Breaking

March 25, 2018

22:02

MYBRAIN TAJA TIGA MODUL: MYMASTER, MYPHD DAN MYPHD INDUSTRI

MYBRAIN TAJA TIGA MODUL: MYMASTER, MYPHD DAN MYPHD INDUSTRI


Peluang tajaan menyambung pelajaran ke peringkat Master dan PHD kini terbuka untuk lepasan ijazah sarjana muda yang berkelayakan.

MyMaster

MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD.

MyPhD

MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023

MyPhD Industri


MyPhD Industri merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan kepada rakyat malaysia bagi menggalakkan penyertaan industri dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta meningkatkan kolaborasi di antara industri dan universiti
21:57

TAMBAH PENDAPATAN DAN WANG SAKU. EUSAHAWAN DAN EREZEKI APLIKASI YOUCANDUIT

SABAH
 DEWAN ORANG RAMAI BEAUFORT

31-03-2018 to 01-04-2018
Roadshow
PERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yakin mampu menarik dan melatih lebih 250,000 usahawan menerusi Festival GegaRia 2018 #KitaOK, yang dianjurkan Media Prima Berhad di Bulatan Amanjaya, Meru.
Naib Presiden Hal Ehwal Korporat MDEC, Razaleigh Zainal berkata, menerusi program eRezeki dan eUsahawan anjurannya, usahawan terutama dalam kalangan belia diberi latihan bersesuaian bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi.
“Sepanjang tiga tahun lalu, kita berjaya melatih lebih daripada 300,000 usahawan menerusi program eRezeki dan eUsahawan dan menjana lebih RM300 juta.


“Menerusi festival ini, kita yakin mampu melatih dan memberi pendedahan kepada lebih ramai belia untuk menjana pendapatan lebih tinggi.
“Alhamdulillah, menerusi pelbagai program yang dianjurkan, kita mendapat impak yang amat baik,” katanya ketika ditemui di gerai pameran #YOUCANDUIT di Bulatan Amanjaya Meru, Ipoh, hari ini.
#YOUCANDUIT adalah n kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan.
Razaleigh berkata, menerusi acara itu, MDEC dapat memberi pendedahan kepada masyarakat supaya lebih ramai menyokong program #YOUCANDUIT.
Katanya, selain program eRezeki dan eUsahawan, pihaknya juga melancarkan program baharu dinamakan ‘Global Online Workforce’.
“Kita membawa usahawan yang bekerja untuk menjana pendapatan secara lebih tinggi, contohnya memberi pendedahan kepada mereka bagaimana untuk membuat rekaan supaya mereka dapat menjana pendapatan lebih tinggi berbanding sebelumnya,” katanya.

March 24, 2018

22:12

MAKCIK BAWANG MENJADI SEBUTAN, GALAK AKTIVITI MENGOPEK BAWANG SAMBIL BERBUAL KOSONG

MAKCIK BAWANG MENJADI SEBUTAN, GALAK AKTIVITI MENGOPEK BAWANG SAMBIL BERBUAL KOSONG
Image result for bawang
PETALING JAYA: Istilah ‘makcik bawang’ semakin sebati dalam kalangan netizen apabila mereka bercerita sesuatu isu atau perkara di media sosial.
Ia dikaitkan dengan aktiviti mengupas bawang beramai-ramai, yang mana tangan khusyuk mengupasnya dan mulut pula tidak berhenti bercakap sambil asyik bercerita mengenai hal-hal sekeliling termasuk mengata orang lain.
Selepas istilah itu tular, kini tersebar pula beberapa video animasi ‘makcik dan pakcik bawang’ berdasarkan senario yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

Istilah 'makcik bawang' diambil daripada aktiviti mengupas bawang sambil bercerita mengenai hal masyarakat.
“Hai Piah bila nak kahwin ni, amboi... jadi anak dara tua baru hang tau. Eh piah, kamu tu dah ada isi ke belum. Lama benar nak tunggu kamu mengandung.
“Sorang je anak, sorang je? Cukup ke? Dua je anak kamu? Tambahlah lagi, ramai-ramai barulah seronok.
“Ramainya anak kamu Piah, kamu ni mengandung beranak mengandung beranak, apalah kamu ni?,” demikian dialog ‘makcik-makcik bawang’ dalam salah satu posting animasi yang menggunakan aplikasi telefon pintar, yang dimuat naik seorang jurusolek di laman sosial.

Jurusolek berkenaan, Noor Ezzreen Abdu Razak, 26, berkata, beberapa video yang tular itu dihasilkannya sendiri selepas mahu menghasilkan video animasi menggunakan gambar anaknya yang berusia 14 bulan menerusi aplikasi tersebut.
Dia yang lebih dikenali sebagai Bunga menjelaskan, ia dibuat sekadar suka-suka apabila menemui gambar beberapa biji bawang dalam galeri gambar di telefon bimbitnya.
“Bila terjumpa gambar bawang, teringat makcik dan pakcik bawang. Saya pun buat guna suara sendiri dan dialog berdasarkan kisah masyarakat yang sering kita dengar.
“Mulanya saya buat makcik bawang saja, lepas tu ada yang tanya pakcik bawang tak ada ke? Jadi saya pun buat, masih guna suara sendiri tetapi diedit menjadi suara lelaki,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Bunga yang menjadi jurusolek sejak sembilan tahun lalu memberitahu, salah satu posting yang dipaparkan juga berdasarkan kisah benar mengenai dirinya sendiri.
“Saya dah berkahwin kira-kira empat tahun, dan bukan terus mengandung selepas kahwin. Jadi, ada makcik-makcik yang tanya saya bila nak dapat anak. 
“Sekarang dah ada anak seorang, ada lagi yang tanya saya bila nak beranak lagi. Saya kata kalau ada rezeki adalah, tapi kadang-kadang bergurau kata ‘ada kat atas tu makcik, dia tengah main buaian dengan kawan-kawan, belum turun lagi’, bila kata macam tu mereka tahulah saya malas nak layan,” katanya secara berseloroh.
Namun tidak dinafikan, kerjayanya sebagai jurusolek sering berdepan dengan situasi ‘makcik-makcik bawang’ apabila menyolek pengantin di majlis kahwin.
“Yang selalu jadi mangsa dah tentu pengapit sebab biasanya mereka belum berkahwin. Jadi, makcik-makcik akan tanya yang kawan tu (pengantin) dah nak kahwin, pengapit bila lagi,” katanya.

Bagaimanapun Bunga menegaskan bahawa meskipun jurusolek sering dilihat begitu ramah, tetapi tidak bermakna mereka seorang yang suka ‘menjaga tepi kain orang’.
“Saya memang peramah terutama bila berhubung dengan pelanggan. Tapi bila bekerja, saya perlu profesional dan beri tumpuan menyolek pelanggan. Kisah peribadi pengantin saya kena simpan, kena hormati mereka.
“Tapi saya akui memang suka juga ‘membawang’... kalau dengan teman-teman rapat saja. Cakap pun pasal mereka juga depan-depan secara bergurau dan masing-masing tak ambil hati pun,” katanya sambil menambah gurauan itu merapatkan lagi hubungannya bersama teman-teman selain membantu mengurangkan tekanan

19:52

GAMBAR ANAK TIMBALAN PERDANA MENTERI DIANGGAP ADIK OLEH MADU SENDIRI

GAMBAR ANAK TIMBALAN PERDANA MENTERI DIANGGAP ADIK OLEH MADU SENDIRI

PETALING JAYA: Kisah rumahtangga anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 39, sebagai isteri kedua bukan lagi rahsia.
Malahan kehidupan Nurul berpoligami dipaparkan secara terbuka di laman sosialnya hampir setiap hari termasuk menunjukkan gambar atau video hubungan mesra bersama isteri pertama, Datin Bahazanariah Baharudin, 48.
Walaupun wajah kedua-dua mereka sentiasa manis dengan senyuman dalam setiap gambar, timbul juga tanda tanya ‘dalam hati siapa yang tahu’ dalam kalangan netizen dan ada juga yang menganggap kemesraan itu sekadar 'lakonan'.
Bagaimanapun, Bahazanariah yang selama ini dikenali lebih gemar mendiamkan diri di media sosial telah membuat kejutan apabila memuatnaik posting berhubung perkara ini laman Instagramnya, pada Jumaat.


Posting madu Nurul di laman sosial Instagram.
“Sudah lama saya pendam untuk luahkan rasa hati dan berkongsi sedikit tentang perhubungan kami. Saya tidak menganggap Nurul sebagai madu tetapi lebih kepada seorang adik yang sentiasa mencetuskan gelak dan ketawa bila kami bersama. 
“Saya tak pernah ada adik perempuan dan saya anak sulung dari lima adik-beradik yang semuanya lelaki. Nurul, membawa dirinya sebagai adik dengan berhemah,” katanya.
Ibu kepada tiga anak itu memberitahu, mereka berdua menjadikan hubungan bermadu sebagai satu ibadah yang menyeronokkan agar suami tenang menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga.
“Untuk orang luar sana, jangan jadikan saya manusia yang terpaksa jadi jahat. Itu bukan saya. Itu bukan Bahazanariah binti Baharudin. 
“Terpulang kepada orang untuk menganggap ini satu hubungan yang berpura-pura. Alhamdulillah kami bahagia. Semoga kami terus kuat dalam menghadapi segalanya demi suami dan anak-anak kami. Saya sayang Nurul dunia dan akhirat,” katanya sambil turut menyayangi suami, anak-anaknya dan anak-anak madunya.


Hubungan Nurul dan madunya seperti adik-beradik.
Sementara itu, Nurul ketika dihubungi memberitahu, penjelasan madunya yang dipanggil Kak Nana itu dibuat selepas acapkali diasak pelbagai pihak mengenai sejauh mana kebenaran hubungan baik mereka berdua.
“Orang cakap kami berdua macam berlakon, ramai yang PM (mesej peribadi) dia tanya betul ke? Orang cuba nak melaga-lagakan kami sampai yang tanya, kenapa Nurul 24 jam dengan suami, bila masa pula (suami) dengan akak?
“Itu yang membuatkan dia untuk menjawab, kenapa orang lain hendak sibuk sedangkan dia sendiri okay. Ikutkan katanya, dia sebenarnya tak perlu jelaskan kepada orang mengenai kebahagiaan dia,” katanya pada Sabtu.
Beliau turut mengakui sering dilihat bersama suami kerana mereka juga adalah rakan niaga selain lebih ekspresif berkongsi hal keluarga, tetapi Nurul menegaskan suaminya masih menunaikan tanggungjawab kepada isteri pertama.
“Orang ingat saya yang ‘over’ jadi dia pun ambil pendekatan untuk beritahu orang ramai bahawa itu sebenarnya hakikat dia sayang sangat kat saya, dan dia tak nak orang ajar dia jadi jahat dan ganggu hubungan saya dan dia,” katanya. 


Nurul (kanan) bersama suami, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff dan isteri pertama. 
Dalam pada itu, Nurul bersyukur apabila Kak Nana tampil memperjelaskan apa sebenarnya berlaku antara mereka.
“Tapi kami tak boleh nak tutup mulut semua orang. Ada yang suka dan ada yang tak. Bila dia dah buat macam ni, kalau orang nak kata, katalah. Dia cakap ini kali saja, sebab dia bukan selebriti dan tidak nak disalah anggap mahu kejar glamor,” katanya.
Menyifatkan madunya seorang wanita yang baik dan berhati cekal, Nurul berkata, tiada yang tersirat berhubung permintaan wanita itu supaya jangan mempengaruhi pendiriannya ke arah negatif.
“Tiada tersirat mengenai dirinya tidak mahu menjadi wanita yang jahat kerana dia seorang yang baik. Dan... bila saya hidup berpoligami, bukan saya nak menggalakkan untuk berpoligami. Posting-posting saya bersama dia mahu menunjukkan bahawa walaupun tidak berpoligami, kita sebagai manusia perlu berkasih sayang dan hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya.

14:45

PENJENAMAAN CHATIME KEPADA TEALIVE. CHATIME MENYATAKAN MASIH WUJUD DAN MENDAPAT STATUS HALAL

PENJENAMAAN CHATIME KEPADA TEALIVE. CHATIME MENYATAKAN MASIH WUJUD DAN MENDAPAT STATUS HALAL

Related image
Ini adalah isu yang dah lama bermain di mulut netizen dan rakyat Malaysia dan paling penting, mereka percaya yang Chatime telah menukar nama perniagaan mereka kepada Tealive. Ialah sekali imbas memang seakan-akan sama imej dan jenis perniagaan yang dijalankan. Sebenarnya Chatime masih ada dan Tealive bukan pengganti kepada Chatime malah kedua-dua jenama ini langsung tidak berkaitan.

Tapi kita mesti akan perasan bagaimanapun tetap Chatime memiliki banyak keistimewaan dan kualiti yang lebih baik. Ini kerana Chatime Malaysia yang original masih ada lagi dan Tealive bukanlah pengganti Chatime.

Chatime Malaysia Sdn. Bhd. mengeluarkan surat tuntutan terhadap Loob Holding Sdn. Bhd. kerana menyatakan jenama Chatime telah ditukar nama kepada Tealive sekali gus mengelirukan orang ramai. Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, laman web rasmi Loob Holding secara jelas menyiarkan dua tajuk iaitu ‘Chatime dinamakan semula sebagai Tealive’ dan ‘Tealive ganti Chatime’.

ALIZA ALI (kiri) dan Widayu Latiff nekad untuk menangani kekeliruan dan melindungi reputasi Chatime di Malaysia.

Katanya, tindakan Loob Hol­ding itu telah mengelirukan orang ramai yang mana bercanggah dengan situasi sekarang bahawa Chatime masih berope­rasi di Malaysia di bawah pemegang lesen induk baharu, Will Group Sdn. Bhd.

Kami telah memberikan me­reka tempoh yang lama iaitu satu tahun untuk memperbetulkan isu ini, malangnya laman web rasmi Loob Holding masih menyiarkan dua tajuk utama ber­kenaan. Tajuk itu masih ada sehingga Februari 2018, yang menyebabkan ramai orang mempercayai bahawa jenama Chatime sudah tiada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemilik jenama Chatime, La Kaffa International Co. Ltd. (La Kaffa) pada Mei 2017 telah melantik Will Group sebagai pemegang lesen induk Chatime Malaysia. Chatime Malaysia kini dimiliki sepenuhnya oleh Will Group.

Setahun selepas mengambil alih pasaran Chatime di Malaysia sebagai francaisi induk, Aliza berkata, pihaknya kini mengambil langkah yang perlu untuk melindungi jenama yang mungkin termasuk prosiding undang-undang.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Chatime Malaysia, Wi­dayu Latiff berkata, kenyataan yang mengelirukan daripada Loob Holding telah memberi impak kepada jenama Chatime.

Kami berasa bertanggungjawab untuk menangani kekeliruan dan melindungi reputasi Chatime di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa,” tambahnya.

Kisah Antara Chatime Dan Tealive


Situasi tegang ini semuanya bermula apabila Loob Holding mengumumkan untuk menje­namakan semula 165 cawangan Chatime di Malaysia sebelum 6 Mac selepas La Kaffa menamatkan perjanjian francaisnya pada 5 Januari 2017.

La Kaffa mendakwa pemegang francaisnya bagi pasaran Malaysia, Loob Holding menggunakan bahan mentah tidak diluluskan dan gagal membayar hutang tertunggak pada Februari 2017. Menurut La Kaffa, Loob Hol­ding telah melanggar kontrak pemegang francais apabila menggunakan bekalan bahan mentah berbeza daripada resipi asal tanpa menerima kelulusan daripada La Kaffa.

La Kaffa me­ragui status halal bahan mentah yang digunakan oleh Loob Hol­ding termasuk serbuk teh dan serbuk koko selepas kedua-dua bahan tersebut tidak dibeli secara terus melalui La Kaffa sebagaimana termak­tub di dalam kontrak,” katanya.

Walau bagaima­napun, Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings, Bryan Loo menafikan semua dakwaan La Kaffa itu.

Perjanjian Loob dan La Kaffa sepatutnya berakhir pa­da 2041. Namun, ia telah ditamatkan ke­­rana terdapat perbezaan pendapat an­tara firma Taiwan itu dengan hala tuju perniagaan Chatime di Malaysia ketika itu.

Chatime Menerima Status Halal Dari JAKIM

Selama ini Chatime adalah premis yang menjual minuman yang halal di mana bahan yang digunakan mereka mempunyai Halal Certified daripada Taiwan, mankala bahan seperti susu, gula, dan sebagainya ialah produk daripada Malaysia. Mungkin ada yang belum tahu, baru-baru ini sahaja mereka menerima sijil halal daripada pihak JAKIM yang membuktikan betapa seriusnya Chatime dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan di Malaysia.

Ini sekaligus membolehkan Chatime terus diberikan kepercayaan 100% oleh rakyat Malaysia terutamanya untuk yang beragama Islam untuk terus menikmati pelbagai jenis minuman di Chatime tanpa sebarang kompromi. Tahniah Chatime!

P/S: CHATIME istimewa dengan saiz cup yang besar dan TEALIVE ternyata lebih ekonomi. Chills
14:37

KERANA RM20 IBU ELFIRA LOY MENGATAKAN SUFIAN SUHAIMI TAK MAMPU UNTUK BERKAHWIN


Kontroversi putus tunang penyanyi Sufian Suhaimi dan Elfira Loy terus hangat diperkatakan netizen selepas ibu kepada aktres tersebut memuat naik beberapa status laman sosial yang lebih kepada meluahkan perasaan terbuku di hatinya.
Ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff menerusi akaun Instagram @mamacat2016 memuat naik status mengenai individu yang bersikap tidak baik iaitu melakukan penipuan.
"Dari hari pertama menipu sampailah saat hujung tanduk pun masih menipu bila nak berubah?" tulisnya.
Sementara itu, menerusi status lain, Filzah memuat naik foto berbunyi 'kebohongan adalah awal kehancuran' berserta ayat petikan daripada Hadis Riwayat Bukhari.
"Seseorang yang sudah biasa berbohong baik dalam ucapan mahupun tindakan pada hakikatnya sedang menjerumuskan diri ke lembah kehinaan. Dia sedang menambah catatan amal buruknya yang kelak harus dipertanggungjawabkan.
Antara status yang dimuat naik ibu Elfira.
"Berupayalah untuk menghindari kebohongan seremeh apa pun berlaku jujur baik dalam ucapan dan tindakan. Betapa pun pahitnya yakinlah kejujuran akan lebih dihargai dan mendapat tempat di hati orang lain," tulisnya.
Selain itu dia turut memberi komen berhubung wang hantaran namun tidak dinyatakan perkara itu ditujukan kepada sesiapa dalam menjelaskan wang hantaran yang dikatakan terlalu tinggi.
Katanya, jika soal wang hantaran menjadi perkara utama, mengapa pihak berkenaan tidak memberitahu lebih awal.
"Kalau kata hantaran tinggi kenapa tidak beritahu awal-awal. Sebenarnya hantaran diminta ialah simpan sehari RM20 dalam AlQuran kali 365 hari agak-agak berapa jumlah sebenar?
"Masa bertunang pun tak guna duit hampa (kamu), mas kahwin pun tak minta duit cuma minta hafal ayat Mulk (surah Al-Mulk) dengan harapan nanti bila nak tidur senang baca tak payah buka Al-Quran," tulisnya.
Namun apabila diimbas mengenai sejarah masalah pertunangan dalam keluarga Filzah, ia berkait rapat tentang hubungan anaknya iaitu Elfira dan Sufian Suhaimi yang gagal dalam usaha untuk membina rumah tangga.
Elfira dan Sufian pernah menjadi pasangan kekasih namun ia hanya sementara...
Beberapa status sindiran yang dimuat naik menggambarkan perjalanan pertunangan individu yang tidak dinyatakan itu dilanda masalah sejak September tahun lalu.
Rata-rata netizen menulis komen meminta wanita itu membuat penjelasan sebenar tentang punca pertunangan tersebut terputus daripada bermain kata-kata.
Bagaimanapun, segelintir netizen yang menganggap tindakan ibu aktres berkenaan hanya membuka aib pihak yang tidak dinyatakan itu dan membesarkan kemelut tersebut.
Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin kepada pihak lelaki.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan ini.
x


14:19

GAMBAR KOLEKSI HARI RAYA 2018 ZALORA, GAYA RETRO DENGAN CORAK ABSTRAK

GAMBAR KOLEKSI HARI RAYA 2018 ZALORA, GAYA RETRO DENGAN CORAK ABSTRAK.

Pilihan yang betul dan persediaan yang secukupkan dapat membantu memudahkan untuk menyambut hari lebaran tahun ini. Jum lihat koleksi yang diketengahkan oleh Zalora dengan konsep kain abstrak yang di gayakan ala retro.

Kree For ZALORA

tidak terlalu menonjol namun tampak selesa dikala cuaca terik..









From sugary sweet pastel shades to bold dark colours, there's a style suited for everyone
You'll Love This

Hot Picks For You


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us