Breaking

Showing posts with label suami erra fazira. Show all posts
Showing posts with label suami erra fazira. Show all posts

July 4, 2012

09:57

Erra Fazira Pasrah Jika Ditakdirkan Berpisah


Aktres jelita, Erra Fazira akhirnya tidak dapat menahan air matanya daripada terus menitis apabila isu berkaitan rumah tangganya yang didakwa bergolak dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin semakin hangat diperkatakan orang dan menjadi paparan utama akhbar dan laman blog ketika ini.



“Sebenarnya, saya sudah penat apabila kerap ditanya soalan yang sama sedangkan saya belum ada jawapan untuk itu. 

Sebelum ini, saya fikir saya ‘Superwoman’ tapi sebagai insan biasa ada kalanya saya tewas dengan emosi kerana tertekan dengan gosip serta tohmahan orang mengenai rumah tangga kami. 

“Saya belum bersedia untuk berkongsi cerita berkaitan rumah tangga kami dan akan terus bertahan selagi terdaya. Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai isu rumah tangga kami kerana tidak mahu kenyataan yang diberikan akan disalahertikan segelintir pihak sekali gus mengeruhkan keadaan sedia ada,” katanya. 

Kata Erra, apa yang boleh dikatakannya, tiada rumah tangga yang sempurna begitu juga rumah tangganya kerana ia perkara biasa dihadapi mana-mana pasangan berkahwin. 

“Apapun, sama ada jalan seorang ke ‘kanan’ dan seorang lagi ke ‘kiri’ yang kami pilih nanti, saya reda. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami,” katanya. 

Terus terang, kata Erra, segala yang dia lakukan sekarang adalah untuk kebahagiaan dan masa depan anak tunggal mereka, Engku Aleesya. 

“Saya kuat berdepan apa saja selama ini pun kerana Aleesya. Bagi saya kebahagiaan dan masa depan Aleesya lebih penting daripada diri sendiri kerana Aleesya adalah segala-galanya dalam hidup saya. 

“Apapun yang berlaku selepas ini, saya tidak mahu Aleesya yang masih kecil lagi terjejas dengan ujian yang melanda rumah tangga kami ini,” katanya. 

Enggan mengulas lanjut isu rumah tangga lagi, kata Erra, selain berusaha memberikan yang terbaik buat Aleesya, dia ingin fokus pada karier seni yang sudah sebati dalam dirinya sejak dulu. 

June 23, 2012

08:59

Suami Erra Fazira Tidak Kahwin Lain, Masih Tidur Sekatil

Suami Erra Fazira Tidak Kahwin Lain, Masih Tidur Sekatil. Berbulan bulan lama’nya selepas gossip rumahtangga mereka timbul, Engku Emran akhirnya membuka mulut memberikan penjelasan dan jawapan kepada para peminat.

Engku Emran sebelum ini di’khabarkan telah berkahwin lain dan sudah tidak tinggal bersama Erra Fazira — selain daripada gossip hubungan mereka semakin goyah.
“Demi Allah, isteri saya hanya Erra Fazira seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar gambar upacara itu dikeluarkan di Internet”
“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia’nya tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan,” ujar Engku Emran yang di’temui Harian Metro.
Namun ujar Engku Emran lagi, lama kelamaan gossip ini menjadi besar dan beliau merasakan ia’nya sesuatu yang perlu untuk di’jelaskan bahawa segala gossip itu tidak benar.
“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” tambah Engku Emran dalam kenyataan beliau..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us