Breaking

Showing posts with label erra fazira dan suami. Show all posts
Showing posts with label erra fazira dan suami. Show all posts

September 9, 2016

09:43

Kekasih Erra Fazira Terima Ucapan Hari Lahir

Kekasih Erra Fazira Terima Ucapan Hari Lahir
Erra Fazira dan Shahir AF8 sememangnya dikatakan sebagai pasangan bercinta meskipun Erra tidak mahu memberikan komen lanjut mengenainya.
Namun, tindakan Erra yang memuat naik foto Shahir di akaun Instagramnya bersempena dengan hari lahir Shahir telah mendapat perhatian ramai.Malah, Erra juga menyertakan ucapan yang cukup bermakna buat Shahir.
CAKKKK!!! A surprise for u dear! jangan marah! Jangan tipilanjat!! . SELAMAT ULANG TAHUN!! Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidupmu.. Moga dipanjangkan usia dan dilimpahi rezeki yg melimpah ruah. Terima kasih kerana byk menyumbang positive vibes into my life.. wishing you happiness and may this year bring you endless joy and tons of precious memories.. #bdaywishes #jengjengjeng  #berjaya #larikkk
Foto tersebut mendapat lebih lapan ribu “likes” dan lebih lima ratus komen. Ramai yang mendoakan agar Erra dan Shahir mempunyai jodoh bersama dan semoga mereka berdua bahagia.
Tak salah wish birthday dekat someone kerana itu mengingatkan kita kepada kesyukuran.

July 4, 2012

09:57

Erra Fazira Pasrah Jika Ditakdirkan Berpisah


Aktres jelita, Erra Fazira akhirnya tidak dapat menahan air matanya daripada terus menitis apabila isu berkaitan rumah tangganya yang didakwa bergolak dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin semakin hangat diperkatakan orang dan menjadi paparan utama akhbar dan laman blog ketika ini.



“Sebenarnya, saya sudah penat apabila kerap ditanya soalan yang sama sedangkan saya belum ada jawapan untuk itu. 

Sebelum ini, saya fikir saya ‘Superwoman’ tapi sebagai insan biasa ada kalanya saya tewas dengan emosi kerana tertekan dengan gosip serta tohmahan orang mengenai rumah tangga kami. 

“Saya belum bersedia untuk berkongsi cerita berkaitan rumah tangga kami dan akan terus bertahan selagi terdaya. Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai isu rumah tangga kami kerana tidak mahu kenyataan yang diberikan akan disalahertikan segelintir pihak sekali gus mengeruhkan keadaan sedia ada,” katanya. 

Kata Erra, apa yang boleh dikatakannya, tiada rumah tangga yang sempurna begitu juga rumah tangganya kerana ia perkara biasa dihadapi mana-mana pasangan berkahwin. 

“Apapun, sama ada jalan seorang ke ‘kanan’ dan seorang lagi ke ‘kiri’ yang kami pilih nanti, saya reda. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami,” katanya. 

Terus terang, kata Erra, segala yang dia lakukan sekarang adalah untuk kebahagiaan dan masa depan anak tunggal mereka, Engku Aleesya. 

“Saya kuat berdepan apa saja selama ini pun kerana Aleesya. Bagi saya kebahagiaan dan masa depan Aleesya lebih penting daripada diri sendiri kerana Aleesya adalah segala-galanya dalam hidup saya. 

“Apapun yang berlaku selepas ini, saya tidak mahu Aleesya yang masih kecil lagi terjejas dengan ujian yang melanda rumah tangga kami ini,” katanya. 

Enggan mengulas lanjut isu rumah tangga lagi, kata Erra, selain berusaha memberikan yang terbaik buat Aleesya, dia ingin fokus pada karier seni yang sudah sebati dalam dirinya sejak dulu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us