Breaking

Showing posts with label rita rudaini bergaduh. Show all posts
Showing posts with label rita rudaini bergaduh. Show all posts

September 18, 2012

17:07

Ayu Raudhah Tunjuk Baik? Mahu Berdamai Dengan Rita Rudaini


Ayu Raudhah Tunjuk Baik? Mahu Berdamai Dengan Rita Rudaini. Zaquan dan Ayu melahirkan rasa ingin berbaik dengan kakak iparnya itu, Rita Rudaini.
berdamai rita
Ini sememangnya satu langkah baik yang harusnya dipuji. Kadang-kala pertelingkahan berlaku kerana kenyataan yang dikeluarkan tidak sama dengan apa yang ditulis melalui media. Kata Ayu Raudhah:-
Saya tak nak bagi kenyataan lagi lepas ini sebab kadangkala apa yang saya cakap itu tak sama apa yang ditulis di akhbar. Jadi maksud sebenar yang nak saya sampaikan itu tak tercapai. Contohnya, dalam satu ayat itu ditulis ada perkataan yang berpotensi nak provokasi pihak sana. Hah, itu yang cetuskan masalah sebab boleh tambah keruh keadaan. Jadi, bila dah diterbitkan, pihak sana pula terasa. Kemudian dia buat kenyataan balas. Tak kiralah sama ada di Twitter atau medium mana pun. Kalau macam itu, bila boleh selesai masalah.
ayu rita
Ada benarnya juga kata-kata Ayu ini. Menurut Ayu, ada kalanya dia terasa ada pihak yang cuba melaga-lagakan mereka. 
Prinsip saya cukup mudah. Saya tak suka orang pijak nama baik keluarga. Cakap yang bukan-bukan tentang keluarga saya. Jadi dalam masalah macam ini, berdamai adalah jawapannya. Jujurnya, saya dah letih bila orang cemuh bila isu ini dibangkitkan. khlas dari lubuk hati, saya teringin nak berkenalan lebih rapat dengan kakak ipar saya itu. Saya juga nak tengok kami sekeluarga duduk satu meja, berborak, bergurau. Itulah impian saya.

Sumber: Beautifulnara.com
16:38

Rita Rudaini Menyalak Macam Anjing- Kata Ayu Dan Zaquan

Rita Rudaini Menyalak Macam Anjing-kata Ayu Dan Zaquan. Kejam sungguh statement tapi itulah yang terpaksa ditelan Rita Rudaini.Rita memberitahu yang dirinya disamakan dengan anjing menyalak oleh Ayu dan Zaquan.
ayu dan rita
Ini semua terjadi artikel tentang Rita yang sering kali diterbitkan setiap hujung minggu oleh sebuah suratkhabar. Kata Rita:-
Ada orang sampaikan kepada saya, mereka suami isteri mengata kenapa anjing ni selalu menyalak setiap hari Ahad? Sumber itu memaklumkan, pasangan berkenaan memang tujukan kepada saya selepas sumber itu sendiri bertanya kepada mereka. Tapi saya tak kisah pun, suka hati mereka nak kata apa sebab mereka ada mulut. Saya tidak rugi apa-apa. Lagi saya dihina lagi besar pahala saya dapat. Namun, apa yang sangat disesalkan Aidil tak nampak pula kesalahan mereka berdua.
Kalau benarlah Ayu dan Zaquan berkata sedemikian, itu memang melampau. Namun perkara ini harus disiasat terlebih dahulu sebab Rita pun mendengar daripada mulut orang lain. Yelah kalau berita dari radio rosak ni bukan boleh percaya sangat
rita dan ayu
Dan menerusi artikel Harian Metro hari ini juga, Rita Rudaini dengan panjang lebarnya menerangkan tentang kontroversi statementnya di Twitter. Malah Rita sempat memberi nasihat kepada suaminya juga. Kalau Aidil terbaca, pasti akan terasa insaf sekejap. Kata Rita:-
Berhubung kontroversi yang sedang berlaku, ia bermula dengan kisah skandal Aidil dan Jue, disusuli pula pertuduhan kononnya saya menuduh Ayu menjadi orang tengah yang memperkenalkan Aidil kepada Jue, sekarang ini, kenyataan saya di twitter pula disalah tafsir. Dalam situasi yang berlaku, Aidil sepatutnya menjadi pendamai kerana dia suami saya. Saya tak kisah Aidil cuba mempertahankan adik iparnya Ayu mahupun Jue sekalipun, tapi Aidil seharusnya memohon kepada pihak media mahupun pihak tertentu supaya tidak mengganggu hidup saya yang terpaksa mencari rezeki dan siang malam demi menjaga anaknya sendiri. Walaupun sudah tiada lagi cinta, bukan bermakna dia sewenangnya membiarkan saya terus-terusan diperkotak-katikkan. Janganlah tindas saya sesuka hati! Sebagai suami dia tidak berbuat sesuatu yang boleh meredakan keadaan. Malah, kenyataannya dengan jelas berat sebelah dan hanya membakar keadaan. Apabila anaknya sendiri besar nanti dan kalau mereka terbaca kisah kontroversi pernah melanda kami, saya bimbang ia membakar kebencian anak terhadap dirinya sendiri yang tidak pernah sedikitpun cuba mempertahankan saya sebagai ibu mereka, tetapi lebih sedia membela orang lain yang menghancurkan rumah tangga kami.

Kredit:beautifulnara.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us