Breaking

Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

January 27, 2020

09:59

Cara Tebus RM30 e-Tunai Rakyat Dengan Boost & Menang Shake Rewards Sehingga RM8,888?

Bermula 15 Januari 2020, korang boleh tuntut wang RM30 insentif kerajaan mulai jam 8 pagi. Bajet RM450 juta yang diperuntukkan kerajaan di bawah program e-Tunai Rakyat itu diharap mampu meningkatkan penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya dalam sektor runcit.
Untuk pengetahuan korang, wang RM30 tu boleh dituntut daripada mana-mana tiga pengendali e-wallet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch ‘n Go. Kalau korang tak tahu nak pilih aplikasi mana, meh admin suggest aplikasi Boost dan ketahuilah korang berpeluang menang Shake Rewards sehingga RM8,888 tau!

Macam ni caranya nak tuntut wang RM30 tu…
  1. Download aplikasi Boost
  2. Daftar akaun Boost
  3. Tekan e-Tunai Rakyat dekat homepage aplikasi Boost
  4. Sahkah identiti korang
  5. RM30 akan dikreditkan dalam akaun Boost korang disertakan Shake Rewards sehingga RM8,888
Psstt, kalau korang tak layak untuk dapat RM30 e-Tunai Rakyat, korang masih layak untuk dapat Shake Rewards asalkan korang melalui proses tuntutan dan korang tak ada buat tuntutan dengan mana-mana pengendali e-wallet lain.

Main Ang Pow Challenge, seronok main dengan kawan

Yang bestnya bila korang pilih aplikasi Boost untuk tuntut RM30 e-Tunai Rakyat, korang layak untuk main Ang Pow Challenge yang memberikan keseronokan berganda. Macam mana nak main Ang Pow Challenge tu?
  1. Setiap hari pengguna Boost akan dapat 2 angpow
  2. Korang boleh buka satu angpow dan terus dapat duit
  3. Angpow lagi satu korang kena hantar kepada pengguna Boost lain yang belum main game tu dan diorang kena ‘accept‘ angpow tu dalam masa 24 jam. Kalau korang ikut arahan ni, korang boleh terus ‘alive‘ dan akan dapat 2 lagi angpow keesokan harinya.
  4. Bagi si penerima angpow, mereka kena tuntut e-Tunai Rakyat atau melalui proses tuntutan untuk main Ang Pow Challenge.
  5. Lepas tu, si penerima boleh sertai cabaran dengan membuka satu angpow dan hantar lagi satu angpow kepada pengguna Boost lain yang belum main Ang Pow Challenge.
Setiap pemain akan ada baki 2 peluang untuk main kalau kalah. Korang juga boleh main semula Ang Pow Challenge lepas berbelanja RM50 untuk satu transaksi dengan aplikasi Boost. Senang je!

Tawaran Giler RM1 untuk makanan & minuman

Lepas korang tuntut RM30 e-Tunai Rakyat dengan aplikasi Boost, korang layak untuk menikmati Tawaran Giler RM1 hanya untuk RM8. Apa yang korang akan dapat?
  1. Nescafe Can di myNews
  2. Kitkat di myNews
  3. MILO® Protein Up di myNEWS
  4. MAGGI® Hot Cup di myNEWS
  5. Sebiji Dunkin Donuts Regular (apa-apa perisa kecuali Premium Donut)
  6. Single Junior Scoop di Baskin Robins
  7. Petitilao Llao Llao
  8. Tealive – Mana-mana minuman bernilai RM7

Tawaran Hebat RM18 untuk jenama popular

Selain tu, siapa tuntut RM30 e-Tunai Rakyat daripada aplikasi Boost juga layak mendapat penjimatan hebat dengan hanya RM18. Apa yang korang akan dapat?

Baucar tanpa henti, penjimatan melebihi RM1,888

Malah, korang juga layak untuk menerima baucar tanpa henti supaya korang dapat berjimat dengan aplikasi Boost! Dengan itu, korang akan dapat berjimat melebihi RM1,888 kalau korang buat pembayaran di aplikasi Boost di rakan kongsi terpilih mereka. Antaranya…

Apa lagi yang korang boleh buat dengan aplikasi Boost? Banyak…

Memang tak menyesal kalau korang pilih aplikasi Boost demi menuntut RM30 e-Tunai Rakyat. Sebab, baaanyak lagi manfaat yang ditawarkan aplikasi Boost seperti…
  1. 2GB data percuma dan peluang untuk korang menang tambah nilai percuma selama setahun kalau korang tambah nilai RM30 untuk nombor Xpax dengan aplikasi Boost
  2. Bayar bil Celcom atau pelan pascabayar dari mana-mana telco dengan aplikasi Boost dan korang layak untuk memenangi 100% cashback untuk bil korang selama satu tahun.
  3. Nikmati 50% cashback untuk semua tiket wayang di GSC terpilih, MBO dan MMCineplexes bila korang beli tiket dengan aplikasi Boost.
  4. Bayar bil unifi mobile korang dengan aplikasi Boost dan peluang menang 100% cashback sehingga RM88
  5. Langgan atau naik taraf pelan di Celcom Online Store atau Celcom Bluecube dan bayar dengan aplikasi Boost. Korang layak untuk menang 100% cashback untuk selama setahun
  6. Beli XP Lite™ dengan L Pass di Celcom Online Shop dan checkout dengan aplikasi Boost. Korang boleh dapat rebat RM30 untuk bil bulanan pertama

Ajak kawan dan keluarga tuntut e-Tunai Rakyat dengan aplikasi Boost, dapat RM18 lagi!

Dah tuntut RM30 e-Tunai Rakyat, siap main Shake Rewards tapi masih tak cukup? Nak duit lebih? Boleh… Boost nak bagi sehingga RM18 kalau korang ajak kawan dan keluarga tuntut e-Tunai Rakyat dari aplikasi Boost.
Korang akan dapat RM3 tambahan kalau orang yang korang rujuk tu berjaya menuntut e-Tunai Rakyat dengan aplikasi Boost menggunakan kod rujukan korang. Setiap rujukan kelima akan dapat RM3 tambahan sehinggalah jumlah terkumpul iaitu RM18. Banyakkan?
Selain tu, korang dan orang yang korang rujuk tu boleh nikmati manfaat lain yang ditawarkan aplikasi Boost iaitu Boost Up. Dengan Boost Up, korang boleh manfaatkan RM30 e-Tunai Rakyat korang tu dengan…
  1. Korang akan dapat coin Boost untuk setiap RM yang dibelanjakan
  2. Korang akan dapat Shake Rewards tambahan untuk setiap transaksi yang memberikan korang lebih banyak coincashback, peluang untuk memenangi hadiah menarik seperti iPhone 11 atau Dyson HairDryer dan ‘tiket emas’ untuk memenangi hadiah hebat seperti percutian ke Greece. Bestnya!
Kalau dah banyak sangat coin terkumpul, korang boleh tebus hadiah menarik yang lain atau cashback juga tau!

Download aplikasi Boost sekarang!

Tunggu apa lagi? Download aplikasi Boost sekarang untuk tuntut RM30 e-Tunai Rakyat dan nikmati pelbagai pilihan ganjaran dan manfaatkan insiatif kerajaan tu dengan aplikasi Boost sebaiknya. Cepat, tuntut sekarang sebelum 14 Mac 2020 okay!
Kalau korang belum ada aplikasi Boostdownload untuk platform Android atau iOs sekarang.
KREDIT: OHBULAN.COM

May 2, 2013

07:30

Punca Sebenar Dakwat Kekal Mudah Hilang Kesilapan Petugas Tidak Goncang Botol


07:29

Penjelasan SPR Isu Dakwat Kekal Boleh Hilang Dan Tanggal


07:20

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2013/ 2014


Semakan tawaran keputusan permohonan matrikulasi bagi sesi 2013/ 2014. Calon yang telah membuat permohonan matrikulasi boleh membuat semakan tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan. Menerusi laman rasmi Bahagian Matrikulasi, tarikh untuk ketahui tawaran akan diumumkan pada 25 APRIL 2013.
Makluman Kepada Semua Pelajar Lepasan SPM 2012
Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan pada 25 April 2013. Harap maklum.
Tarikh Rasmi Keputusan Matrikulasi  Sesi 2013/2014
25 APRIL 2013 (Khamis)
Cara Semakan Matrikulasi 2013/ 2014
Semakan boleh dibuat di laman http://www.moe.gov.my atau http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/ setelah applikasi semakan matrikulasi sesi 2013/ 2014 telah dibuka.

Pengumuman Terkini: Semakan matrikulasi sudah dibuka. Semoga berjaya kepada semua calon.
Contoh Semakan Jika Berjaya
contoh
Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :
  •     Surat tawaran
  •     Panduan pendaftaran
  •     Dokumen peribadi pelajar
  •     Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
Semakan Guna SMS
SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Tarikh Pendaftaran Matrikulasi 2013/ 2014
Tarikh pendaftaran kolej matrikulasi ialah pada :
Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
Kolej Matrikulasi  seluruh semenanjung – 27 Mei 2013
Harga Yuran Pendaftaran Matrikulasi
1. Program Satu Tahun
- Sains/Teknikal – RM 550.00
- Perakaunan – RM 480.00
2. Program Dua Tahun
- RM 550.00 (tahun pertama)
3. Program Satu Tahun di Kolej MARA
- Sains – RM 500.00
- Perakaunan – RM 500.00

Rayuan Program Matrikulasi 2013/ 2014
Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang  http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.


January 11, 2013

15:35

Permohonan Kemasukan Politeknik Dan ILKA 2013, Cara Mohon & tarikh Tutup


Permohonan kemasukan ke Politeknik Dan ILKA sesi 2013 sudah pun dibuka. Kepada semua pelajar lepasan SPM, anda dipelawa untuk mengikuti kursus yang ditawarkan dalam bidang kemahiran. Berikut adalah cara permohonan Polilteknik Konvensional, ILKA dan juga Premier.
politeknik
Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier
Permohonan kemasukan ke program pengajian di Politeknik Premier bagi Lulusan SPM adalah melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar bersekali dengan permohonan IPTA.Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Premier melibatkan 3 Politeknik iaitu :-
  •     Politeknik Ungku Omar (PUO)
  •     Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  •     Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO & ILKA
Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan:
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
Cara Permohonan Politeknik Konvensional/ ILKA / Premier
  1. Sila beli nombor pin ID di bank BSN
  2. Untuk membuat permohonan, sila layari laman http://upu.mohe.gov.my/
Tarikh Tutup
07 Januari  2013 HINGGA 15 april 2013

January 9, 2013

09:57

Bantuan BR1M Akan Dinaikkan RM 1000

Kerajaan baru-baru ni cadang BR1M dinaikkan kepada RM 1000 untuk bantuan siri seterusnya . Ini selaras dengan harga barang atau kos sara hidup yang semakin meningkat. Mungkin ini adalah pembaharuan dan membuat BR1M lebih efektif dari sebelumnya. Kenyataan itu juga telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi).
Muhyiddin-cadang-naik-BR1M-RM1000

Sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan kutipan hasil cukai negara memberangsangkan, kerajaan akan memberi bantuan melalui BRIM2.0, BRIM3.0, BRIM4.0, BRIM5.0 dan seterusnya. Selain menaikkan jumlah pemberian, ,kerajaan juga akan mempertimbangkan pemberian BR1M ini diteruskan untuk jangka panjang mengikut kemampuan pendapatan negara.

January 7, 2013

20:41

10,000 Tempat Duduk AirAsia Percuma Antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak Mulai Rabu Ini


Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.
Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.
Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.
Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.
“Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.
“Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.
Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.
Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.
10:49

Tiket Percuma Airasia 2013 Program Integrasi 1Malaysia. Free Tickets


Tiket Percuma Airasia 2013 Program Integrasi 1Malaysia. Free Tickets | Berita baik tiket percuma Airasia 2013 sempena program Integrasi 1Malaysia. Program ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak. Tujuan adalah untuk merapatkan lagi jurang antara semenanjung, sabah dan sarawak selaras dengan konsep 1Malaysia. Syarikat tambang murah Air Asia akan bekerja sama untuk memberi tiket penerbangan percuma dalam tempoh yang tertentu.
tiket percuma airasia
Cara Semak Tiket Percuma Airasia 2013
Pengumuman mengenai tiket percuma ini akan disiarkan di laman web http://www.airasia.com tidak lama lagi. Dianggarkan kira-kira 10 ribu tiket akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia untuk menikmati tiket percuma tersebut.


Sumber: Melvister.com

January 6, 2013

10:17

Permohonan Kemasukan UPU/IPTA Sesi Akademik 2013/ 2014, Cara Memohon & Tarikh Tutup


Permohonan kemasukan UPU atau IPTA sesi akademik 2013/ 2014. Kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma, Matrikulasi atau setaraf dengannya, anda boleh mengemukakan permohon IPTA untuk sesi 2013. Borang permohonan boleh didapatkan secara online dengan melayari laman sesawang portal rasmi UPU.  Jualan No. Unik ID di BSN akan mula dibuka mulai 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013. Berikut adalah langkah permohonan yang perlu dibuat untuk memohon IPTA.
kemasukan upu 2013

Cara Permohonan ke IPTA Sesi 2013/ 2014

1. Pelajar perlu membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional Yang Terdekat Mulai 7 Januari 2013.
2. Di kaunter berkenaan,pastikan anda membeli nombor pin berdasarkan taraf pengajian anda.
3. Sila layari laman web rasmi http://upu.mohe.gov.my/
Berikut adalah prosedur pekeliling permohonan ke UPU. Oleh itu, pelajar digalakkan membaca prosedur terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan.

Tarikh Pendaftaran Atau Kemasukan UPU 2013
Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf – Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf – September 2013

Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohnan adalah pada 15 April 2013


January 4, 2013

12:12

BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 MULA DIBAYAR 15 JANUARI 2013

Bantuan Persekolahan RM100 Mula Dibayar 15 Januari 2013 | Ini pula perkembangan mengenai pembayaran bantuan sekolah RM100. Bantuan RM100 ini adalah kali kedua yang dilaksanakan oleh kerajaan. Pemberian bantuan ini dilakukan meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi telah mengumumkan, pembayaran bantuan persekolahan sebanyak RM100 akan disalur kepada pelajar bermula 15 Januari 2013 ini.

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100

Bagaimanapun, beliau telah mengingatkan pada pihak sekolah agar tidak membuat sebarang potongan atau sebagainya keatas duit bantuan ini. Menurutnya pihak kementerian telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai perkara tersebut kepada semua sekolah.
“Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Sama ada ibu bapa nak guna duit ini nak bayar yuran PIBG (persatuan ibu bapa dan guru), itu hak mereka…tapi pihak sekolah tidak ada hak untuk potong lebih awal. Jadi, kita tidak mahu lagi dengar aduan daripada ibu bapa di mana pihak sekolah mengenakan bayaran terhadap ibu bapa yang menerima bantuan ini,” katanya dalam laporan berita semalam.
Selain sekolah kerajaan yang mempunyai lima juta pelajar, bantuan tersebut turut diagih kepada pelajar sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan, persendirian dan agama. Bagi ibu bapa yang tidak mahu mengambil bayaran tersebut, mereka boleh memulangkannya kepada sekolah yang mesti mengembalikannya kepada Kementerian Pelajaran.

January 2, 2013

21:41

Tiada Had Harga Bagi Smartphone Untuk Rebat RM200

Kabinet Memutuskan Tiada Had Harga Untuk Rebat Telefon Pintar Dibawah Pakej Komunikasi Belia

Dengan pelbagai kritikan ramai disebabkan oleh had harga telefon pintar ke RM500 untuk layak mendapat rebat kerajaan sebanyak RM200, kini nampaknya berlaku sedikit perubahan.


Perkara ini dikongsikan oleh Rais Yatim melalui Twitter beliau, mengatakan kabinet telah bersetuju untuk menawarkan apa jua telefon pintar dengan rebat RM200 bagi mereka yang berkelayakkan.

Namun, kami percaya mungkin perkara ini masih tertakluk kepada syarikat telekomunikasi ataupun pengedar dan penjual dalam menawarkan pakej serta pelan untuk sesuatu peranti tersebut.


Rebat RM200 ini disediakan oleh kerajaan untuk para belia berumur 21 hingga 30 tahun, dalam memudahkan mereka mengakses gaya hidup digital dengan mudah. Bagi mereka yang berminat boleh mengakses halaman rasmi di SKMM untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengannya.

January 1, 2013

18:27

12 TAWARAN BAJET 2013 BERKUATKUASA HARI INI

Bermula hari ini, 1 Januari 2013, rakyat akan menikmati 12 tawaran yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi Bajet 2013. Semua tawaran itu tercatat pada Fokus Keempat iaitu Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam serta Mensejahterakan Rakyat yang disenaraikan menerusi Fokus Kelima.
BAJET 2013 POSTER

Tiga tawaran menerusi Fokus Keempat membabitkan warga tua dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang diberi diskaun 50 peratus caj bayaran pemprosesan pasport yang mana kadar bayaran bagi tempoh lima tahun dikurangkan kepada RM150 dan RM80 untuk dua tahun.


Bermula tahun depan, Bahagian Pinjaman Perumahan akan disusun semula dan panel bank komersial akan dilantik untuk menguruskan pinjaman perumahan kerajaan.
Fokus Kelima menyaksikan untuk pertama kalinya RM250 diberi kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan, manakala isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan menerima RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
Selain itu, pengumuman pemberian rebat tunai RM10,000 dan subsidi dua peratus kepada pengusaha bas untuk pinjaman penuh bagi menggantikan bas sekolah lama berusia lebih 25 tahun kepada bas baru berkapasiti 12 hingga 18 tempat duduk.
Malah, kerajaan terus memastikan kebajikan generasi muda terpelihara apabila pelajar sekolah rendah dan menengah yang menggunakan bas sekolah berpermit akan menikmati faedah Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had RM100,000 untuk tempoh dua tahun.
Bagi penjawat awam pula, kontrak perkhidmatan 45,000 kakitangan kerajaan akan dilanjutkan.
(Sumber BH Online)
18:10

Gaji Minimum Swasta 2013


Gaji Minimum Swasta 2013. Kadar Skim Gaji Menimum Pekerja Swasta telah diumumkan pada awal januari 2013. Kadar gaji minium ini perlu dilaksanakan oleh setiap majikan dan tindakan undang-undang boleh dikenakan jika gagal mematuhinya. Tujuan garis panduan ini adalah untuk membela nasib pekerja swasta dari ditindas dengan gaji yang terlalu rendah.

gaji-minimum-swasta-rm900
Antara Pengumuman Gaji Minimum Pekerja Swasta
Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan

Mengikut Akta Perundingan Gaji Negara 2011, majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 setiap pekerja bagi kesalahan pertama, jika terus ingkar, denda RM1,000 setiap pekerja sehari, manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya

11:22

Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Dan Tarikh Bayaran Februari 2013


Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Dan Tarikh Bayaran Februari 2013. Berikut adalah cara semakan keputusan BR1M 2.0. Tarikh bayaran BR1M akan dilaksakan mulai bulan Februari 2013. Oleh itu, ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lalu atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian. Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran BRIM 2.0 akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak

keputusan BR1M 2.0

Semakan Keputusan BR1M 2.0
Semak status permohonan BR1M 2.0 dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013.  Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

December 29, 2012

20:31

Kontrak 45,000 Kakitangan Kerajaan Disambung 6 Bulan Lagi – Cuepacs

Kontrak 45,000 Kakitangan Disambung 6 Bulan Lagi – Cuepacs | Cuepacs menerusi Presidennya, Datuk Omar Osman, mengumumkan kontrak 45,000 kakitangan awam yang berstatus perkhidmatan kontrak akan disambung enam bulan lagi. Jelasnya, kontrak kakitangan berkenaan akan diperbaharui mulai 1 Januari 2013 sehingga hujung bulan Jun 2013 nanti.
cuepacs

“Kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kebenaran ini, kesemua mereka akan mendapat surat penyambungan tidak lama lagi,” katanya sebagaimana laporan Sinar Harian.

Beliau mendapat keputusan itu dalam minggu ini dan pengumuman itu akan memberi harapan baru kepada 45,000 kakitangan kerajaan yang bimbang dengan masa depan mereka ekoran kontrak bakal ditamatkan pada hujung tahun ini.
20:24

Tarikh Gaji 2013- Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2013

Tarikh Gaji 2013- Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam, Gaji Kakitangan Awam 2013 | Berikut merupakan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam bagi tahun 2013. Bagi mereka yang mahu merancang program tahun hadapan, jadual pembayaran gaji penjawat awam 2013 ini sudah tentu akan banyak membantu anda dari segi perancangan kewangan.

jadi korang tak perlu nak speku ngan member kerja bila nak masuk gaji, lihat saja jadual tarikh gaji 2013 dibawah

15:00

Borang Online Permohonan Rebat Smartphone RM200


Borang Online Permohonan Rebat Smartphone RM200. Register atau borang permohonan rebat RM200 telefon pintar boleh dibuat secara online. Golongan belia atau remaja yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebate RM200 bagi telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai 1 januari 2013.
rebat-rm-200-telefon-3g


Permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian (online) di http://komunikasibelia.skmm.gov.my

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.

14:45

Senarai Smartphone Yang Boleh Dibeli Dengan Rebat RM200


Senarai Smartphone Yang Boleh Dibeli Dengan Rebat RM200. Berikut adalah senarai jenama telefon pintar yang boleh dibeli guna rebat RM200. Pengumuman yang terkini diperoleh adalah rebat tersebut hanya untuk handphone harga dibawah RM500 sahaja. Semua belia boleh membuat permohonan mulai 1 Januari 2013 hari selasa dengan melayari laman web SKMM . SKMM mengeluarkan senarai lebih 20 peranti yang akan ditawarkan melalui Pakej Komunikasi Belia. 
Senarai Jenama Telefon Pintar Rebat RM200
Antara syarat-syarat adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu Smartphone untuk satu belia.
Buat masa ini terdapat 23 peranti yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk rebat RM200
Pakej Komunikasi Belia. 23 Smartphone berukut merupakan Smartphone 3G
 dibawah RM500.


Senarai Jenama Telefon Pintar Rebat RM200

Model : Alcatel 993D
Model : Alcatel OneTouch Glory 2


Model : Alcatel OneTouch Inspire 2

Model : HTC Wildfire
Model : Huawei Ideos X3


Model : LG Optimus L3
Model : Ninetology Black Pearl II
Model : Ninetology Palette (Dual Sim)
Model : Nokia 2730
Model : Nokia 7230
Model :Nokia Asha 305 (Dual SIM)
Model : Nokia Asha 308 (Dual SIM)
Model : Nokia Asha 311
Model : Nokia C2-03 (Dual SIM)
Model : Nokia Lumia 610
Model : Samsung Galaxy Chat
Model : Samsung Galaxy Pocket
Model : Samsung Galaxy Y
Model : Sony Xperia Tipo
Model : ZTE Acqua


Model : ZTE V790 (Dual SIM)
Model : The Buzz Phone
Baru berangan nak beli iPhone5 /galaxy note II guna rebat ni :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us