Breaking

Showing posts with label tempat pelacuran. Show all posts
Showing posts with label tempat pelacuran. Show all posts

September 30, 2012

13:06

Kekasih Kontrak, Pakej Seminggu Dengan Bayaran RM 6000 (2 Gambar)

Kekasih Kontrak, Pakej Seminggu Dengan Bayaran RM 6000 (2 Gambar)
TAWAR... didalangi kebanyakannya wanita warga asing.
Bagi mendapat keuntungan segera dalam tempoh singkat, sekali gus mengelak kerugian jika diserbu pihak berkuasa, ada sindiket atau kumpulan tertentu memasang perangkap asmara kepada lelaki hidung belang yang kepingan gadis genit luar negara dengan menawarkan khidmat teman wanita sewaan melalui pakej ‘kekasih kontrak’.

Caranya mudah, pelanggan hanya perlu membuat bayaran tertentu dengan harga serendah RM400 sehari dan harga berkenaan boleh mencecah hingga RM6,000 seminggu berdasarkan rupa paras dan kebijaksanaan pelanggan membuat tawaran.


RM6,000 seminggu



Selain menjadikan pelancong dan golongan kenamaan sebagai sasaran, pihak terbabit kini mula membuka ruang kepada lelaki hidung belang tempatan untuk melanggan wanita berkenaan untuk hiburan.

Sebelum ini, pakej biasa sekadar memuaskan nafsu semata-mata kerana tempahan hanya untuk beberapa jam dan sehari perkhidmatan, tapi kini dengan pakej terbaru ini, wanita boleh disewa sehingga satu minggu, malah sebulan, asalkan bayaran mengikut persetujuan.

10:34

Betong, Syurga Seks Lelaki Malaysia


BETONG (Selatan Thailand) - Sekali pandang, pemandu teksi, Awan Taib sudah tahu niat rakyat Malaysia yang mahu menggunakan perkhidmatannya ketika berada di Betong, pekan paling selatan di Thailand dan hanya lima minit perjalanan dari sempadan Malaysia di Pengkalan Hulu, Perak.
Selepas lima tahun memandu teksi dan membawa ratusan penumpang pelbagai kaum dari Malaysia di pekan itu, Awan, 45, sudah hampir pasti niat mereka cuma satu iaitu mencari darling, gelaran untuk pelacur di Betong.
“Lelaki Malaysia yang datang ke Betong sama ada seorang atau ramai memang mencari pelacur. Kami sudah tahu dari saat mereka melambaikan tangan untuk menahan teksi,” kata Awan dalam loghat Kelantan 
Betong menjadi tumpuan rakyat Malaysia bukan sahaja kerana lokasinya berdekatan sempadan negara tetapi juga ia lebih aman berbanding Hatyai dan Golok yang kerap menjadi sasaran serangan puak pemisah Islam.
Nikmat keamanan itulah punca rezeki kepada ramai warga Betong termasuk Awan yang hampir tidak menang tangan melayan penumpang khususnya pada cuti umum dan hujung minggu.
Tugas Awan cukup mudah, dia hanya perlu membawa penumpang meronda di beberapa buah lorong yang menjadi pusat pelacuran di tengah-tengah pekan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us