Breaking

Showing posts with label anak sultan brunei kahwin. Show all posts
Showing posts with label anak sultan brunei kahwin. Show all posts

September 24, 2012

14:10

Gambar Kerabat Sultan Brunei Di Majlis Kahwin Puteri Hafizah


Gambar Kerabat Sultan Brunei Di Majlis Kahwin Puteri Hafizah
SULTAN Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha mengapit pasangan pengantin diraja, Muhammad Ruzaini dan Puteri Hafizah Sururul Bolkiah bersama ahli keluarga diraja yang lain di Bandar Seri Begawan semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Nurul Iman di sini malam tadi.
Majlis itu diadakan sempena perkahwinan Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, anakanda kelima Sultan Brunei Darussalam dengan Pengiran Muhammad Ruzaini.
Istiadat bermula sebaik keberangkatan masuk pengantin diraja ke Dewan Bankuet Diraja pada kira-kira 8.30 malam.
Pasangan mempelai itu diiringi Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha serta tetamu kenamaan lain termasuk Najib dan Rosmah.
Turut hadir ke istiadat berkenaan ialah Putera Faisal Saud dari Arab Saudi; Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra; Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen.

September 23, 2012

19:51

Gambar Majlis Perkahwinan Anak Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah


Gambar Majlis Perkahwinan Anak Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah
brunei
perkahwinan diraja brunei
Puteri Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dinikahkan dengan Pengiran Haji Muhammad Ruzaini di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien semalam. Dengan satu lafaz sahaja Pengiran Haji Muhammad Ruzaini kini sah menjadi suami kepada Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah di dalam masjlis akad nikah yang dilangsungkan selepas Zohor semalam.

Pada waktu malamnya pula, majlis resepsi diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Segi Begawan yang dihadiri 1700 orang tetamu termasuklah Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak dan Isteri.
Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah ialah anak kelima Sultan Hassanal Bolkiah dan bekerja sebagai pegawai di Kementerian Kewangan sementara Pengiran Haji Muhammad Ruzaini pula ialah penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri.

Sejuk mata memandang Majlis Perkahwinan Anak Sultan Brunei, semua yang hadir bertudung dan berpakaian sederhana. Bukannya macam kat Malaysia rambut kembang dispray sudah nampak dari jauh 
brunei
kahwin
brunei
Manis Anak Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah
brnei

Anak Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah
perkahwinan

perkahwinan diraja


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us