Breaking

Showing posts with label pembunuh syaleza jaffar. Show all posts
Showing posts with label pembunuh syaleza jaffar. Show all posts

August 11, 2012

00:18

Syaleza Jaffar Dibunuh Suami Sendiri, Norazman Bashah

Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas dan minyak Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31,

Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas dan minyak Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya.



Kes kematian eksekutif TV9, Syaleza Jaffar yang dikatakan mati akibat mengantung diri akan terjawab apabila suaminya sendiri Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah didakwa oleh mahkamah menyebabkan kematian ke atas isterinya, Syaleza Jaffar. Tak pasti apa motif Norazman membunuh isterinya, namun kes ini masih dalam siasatan.
Berita penuh: 
PETALING JAYA - Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen swasta, TV9, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya itu, Nur Syaleza Jaffar, 31, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Tertuduh yang memakai kemeja-T berkolar berwarna ungu mengangguk kepalanya sebagai tanda faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.
Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, di kediaman mereka di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara pukul 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lalu.
Norazman Bashah yang diwakili peguam, Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 September untuk tarikh sebutan. Turut hadir di mahkamah ialah ibu dan adik-beradik tertuduh. Sepanjang pertuduhan Norazman Bashah kelihatan sugul manakala seorang ahli keluarga tertuduh dilihat menangis.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi. - BERNAMA

August 2, 2012

16:13

Kes Bunuh Syaleza Jaffar, 10 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan



SHAH ALAM: Polis telah mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kes eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Syaleza Jaffar yang ditemui mati di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata dua daripada 10 individu itu ialah rakan sekerja allahyarham manakala lapan lagi merupakan jiran terdekatnya. 
"Polis akan mengumpul kesemua bukti berdasarkan keterangan yang telah diambil, dan kita berharap kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera dengan adanya keterangan-keterangan ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata berkemungkinan ada beberapa saksi lagi yang akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan mereka berkaitan kes itu.

Syaleza, 31, ditemui mati oleh suaminya dalam bilik tidur rumah mereka, dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada 10.15 malam pada Ahad lepas bagi membantu siasatan kes itu.

Thaiveegan berkata setakat ini tiada tangkapan baru dibuat dan lelaki yang bekerja di bahagian teknologi maklumat di sebuah firma itu direman sehingga 6 Ogos.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us