Breaking

Showing posts with label putera william lawat malaysia. Show all posts
Showing posts with label putera william lawat malaysia. Show all posts

September 18, 2012

17:32

9 GAMBAR Putera William Dan Kate Middleton Di Singapura

9 GAMBAR Putera William Dan Kate Middleton Di Singapura. Semasa lawatan Putera William dan Kate Middleton ke Singapura, pasangan ini sempat melawat ke Botanic Gardens, Singapura.






Pretty in pink: The Vanda William Catherine Orchid named in honor of Prince William, Duke of Cambridge and his wife Catherine

Putera William dan Kate Middleton di VIP terminal of Changi International Airport, Singapore

Kate Middleton memakai gaun berbunga ketika menghadiri makan malam bersama Presiden Singapura

September 15, 2012

08:25

GAMBAR Putera William Dan Kate Middleton Di Sabah

GAMBAR Putera William Dan Kate Middleton Di Sabah. Wah bangga siot Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton sudi melawat Sabah. Ketibaan pasangan diraja itu disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Hotel Shangri-La Tanjung Aru Beach Resort di Kota Kinabalu pada malam Jumaat





Full screen preview
Putera William Dan Kate Middleton menerima buku Spirit of Borneo daripada Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman


Pasangan diraja Britain, Duke dan Duchess of Cambridge tiba di sini untuk lawatan dua hari ke Sabah.
Pesawat khas yang membawa Putera William dan isterinya Catherine tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada kira-kira 7.50 malam.
Ketibaan pasangan diraja itu disambut oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin dan isteri Datin Jouyah Mohd Yunin serta pegawai kerajaan dan orang kenamaan asing.
Hujan tidak menghalang orang ramai daripada menunggu di luar pagar kawasan lapangan terbang itu untuk menatap wajah pasangan diraja itu.
Sejurus tiba, pasangan diraja itu dibawa ke sebuah resort di bandar raya ini untuk menghadiri majlis sambutan yang dianjurkan kerajaan negeri Sabah.
Esok, Putera William dan Catherine akan menaiki helikopter untuk melawat Lembah Danum, kawasan hutan hujan tropika utama, terletak kira-kira 70km dari Lahad Datu, dengan pasangan diraja itu akan meninjau kawasan seluas 438km persegi itu dan mendengar taklimat oleh para penyelidik.
Lembah Danum Sabah yang dikunjungi Prince William dan Kate Middleton
Malaysia merupakan destinasi kedua selepas Singapura, dalam program lawatan sembilan hari di Timur Jauh, sebagai wakil kepada Ratu Elizabeth II sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda Ratu. Sementara itu, pasangan diraja itu yang tiba kira-kira pukul 8.20 malam di resort itu meluangkan masa setengah jam di majlis keraian secara tertutup itu.
Sebaik tiba untuk majlis itu, Putera William dan Catherine disambut dengan dipakaikan kalung manik yang dikenali sebagai Pinakol, yang sinonim dengan kebudayaan etnik Rungus, sebagai tanda 'selamat datang'.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan dua Timbalan Ketua Menteri iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Yahya

September 14, 2012

17:33

8 GAMBAR Putera William Lawat Masjid, Kate Middleton Bertudung Selendang

GAMBAR Putera William dan Kate Middleton melawat masjid, Kate Memakai Selendang. Wah kagum dengan Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William and Catherine. Pasangan diraja ini melawat Masjid Asy-Syakirin di Kuala Lumpur. Kate mengenakan baju serba putih dan menutup kepalanya dengan selendang. Bagus imej yang ditunjukkan menghormati agama Islam. 

Jum layan GAMBAR Putera William dan Kate Di Malaysia.


Full screen preview


Full screen preview

Duchess of Cambridge, Catherine membuka kasutnya sebelum memasuki Masjid Asy-Syakirin. Tabik spring lah!


Media Britain Sifatkan Imej Bertudung Kate Di M’sia Imbas Memori Diana..
Putera William dan Kate mencatat sejarah apabila mereka berdua melawat ke Masjid Assyakirin, Kuala Lumpur yang boleh memuatkan jemaah Islam seramai 12,000 orang.

Full screen preview
GAMBAR Putera William dan Kate Middleton melawat masjid. Kate memakai selendang

Lagi gambar Putera William dan Kate Di Malaysia


Yang dipertuan Agong mengiringi Putera William dan Kate Middleton untuk beramah mesra dengan penari kebudayaan selepas majlis santapan diraja di Istana Negara


Putera William (kanan) dan Catherine melihat plak sempena lawatan ke Pertubuhan Amal Hospis Malaysia, hari ini. Pasangan Diraja tersebut mengadakan lawatan bersempena Jubli Intan Ratu Elizabeth II.





14:26

12 GAMBAR Putera William dan Kate Di Malaysia

GAMBAR Putera William dan Kate Di Malaysia. Hampir seminggu jugak ye tak update blog, terlalu sibuk sampaikan lupa nak tulis entry baru. Nasib baik Cik Rara tegur, "dah tak update blog ke ?". Jadi kenalah merajinkan tangan buat entry arini. TQ for ur comment Cik Rara :)

Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isterinya, Catherine Middletone kini berada di Malaysia. Kehadiran mereka di Taman KLCC, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat menarik 3,000 peminat untuk bertemu pasangan diraja Britain itu.

GAMBAR Putera William dan Kate Di Malaysia



Kate bergambar bersama Isteri bapak-bapak menteri. Rosmah Mansur paling menyerlah mengalahkan Kate dengan aksesori yang blink2!



GAMBAR Putera William dan Kate Di KLCC

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah bergambar bersama Putera William (tiga dari kiri) dan Kate Middleton (tiga dari kanan) pada majlis santapan diraja di Istana Negara Kuala Lumpur semalam. Turut hadir, Najib dan Rosmah serta Muhyiddin (kiri) dan isteri, Noorainee (kanan).

 gambar putera william dan kate di malaysia
Duke dan Duchess of Cambridge juga menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta menghadiri majlis santapan diraja di Istana Negara pada sebelah malam




July 27, 2012

22:21

Putera William Dan Kate Middleton Akan Lawat SABAH & KUALA LUMPUR 13 September 2012


Istana St. James hari ini telah mengesahkan jadual awal untuk lawatan rasmi Putera William dan juga isteri, Kate Middleton bersempana sambutan Queen’s Diamond Jubilee.
Pasangan diraja paling popular & di’kenali di seluruh dunia ini akan tiba di Malaysia pada 13 September 2012 dan akan melawat melawat Kuala Lumpur serta negeri Sabah.
Duke and Duchess of Cambridge ini akan berada di Malaysia selama tiga hari sebelum berlepas ke Kepulauan Solomon pada 16 September 2012 untuk lawatan seterusnya.
Putera William dan Kate Middleton kini sedang sibuk dengan tugas mereka sebagai duta rasmi untuk temasya sukan Olimpik London 2012 yang bermula secara rasmi esok.
Jadual terperinci lawatan pasangan diraja ini ke Malaysia akan di’umumkan kelak namun kalau anda berminat untuk melihat pasangan ini lebih dekat, mungkin ini masanya.– News AU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us