atau yang berharta tetapi cukup sekadar tidak mengongkongnya daripada melakukan aktiviti seni serta tidak cemburu buta. Die juga nak seorang suami yang beriman supaya dapat memimpin diri ini kelak dalam soal agama. baguslah tu, harap2 jodoh berkekalan :)

November 8, 2010

17:41

(Gambar) Majlis Hari Jadi Anak Que Haidar & Linda Jasmine

Comelnye bile sikecil Tengku Ratu Haidar, anak pasangan artis Linda Jasmine dan Que Haidar menyambut ulang tahunnya. Bertemakan Little Miss Sunshine, majlis serba-serbi berwarna kuning dan putih diadakan di rumah ibu bapa Linda di Enau Court. Pada 26 oktober lalau, genaplah usia Ratu setahun













sweet :)

November 7, 2010

15:47

Fasha Sandha Sambut Halloween 2010

Artis suke buat benda bukan2 macamne nak jadi contoh kat peminat. macam artis Fasha sandha ni yang menyambut Halloween pada 31 Oktober gan kekasihnya Rizal Ashram atau Jejai dan Joe Flizzow pun join sekali. nilah bile asyik nak meniru orang barat langsung tak kena tempatnya. 








Halloween berasal daripada perkataan Hallowe’en iaitu singkatan daripada ‘All Hallow’s Eve’ (malam sebelum hari ‘All Hallow’).

Selain itu, perayaan ini ditentukan mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar kerana mahukan kaum itu mempercayai agama mereka. 

Bagi penganut Kristian, Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, iblis, ahli sihir, hantu, goblin dan makhluk mitos yang menyeramkan. 

Selain itu, perayaan itu disambut dengan menghiasi rumah dan pusat beli-belah dengan simbol tertentu seperti labu yang diukir membentuk wajah menyeramkan iaitu nama Jack-o’-lantern dan berpakaian aneh.

@:hari valentine sambut halloween pun sambut,  maulidur rasul sambut tak?
13:28

Imej Terbaru Dafi AF5

artis memang nak kene berfesyen kalo tak nanti peminat larik. kali ni me nak post pasal imej terbaru Dafi af5. bukan sesaja nak post, tapi me nak korang compare antara dua artis ni sape lagi 'hensem' dengan fesyen rambut yang sama.

Dafi af5

vs

Mislina

cepat vote sape yang lagi 'hensem' ngeh2...
13:09

Mari Belajar Mengira

Matematik, sonok kan belajar math. dari kecik dah mule stat mengira sampailah masuk sekolah rendah, menengah, uni. dah tue nanti walupon dah habis sekolah pun kene mengira gak. entry kali ni pun pasal kira-kira gak. jum tengok..

me tahu mesti korang terer mengira kan? so mana pergi RM 1 tu? hmm...soalan SPM pun tak sesusah ni kot...me pun tengah pikir lagi ni jawapannya???

@:anda y genius sile jawap :)

November 6, 2010

07:39

Shah Jazly Bakal Imam Muda

Disebabkan nak jadi imam muda, Shah jazly terpakse memotong rambutnya yang panjang tuk disesuaikan gan watak y dipegang. korang jangan silap pula, Shah ni bukan nak jadi peserta imam muda dalam Astro oasis tu, tapi ni adelah untuk watak dalam drama Telal Dihalalkan Epal Itu yang akan disiarkan di TV Al-Hijrah.




ape kata Shah: 
“Saya perlu menjadi seorang yang sangat penyabar kerana berlakon sebagai imam muda yang hidup berlandaskan al-Quran dan hadis.
“Bagaimanapun, saya rasa tercabar untuk melakonkan watak itu kerana merasakan diri-sendiri belum cukup bagus untuk menjadi seorang imam muda,” 
@: me suke kalau Ashraf muslim pegang watak imam, nampak lebih sesuai.
07:19

Zed Zaidi Suka Kencing Malam

Ni lah yang jadi bile watak yang dipegang dalam tv terbawak2 sampai keluar. alkisahnye bermula bile Zed zaidi memegang watak utama dalam telefilem Ngompol yang dah disiarkan September lalu. Cerita ni berkisar tentang Jim atau nama jowonya Wagiman, seorang pelakon lelaki popular, berpersonaliti menarik dan kacak, Jim ni juge mempunyai jutaan peminat.



Tapi, ramai tak tahu Jim menyembunyikan satu rahsia besar dalam hidupnya, cume diketahui oleh ahli keluarganya iaitu die mempunyai penyakit kencing malam yang kronik.
Kata Zed, selepas telefilem tu disiarkan di Astro Ria, ramai orang yang mengejeknya suka kencing malam....huhu kesian kat Zed.
@: ade sape yang kencing malam lagi?

November 5, 2010

14:07

Patung Erotik Adik Sultan Brunei



Bace Kosmo! tadi me terbaca artikel bertajuk Adik Sultan Brunei halang juri lihat patung erotik. tak sangke ye ingatkan omputeh je yang suke simpan patung2 pelik macamni.
adik sultan Brunei

Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghalang juri daripada melihat empat buah patung yang menunjukkannya sedang bersetubuh

Semua patung erotik tersebut disimpan di rumah mewah berharga AS$11 juta (RM33.9 juta) milik putera itu di sini, New York, Amerika Syarikat. Menurut Mark Cymrot yang mewakili Derbyshire dan Faith patung-patung tersebut diukir oleh seorang artis terkenal, J. Seward Johnson.

Sebuah patung tersebut katanya, menggambarkan Putera Jefri manakala sebuah patung lagi menggambarkan seorang tunangnya. Dua patung yang lain menunjukkan mereka sedang melakukan hubungan seks.
"Muka saya merah kerana segan melihat patung-patung itu," kata Cymrot.
@:bile duit dah banyak sangat sampai tak tahu nak wat pe gan duit tu...



08:42

Atiqah Vs Luna, Siapa Lagi Hebat Di Mata Ariel

Khabarnya bekas mahasiswa Universiti Monash, Atiqah Hasiholan, disahkan menjadi bintang iklan baru untuk produk Lux bagi menggantikan Luna Maya selepas terbabit dalam skandal seks. kalau sebelum ni dalam promosi papan iklan, Luna digandingkan bersama Ariel untuk 'Lux Couple'. macamna pula untuk promosi Lux kali ni, adekah Ariel pule akan berpasangan gan Atiqah?

Atiqah Vs Luna, siapa lagi hebat di mata Ariel


Ariel dan Luna dalam 'Lux Couple'

Luna dalam iklan Lux.

me dengar Ariel dah tak laku skang betul ke? band Peterpan pun dah lingkup. mungkin tu lah akibatnya bila melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah sendiri, bukan karier je jatuh yang lain pun terkena tempiasnya sekali. 

@: tengok Dato Siti even dah popular tapi masih menjaga adab dan tak buat benda tak elok, sebab tu lah masih diminati sampai sekarang, peminat pun respect. ye tak?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us