Breaking

November 3, 2010

03:59

Gambar Anak-anak Sosilawati

First time me tengok keenam-enam anak  Datuk Sosilawati Lawiya, 2 lelaki dan 4 perempuan. anak yang perempuan mirip wajah ibunya tapi yang lelaki berbeza sedikit.



Depan dari kiri, Erni Rineelawati, Erni Dekritawati Yuliana; belakang dari kiri, Erwan Suwari Rizuwan, Siti Nur Fatimah, Erni Erinawati Sofia dan Md. Erwan Nasri. 

semalam mereka memfailkan tuntutan saman ganti rugi bernilai RM60 juta terhadap bekas peguam, N. Pathmanabhan dan lima individu lain kerana didakwa membunuh dan melupuskan mayat ibu mereka. me rasa nilai wang tu tak cukup setimpal dengan apa yang mereka alami, tapi tu semua dah ketentuan-Nya.

@: dimana kan ku cari ganti, serupa denganmu~~(tetibe ingat kat mak, rindunye :(  
03:11

Kerusi Study Paling Cool

Sekarang dah musim exam, mesti ramai yang tengah sebok study kan. me skang dah boleh relax sikit sebab next paper minggu depan. kalau korang study prefer kat mana? duduk atas kerusi tak pun sempoi je atas lantai, ke atas katil sambil baring2. tu tak cool lagi meh tengok kerusi study paling cool...


amacam cool tak? kerusi ni dipanggil Bulb Chair, kalau duk atas kerusi ni sambil update blog sedap juga. tetibe cite pasal kerusi pulak kan, sebenarnye dah lenguh duk atas kerusi plastik neh. nak ngadu kat pengetua kolej, nak kerusi sofa boley?

November 2, 2010

20:32

(Gambar) Kekasih Baru Nabil Raja Lawak

me pun tak pasti info ni betul ke tak, tapi bile tengok gambar ni maybe ni lah kekasih baru Nabil Raja Lawak yang kononnye menyebabkan hubungan Irma dan Nabil terputus.

seksi owh, tepakse bagi sensored

name girl ne Qasha, kakak kepada pelakon Zaris Nellydia yang hangat dengan drama Ahmad Durrah. sape tu me pun tak kenal. kepada nabil, kawin lah cepat2 duit dah banyak kondo pun dah ade takla asyik nak peluk anak dara orang je. 
('bukan nak marah, nasehaatkate p.ramlee)..hihik

@: "peluk tak jejas ekonomi negara pun" kate nabil pulek
19:12

(Gambar) Baby Lelaki Diana Rafar dan Zamarul Hisham

Tahniah diana dan zamarul dapat baby lelaki. me suke sangat tengok baby lebih-lebih lagi yang pipi gebu geram je tengok. baby diana & zamarul ni pun comel juga, meh tengok gambar bawah ni


baby ni lahir 29.10.2010 dan belum diberi nama. kalau ikut hari ni umur die baru 4 hari, berat die pula 2.9kg mase dilahirkan. ade sape-sape nak suggestkan name tu baby comel neh?

@: bagi nama mohd zamna (zamarul+diana)..hak2 
18:51

1 more to go

Baru sempat nak update blog, tadi tengah maraton jawapan paper exam. dua paper dalam 1 hari nak pengsan je kat dewan exam tu, tapi dengan bakat memasak yang me ada ape lagi mulelah goreng secukup rasa. huhuk. jangan jadi macam Princess Diana sudeh



ade satu paper je yang menuggu tuk digoreng, tu pun lepas cuti deepavali nanti. pastu dah boleh bercuti. heeee tak sabar nak balik kampong

@: mish my mom :D

November 1, 2010

19:10

Princess Diana Tak Pernah Lulus Exam

Tengah layan Kosmo! online tadi me terbaca satu artikel pasal mendiang Princess Diana. Artikel tu pasal nota kelas peperiksaan 0-level milik Diana yang merupakan ibu kepada pewaris kedua takhta Britain, Putera William ditemui dalam tong sampah. Diana menulis nota dalam buku itu pada 1977 semasa dia berumur 16 tahun dan bersekolah di Sekolah West Heath Girls di Sevenoaks, Kent.


Dan me baru tahu yang Princess Diana gagal dalam semua peperiksaan O-level dan dalam notanya dipenuhi dengan banyak kesilapan seperti memanggil tokoh falsafah Yunani, Aristotle sebagai Aristocktile. Buku itu turut menunjukkan kelemahan Diana dalam bidang matematik apabila dia tidak dapat mengira £2.80 campur £8 dengan mencongak. Puteri tu terpaksa menulis angka itu dalam buku tersebut untuk mendapatkan jawapan.
buku nota Princess Diana

Setiap orang ade kelebihan masing-masing, mungkin Diana memiliki kelebihan dari segi paras rupa tapi tidak begitu bijak dalam pelajaran. Pada 1997, Puteri Diana meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Paris bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed setelah dia bercerai dengan bapa Putera William, Putera Charles. 

@: tak pass exam pun leh jadi princess tuu...
15:57

Nabil Curang Irma Hasmie Kecewa

Tak sangka pasangan Nabil Raja Lawak dan Irma Hasmie yang sebelum ni hangat bercinta rupanya telah putus hubungan. Pasangan ni berpisah bile Nabil terkantoi berdua-duaan dengan sorang pramugari di kondominium milik Nabil dan Irma melihat sendiri kejadian tu. kesian kat Irma pasti die kecewa gan Nabil. dah 3 tahun besama mesti susah nak lupekan kan? (ade pengalaman neh..huhuk)






untuk Irma tamo cedey2 ye, mungkin Tuhan nak tunjuk die bukan yang terbaik untuk Irma. nasib tak kahwin lagi, bile dah kahwin tapi buat perangai lagi parah jadinya. so, before nak kahwin tu pastikan bakal suami korang setia pada yang satu.


@: dun wory ramai agi laki yang baek kan3
12:24

Lagi Berita Kemalangan Maut Di Km38 Genting Sempah

Bile berlaku kemalangan, semua pihak saling menuding jari menyalahkan yang lain. cube nak lepas tangan dan tak mahu bertanggungjawab. siapa yang jadi mangsa? mestilah mangsa yang telah terkorban dan keluarga mangsa sendiri. ini adelah kenyataan yang dikeluarkan oleh pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan tempoh hari.

mStar: Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 38 Genting Sempah yang meragut tujuh nyawa Jumaat lepas, memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak, terutama keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu. Menyesali dan mengakui kesilapannya, S. Muthumani, 36, mendakwa kemalangan ngeri itu berpunca daripada brek bas yang rosak.

Lelaki itu juga mendakwa dia memang memiliki lesen memandu, tetapi telah digantung oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang mendapati dokumen itu tidak sah atau lesen terbang, dan ini menyebabkan dia tidak boleh memperbaharuinya. Suspek turut mendakwa syarikat bas berkenaan mengetahui bahawa dia tidak memiliki lesen memandu, namun tetap memintanya membawa bas berkenaan.

Ternyata pemandu cuba menyalahkan syarikat bas yang memaksanya memandu tanpa lesen. Belum lagi kite dengar dari mulut syarikat bas pula pasti akan menyalahkan pemandu itu sendiri. Sebenarnya kedua-dua pihak harus bertanggungjawab atas keselamatan penumpang bukan sekadar untuk mengaut keuntungan.

@: dah takut nak naik bas sekarang
07:51

Diana Danielle Takut Gemok

Sebut je gemok mesti ramai yang tak suke gan pekataan ni dan takut dicop gemok lebih-lebih lagi pempuan. sebab apa dah jadi stereotype pemikiran masyarakat yang mengatakan gemuk tu tak cantik, hodoh dan yang sewaktu dengannya. gemuk tak cantik ke?



macam tu juga dengan kes Diana Danielle ni sebab taknak kelihatan gemuk die tak nak pakai baju rekaan Ezuwan Ismail pada malam Festival Filem Malaysia Ke 23 (FFM23)Mak Diana, Norsiah Ramli pun bergegas mencari pengganti dan malam tu Diana di sponsor oleh Calvin Too.

Sebab taknak pakai baju sponsor pun boleh masuk paper. untung sape yang jadi artis semua nak follow aktiviti harian die, tapi tu kelebihan artis yang tengah naik je lah. kalo artis yang dah suam-suam kuku tu bile ada kes kat mahkamah baru nampak muke kat paper, dah nasib badan.

@: kalo die pakai juga baju tu mesti jadi macam kes Raja Farah, pastu salahkan baju huhu
01:33

Rating Nona Jatuh Punca Maya Karin Dipecat

Sebelum ni me ada terbaca berkenaan pennyampai Nona , TV3 iaitu Maya Karin akan digantikan oleh Vanida Imran. kononnya nak beri nafas baru untuk program  tersebut bagi musim terbaru. rupanya bukan itu saja, kejatuhan rating Nona jadi penyebab utama pihak tv3 melucutkan Maya dari terus mengendali rancangan tersebut. Hmmm...Maya Karin dah hilang populariti ke atau pengisian rancangan Nona tu sendiri tidak menepati selera penonton?



apa kata Maya Karin pula..

"Kejatuhan rating rancangan Nona bukan disebabkan saya seorang sahaja, banyak faktor lain yang boleh menyebabkan sesebuah rancangan itu tidak mampu untuk mempertahankan rating.
"Bagi saya banyak aspek yang menjadi punca terutamanya dari segi pengisian rancangan tersebut. Sebuah rancangan yang berdurasi sejam, mereka seharusnya memikirkan isi kandungan yang mampu menarik penonton," katanya

me pula setuju gan tindakan yang diambil pihak tv3 ni yang sentiasa cuba menepati selera penonton dan memperbaiki mana yang kurang. Kalau tengok rancangan Nona ni memang sangat menarik lebih-lebih lagi berkenaan penjagaan kecantikan, fesyen dan majlis perkahwinan yang grand. tapi selalu je missed sebab waktu penyiaran die agak kurang sesuai.

@:tetibe teringat lagu oohh...nona manje..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us