Breaking

December 29, 2012

17:14

Penyanyi Sara Suami yang Dimaksudkan Ialah Noraniza Idris

Penyanyi Sara Suami yang Dimaksudkan Ialah Noraniza Idris.  tiga tahun menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal, penyanyi Noraniza Idris akhirnya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang bilal yang berasal dari Singapura, Jeffri Hudi, 53, pada 29 September 2011.


Lebih setahun menjalani kehidupan bahagia tanpa sebarang kontroversi, tiba-tiba ada khabar angin yang mendakwa peranan mencari rezeki telah digalas oleh Noraniza kerana suaminya didakwa tidak bekerja.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan yang ditemui sewaktu majlis pelancaran pertandingan tarian Akar Kita Zapin 2012 di Panggung Bandaraya DBKL, Kuala Lumpur kelihatan tenang apabila diajukan pertanyaan mengenai cerita tersebut.

"Sepanjang berumah tangga dengan bekas suami dahulu sudah bermacam-macam cerita yang ditimbulkan mengenai perkahwinan saya. Jadi, saya tidak terkejut sekiranya masih ada yang memperkatakan tentang kehidupan rumah tangga saya.

"Mungkin cerita sebegini timbul apabila orang melihat saya yang lebih banyak menonjol, tetapi hakikatnya saya tidaklah menyara keluarga seperti yang diperkatakan sesetengah pihak," ujar penyanyi berusia 44 tahun itu.
Menurut Noraniza, buat masa ini suaminya menjalani perniagaan sendiri iaitu menjadi pembekal barang-barang runcit, selain menjadi bilal bebas di sebuah masjid di Seri Kembangan, Selangor.

Ujarnya, memandangkan suaminya merupakan seorang warganegara Singapura, mereka juga kini sedang berusaha membuat permohonan agar Jeffri mendapat kerakyatan Malaysia supaya lebih mudah menjalankan segala urusan di sini.
"Sudah tentu orang tidak melihat apa yang suami saya telah lakukan kerana cerita mengenai kegiatannya tidak dikongsikan memandangkan dia bukanlah seorang artis seperti saya. "Lagipun, saya tidak kisah apa yang orang hendak kata mengenai rumah tangga kami. Lebih penting saya rasa lebih gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang," jelasnya.

NORANIZA  mengakui tidak terkejut mendengar pelbagai cerita negatif tentang suaminya ini.
Pada masa yang sama, Noraniza meluahkan rasa syukurnya kerana usaha yang dilakukan untuk terus memperjuangkan etnik kreatif turut mendapat sokongan suami.

Ujarnya, biarpun suaminya itu merupakan seorang bilal, tetapi dia beruntung kerana mendapat restu suami dalam melakukan pekerjaan sekarang dan menganggap ia merupakan perkara yang paling penting sekiranya mahu berjaya. 
"Walaupun suami merestui apa yang saya lakukan sekarang ini, dia juga ada meminta supaya saya kurangkan kegiatan seni. Namun begitu, saya meminta kepadanya supaya memberi sedikit lagi masa untuk mengejar impian saya," ujarnya.


16:47

Resepi Durian Crepe Sedap Dan Mudah

Resepi Durian Crepe Sedap. Sebut saja durian crepe pasti ramai dah terbayang crepe gebu yang dipenuhi dengan whipping cream dan isi durian. Durian Crepe yang disejukkan menambah lagi keenakan rasanya. Bukan susah nak buat Durian Crepe, jum sama-sama try resepi ni

Bahan-bahan Durian Crepe ( 30 bantal )

  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara buat durian crepe

  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.
16:24

FULL VIDEO Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6

FULL VIDEO Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6. Maharaja Lawak Mega 2012 pada minggu ke-6 ini telah bersiaran pada 21 Disember 2012 yang lepas. Agak terlambat mengupdate dan bagi yang terlepas untuk menyaksikannya, korang boleh tonton kat bawah 
VIDEO Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6-Boboi
 

VIDEO Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6-SAYWHO
 

VIDEO Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6-R2
 

 VIDEO Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6-JAMBU

 VIDEO Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6-JOZAN

15:11

FULL VIDEO Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7

FULL VIDEO Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7. Dalam minggu ke-7, peserta-peserta Maharaja Lawak Mega 2012 ditugaskan untuk membuat 2 persembahan yang bertemakan Loghat dan Kembali Ke Sekolah.

Kumpulan yang tersingkir malam ini ialah Kumpulan Sabon. Kalau gandingan Abon dengan Os  seperti sebelum ini pasti boleh tergelak sampai pecah perut..skang tak bape nak 'kick' lagi lawak dorang


Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7- JAMBU

 

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7- SHIRO

 
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7- SABON
 
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7- JOZAN


 

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7-BOBOI
 
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7-R2
 
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7- SAYWHO
 
SECOND ROUND....
 

 

 

 

 

 

 

15:00

Borang Online Permohonan Rebat Smartphone RM200


Borang Online Permohonan Rebat Smartphone RM200. Register atau borang permohonan rebat RM200 telefon pintar boleh dibuat secara online. Golongan belia atau remaja yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebate RM200 bagi telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai 1 januari 2013.
rebat-rm-200-telefon-3g


Permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian (online) di http://komunikasibelia.skmm.gov.my

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.

14:56

Gambar Yuna Bercinta Dengan Mat Salleh, Jules Scratter


Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai kini dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang jejaka dari Amerika Syarikat bernama Jules Schratter.

Yuna kini pilih jejaka AS sebagai kekasih?
Menurut laporan dari sebuah akhbar tempatan, jejaka tersebut difahamkan merupakan jurugambar peribadi Yuna di AS.
Hubungan antara Yuna dan Jules ini dikatakan bukan lagi rahsia apabila Jules sendiri sering meluahkan perasaannya terhadap Yuna menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di Instagramnya Throughjules.
Bukan itu saja, malah Jules turut memuat naik gambar-gambarnya ketika mengunjungi kampung halaman Yuna baru-baru ini.
Sebelum ini Yuna pernah menjalin hubungan cinta dengan pengacara Qi, namun disebabkan faktor jarak jauh hubungan mereka terkandas di tengah jalan



14:45

Senarai Smartphone Yang Boleh Dibeli Dengan Rebat RM200


Senarai Smartphone Yang Boleh Dibeli Dengan Rebat RM200. Berikut adalah senarai jenama telefon pintar yang boleh dibeli guna rebat RM200. Pengumuman yang terkini diperoleh adalah rebat tersebut hanya untuk handphone harga dibawah RM500 sahaja. Semua belia boleh membuat permohonan mulai 1 Januari 2013 hari selasa dengan melayari laman web SKMM . SKMM mengeluarkan senarai lebih 20 peranti yang akan ditawarkan melalui Pakej Komunikasi Belia. 
Senarai Jenama Telefon Pintar Rebat RM200
Antara syarat-syarat adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu Smartphone untuk satu belia.
Buat masa ini terdapat 23 peranti yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk rebat RM200
Pakej Komunikasi Belia. 23 Smartphone berukut merupakan Smartphone 3G
 dibawah RM500.


Senarai Jenama Telefon Pintar Rebat RM200

Model : Alcatel 993D
Model : Alcatel OneTouch Glory 2


Model : Alcatel OneTouch Inspire 2

Model : HTC Wildfire
Model : Huawei Ideos X3


Model : LG Optimus L3
Model : Ninetology Black Pearl II
Model : Ninetology Palette (Dual Sim)
Model : Nokia 2730
Model : Nokia 7230
Model :Nokia Asha 305 (Dual SIM)
Model : Nokia Asha 308 (Dual SIM)
Model : Nokia Asha 311
Model : Nokia C2-03 (Dual SIM)
Model : Nokia Lumia 610
Model : Samsung Galaxy Chat
Model : Samsung Galaxy Pocket
Model : Samsung Galaxy Y
Model : Sony Xperia Tipo
Model : ZTE Acqua


Model : ZTE V790 (Dual SIM)
Model : The Buzz Phone
Baru berangan nak beli iPhone5 /galaxy note II guna rebat ni :(

14:23

Gambar Comel Leuniey Dan Apek Di Majlis Kahwin Mereka. Serasi Dan Sporting

Gambar Comel Leuniey Dan Apek Di Majlis Kahwin Mereka. Serasi Dan Sporting. Tahniah buat pasangan ni yang nampak sungguh ceria dan bahagia di majlis pernikahan mereka. Mereka turut merakan gambar aksi-aksi comel bersama. Layan....


     

                 

                        

                        

                  

                            
13:55

VIDEO Dan GAMBAR Terkini Irma Hasmie Hamil

VIDEO & GAMBAR Terkini Irma Hasmie Hamil. majalah atau sisipan MediaHiburan kali ini, menampilkan pelakon, Irma Hasmie yang sarat mengandung dengan suaminya, Shah Redza. Bukan sahaja dalam majalah, namun ada juga video live ketika photoshot berkenaan. Jom lihat.


13:09

Zain Saidin Mula Memikat Rozita Che Wan. Kongsi Luahan Ayat-Ayat Cinta Di Instagram


Zain Saidin Mulakan Langkah Pertama Memikat Rozita Che Wan. Luah Ayat-Ayat Cinta. Dalam rancangan MeleTOP di astro ria, Zain Saidin turut memberi pengakuan dia cuba memulakan langah pertama untuk memikat Rozita Che Wan. Dan kini dia hanya menuggu respon daripada Rozita Che Wan berkenaan luahan hatinya itu.
zain saidin
“Never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you..” Memang cair habis kan? Nampaknya Zain Saidin sudah berani untuk meluahkan isi hatinya terhadap Rozita Che Wan secara umum.Sebagai lelaki, Zain cuba bertindak lebih gentleman, bertuah Che Ta mendapat pucuk muda :)
zain saidin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us