Breaking

July 31, 2011

22:53

Neelofa Heroin Filem Rentaz, Arahan Mamat Khalid

Makin laku nampaknya pelakon dan model yang cukup kontroversi Noor Neelofa Mohd Noor, 22.  banyak tawaran belakon yang diterima, dan baru2 ni Neelofa menerima tawaran sebagai heroin filem seram komedi arahan Mamat Khalid, Rentaz.



"Memang dari awal lagi ketika ditawarkan watak dalam filem ini saya agak keberatan untuk menerimanya. Bukan apa, seperti yang saya maklumkan dulu bahawa saya seorang yang penakut.
21:25

Khairul Fahmi Putus Tunang Dengan Elia

Panass! tajuk muka depan metro ahad Khairul Fahmi Putus Tunang Dengan Elia. adakah gosip (Gambar) Dahlia Teck Kekasih Baru Khairul Fahmi?punca Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek memutuskan pertunangannya dengan Elia.

Tiada orang ketiga


Khairul Fahmi Che Mat menafikan tindakannya memutuskan pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22 adalah berpunca dari orang ketiga.
“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.
Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.
Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.
Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.
Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?
Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.
Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.
Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.
Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.
Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.
Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.
Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”

09:55

Kris Dayanti bersalin di Jakarta


Khabarnya Kris Dayanti akan melahirkan bayi di kampung halaman suaminya di Dili. Namun Kris kemudian mengesahkan bahawa dia memilih Jakarta untuk kelahiran anak ketiganya kelak.
"Saya masih belum bersiap lagi. Suami juga baru menyediakan kamar buat anak saya di rumah di sana. Saya berangkat ke Dili untuk mengucapkan selamat buat mertua saya yang tidak dapat menemani saya kelak. Saya sudah bersiap sedia untuk bersalin di Jakarta. Sebulan sebelum bersalin dan dua bulan setelah bersalin, saya akan berada di Jakarta," ujar Kris.
Diva yang akrab dipanggil KD ini juga memberitahu bahawa anaknya bakal lahir pada awal September.
"Kandungan saya sudah masuk lapan bulan dan ini merupakan anak ketiga. Kini saya sudah masuk 36 tahun dan jauh merasa tenang. Badan saya naik sampai 11 kilogram," katanya gembira.
"Tentang jantina, biar jadi kejutan sahaja. Apa yang pentingnya saya melahirkan di Jakarta, biar lebih efisien," ujar penyanyi lagu Mencintaimu itu.

July 30, 2011

20:04

Abby Abadi Enggan Hadir Pernikahan Norman, Memey


Pelakon Abby Abadi sudah mengesahkan tidak akan hadir ke majlis resepsi persandingan bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 September depan di sebuah hotel walaupun menerima kad undangan daripada mereka.
Norman dan Memey di jadual bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh, Mersing Johor iaitu rumah pengantin perempuan.
Ujar Abby, dia berbuat demikian kerana enggan merosakkan hari bahagia mereka yang digelar sebagai “wedding of the year” itu berikutan menerima tajaan bernilai RM12 juta.
“Jujurnya saya tidak akan hadir pada majlis itu. Saya tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka,” katanya 
19:59

Lelaki Tukar Jantina, Mohd Ashraf Hafiz Meninggal Dunia


Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi Sabtu.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. 
11:02

(Video) Majlis Nikah Perkahwinan Nurul Syuhada & Raja Amir

sebelum ni dah tengok koleksi gambar perkahwinan dan video pre wedding Nurul Syuhada & Raja Amir. kali ni jum layan video majlis pernikahan Nurul Syuhada & Raja Amir yang berlangsung di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai yang lepas




July 29, 2011

19:37

Norman, Memey Menangis Bebas Tuduhan Khalwat



Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza 'menerima' hadiah perkahwinan dua bulan lebih awal, apabila mereka dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat, yang dihadapi sejak tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim membuat keputusan itu pada Jumaat, tanpa mendengar pembelaan mereka, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.

July 28, 2011

08:18

(Gambar) Dahlia Teck Kekasih Baru Khairul Fahmi?


fuh! gosip2...dengar citer hubungan Khairul fahmi dan tunangnya, Elia berantakan. citer ni dipanaskan lagi dengan beberapa keping gambar Khairul fahmi ngan perempuan yang dikenali sebagai Dahlia Teck. dan status Elia di facebooknya yang menyatakan Khairul fahmi dah berubah? hmm..teruskan membaca

gambar dahlia teck

gambar dahlia teck

gambar dahlia teck

adekah ni sekadar gosip atau tak kene tanya kat tuan badan sendiri

July 27, 2011

14:25

Suhaila Tuntutan Cerai, Mahu Hak Penjagaan Anak

Kegembiraan pasangan Jimmy Shanley dan  Nursuhaila Eliani Suhaimy menyambut puteri sulung mereka hanya sementara bile Suhaila ingin meneruskan tuntutan cerai dan hak penjagaan anak mereka, Zahrah Shanley.


menurut Suhaila,

“Saya tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak yang berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadap saya.”
 Sering dipukul dan ditampar adalah antara faktor dia enggan kembali kepada Jimmy. Malah, sebelum malam perkahwinan pun dia telah ditampar apabila meminta izin untuk keluar bertemu rakan.

July 26, 2011

10:01

(Gambar) Duit Syiling Malaysia Terbaru 2012 | warna kuning dan perak

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baru tahun depan.
Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, duit-duit syiling baru yang dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara ini.
"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baru itu di sini, Isnin.

09:18

Isteri Jimmy Shanley Dedah Rahsia Punca Masalah Rumahtangga


 Suhaila mendakwa Jimmy pernah memukul dan mengongkongnya.
Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.
"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.


July 25, 2011

15:13

Drama Supermak Di TV3 | Sinopsis Supermak

Drama Supermak akan menemui penonton bermula malam ni, 25 Julai 2011 di Slot Aksi TV3 setiap hari Isnin jam 9.00malam.



Supermak dibintangi oleh Nasha Aziz, Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Syawal, Henzy Andalas, Melly dan Haider Harris. Drama bersiri 13 episod ini merupakan terbitan Filmscape Sdn Bhd dan arahan P. Prem Anand Pillai.
08:29

Pemenang Pertandingan Poskad/Esei Hari Jadi PM, Murid 11 Tahun Pija Shafiza


Murid berusia 11 tahun dari Perlis, Pija Shafiza, hari ini diumumkan sebagai seorang daripada enam pemenang pertandingan poskad dan esei pendek secara talian, yang diadakan sempena hari jadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ke-58 semalam.
Pertandingan itu yang dianjur bersama oleh Akademi Digital Rakyat (ADR) dan Yayasan Media Sosial Malaysia dilancarkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Pengerusi ADR, di Melaka pada 8 Julai lepas.
Menurut kenyataan penganjur, Pija memenangi kategori esei pendek bersama dua lagi iaitu Yacob Pon Pon, 39, dari Sarawak dan Lemuel Ong Chin Shan, 18, dari Kuala Lumpur.
Sementara itu, pelajar sekolah di Putrajaya, Md Amirul Md Amidon, 15, pula merupakan antara tiga pemenang kategori poskad kreatif hari jadi pemimpin negara tersebut.
Dua yang lain ialah Anizah Sahrin, 32, dari Sabah dan Nor Salim Mohamed Dawam, 36, dari Kuala Lumpur.
Masing-masing akan menerima hadiah iPhone 4 yang akan disampaikan pada satu majlis tidak lama lagi.

July 24, 2011

19:27

(Gambar) Anak Angkasawan Negara Sheikh Muzaffar, Sophea Isabella

Tahniah buat Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor, angkasawan negara dan Dr Harlina yang dah pun selamat menyambut kelahiran anak sulung mereka pada 21 Julai 2011. 

Bayi ni diberi nama Sophea Isabella dan ketika lahir berat anak sulung angkasawan negara Sheikh Muzaffar adalah 3.6 kilogram..uikss patotlah chubby jek comey gitewww



(Gambar) Anak Angkasawan Negara Sheikh Muzaffar, Sophea Isabella

17:15

(Gambar) Majlis Resepsi Persandingan Nurul Syuhada & Raja Amir

Majlis Resepsi Persandingan Nurul Syuhada & Raja Amir telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby pada malam kelmarin. Pasangan sama cantik, sama padan ini tampil dengan persalinan putih rekaan Datuk Radzuan Radziwill. Manakala solekan menawan Nurul Syuhada mendapat sentuhan jurumekap TV3, Laila Rohani.

Berkonsepkan moden tradisional, majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana ini dihadiri oleh 1000 orang tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara terdekat, kenalan-kenalan rapat dan juga rakan-rakan sejawat Nurul Syuhada di stesen televisyen TV3.



Menjawab soalan tentang destinasi bulan madu, Raja Amir memberitahu beliau dan Nurul Syuhada bercadang untuk ke Kota Cinta, Paris pada bulan Oktober nanti.

“Memandangkan Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi dan selepas itu kita akan sibuk dengan sambutan Aidilfitri pula, jadi kami merancang untuk berbulan madu pada bulan Oktober nanti. Kami memilih kota Paris kerana kota ini terkenal sebagai Kota Cinta,” ujar Raja Amir lagi.

teruskan membaca untuk melihat lagi banyak gambar...
17:08

Norman & Memey undang Abby ke majlis perkahwinan


Terkejut dan teruja, itu perasan yang dialami oleh pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza menjelang majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung September ini.
Bukan hanya berdebar menanti detik bergelar suami isteri, tetapi Norman dan Memey berdebar menanti detik berlangsungnya majlis resepsi penuh bermakna, dimana persandingan mereka ini akan ditaja sepenuhnya oleh Refflesia, Jimmy Choo, Hotel Crown Plaza dan beberapa jenama lain.

July 23, 2011

07:35

Robert Kuok beli kapal mewah Bersalut emas RM13 bilion! | The History Supreme

sebelum ni kuar citer berkenaan seorang bilionair Malaysia yang membeli kapal bersalut emas paling mewah di dunia. ada yang menyangka billionair yang dimaksudkan tu adalah Rosmah Mansur, apa taknya isu Rosmah yang membeli cincin bernilai RM24Juta/USD 24 dah cukup kontroversi.

article 2016839 0D1622AF00000578 23 634x346 Kapal Persiaran Mewah RM14.5B Milik Ahli Perniagaan Misteri Dari Malaysia

article 2016839 0D16221100000578 617 634x359 Kapal Persiaran Mewah RM14.5B Milik Ahli Perniagaan Misteri Dari Malaysia

dan pembeli kapal mewah ni dah pun terjawap bila beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

teruskan membaca info dan lebih banyak gambar kapal History Supreme...

07:12

(Gambar) Kasut Rekaan Jimmy Choo Untuk Perkahwinan Memey Bernilai RM300 Ribu


huh! bukan calang2 orang yang bakal mereka kasut untuk majlis persandingan Memey Suhaiza, sape lagi kalau bukan pereka kasut terkenal dunia, Prof Datuk Jimmy Choo.

 

Pereka yang cukup sinonim dengan kerabat diraja Britain itu akui Memey merupakan selebriti tempatan pertama yang akan mengenakan kasut rekaannya itu.

Bernilai RM300,000 sepasang, Datuk Jimmy Choo bakal mereka dua pasang kasut bertatahkan mutiara. Menurut Jimmy, kasut tersebut merupakan satu-satunya rekaan yang cukup unik dan hanya ada satu sahaja.

teruskan membaca Kasut Rekaan Jimmy Choo Bernilai RM300 Ribu Untuk Perkahwinan Memey
07:03

Tema "New York" Untuk Memey & Norman | Kos Keseluruhan 12Juta!


RM12,000,000. Ya, itulah kos keseluruhan penajaan yang diberikan kepada pelakon Norman Hakim dan bakal isterinya, Memey Suhaiza. Jika jumlah sedemikian diberikan kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Namun, apabila ia diberikan kepada pasangan kontroversi, Memey dan Norman, ia benar-benar mengejutkan. Namun, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.

 

Antara syarikat yang bekerjasama dengan Rafflesia ialah Lord’s Tailor, Snips, Crowne Plaza Mutiara Hotel, Angsana Spa, Naz Great Ideas dan Jimmy Choo.

Antara yang bakal ditaja termasuklah:

  • 2 pasang busana* yang akan dipakai oleh Memey Suhaiza : RM500,000 sepasang
  • 2 pasang kasut* rekaan khas Prof Datuk Jimmy Choo : RM300,000 sepasang 
    * harga bergantung kualiti mutiara yang akan digunakan (mutiara South Sea atau Fresh Water)
  • 2 set barang kemas, anting-anting, rantai leher, gelang, cincin dan tiara: RM2.8 juta satu set
  • 2 pasang sut pengantin lelaki rekaan Lord’s Tailor
  • 4 pasang pakaian untuk pengapit pengantin perempuan dan lelaki.

teruskan membaca info perkahwinan memey & Norman yang menelan kos 12 Juta!

July 22, 2011

19:21

(Gambar) Perkahwinan Zul Handy Black & Fyza

Zul Handy Black & Fyza (37) dah pun selamat diijabkabulkan pada 16 Julai 2011 di kampung halaman pengantin perempuan, di Alor Setar, Kedah. Menurut sumber terdekat pihak perempuan, Fyza. jum layan gambar perkahwinan Zul Handy Black & Fyza.


Pernikahan Zul Handy Black & Fyza

teruskan melihat lebih banyak gambar...

19:14

Persalinan Perkahwinan Memey RM7.2 juta!!

Terkejut dan terkinja bila nengok Persalinan Perkahwinan Memey RM7.2 juta!! Pelakon Memey Suhaiza akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta pada majlis persandingannya dengan Norman Hakim di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.



Bagi melengkapkan cita-cita penganjur untuk mengadakan Wedding of The Year, Memey Suhaiza & Norman Hakim akan mengenakan pakaian & kemasan bernilai jutaan ringgit, antaranya :
  1. Dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan memotong kek. (mengalahkan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.)
  2. Dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.
  3. Dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.


Memey dan Norman, 35, bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
"Persandingan mereka boleh dianggap sebagai wedding of the year kerana mendapat sentuhan orang ternama," katanya.
Kata Bill wakil Rafflesia, Memey dan Norman dipilih kerana sebagai pasangan selebriti, kedua-duanya sentiasa menjadi perhatian ramai dan dinanti-nantikan penampilan mereka.
09:20

Nasha Aziz Dah Di 'Booking' Nur Iman Tang

Main booking pulak yer dah macam nak beli barang, tapi tu lah yang dikatakan Nasha Aziz mengaku dirinya dah di'booking' pemuda bernama Tan Wing Poh atau nama Islamnya, Nur Iman Tang. 



"Kami belum bertunang tetapi dia bagi cincin ini sebagai tanda 'booking' saya. Daripada mulut saya, apa yang saya boleh katakan, hubungan silaturahim kami sebagai saudara sesama Islam yang saling mengenali memang sangat baik. Setiap percintaan itu ada arah tujuan. Semua orang bila bercinta memang ke arah itu.

"Niat manusia mesti yang baik saja. Niat tetap niat tapi semuanya terletak atas kekuatan dan keinginan masing-masing. Dalam kehidupan ini banyak warna. Warna dalam hubungan saya lebih banyak merah daripada hijaunya," 


usia Nasha dah pun cecah 41 tahun, pasti ramai peminat nak tengok Nasha Aziz naik pelamin
09:11

Almy Nadia Patah Jari Kaki, Terpaksa Bertongkat

Alahai kesian kat pelakon Almy Nadia Aminuddin Shah, 25, mengalami kecederaan apabila jari manis kaki kanannya patah.  Almy tak menyangka bahawa kecederaan jari kakinya yang disangka terseliuh pada awalnya itu adalah kecederaan yang serius dan dia terpaksa menggunakan tongkat.


menurut Almy Nadia,
"Saya sendiri pun tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku. Kaki saya hanya tersadung pada pintu dan saya sangka ia hanya terseliuh.

July 21, 2011

20:35

K-Pop Malaysia : Prince Of Pop - Main Jauh Jauh

Bukan nak suh K-Pop celup versi tempatan yang mengelarkan kumpulan mereka Prince Of Pop ni pergi main jauh-jauh. tapi tu adalah tajuk lagu mereka Main Jauh Jauh. nak tahu best ke tak, layankan aje lah


VIDEO Prince Of Pop - Main Jauh Jauh

July 20, 2011

18:57

Lagu Siti Nurhaliza- Falling In Love | LIRIK | VIDEO | RINGTONES


Single terbaru Datuk Siti Nurhaliza yang bertajuk "Falling In Love" telah pun disebarkan di internet. Menjadikan laman sosial video Youtube sebagai salah satu jalan promosi, lagu itu kini boleh didengar di Youtube SitiDigital di www.youtube.com/sitidigital.

 

Selain boleh mendengar lagu tersebut, cara-cara memuatturun nada dering juga turut dipaparkan di dalam video itu. Jadi, tunggu apa lagi!

Lirik Lagu Falling In Love – Siti Nurhaliza

Once in a lifetime…
An angel sweep you off your feet
And everything im about
Dissapear before my eyes
You’re taking me higher when I hear you speak to me
This is so familiar but I’m caught up in this fantasy
*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to ease my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you
When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see you in my dream
You’re taking me higher when I hear you say my name
I’m trying to tell you that I will never won’t to let you go
*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to ease my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you
Over and over again because I’ll let my mind
You give me something in you to believe in
Come to take me away…
*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to ease my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you




July 19, 2011

17:22

(Gambar) ASHRAF HAFIZ Gagal Mohon Jadi Aleesha Farhana

Ketentuan-Nya usah diubah. begitulah yang dapat disimpulkan berkenaan kes Ashraf Hafiz yang memohon mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana.

MOHD ASHRAF HAFIZ...sudah tukar jantina
“Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.”
Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam. 

17:05

(Gambar) Anak Lelaki Dian Sastrowardoyo, Syailendra Sutowo

Tahniah buat Dian Sastrowardoyo yang telah pun selamat melahirkan anak sulungnya di Hospital YPK, Menteng, Jakarta Pusat, kira-kira jam 3.15 petang pada 17 Julai 2011 yang lalu.


Dian Sastrowardoyo Namakan Anaknya, Syailendra Sutowo

isteri kepada pengusaha Indraguna Sutowo ini juga telah memilih nama yang sesuai untuk anak lelaki sulungnya iaitu Syailendra Sutowo. Dian melahirkan bayi yang seberat 3.03 kilogram itu secara normal.


16:54

Blogger Bayar RM300,000 Kepada Rais Yatim


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Selasa, memperoleh ganti rugi sebanyak RM300,000 daripada seorang blogger, Azimudin Ahmat yang telah memfitnah beliau merogol pembantu rumahnya dari Indonesia.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datin Zabariah Mohd Yusof juga memerintahkan agar Azimudin yang juga seorang ahli jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) membayar kos RM100,000 kepada Rais.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us