Breaking

Showing posts with label baju kahwin memey. Show all posts
Showing posts with label baju kahwin memey. Show all posts

September 30, 2011

18:34

GAMBAR BAJU KAHWIN MEMEY DAN NORMAN TAJAAN RAFFLESIA


memey norman
Baju Perkahwinan Memey rekaan Vera wang yang bernilai RM500, 000 nampak agak 'simple' dan tak setanding dengan harganye. perkahwinaan tajaan Rafflesia berjumlah 12juta tak nampak pulak tang mana 'grand'nyer tue. jum layan GAMBAR BAJU KAHWIN MEMEY DAN NORMAN TAJAAN RAFFLESIA



memey norman
memey norman
memey norman
memey norman
memey norman
memey normanmemey norman

memey baru


sumber gambar; beautifulnara

July 23, 2011

07:03

Tema "New York" Untuk Memey & Norman | Kos Keseluruhan 12Juta!


RM12,000,000. Ya, itulah kos keseluruhan penajaan yang diberikan kepada pelakon Norman Hakim dan bakal isterinya, Memey Suhaiza. Jika jumlah sedemikian diberikan kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Namun, apabila ia diberikan kepada pasangan kontroversi, Memey dan Norman, ia benar-benar mengejutkan. Namun, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.

 

Antara syarikat yang bekerjasama dengan Rafflesia ialah Lord’s Tailor, Snips, Crowne Plaza Mutiara Hotel, Angsana Spa, Naz Great Ideas dan Jimmy Choo.

Antara yang bakal ditaja termasuklah:

  • 2 pasang busana* yang akan dipakai oleh Memey Suhaiza : RM500,000 sepasang
  • 2 pasang kasut* rekaan khas Prof Datuk Jimmy Choo : RM300,000 sepasang 
    * harga bergantung kualiti mutiara yang akan digunakan (mutiara South Sea atau Fresh Water)
  • 2 set barang kemas, anting-anting, rantai leher, gelang, cincin dan tiara: RM2.8 juta satu set
  • 2 pasang sut pengantin lelaki rekaan Lord’s Tailor
  • 4 pasang pakaian untuk pengapit pengantin perempuan dan lelaki.

teruskan membaca info perkahwinan memey & Norman yang menelan kos 12 Juta!

July 22, 2011

19:14

Persalinan Perkahwinan Memey RM7.2 juta!!

Terkejut dan terkinja bila nengok Persalinan Perkahwinan Memey RM7.2 juta!! Pelakon Memey Suhaiza akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta pada majlis persandingannya dengan Norman Hakim di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.



Bagi melengkapkan cita-cita penganjur untuk mengadakan Wedding of The Year, Memey Suhaiza & Norman Hakim akan mengenakan pakaian & kemasan bernilai jutaan ringgit, antaranya :
  1. Dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan memotong kek. (mengalahkan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.)
  2. Dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.
  3. Dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.


Memey dan Norman, 35, bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
"Persandingan mereka boleh dianggap sebagai wedding of the year kerana mendapat sentuhan orang ternama," katanya.
Kata Bill wakil Rafflesia, Memey dan Norman dipilih kerana sebagai pasangan selebriti, kedua-duanya sentiasa menjadi perhatian ramai dan dinanti-nantikan penampilan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us