Breaking

Showing posts with label rita rudaini meroyan di twitter. Show all posts
Showing posts with label rita rudaini meroyan di twitter. Show all posts

September 18, 2012

16:38

Rita Rudaini Menyalak Macam Anjing- Kata Ayu Dan Zaquan

Rita Rudaini Menyalak Macam Anjing-kata Ayu Dan Zaquan. Kejam sungguh statement tapi itulah yang terpaksa ditelan Rita Rudaini.Rita memberitahu yang dirinya disamakan dengan anjing menyalak oleh Ayu dan Zaquan.
ayu dan rita
Ini semua terjadi artikel tentang Rita yang sering kali diterbitkan setiap hujung minggu oleh sebuah suratkhabar. Kata Rita:-
Ada orang sampaikan kepada saya, mereka suami isteri mengata kenapa anjing ni selalu menyalak setiap hari Ahad? Sumber itu memaklumkan, pasangan berkenaan memang tujukan kepada saya selepas sumber itu sendiri bertanya kepada mereka. Tapi saya tak kisah pun, suka hati mereka nak kata apa sebab mereka ada mulut. Saya tidak rugi apa-apa. Lagi saya dihina lagi besar pahala saya dapat. Namun, apa yang sangat disesalkan Aidil tak nampak pula kesalahan mereka berdua.
Kalau benarlah Ayu dan Zaquan berkata sedemikian, itu memang melampau. Namun perkara ini harus disiasat terlebih dahulu sebab Rita pun mendengar daripada mulut orang lain. Yelah kalau berita dari radio rosak ni bukan boleh percaya sangat
rita dan ayu
Dan menerusi artikel Harian Metro hari ini juga, Rita Rudaini dengan panjang lebarnya menerangkan tentang kontroversi statementnya di Twitter. Malah Rita sempat memberi nasihat kepada suaminya juga. Kalau Aidil terbaca, pasti akan terasa insaf sekejap. Kata Rita:-
Berhubung kontroversi yang sedang berlaku, ia bermula dengan kisah skandal Aidil dan Jue, disusuli pula pertuduhan kononnya saya menuduh Ayu menjadi orang tengah yang memperkenalkan Aidil kepada Jue, sekarang ini, kenyataan saya di twitter pula disalah tafsir. Dalam situasi yang berlaku, Aidil sepatutnya menjadi pendamai kerana dia suami saya. Saya tak kisah Aidil cuba mempertahankan adik iparnya Ayu mahupun Jue sekalipun, tapi Aidil seharusnya memohon kepada pihak media mahupun pihak tertentu supaya tidak mengganggu hidup saya yang terpaksa mencari rezeki dan siang malam demi menjaga anaknya sendiri. Walaupun sudah tiada lagi cinta, bukan bermakna dia sewenangnya membiarkan saya terus-terusan diperkotak-katikkan. Janganlah tindas saya sesuka hati! Sebagai suami dia tidak berbuat sesuatu yang boleh meredakan keadaan. Malah, kenyataannya dengan jelas berat sebelah dan hanya membakar keadaan. Apabila anaknya sendiri besar nanti dan kalau mereka terbaca kisah kontroversi pernah melanda kami, saya bimbang ia membakar kebencian anak terhadap dirinya sendiri yang tidak pernah sedikitpun cuba mempertahankan saya sebagai ibu mereka, tetapi lebih sedia membela orang lain yang menghancurkan rumah tangga kami.

Kredit:beautifulnara.com

September 7, 2012

16:12

Rita Rudaini Jaja Cerita Keluarga, Meroyan Di Twitter


Rita Rudaini Jaja Cerita Keluarga, Meroyan Di Twitter. Keluarga selebriti yang penuh kontroversi siapa lagi kalau bukan Rita Rudaini dan keluarga mertuanya. Cuba korang baca tweet di bawah ni, me rasa kalau Rita teraniaya sekalipun tak elok rasanya tweet benda macam tu. Nampak dia pun dua kali lima juga otaknya dengan orang yang dimakssudkannya tue
zaquan rita meroyan
Susulan kenyataan daripada Ayu Raudhah yang ingin berehat untuk mendapatkan cahaya mata, Zaquan Adha telah menganggap Rita Rudaini meroyan melalui status updatenya di Twitter. Walaupun tweet Rita Rudaini tidak dinyatakan secara khusus ditujukan kepada sesiapa, nampaknya Zaquan dapat menangkap siapa yang dimaksudkan oleh Rita.
zaquan rita meroyan
Walaupun dicop meroyan oleh Zaquan di dalam Twitter, Rita Rudaini membalas dengan menyatakan Zaquan yang sebenarnya meroyan. Makin mendalam konflik keluarga ini sebenarnya.
zaquan rita meroyan
memang bermasalah betul la keluarga ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us