Breaking

Showing posts with label polis pukul pekerja hotel. Show all posts
Showing posts with label polis pukul pekerja hotel. Show all posts

July 31, 2012

09:08

2 Video CCTV Polis samseng pukul pekerja hotel guna pistol


Video CCTV Polis samseng pukul pekerja hotel guna pistol tersebar!! saksikan!!

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, pegawai polis berusia 32 tahun berkenaan datang ke hotel tersebut bersama tiga rakannya untuk menginap.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara pegawai polis itu dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi dipercayai berpunca daripada salah faham berhubung pemulangan duit baki pembelian aiskrim.

Polis bertindak pantas menahan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor bagi membantu siasatan setelah dia didakwa mencederakan seorang pekerja hotel bertaraf dua bintang di Seremban itu.

Laporan dari Malaysiakini mengatakan

Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.

Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau.

Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.

Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu- Malaysiakini









09:00

Polis Tunjuk Samseng Dipenjara 3 Tahun, Pukul Pekerja Hotel Pecah Cermin Kereta



MOHD. AZUAN ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Seremban semalam.


SEREMBAN - Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta di Hotel S2 di sini baru-baru ini selepas dihadapkan ke tiga Mahkamah Majistret semalam.
Di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh., Inspektor Mohd. Azuan Yasin, 32, dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan Mohamed Nadzeem Zainal Larifin, 25, menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai pistol pada pukul 2.50 pagi di ruang tamu Hotel S2 di sini pada 17 Julai lalu.
Dia juga dituduh memecah cermin pintu hadapan kereta bernombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, sehingga menyebabkan pemilik kenderaan itu kerugian sebanyak RM150 pada pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh dan masa sama.
Di hadapan Majistret Haslina Basarudin pula Mohd. Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan Koh Wen Gio, 32, menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai pistol pada pukul 2.50 pagi di ruang tamu Hotel S2 di sini pada 17 Julai lepas.
Sementara itu, di hadapan Majistret S.Megaswary pula, tertuduh didakwa memecah pintu belakang sebelah kiri kereta bernombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan pemiliknya kerugian sebanyak RM180 dalam kejadian pada pukul 5.45 pagi di kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh sama.
Bagi pertuduhan mendatangkan kecederaan, Mohd. Azuan didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau sebat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us