Breaking

Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

March 24, 2018

13:12

BAHASA BRUNEI 5 HINGGA 10 HURUF. BELAJAR DALAM MASA 1 MINIT


BAHASA BRUNEI PALING RINGKAS DAN SENANG DIFAHAMI
Image result for BRUNEI
1- Bubut = kejar
2- Lusir = lari
3- Nyaman = sedap
4- Bisai = cantik,indah
5- Linggang = lembik
6- Berantam = bergaduh
7- Baibun = bergurau
8- Buyuk = tipu
9- Sigop = rokok
10- Awu ‘= iya
11- Ben = van
12- Eskul = sekolah
13- Stetmin = kenyataan
14- Licak = lembut
15- Piasau = kelapa
16- Palui = bodoh
17- Mulih = balik
18- Berinut = minta diri
19- Limpas = lintas
20- mengkalakari = menipu
21- tejulayak = tersadong
22- mengarabat = tersungkur
23- pendidip = mancis

May 2, 2013

07:20

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2013/ 2014


Semakan tawaran keputusan permohonan matrikulasi bagi sesi 2013/ 2014. Calon yang telah membuat permohonan matrikulasi boleh membuat semakan tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan. Menerusi laman rasmi Bahagian Matrikulasi, tarikh untuk ketahui tawaran akan diumumkan pada 25 APRIL 2013.
Makluman Kepada Semua Pelajar Lepasan SPM 2012
Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan pada 25 April 2013. Harap maklum.
Tarikh Rasmi Keputusan Matrikulasi  Sesi 2013/2014
25 APRIL 2013 (Khamis)
Cara Semakan Matrikulasi 2013/ 2014
Semakan boleh dibuat di laman http://www.moe.gov.my atau http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/ setelah applikasi semakan matrikulasi sesi 2013/ 2014 telah dibuka.

Pengumuman Terkini: Semakan matrikulasi sudah dibuka. Semoga berjaya kepada semua calon.
Contoh Semakan Jika Berjaya
contoh
Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :
  •     Surat tawaran
  •     Panduan pendaftaran
  •     Dokumen peribadi pelajar
  •     Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
Semakan Guna SMS
SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Tarikh Pendaftaran Matrikulasi 2013/ 2014
Tarikh pendaftaran kolej matrikulasi ialah pada :
Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
Kolej Matrikulasi  seluruh semenanjung – 27 Mei 2013
Harga Yuran Pendaftaran Matrikulasi
1. Program Satu Tahun
- Sains/Teknikal – RM 550.00
- Perakaunan – RM 480.00
2. Program Dua Tahun
- RM 550.00 (tahun pertama)
3. Program Satu Tahun di Kolej MARA
- Sains – RM 500.00
- Perakaunan – RM 500.00

Rayuan Program Matrikulasi 2013/ 2014
Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang  http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.


January 6, 2013

10:17

Permohonan Kemasukan UPU/IPTA Sesi Akademik 2013/ 2014, Cara Memohon & Tarikh Tutup


Permohonan kemasukan UPU atau IPTA sesi akademik 2013/ 2014. Kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma, Matrikulasi atau setaraf dengannya, anda boleh mengemukakan permohon IPTA untuk sesi 2013. Borang permohonan boleh didapatkan secara online dengan melayari laman sesawang portal rasmi UPU.  Jualan No. Unik ID di BSN akan mula dibuka mulai 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013. Berikut adalah langkah permohonan yang perlu dibuat untuk memohon IPTA.
kemasukan upu 2013

Cara Permohonan ke IPTA Sesi 2013/ 2014

1. Pelajar perlu membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional Yang Terdekat Mulai 7 Januari 2013.
2. Di kaunter berkenaan,pastikan anda membeli nombor pin berdasarkan taraf pengajian anda.
3. Sila layari laman web rasmi http://upu.mohe.gov.my/
Berikut adalah prosedur pekeliling permohonan ke UPU. Oleh itu, pelajar digalakkan membaca prosedur terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan.

Tarikh Pendaftaran Atau Kemasukan UPU 2013
Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf – Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf – September 2013

Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohnan adalah pada 15 April 2013


September 30, 2012

10:18

Permohonan Online Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2012

Bagi kemasukan kesekolah berasrama penuh tahun 2012,tarikh permohonan online telah dimaklumkan . Penyataan dibuat oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Permohonan online kemasukan ke sekolah berasrama ( SBP ) penuh dijangka dibuka pada1 Septemberhingga15 Oktober 2011

Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut bekenaan syarat dan proses sila rujuk :


BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
NO. TEL : 03-83217400
NO. FAKS: 03-83217403
Sumber :Laman web KPM

September 29, 2012

09:27

Bajet 2013: Diskaun Bayaran PTPTN Sehingga 20 Peratus


Bajet 2013: Diskaun Bayaran PTPTN Sehingga 20 Peratus. Beberapa insentif berupa pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata insentif pertama adalah diskaun 20 peratus daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Okt 2012 hingga 30 Sept 2013.

"Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

"Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan," katanya.
Sehingga Februari lepas, PTPTN telah meluluskan pinjaman kepada 1.95 juta pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, membabitkan peruntukan lebih RM44 bilion.

Daripada jumlah itu, kira-kira 70 peratus daripada peminjam tabung itu telah melunaskan pinjaman masing-masing berikutan pendekatan PTPTN yang memperkenal kaedah bertolak ansur dan memujuk untuk membayar hutang.


Bagi menggalakkan sikap menabung untuk pendidikan, Perdana Menteri berkata pelepasan cukai sebanyak RM3,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sedia ada juga akan dinaikkan kepada RM6,000. - BERNAMA

September 28, 2012

20:29

Senarai Kedai Terima Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M)


KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA boleh digunakan di kedai-kedai seperti berikut

Senarai Kedai Terima Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M)
BUKU / ALAT TULIS

• MPH BOOKSTORES (10% off)
• IMLAQ BOOK CENTRE (10% off)
• BORDERS (10% off)
• RONA (5% - 20% off)
• KIANG TRADING (10% off)
• KOPERASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA BERHAD (5% - 15% off)
• KOPERASI KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA BERHAD (3% off)
• KOPERASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERHAD (2% - 10% off)
• K.L COMMERCIAL BOOK CO. (M) SDN BHD (10% off)
• KMK RESOURCES SDN. BHD. (10% off)

KELENGKAPAN SUKAN / PERALATAN / PAKAIAN

• BATA (10% off)
• KOPERASI KELUARGA DATO' HAJI HASHIM MAMAT KUALA TERENGGANU BERHAD (10% -
45% off)
• TEXLINE LINO (5% - 10% off)
• PROMINENT MILLION SDN BHD (MIZI SPORTS) (10% off)

KESIHATAN/ KLINIK/ OPTOMETRI/ CERMIN MATA

• POLIKLINIK AN-NISA' (20% off)
• QUALITAS HEALTH (10% off)
• FOCUS POINT (20% - 50% off)
• MENARA OPTOMETRY (10% - 60% off)

MAKANAN/ MINUMAN

• KFC (5% off)
• DAILY FRESH (10%)
• A&W (50% off)
• COFFEE BERRY (20% off)
• THE CHICKEN RICE SHOP (Student Meal at RM9.90nett)
• RESTORAN KENNY CRAB (10% off)
• SWEET CHAT (RM12.90nett meals)
• LEGEND’S CLAYPOT BRIYANI HOUSE (5% off)
• DUBU DUBU SEOUL FOOD (RM16.90nett meals)
• MY JAVA COFFEE (10% off)
• PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL (RM5.++@ 2pcs classic pancake)
• STATION ONE PRODUCT (5% off)
• GLORIA JEAN’S COFFEES (10% off)
• BANGI KOPITIAM (10% off)

PENGINAPAN / PENGANGKUTAN

• ANCASA HOTELS & RESORTS (10% off)
• TUNE HOTELS REGIONAL SERVICES SDN BHD (25% off)
• LEO EXPRESS HOTEL (20% off)
• KOPERASI AL-TAQWA KAMPUNG KISAP LANGKAWI BERHAD (2% - 15% off)
• KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD (15% off)
• KOPERASI MAJLIS GURU UGAMA MENENGAH BERHAD (5% off)
• KOPERASI MELAYU BERJAWATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BERHAD (15% off)
• RAKYAT TRAVEL SDN. BHD. (special rate)
• RAPID KL (50% off)
• MAS (25% off)
• FIREFLY (50% off)

SALUN / PRODUK / PUSAT KECANTIKAN

• FOOT MASTER (30% off)
• PARIS HILL (30% off)
• PROACTIV (5% off)
• CLARA (10% off)
• KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD (5% - 20% off)

PRODUK IT

• KOPERASI CELCOM BERHAD (2% - 5% off)
• KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI DEWAN
BANDARAYA KUALA LUMPUR BERHAD (10% off)
• IFAMILY (15% off)

LAIN-LAIN

• BKZ BIKERZ (special rate)
• ROLLER STAR ARENA (10% off)
• DOUBLE SITE (10% - 15% off)
• KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB
KERJASAMA MALAYSIA BERHAD (2% - 5% off)
• KOPERASI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI BALIKPULAU BERHAD (4% off)
• MYDIN (special rate)
11:03

Soalan Ramalan SPM 2012, Koleksi Soalan Percubaan SPM Seluruh Negeri

September 23, 2012

07:30

Permohonan Guru JQAF 2013, KPLI-SR Ambilan Januari 2013

Permohonan Online KPLI-SR JQAF Ambilan Januari 2013 akan dibuka. seramai 3,384 guru J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) untuk mengisi kekosongan di 2,054 sekolah rendah di seluruh negara dan akan diiklankan selama dua kali mulai 23 September 2012.

Permohonan JQAF Ambilan Januari 2013

Calon yang berjaya dalam temuduga akan menjalani latihan dua minggu di Institut Pendidikan Guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah mulai 2 Januari depan. Mulai 2 Januari 2013 semua sekolah rendah termasuk di sekolah kebangsaan Jenis Cina dan Tamil akan ada guru J-QAF.
Kelayakan asas
  1. Warganegara malaysia
  2. Sihat fizikal dan mental
  3. Umur tidak lebih 35 tahun pada 1 jan 2012
  4. Memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam atau pengajian bahasa arab atau al-quran atau bidang berkaitan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf.
  5. Kepujian bahasa Melayu (SPM) atau prinsipal bahasa Melayu (STPM)
Cara Permohonan JQAF 2013
Untuk memulakan permohonan, anda boleh melayari laman sesawangwww.moe.gov.my mulai 23 September 2012.

September 19, 2012

13:32

Soalan Ramalan PMR 2012, Koleksi Soalan Percubaan Seluruh Naegeri


Soalan Ramalan PMR 2012, Koleksi Soalan Percubaan Seluruh Negeri. Berikut adalah koleksi soalan ramalan atau percubaan PMR 2012 bagi setiap negeri perak, terengganu, kedah, negeri sembilan, selangor, pahang, kelantan dan negeri sembilan. Soalan Ramalan PMR 2012, Koleksi Soalan Percubaan Seluruh Naegeri Ini termasuk juga soalan dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Sila layari pautan dibawah untuk memuat turun setiap soalan.
soalan percubaan PMR 2012

Soalan Percubaan PMR 2012 Setiap Negeri



August 29, 2012

14:47

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), Senarai 1,200 Kedai dan Pasaraya Terpilih


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), Senarai 1,200 Kedai dan Pasaraya Terpilih. Bertuan adik-adik ni dapat Kad Diskaun Siswa 1Malaysia. Ambo tak sempat lah nak merase ;(
PETALING JAYA - Seramai 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi dari seluruh negara akan menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) secara berperingkat-peringkat bermula semalam.
Kad diskaun yang diwujudkan sebagai usaha untuk membantu meringankan beban sara hidup pelajar sepanjang pengajian itersebut boleh digunakan di 1,200 cawangan kedai dan pasar raya terpilih bermula 1 September depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, fasa pertama pemberian kad tersebut yang dikeluarkan dengan kerjasama Bank Rakyat membabitkan para pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah sepenuh masa.
Sehingga kini, katanya, kad yang memberi diskaun atas pembelian barangan dan perkhidmatan itu sudah mempunyai sebanyak 179 buah syarikat yang menjadi rakan dagang meliputi sektor seperti peruncitan, kelengkapan sukan, penginapan dan syarikat penerbangan.
"Kerajaan menjangkakan lebih banyak syarikat korporat akan menjadi rakan dagang menjelang hujung tahun ini dan pelajar bebas menggunakan kad tersebut sehingga tamat tempoh pengajian.
"Ini merupakan cadangan yang diutarakan oleh majlis perwakilan pelajar dan ia jelas menunjukkan kerajaan komited untuk membantu golongan ini dengan mendengar suara mereka," katanya.

August 14, 2012

23:26

KALENDAR: TAKWIM CUTI UMUM DAN CUTI SEKOLAH 2013

TAKWIM CUTI UMUM DAN CUTI SEKOLAH 2013 . Berikut adalah Kalendar Cuti Umum dan Cuti Persekolahan 2013 | Malaysia School Holiday & Malaysia Public Holidays 2013 Calendar. Tarikh yang dinyatakan mungkin berubah dan akan diupdate dari masa ke semasa 

KALENDAR CUTI UMUM DAN CUTI SEKOLAH MALAYSIA 2013


KREDIT : AMMBOI.COM

KALENDAR CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN NEGERI (MALAYSIA) 2013
DateHolidayApplicable to
1 Jan (Tue)New YearAll except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Mon)Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
20 Jan (Sun)Sultan of Kedah’s BirthdayKedah only
24 Jan (Thu)Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
National
27 Jan (Sun)ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 Feb (Fri)Federal Territory DayFederal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
10 Feb (Sun)Chinese New YearNational
11 Feb (Mon)Chinese New Year (2nd Day)National except Kelantan and Terengganu
4 Mar (Mon)Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
29 Mar (Fri)Good FridaySabah & Sarawak only
15 Apr (Mon)Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Fri)Sultan of Perak’s BirthdayPerak only
1 May (Wed)Labour DayNational
7 May (Tue)Hari Hol PahangPahang only
17 May (Fri)Raja Perlis’ BirthdayPerlis only
24 May (Fri)Vesak DayNational
30 May (Thu)Harvest FestivalSabah & Labuan only
31 May (Fri)Harvest FestivalSabah & Labuan only
1 Jun (Sat)Agong’s BirthdayNational
1 Jun (Sat)Hari GawaiSarawak only
2 Jun (Sun)Hari GawaiSarawak only
6 Jun (Thu)Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sun)Georgetown World Heritage City DayPenang only
10 Jul (Wed)Awal Ramadan *Johor, Kedah & Malacca only
13 Jul (Sat)Penang Governor’s BirthdayPenang only
20 Jul (Sat)Sultan of Terengganu’s BirthdayTerengganu only
26 Jul (Fri)Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
8 Aug (Thu)Hari Raya Puasa *National
9 Aug (Fri)Hari Raya Puasa *National
31 Aug (Sat)National DayNational
8 Sep (Sun)Sarawak Governor’s BirthdaySarawak only
16 Sep (Mon)Malaysia DayNational
5 Oct (Sat)Sabah Governor’s BirthdaySabah only
12 Oct (Sat)Malacca Governor’s BirthdayMalacca only
15 Oct (Tue)Hari Raya Haji *National
16 Oct (Wed)Hari Raya Haji (2nd Day) *Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
24 Oct (Thu)Sultan of Pahang’s BirthdayPahang only
3 Nov (Sun)DeepavaliNational except Sarawak & Labuan
5 Nov (Tue)Awal Muharram (Maal Hijrah)National
11 Nov (Mon)Sultan of Kelantan’s BirthdayKelantan only
12 Nov (Tue)Sultan of Kelantan’s BirthdayKelantan only
22 Nov (Fri)Sultan of Johor’s BirthdayJohor only
10 Dec (Tue)Hari Hol Almarhum Sultan JohorJohor only
11 Dec (Wed)Sultan of Selangor’s BirthdaySelangor only
25 Dec (Wed)ChristmasNational
* Perkara Yang Bertanda Mungkin Berubah Mengikut Semasa
CUTI SEKOLAH MALAYSIA 2013
1st Term Holidays
TBAMid-Term Holiday
TBAMid-Year Holiday
2nd Term Holidays
TBAMid-Term Holiday
TBAYear End Holiday
Untuk makluman juga, Kalendar Cuti Persekolahan 2013 masih belum dikeluarkan. Djangka akan mula dipamerkan pada September 2012 dan akan update disini sekiranya ada di kemudian hari. Harap maklum.

August 5, 2012

15:37

Permohonan Biasiswa JPA Bagi Diploma & Degree IPTA & IPTS Dalam Negara 2012/2013



Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran Diploma & Ijazah di IPTA & IPTS Dalam Negara 2012/2013 telah dibuka. Pemohon boleh membuat permohonan bermula esok, 6 Ogos sehingga 12 Ogos 2012. JPA antara penaja yang memberikan biasiswa dalam jumlah yang agak banyak. Untung kalau dapat tajaan JPA 





  • Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013.

  • Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (online application) mulai 6 Ogos 2012 (Isnin)jam 5:00 petang. 

  1. IKLAN TAWARAN PIDN 2012
  2. FAQ PIDN 2012


Untuk maklumat lanjut sila layari Laman web JPA


 

August 4, 2012

13:24

INFO: Cuti Hari Raya 17 Ogos 2012, Jumaat

Cuti sekolah bermula pada 17 Ogos 2012 Sempena Hari Raya. Kementerian Pelajaran menetapkan Jumaat 17 Ogos depan sebagai cuti berganti sempena Aidilfitri untuk sekolah di negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad. Pihak sekolah dicadangkan menggantikan cuti berkenaan pada Sabtu 22 September 2012.

 
Surat siaran mengenainya yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Sufa‘at Tumin, sudah dihantar kepada semua Jabatan Pelajaran negeri kelmarin untuk tindakan lanjut. 


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, pula berkata cuti pada Jumaat itu untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri yang dijangka pada Ahad 19 Ogos 2012.

July 12, 2012

18:19

Semak Keputusan Permohonan UPU Lepasan STPM 2012


Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM atau setaraf dengannya boleh disemak mulai 13 Julai 2012. Semakan UPU boleh dibuat secara online mahupun mengugunakan sistem pesanan ringkas (SMS). Kepada semua calon STPM 2011 yang telah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan melalui tarikh yang ditetapkan.
Keputusan Permohonan UPU Lepasan STPM 2012

Keputusan permohonan boleh dibuat melalui langkah yang diberikan dibawah ni.

Semakan+Keputusan+Kemasukan+IPTA+Program+Pengajian+Lepasan+STPM

Menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS);
UPU RESULT (No. Kad Pengenalan) dan SMS ke 15888.
Calon juga boleh membuat semakan menrusi laman web Kementerian Pengajian Tinggi, upu.mohe.gov.my  ataupun dengan menghubungi talian HotlineHelpline – 03-8870 67673-8870 6777  untuk bantuan dan pertanyaan lanjut.


sumber:melvinster.com

April 27, 2012

09:17

Semakan Keputusan Tingkatan 6 Tahun 2012


Semakan tawaran untuk kemasukan tingkatan 6 pada tahun 2012 boleh disemak mulai 25 april 2012. Kepada semua calon SPM 2011, anda boleh buat semakan di laman rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Atau melayari pautan applikasi semakan tingkatan 6 dibawah:


SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN 6 SESI 2012
Program tingkatan 6 juga dikenali sebagai Pra Universiti dimana dua program iaitu aliran sains dan juga aliran sastera. Semoga berjaya kepada pelajar sekalian.


09:13

Yuran Pendaftaran Matrikulasi 2012 Dan Tarikh Kemasukan


Berikut adalah yuran pengajian pendaftaran Matrikulasi 2012. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat tempat dalam kursus pengajian pra universiti Matrikulasi.
Yuran Pendaftaran Matrikulasi 2012
Yuran Pendaftaran
Jurusan Program Satu Tahun Program Dua Tahun
Sains :RM 550.00 RM 550.00 (tahun pertama)RM 290.00 (tahun kedua)
Perakaunan :RM 480.00
Teknikal :RM 550.00
Yuran pendaftaran Program Matrikulasi bagi Kolej Mara Kuala Nerang dan Kolej Mara Kulim adalah RM 500.00
Tarikh Pendaftaran
Tarikh pendaftaran bagi pengambilan sesi 2012/2013 ialah pada :
28 Mei 2012 bagi PST dan PDT Di Kolej Matrikulasi di semenanjung Malaysia
21 Mei 2012 di Kolej Matrikulasi Labuan
Penangguhan pengajian
Pelajar tidak boleh menangguh pendaftaran. Jika ada sebab yang kritikal dan munasabah, sila mohon daripada Pengarah Kolej anda ditempatkan sebelum hari pendaftaran. Maksimum penangguhan hanyalah 3 hari. Jika melebihi 3 hari, rayuan perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.
Denda Jika Berhenti Matrikulasi:
Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar denda mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI mereka yang berhenti kerana:
a) Ditaja ke luar negara oleh kerajaan, agensi-agensi kerajaan atau pihak-pihak lain yang diiktiraf.
b) Mengikuti program di bawah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (luar negara).
c) Mengikuti Program Asasi Undang-Undang, persediaan perubatan, persediaan farmasi dan persediaan pergigian di UiTM.
d) Mengikuti Program Tamhidi Perubatan , farmasi dan pergigian di USIM.
e) Mengikuti program matrikulasi perubatan dan farmasi UIAM.
f) Mengikuti rancangan Skim Pelajar Cemerlang (SPC) oleh MARA untuk ke luar negara.
g) Mengikuti sebarang program peringkat ijazah pertama dalam negara.
h) Masalah kesihatan dengan disokong oleh Laporan Perubatan Hospital kerajaan.
i) Sebab-sebab lain mengikut keputusan mesyuarat.
Selamat mendaftar kepada semua pelajar baru Matrikulasi sesi 2012


March 29, 2012

20:40

Semak Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2012/ 2013


Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2012 mulai 25 april 2012. Lepasan SPM 2011 yang telah mohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013  boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.

matrikulasi 2012

Cara Semakan Permohonan Matrikulasi
Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara;
    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888

Pendaftaran Matrikulasi

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..
  • Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.

Rayuan Matrikulasi

  • Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.



 

March 28, 2012

17:17

Permohonan GiatMara 2012 Untuk Pelajar Gagal SPM


Permohonan GiatMara Bagi Pelajar Gagal SPM. Pusat GiatMara menawarkan kursus dan latihan kemahiran kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Pengerusi Pusat GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, 36 jenis kursus jangka panjang dan pendek serta latihan untuk 20,000 orang dianjurkan tahun ini.

Katanya, kursus itu antaranya melibatkan bidang kimpalan, pertukangan, jurubina, mengecat, mekanik, elektrik, masakan, gunting rambut dan persolekan.
Shahiruddin berkata, negara memerlukan sekurang-kurangnya 3.2 juta pekerja mahir dan terlatih menjelang tahun 2020.

Katanya, peluang yang disediakan itu perlu dimanfaatkan kerana ia dapat menjamin masa depan belia daripada segi pendapatan
Permohonan GIATMARA

Sila layari Laman Sesawang GiatMara dan dapatkan borang dilaman berkenaan.


Sumber: melvister.com 

March 27, 2012

18:18

Biasiswa kerajaan Jepun 23 Pelajar Layak


KUALA LUMPUR – Seramai 23 pelajar menerima biasiswa kerajaan Jepun yang keseluruhan bernilai RM4.5 juta bagi melanjutkan pelajaran di negara tersebut.
Mereka terdiri daripada 21 lepasan ijazah dan dua pelajar ijazah pertama yang dipilih daripada 100 pemohon.
Menurut Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura, pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama akan menerima RM256,800 seorang untuk tempoh lima tahun sementara yang mengikuti ijazah lanjutan akan menerima RM188,280 untuk tempoh pengajian tiga tahun.
"Pelajar ijazah pertama akan menerima RM4,280 sebulan sementara lepasan ijazah akan menerima RM5,230 sebulan,” katanya di sini hari ini.
Nakamura berkata, pelajar yang diberi biasiswa itu dipilih berdasarkan kelayakan mereka, keputusan peperiksaan yang ditetapkan kerajaan Jepun serta temu duga yang dijalankan pihak kedutaan Jepun, JPA dan Kementerian Pelajaran.
Mereka akan dikecualikan dari membayar yuran sekolah, tuisyen dan peperiksaan selain diberi tiket penerbangan pergi-balik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us