Breaking

Showing posts with label remy ishak gaduh. Show all posts
Showing posts with label remy ishak gaduh. Show all posts

September 23, 2012

07:28

Remy Ishak dan Tiz Zaqyah Sah Putus Cinta


Remy Ishak dan Tiz Zaqyah Sah Putus Cinta. Perkara ini disahkan sendiri oleh Remy Ishak
"Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan," tegas Remy 
Berputik cinta dari lokasi filem Nur Kasih The Movie, Remy bagaimanapun tidak menafikan dibaluti kesedihan kerana terpaksa melupakan perhubungan yang telah dibina sejak tiga tahun lalu.
"Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena terima hakikat bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih serius. Saya harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang mahu diterokainya," ujar Remy sambil memohon semua pihak agar tidak mencari kesalahan mana-mana pihak atas perpisahan mereka.
REMY akhirnya mengakui secara terbuka bahawa hubungannya bersama Tiz tidak mampu diteruskan.


Lama menyembunyikan berita itu daripada pengetahuan umum, kata Remy, dia tidak berniat untuk menipu atau mempermain-mainkan harapan peminat.
"Selama ini saya dan Tiz anggap hubungan kami terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya tak mahu kecoh-kecoh tapi saya kena sedar, bila jadi artis saya tak boleh menidakkan keinginan orang untuk ambil tahu tentang hidup saya. Sudah tiga bulan kami bawa haluan masing-masing, sepanjang tempoh itu juga orang sudah mula pandang negatif apabila saya dan Tiz tidak lagi keluar dan masing-masing keluar bersama teman-teman berbeza.
"Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut," katanya.
Sambil menjelaskan masih boleh berkawan dan perpisahan itu tidak menyekat hubungan profesional mereka sesama artis, sebagai bukti kata Remy: "Kami sama-sama di lokasi drama bersiri Cinta Jangan Pergi arahan Khabir Bhatia. Dalam drama itu saya masih boleh berlakon jadi kekasih Tiz."
Dua kali putus cinta bersama wanita berstatus selebriti, kali pertama bersama pelakon Ummi Nazeera dan kini Tiz, Remy ditanya tentang kesukaran mempertahankan cinta sesama artis yang berlaku ke atas dirinya.
"Kalau ada persefahaman yang kuat, rasanya tidaklah sukar sangat," jelas Remy yang pernah juga digosipkan bercinta dengan Maya Karin selepas berganding dalam teater Natrah dan filem Cun!
Ditebak lagi tentang punca perpisahan sesebuah percintaan yang lazimnya dikaitkan dengan kehadiran orang ketiga, Remy menafikan andaian itu.
"Seperti yang katakan tadi, saya tidak mahu kisah putus cinta antara saya dan Tiz ini dikaitkan dengan sesiapa, tiada siapa yang salah atau siapa betul. Kami putus secara baik. Saya dan Tiz kena terima hakikat bahawa kami tidak sefahaman dan tidak boleh meneruskan komitmen," katanya mahu fokus kepada karier namun tidak serik jika ditakdirkan jatuh cinta lagi.

June 15, 2012

19:05

Remy Ishak Dilayan Seperti Sampah, Tiz Zaqyah Anggap Perkara Normal


Remy Ishak Masuk Hospital, Mengadu Tiz Zaqyah Layan Seperti Sampah
Sebelum ni, menurut tulisan Remy Ishak melalui akaun Twitter, beliau telah masuk ke hospital akibat demam panas yang agak teruk. Dan, kekasihnya Tiz Zaqyah di’katakan melayan beliau seperti sampah 
“Masuk hospital, demam panas. Call girlfriend tetapi dapat layanan macam sampah. Nasib badan,” Remy Ishak menulis di twitternya sebagai pembuka cerita.
Remy Ishak menulis sebenarnya beliau sudah lama bersabar dengan karenah teman wanita beliau itu & harapan beliau untuk mendapat kata kata semangat & perhatian di’balas hampa oleh Tiz Zaqyah dengan alasan penat.
#01 Remy Ishak Masuk Hospital, Mengadu Tiz Zaqyah Layan Seperti Sampah
#03 Remy Ishak Masuk Hospital, Mengadu Tiz Zaqyah Layan Seperti Sampah
#02 Remy Ishak Masuk Hospital, Mengadu Tiz Zaqyah Layan Seperti Sampah
#01 Remy Ishak Masuk Hospital, Mengadu Tiz Zaqyah Layan Seperti Sampah
Dan Tiz Zaqyah telah memberi komen berkenaan isu ini
Tiz Zaqyah di’temui media ketika hadir ke pra tonton drama bersiri terbaru TV3, Dejavu Di Kinabalu dan beliau sendiri dapat mengagak soalan pana dari pihak yang hadir.
“Saya tidak tahu hendak komen apa sebab saya jenis yang sukar untuk berkongsi kisah peribadi dengan sesiapa. Mungkin 10% sahaja tentang diri saya yang orang luar tahu,” ujar Tiz Zaqyah yang nampak ceria sepanjang sidang media.
Di’minta memberikan penjelasan tentang apa sebenarnya terjadi antara beliau & Remy Ishak untuk elakkan spekulasi, Tiz Zaqyah berkata itu sesuatu yang tidak boleh di’kawal.
“Ia (spekulasi) akan tetap terjadi. Orang akan tetap berkata sama ada saya bercerita atau tidak. Bagi saya, lebih baik saya berdiam diri. Lagi pun ia’nya perkara normal, boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,” tambah’nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us