Breaking

Showing posts with label rm200 telefon 3g. Show all posts
Showing posts with label rm200 telefon 3g. Show all posts

December 29, 2012

15:00

Borang Online Permohonan Rebat Smartphone RM200


Borang Online Permohonan Rebat Smartphone RM200. Register atau borang permohonan rebat RM200 telefon pintar boleh dibuat secara online. Golongan belia atau remaja yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebate RM200 bagi telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai 1 januari 2013.
rebat-rm-200-telefon-3g


Permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian (online) di http://komunikasibelia.skmm.gov.my

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.

14:45

Senarai Smartphone Yang Boleh Dibeli Dengan Rebat RM200


Senarai Smartphone Yang Boleh Dibeli Dengan Rebat RM200. Berikut adalah senarai jenama telefon pintar yang boleh dibeli guna rebat RM200. Pengumuman yang terkini diperoleh adalah rebat tersebut hanya untuk handphone harga dibawah RM500 sahaja. Semua belia boleh membuat permohonan mulai 1 Januari 2013 hari selasa dengan melayari laman web SKMM . SKMM mengeluarkan senarai lebih 20 peranti yang akan ditawarkan melalui Pakej Komunikasi Belia. 
Senarai Jenama Telefon Pintar Rebat RM200
Antara syarat-syarat adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu Smartphone untuk satu belia.
Buat masa ini terdapat 23 peranti yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk rebat RM200
Pakej Komunikasi Belia. 23 Smartphone berukut merupakan Smartphone 3G
 dibawah RM500.


Senarai Jenama Telefon Pintar Rebat RM200

Model : Alcatel 993D
Model : Alcatel OneTouch Glory 2


Model : Alcatel OneTouch Inspire 2

Model : HTC Wildfire
Model : Huawei Ideos X3


Model : LG Optimus L3
Model : Ninetology Black Pearl II
Model : Ninetology Palette (Dual Sim)
Model : Nokia 2730
Model : Nokia 7230
Model :Nokia Asha 305 (Dual SIM)
Model : Nokia Asha 308 (Dual SIM)
Model : Nokia Asha 311
Model : Nokia C2-03 (Dual SIM)
Model : Nokia Lumia 610
Model : Samsung Galaxy Chat
Model : Samsung Galaxy Pocket
Model : Samsung Galaxy Y
Model : Sony Xperia Tipo
Model : ZTE Acqua


Model : ZTE V790 (Dual SIM)
Model : The Buzz Phone
Baru berangan nak beli iPhone5 /galaxy note II guna rebat ni :(

September 28, 2012

20:59

Rebat RM200 Bagi Pembelian Telefon Bimbit Pintar 3G


Golongan belia akan menikmati rebat sebanyak RM200 secara one-off atau bayar sekali bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G, yang bertujuan membuka akses untuk golongan itu kepada lebuh raya maklumat, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan, Jumaat.
Perdana Menteri berkata pakej khas itu, yang akan diperkenalkan kerajaandengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi, terbuka kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
"Sebanyak RM300 juta disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia,"kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 diDewan Rakyat, Jumaat.
Najib berkata kerajaan juga akan menganjurkan Festival Belia Putrajaya yangmerupakan perhimpunan belia terbesar negara sempena perisytiharan tahun 2013sebagai Tahun Kesukarelaan Nasional.
Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini berjaya mengumpulkan kehadiran 1.5juta belia pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada Mei lepas.
Najib berkata dalam usaha melahirkan generasi belia yang berpersonalititinggi, berintergriti, kreatif dan berinovasi, kerajaan melancarkan programY-Creative yang melibatkan persatuan belia di seluruh negara.
Bagi mengiktiraf peranan belia dalam pembangunan negara, kerajaan akanmelancarkan Pertandingan Lautan Biru 1Malaysia for Youth atau 1M4U bagi golonganitu mempersembah idea-idea kreatif dan inovatif menerusi pertandingan diperingkat tempatan, negeri dan kebangsaan.
"Tiga idea terbaik akan diberikan peruntukan daripada Dana Sukarelawan1Malaysia," kata Najib.
Katanya bagi membantu usahawan muda dalam bidang informasi, komunikasi danteknologi (ICT), sebuah yayasan dengan nama New Entrepreneur Foundation akanditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM50 juta bagi program latihandan bimbingan.
Selain itu, Young Entrepreneur Fund juga diwujudkan dengan peruntukan RM50juta, disediakan oleh SME Bank.
Dana pinjaman mudah alih ini adalah untuk belia berumur 30 tahun ke bawahdengan subsidi kadar pinjaman sebanyak dua peratus dan had maksimum pinjamansebanyak RM100 serta bayaran balik selama tujuh tahun. BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us