Breaking

Showing posts with label gambar kahwin nurul syuhada amir. Show all posts
Showing posts with label gambar kahwin nurul syuhada amir. Show all posts

July 24, 2011

17:15

(Gambar) Majlis Resepsi Persandingan Nurul Syuhada & Raja Amir

Majlis Resepsi Persandingan Nurul Syuhada & Raja Amir telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby pada malam kelmarin. Pasangan sama cantik, sama padan ini tampil dengan persalinan putih rekaan Datuk Radzuan Radziwill. Manakala solekan menawan Nurul Syuhada mendapat sentuhan jurumekap TV3, Laila Rohani.

Berkonsepkan moden tradisional, majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana ini dihadiri oleh 1000 orang tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara terdekat, kenalan-kenalan rapat dan juga rakan-rakan sejawat Nurul Syuhada di stesen televisyen TV3.



Menjawab soalan tentang destinasi bulan madu, Raja Amir memberitahu beliau dan Nurul Syuhada bercadang untuk ke Kota Cinta, Paris pada bulan Oktober nanti.

“Memandangkan Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi dan selepas itu kita akan sibuk dengan sambutan Aidilfitri pula, jadi kami merancang untuk berbulan madu pada bulan Oktober nanti. Kami memilih kota Paris kerana kota ini terkenal sebagai Kota Cinta,” ujar Raja Amir lagi.

teruskan membaca untuk melihat lagi banyak gambar...

July 17, 2011

12:41

(Gambar) Majlis Nikah Perkahwinan Nurul Syuhada & Amir


Nurul Syuhada Nurul Ain bt Mohd Zin,27  dan Raja Amir Shah bt. Raja Azwa 29 telah pun selamat diijabkabulkan semalam, 16 Julai 2011 bertempat di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur.
Nurul Syuhada menerima mas kahwin sebanyak RM777  dan wang hantaran RM20,111. dengan hanya sekali lafaz Nurul Syuhada sah menjadi isteri Amir, seorang pegawai bank.
Gambar Pernikahan Nurul Syuhada & Amir
teruskan membaca untuk melihat lebih banyak gambar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us