Breaking

Showing posts with label berita dunia. Show all posts
Showing posts with label berita dunia. Show all posts

October 1, 2012

09:09

Pelajar Brazil Lelong Dara Setengah Juta

 Pelajar Brazil Lelong Dara Setengah Juta
FLORIANOPOLIS, Brazil - Seorang pelajar wanita, Catarina Migliorini bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar dalam talian Huffington Post kelmarin.
Migliorini, 20, setakat ini menerima tawaran tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).
Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina. Gadis itu yang menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.
Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia. Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.
"Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus, Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur," tambahnya.
Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.
Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan seks buat kali pertama.
Pelajar wanita itu akan menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.
Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.
Mereka akan melakukan hubungan seks di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.
Pemenang juga diwajibkan memakai kondom semasa dia melakukan hubungan seks

September 30, 2012

14:46

GEMPAR! Jesus Muncul Di Dalam Buku Panduan Haji (Gambar)


Jesus Muncul Di Dalam Buku Panduan Haji. Di Indonesia berlaku kegemparan apabila gambar Jesus ditemui tercetak di dalam sebuah buku panduan haji yang diedarkan kepada bakal haji dariBengkulu, Sumatra. Di dalam buku tersebut, gambar Jesus sedang mengembala kambing dengan ayat "Yesus dan gembala yang baik" tertulis dibawahnya. 

Paling mengejutkan risalah panduan ini dihasilkan oleh Direktorat Jenderal Penyelenggaraan Haji dan Umroh Kementerian Agama Republik Indonesiasendiri. Pegawai dari Kementerian Agama Kota Bengkulu mahukan insiden ini disiasat kerana pada pendapat mereka gambar Jesus ini tidak mungkin tercetak secara tak sengaja tanpa disedari pihak berwajib. Pada masa yang sama kesemua 280 bukuamalan haji yang diedarkan kepada bakal haji terus diperiksa bagi memastikan tiada gambar Jesus di dalamnya.

Macam mana gambar Jesus oleh muncul di dalam buku amalam ni? Warga saiber Indonesia merasakan ini tindakan khianat golongan tertentu yang cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian negara mereka untuk kepentingan peribadi. Mereka menggesa supaya orang ramai supaya tidak mudah mengamuk dan melenting atas insiden kecil ini.


Laporan asal Yahoo Indonesia

September 28, 2012

18:34

Ditangkap Ketika Berasmara Dengan Sofa

Wisconsin – Apabila nafsu menguasai diri, macam-macam perkara dilakukan oleh manusia. Walaupun perbuatannya itu merupakan perkara paling keji dan gila, namun ia tetap dilakukan hanya kerana nafsu yang bergelora. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki `gila’ Gerard Streator yang berusia 46 tahun.

 Lelaki sakit jiwa ini dilihat melakukan seks dengan sebuah sofa buruk yang tinggalkan di tepi jalan. Perbuatan kejinya itu dilihat oleh seorang pekerja sebuah hotel. Menurut pekerja terbabit, ketika melalui jalan berkenaan, dia ternampak Gerard sedang membengkokkan badannya manakala seluarnya sudah ditanggalkan hingga ke paras buku lali.

 “Kejadian itu berlaku pada pukul 11 malam selepas saya habis bertugas di sebuah hotel. Saya dapat menyaksikan dia sedang menggoyangkan punggungnya di sofa itu. “Kejadian itu dapat dilihat dengan jelas kerana sofa itu berada di tepi jalan.

Tiada orang berada di atas sofa buruk itu,’’ kata pekerja hotel tersebut. Ketika Gerard sedang melakukan perbuatan itu, seorang pegawai polis yang kebetulan melalui jalan berkenaan, telah menjerit ke arahnya menyebabkan lelaki itu melarikan diri di sebalik apartment berhampiran.

 Dia kemudiannya ditahan dan didakwa kerana melakukan kelucahan melampau. Sabit kesalahan, Gerard boleh dihukum penjara sembilan bulan dan denda £7,000 fine.
11:11

6 Gambar Perkahwinan Lin Dan, Nampak Segak Dan Macho


6 Gambar Perkahwinan Lin Dan, Nampak Segak Dan Macho. Gambar kahwin Lin Dan Bersama Dengan Xie Xingfang. Majlis perkahwinan telah berlangsung dengan penuh meriah di Beijing China baru-baru ni. Isterinya, Xie Xingfang juga adalah pemain badminton dan mereka mempunyai minat yang sama terhadap acara badminton. Datuk Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat telah dijemput tetapi tidak dapat menghadirinya kerana tarikh perkahwinannya bertembung dengan kejohanan Japan Open.
Lin dan nampak segak 

Sumber: Melvister.com

September 25, 2012

19:28

Gambar Hantaran Perkahwinan Anak Sultan Brunei, Puteri Hafizah Sururul Bolkiah

Gambar Hantaran Perkahwinan Anak Sultan Brunei, Puteri Hafizah. Puteri Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah (32) bernikah dengan Pengiran Haji Muhammad Ruzain (28) di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien semalam. Dengan satu lafaz sahaja Pengiran Haji Muhammad Ruzain kini sah menjadi suami kepada Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah di dalam majlis akad nikah yang berlangsung selepas Zohor semalam. 

Pada waktu malamnya pula majlis resepsi di adakan di Istana Nurul Iman, Bandar Segi Begawanyang dihadiri 1700 orang tetamu termasuklah Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razakdan Isteri. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah ialah anak kelima Sultan Hassanal Bolkiah dan bekerja sebagai pegawai di Kementerian Kewangan sementara Pengiran Haji Muhammad Ruzain pula ialah penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri. Semoga mereka dipanjangkan jodoh. 
















September 24, 2012

14:10

Gambar Kerabat Sultan Brunei Di Majlis Kahwin Puteri Hafizah


Gambar Kerabat Sultan Brunei Di Majlis Kahwin Puteri Hafizah
SULTAN Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha mengapit pasangan pengantin diraja, Muhammad Ruzaini dan Puteri Hafizah Sururul Bolkiah bersama ahli keluarga diraja yang lain di Bandar Seri Begawan semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Nurul Iman di sini malam tadi.
Majlis itu diadakan sempena perkahwinan Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, anakanda kelima Sultan Brunei Darussalam dengan Pengiran Muhammad Ruzaini.
Istiadat bermula sebaik keberangkatan masuk pengantin diraja ke Dewan Bankuet Diraja pada kira-kira 8.30 malam.
Pasangan mempelai itu diiringi Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha serta tetamu kenamaan lain termasuk Najib dan Rosmah.
Turut hadir ke istiadat berkenaan ialah Putera Faisal Saud dari Arab Saudi; Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra; Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen.

September 23, 2012

20:24

Gempar! Pawagam Terbelah Dua Ketika Tayang Filem Innocence Of Muslims?


Gempar! Pawagam Terbelah Dua Ketika Tayang Filem Innocence Of Muslims?Sejak semalam, tersebar sekeping gambar mendakwa kononnya sebuah pawagam di Amerika Syarikat telah terbelah dua ketika sedang menayangkan filem anti-Islam, “Innocence of Muslims”. Gambar ini tersebar di laman-laman sosial facebook dan twitter. Di bawah ini gambar yang dimaksudkan.
Pawagam Terbelah Dua Ketika Tayang Filem Innocence Of Muslims
Abby Abadi siap publish kat tweeter dia berita hoax ni.

Untuk makluman semua, berita yang disebarkan ini sebenarnya adalah berita palsu (hoax). Gambar Pawagam Terbelah Dua tersebut sebenarnya telah diambil daripada kejadian gempa bumi yang berlaku di Chile pada 2010.

Cuba korang Google, guna keyword “2010 Chile Earthquake”anda akan dapat melihat sendiri hasil carian memaparkan gambar bangunan yang serupa seperti gambar yang disebarkan di atas.
pawagam
Harap korang tolong sebarkan artikel ini, agar sebaran berita palsu ini dihentikan. Korang akan membuatkan Islam menjadi bahan gelak ketawa dengan penyebaran cerita bohong seperti ini. Orang kita ni mudah sangat percaya…

Kasihan Abby mudah sangat percaya benda-benda macam ni

sumber asal:-Milosuam


09:32

Top 5 Manusia Paling Genius Di Dunia (Gambar)

Top 5 Manusia Paling Genius Di Dunia.

5. Marco Calasan 
 Jurutera genius yang berasal daripada Macedonia ini merupakan seorang jurutera Miscrosoft paling termuda dunia. Beliau yang baru berusia 10 tahun ini telah dianugerahkan 4 sijil daripada Microsoft dan telah menulis sebuah buku di Microsoft Windows 7. 

 4. Terence Tao 
 Memperoleh Masters ketika berumur 17 tahun, mendapat gelaran doktor pada 20 tahun, serta menjadi Profesor of Mathematics sewaktu berumur 24 tahun. 

 3. Alia Sabur 
 Guinness World Record telah mengiktiraf beliau sebagai profesor termuda di dunia. 

 2. March Boedihardjo 
 Mendapat tajaan untuk sambung PhD di Oxford University ketika berumur 14 tahun ,sekaligus menjadikan beliau sebagai pelajar paling muda di universiti tersebut. 

 1. Ainan Cawley Gelaran manusia paling genius di dunia diberikan kepada budak cilik ini. Ainan dilahirkan pada 23 November 1999. Ketika berumur 7 tahun, beliau berjaya menguasai dalam bidang Kimia dan Fizik. Sekarang, beliau meneruskan pelajarannya di University of Help di Malaysia pada umur 10 tahun
.
09:25

Lelaki Paksa Teman Wanita Pakai Cawat Besi Elak Curang

Lelaki Paksa Teman Wanita Pakai Cawat Besi Elak Curang. Giler!
Seorang lelaki di China dilaporkan memaksa teman wanitanya memakai cawat besi yang mempunyai kunci. Lelaki yang dikenali dengan nama keluarga, He yang berusia 29 tahun itu mula memaksa teman wanitanya yang di kenali sebagai Xiao Tian memakai cawat besi berkunci itu Ogos lalu apabila dia mengesyaki teman wanitanya berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. 

Dia kemudiannya menyerang Xiao Tian dan mengunci wanita itu di dalam bilik tidur. Pada keesokan harinya, dia membeli cawat besi berkunci itu menerusi internet dan mengarahkan teman wanitanya yang berumur 21 tahun memakainya ketika pergi bekerja setiap hari. Setiap malam apabila Xiao Tian pulang dari bekerja, dia akan memeriksa cawat besi berkunci itu dengan teliti untuk memastikan ia tidak dibuka sepanjang ketiadaannya. 

Dia amat marah apabila menemui tanda-tanda kunci pada cawat itu telah diumpil dan dibuka menyebabkan dia hilang kawalan dan mula menyerang gadis itu. Dia mengikat tangan dan kaki Xiao Tian dan mengurung wanita itu dalam tempoh yang agak lama sehingga menyebabkan wanita itu hampir mengalami tekanan mental dalam tempoh dia dikurung. Pada 23 Ogos, Xiao Tian berjaya melonggarkan tali yang digunakan untuk mengikat tangannya. Beliau menulis nota yang berbunyi “tolong saya” dan mencampakkannya keluar dari tingkap. Ada orang yang berjaya menemui nota itu dan membuat laporan polis. Polis menyerbu rumah He untuk menyelamatkan Xiao Tian dan menahan lelaki itu serta-merta. 

 Dia disabitkan kesalahan menyekat kebebasan teman wanita yang menyalahi undang-undang dan dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Daerah Rakyat Qingyang di Chengdu baru-baru ini.

September 19, 2012

16:37

Lelaki Bakar Seluar Dalam Cetus Kemarahan Jirannya

Lelaki Bakar Seluar Dalam Cetus Kemarahan Jirannya.
gambar hiasan

JAKARTA: Seorang lelaki yang kesunyian membakar seluar dalam isteri yang telah berpisah dengannya, dalam satu upacara pelik untuk mendapatkan kembali isterinya, ditahan di Tanah Abang, Jawa Tengah. Muhammad Ridwan, 38, ditahan kelmarin kerana meletakkan orang lain dalam keadaan bahaya selepas jiran terlihat api di biliknya.

 Mereka kemudian memukulnya sehingga lebam kerana mengesyaki dia mahu membakar bangunan tempat tinggal mereka. Ridwan memberitahu polis, jirannya marah dan tidak percaya apabila dia memberitahu mereka dia hanya melakukan upacara mistik untuk mendapatkan kembali isterinya.

 Komander Unit Detektif Tanah Abang, Komisioner Widarto berkata, “Dia percaya isterinya, yang keluar rumah selepas mereka bergaduh akan kembali kepadanya sekiranya dia membakar seluar dalam isterinya itu dan menyapu abunya di badan.” Widarto berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 7.30 malam apabila seorang jiran, Yunita, melihat Ridwan membakar pakaian.

 Dalam keadaan panik, dia terus mengambil sebotol minyak tanah yang disangka air mineral dan menuangkannya ke api. “Apabila api itu marak, seorang lagi jiran yang panik menjerit mengatakan Ridwan membakar rumah itu,” kata Widarto. Penduduk di Jakarta sangat berhati-hati dengan kebakaran yang selalunya memusnahkan beratus-ratus rumah dalam musim panas yang panjang.

Kebakaran menjadi isu panas dalam kempen pilihan raya gabenor dan ada di antara mereka menyalahkan penyokong calon yang kalah dalam pusingan pertama undi yang diadakan Julai lalu. - Jakarta Post

September 18, 2012

19:49

Gambar Panas Kate Middleton Tersebar, Putera Wiiliam Malu Besar

Gambar Panas Kate Middleton Tersebar, Putera Wiiliam Malu Besar
Will Dan Kate Tidak Gembira Di Malaysia?


Sebuah majalah 'Closer' daripada Perancis telah menyiarkan gambar tersebut ketika pasangan ini sedang bercuti di Chateau D'Autet, kediaman milik anak saudara Ratu Elizabeth di negara itu sebelum mereka terbang ke Asia Tenggara.

Katanya foto ini tersebar pada pagi Jumaat lalu ketika mereka berada di Kuala Lumpur. Putera William dilaporkan marah dengan perkara ini dan ada khabar mengatakan sepanjang berada di Malaysia, dia tidak gembira kerana asyik memikirkan perkara yang telah memalukan isterinya dengan keluarga diraja Britain.

Lawatan ke Sabah juga katanya terganggu dek perkara yang memalukan ini. Pasangan ini dan 'entourage' nya telah berjaga sehingga lewat malam di negeri di bawah bayu itu untuk menyelesaikan perkara ini hingga Istana St James telah mengeluarkan kenyataan untuk menyaman majalah tersebut. Sepatutnya mereka menghabiskan masa melihat hutan dan pusat pemuliharaan Orang Utan di Lembah Danum.

Turut dilaporkan, Ratu Elizabeth juga menyuarakan perasaan tidak senangnya dengan perkara ini. Antara lain, dia menyifatkan perkara ini telah menceroboh hak peribadi pasangan itu dan penyebaran gambar ini tidak sepatutnya berlaku.
Will Dan Kate Tidak Gembira Di Malaysia?
Hal ini menjadi isu besar kepada keluarga diraja ini kerana sebelum ini setiap pasangan kepada waris takhta Britain sentiasa mendapat perhatian seperti mana tragedi yang berlaku terhadap Puteri Diana. Ia disifatkan berpunca daripada sikap paparazzi yang tidak menghormati privacy ahli keluarga Diraja ini.

17:32

9 GAMBAR Putera William Dan Kate Middleton Di Singapura

9 GAMBAR Putera William Dan Kate Middleton Di Singapura. Semasa lawatan Putera William dan Kate Middleton ke Singapura, pasangan ini sempat melawat ke Botanic Gardens, Singapura.






Pretty in pink: The Vanda William Catherine Orchid named in honor of Prince William, Duke of Cambridge and his wife Catherine

Putera William dan Kate Middleton di VIP terminal of Changi International Airport, Singapore

Kate Middleton memakai gaun berbunga ketika menghadiri makan malam bersama Presiden Singapura

August 30, 2012

15:38

GENIUS: Samsung Bayar Apple Dengan Duit Syiling 5 Sen



CALIFORNIA - Ibu pejabat Apple pagi tadi telah menerima lebih 30 trak syiling 5 sen. Pada mulanya, syarikat keselamatan yang menjaga fasiliti itu berkata ia telah dihantarkan ke tempat yang salah, namun Tim Cook yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Apple menerima panggilan dari Ketua Pegawai Eksekutif Samsung menjelaskan bahawa mereka akan membayar USD $1 billion sebagai denda yang diperintahkan mahkamah baru-baru ini dengan cara ini.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata "dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah atau cara pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk membayar USD $1 billion kepada pencipta iPhone itu dengan cara yang kami fikirkan terbaik."

Tindakan yang kotor tetapi genius dari Samsung itu telah membuatkan eksekutif Apple dalam keadaan runsing apabila mereka terpaksa memohon untuk mengira semua wang itu bagi memastikan duit itu cukup. Kemudian pihak Apple terpaksa mendepositkan jumlah syiling 5 sen itu kepada pihak bank dengan harapan pihak bank akan menerima permohonannya.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata lagi, syarikat itu tidak akan takut dengan mereka yang mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

"Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin minuman untuk seumur hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan mematuhi undang-undang," tambahnya lagi.

Pihak Apple belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai 20 billion syiling 5 sen tersebut

@: Bila Genius bertemu lawannya
15:34

Kedai Baju 'HITLER' Timbulkan Kemarahan Di India

HITLER adalah nama yang dibilih oleh seorang pemilik kedai pakaian di India. Kedai pakaian ini terletak di Ahmedabad, Gujarat dibuka sejak 10 hari lalu dan menjual pakaian Western's men. Nama Hitler ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dikaitkan dengan Adolf Hitler. Simbol Nazi turut diletak pada huruf  'I'.

Menurut pemiliknya,

"Saya akan menukar (nama) jika orang mahu membayar pampasan kepada saya untuk wang telah dibelanjakan - logo, hoarding, kad perniagaan, jenama," Rajesh Shah
Dia meletakkan jumlah kos pada kira-kira 150,000 rupee ($ 2,700).
Shah menegaskan bahawa sehingga kedai dibuka dia tidak tahu siapa Adolf Hitler dan menyatakan bahawa Hitler adalah nama samaran yang diberikan kepada datuk pasangan kedainya kerana "beliau adalah sangat tegas".
"Saya tidak tahu berapa banyak nama akan mengganggu orang,". "Ia hanya apabila kedai dibuka saya belajar Hitler telah membunuh enam juta orang."
Ahli-ahli masyarakat kecil Yahudi di Ahmedabad mengutuk nama kedai, manakala seorang diplomat kanan Israel berkata kedutaan itu akan membangkitkan perkara itu.

Esther David, seorang penulis terkemuka di Ahmedabad India berbangsa Yahudi, berkata beliau "terganggu dan tertekan" oleh kedai berkenaan, tetapi menambah bahawa sesetengah India menggunakan perkataan "Hitler" bersahaja untuk menggambarkan orang autokratik.


August 26, 2012

15:02

Akibat Menciplak, SAMSUNG Terpaksa Bayar Apple RM 3 Billion

Muka Depan Kosmo! hari ini SAMSUNG Terpaksa Bayar Apple RM 3 Billion
SAN JOSE, California - Selepas setahun pertikaian di mahkamah membabitkan Samsung dan Apple, seorang juri di Amerika Syarikat (AS) kelmarin memutuskan pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan itu didapati menciplak teknologi yang digunakan untuk menghasilkan iPhone dan iPad.
Susulan keputusan tersebut, panel juri sebuah mahkamah di sini memerintahkan syarikat Samsung untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) kepada Apple.




SEORANG pengurus Korea Selatan menunjukkan telefon 
pintar Galaxy S (kanan) dan iPhone (kiri) di sebuah kedai di Seoul pada 27 Julai lalu.

Bagaimanapun, Samsung yang popular dengan telefon pintar Galaxy S dan komputer tablet Galaxy Tab akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.
Perkembangan itu berlaku selepas sebuah mahkamah Korea Selatan kelmarin mendapati Samsung tidak meniru telefon bimbit keluaran Apple.
Pertikaian kedua-dua gergasi elektronik tersebut bermula apabila firma Apple Inc. memfailkan saman melibatkan pelanggaran paten oleh Samsung pada April 2011.
Apple telah melantik pasukan peguam terhandal di AS bagi menuntut gantirugi AS$2.5 bilion (RM7.75 bilion) daripada pesaing terhebatnya, Samsung.
Dalam saman tersebut, firma yang diasaskan bersama oleh mendiang Steve Jobs itu mendakwa Samsung Electronics Co. meniru teknologi dan inovasinya.
Namun, Samsung melakukan saman balas dengan menuntut gantirugi AS$399 juta (RM1.24 bilion) daripada Apple Inc.
Dalam hujah penggulungannya, peguam Apple, Harold McElhinny mendakwa Samsung mengalami 'kebuntuan reka bentuk' selepas pelancaran iPhone pada tahun 2007.
Samsung, katanya, mengambil kesempatan di atas kejayaan gajet berkenaan apabila memperkenalkan jenama telefon pintar Galaxy S dengan ciri-ciri serupa.
Terdahulu, pasukan peguam Apple menyatakan, hampir tiada perbezaan pada telefon pintar iPhone dan Galaxy.
Peguam-peguam Samsung bagaimanapun berkata, beberapa inovasi seperti skrin besar pada siri telefon Galaxy yang sebelum ini terdapat pada iPhone, diperkenalkan bagi memenuhi permintaan pengguna telefon pintar.
Panel juri berkenaan yang dianggotai oleh tujuh lelaki dan dua wanita mula bersidang Rabu lepas.
Samsung setakat ini telah menjual 22.7 juta buah telefon pintar dan tablet yang didakwa Apple meniru teknologinya.
McElhinny seterusnya berkata, jualan gajet-gajet berkenaan mencecah AS$8.16 bilion (RM25.55 bilion) sejak Jun 2010.
Sehingga kini, Apple dan Samsung menguasai lebih separuh jualan telefon pintar di dunia.
Namun, Samsung muncul sebagai pesaing terbesar Apple dan mengatasi firma AS berkenaan sebagai pengeluar terbesar telefon pintar di peringkat global.
Model telefon pintar Galaxy dijana perisian Android yang diberikan percuma oleh Google Inc. kepada Samsung dan beberapa pengeluar telefon pintar lain.
Dalam samannya, Apple turut menuntut Samsung menarik kedua-dua jenama telefon dan komputer tabletnya daripada pasaran AS.
Saman serupa telah dikemukakan di beberapa negara lain termasuk Australia, Britain dan Jerman.
Pasaran telefon pintar dan komputer tablet global masa kini dianggarkan bernilai AS$219 bilion (RM685.79 bilion). - Agensi

August 15, 2012

12:15

2 pemain Islam Perancis langgan pelacur bawah umur

2 pemain Perancis didakwa langgan pelacur bawah umur.
Sentuhan penyudah berbisa Benzema

Adakah ini konspirasi barat dan Yahudi mahu menjatuhkan agama islam? Untuk pengetahuan perkara ini masih dalam siasatan.
PARIS - Dua pemain bola sepak Perancis, Franck Ribery dan Karim Benzema berhadapan dengan pertuduhan melanggan pelacur-pelacur bawah umur.
Memetik majistret siasatan Andre Dando, CNNmelaporkan bahawa "beberapa defenden akan didakwa kerana bertindak sebagai alku walaupun saya tidak boleh mendedahkan siapa mereka buat masa sekarang."
Mereka sebahagian daripada lapan pemain bola sepak disiasat oleh pihak berkuasa Perancis.
Dando berkata, perbicaraan akan dikendalikan dalam beberapa bulan lagi dan kemungkinan akan berlarutan sehingga tahun depan.
Tahun lalu, pihak pendakwa raya telah meminta agar kes ke atas mereka digugurkan sebab kedua-dua pemain berkenaan tidak tahu bahawa salah seorang wanita yang ditahan berusia bawah 18 tahun.
Ribery, 29, bermain untuk kelab Bayern Munich manakala Benzema, 24, adalah pemain Real Madrid. Kedua-dua mereka juga pemain pasukan kebangsaan Perancis.
CNN juga melaporkan bahawa kes itu didedahkan ekoran serbuan polis ke atas sebuah kelab malam di Champs Elysees di sini dan menahan 18 wanita yang disyaki terlibat dalam pelacuran.
Salah seorang daripada yang ditahan, Zahia Dehar, pernah muncul di muka depan Paris Matchpada April lalu dan memberitahu majalah itu bahawa dia pernah mengadakan hubungan seks dengan beberapa pemain pasukan kebangsaan termasuk Ribery.
Dehar, kini berusia 20 tahun, memberitahu bahawa dia tidak pernah memberitahu mereka bahawa dia berumur bawah 18 tahun ketika itu.
Di peringkat awal kes mahkamah, Ribery mengaku mengadakan hubungan seks dengan Dehar tetapi menegaskan tidak tahu yang dia seorang bawah umur.
Benzema tidak membuat kenyataan umum.
Kedua-dua mereka berhadapan dengan hukuman penjara tiga tahun dan denda 45,000 euro jika disabitkan kesalahan

August 8, 2012

11:59

Justin Bieber Kritik Rambut Putera William Yang Hampir Botak (2 Gambar)


Kebotakan adalah masalah besar yang dihadapi kaum lelaki. Lihat sahaja rancangan Yun Nam di TV, kebanyakkan customer adalah lelaki. Tidak terkecuali Prince William yang menghadapi masalah sama. Penyanyi Justin Bieber tanpa segan silu telah mengkritik rambut Putera Britain itu.

Menurut sumber; RAMBUT Putera William yang agak kurang akibat keguguran semakin menjadi perhatian umum. Namun tidak ramai yang berani bersuara memberi kritikan terhadap pewaris takhta diraja Britain itu.
Menurut laporan Digital Spy, pelantun lagu Boyfriend tersebut hairan mengapa William yang dikenali sebagai Duke of Cambridge itu tidak segera mengatasinya sedangkan masalah keguguran rambut boleh diatasi dengan rawatan biasa.
Rambut Putera William semakin keguguran.
"Apa yang saya cuba maksudkan ialah, ada banyak lagi cara untuk merawat rambut gugur. Misalnya dia boleh saja beli produk jenama biasa iaitu Propecia.
"Saya tak faham kenapa dia tak menggunakan produk rambut. Guna saja Propecia, rambut anda pasti akan kembali normal," katanya.

August 5, 2012

15:52

SADIS: Ibu Bapa Bunuh Anak Gadis Kerana Malu Cara Hidup Barat


Sepasang suami isteri berbangsa Pakistan tergamak membunuh anak gadis mereka kerana dia terpengaruh dengan cara hidup Barat. Jenayah tersebut terbongkar apabila adik mangsa memberitahu sebuah mahkamah Britain bahawa ibu bapa mereka melemaskan kakaknya yang berusia 17 tahun dengan menekup hidung dan mulut mangsa.
Kelmarin, Hakim Roderick Evans menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Iftikhar Ahmed, 52, dan isterinya Farzana Ahmed, 49, kerana membunuh anak mereka, Shafilea Ahmed pada tahun 2003.
Seorang sepupu pasangan suami isteri itu yang berasal dari perkampungan Uttam di Pakistan dipenjara 25 tahun kerana bersubahat dalam jenayah tersebut.
"Dia (mangsa) terhimpit antara dua budaya dan cara hidup iaitu budaya yang dia mahukan (Barat) dan cara hidup yang kamu paksa ke atas dirinya," kata Evans semasa menjatuhkan hukuman di Mahkamah Diraja Chester, di barat daya England kelmarin.
Di Britain, lebih 25 wanita dibunuh dalam kes yang dilabel 'pembunuhan demi maruah' sejak sedekad lalu.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu kebanyakannya dilakukan oleh keluarga Islam dari Asia ekoran malu kerana anak perempuan mereka mengikut cara hidup Barat atau enggan berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga.
Menurut pendakwa raya, Andrew Edis, Shafilea baru berusia 10 tahun apabila dia mula membantah peraturan ketat ibu bapanya.
Anak gadis itu akan menyembunyikan mekap dan pakaian Barat di sekolah dan memakai pakaian konservatif sebelum ibu bapanya tiba untuk mengambilnya pulang.
Namun, pada tahun lalu, kata adik Shafilea, ibu bapa mereka menolak kakaknya sehingga jatuh di atas sofa selepas berlaku satu pertengkaran.
Mereka kemudian memasukkan beg plastik ke dalam mulut mangsa dan menekup mulut serta hidungnya dengan menggunakan tangan sehingga dia meninggal dunia.
Ketika dia menyaksikan pembunuhan tersebut, Alesha berkata, dia berusia 12 tahun.
Menurut Alesha, selepas kakaknya dibunuh, adik-beradiknya yang lain naik ke tingkat atas rumah mereka dan melihat bapa mereka memasukkan mayat Shafilea yang dibalut dengan sehelai selimut, ke dalam keretanya.
Mangsa dilaporkan hilang tidak lama kemudian. Ibu bapanya turut berpura-pura menangis ketika merayu di media tempatan bagi mendapatkan maklumat yang dapat membantu mencari anak perempuan mereka.
Namun, polis yang mengesyaki pembabitan mereka, mencuri dengar perbualan di kediaman berkenaan sebelum bertindak menahan pasangan suami isteri itu.
Mayat Shafilea akhirnya di temui di Sungai Kent, Daerah Cumbria pada Februari 2004.
Namun, Alesha hanya memberi keterangan sebagai saksi dalam kes tersebut pada tahun 2010

July 26, 2012

10:23

Tentera Israel Akan Serang Syria Demi Senjata


BAITULMUQADDIS - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menegaskan, negaranya akan bertindak dengan segera jika para pejuang Hezbollah Lebanon menyerbu tempat simpanan senjata kimia dan biologi milik Syria.
Beliau membuat kenyataan itu di Radio Israel semalam.
Beberapa pemimpin Israel sebelum ini menyatakan bahawa ia akan melakukan serangan di tempat simpanan senjata Syria bagi menghalang senjata kimia dan biologi jatuh ke tangan para pejuang Hezbollah.
Para pemimpin Israel bimbang jika rejim Presiden Bashar Al-Assad tumbang, senjata itu akan diperoleh para pejuang Hezbollah dari Lebanon.
Sementara itu, Turki menutup laluan komersial di sempadan Syria.
Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu memberitahu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai pelarian bahawa sempadannya itu masih dibuka untuk para pelarian dari Syria.
Sementara itu, keganasan di bandar raya kedua Syria, Aleppo, memuncak kelmarin ekoran pertempuran tentera pemerintah dengan kumpulan pemberontak, kata pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia.
Badan pemantau yang beribu pejabat di Britain itu melaporkan pertempuran berlaku di daerah Bustan Al-Qasr, selatan Aleppo dengan tentera Bashar menggunakan beberapa helikopter tempur di kawasan penempatan penduduk.
Kebangkitan penduduk di Syria bermula pada Mac lalu apabila kumpulan pemberontak menentang tentera Bashar.
Kumpulan pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran kabangkitan rakyat berlaku di Tunisia dan Mesir.
Tentera Pembebasan Syria yang turut mewakili pemberontak turut terlibat dalam serangan menentang tentera Bashar.
Setakat ini lebih 20,000 orang telah terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak itu dengan tentera Bashar.
- Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us