Breaking

Showing posts with label harga rokok. Show all posts
Showing posts with label harga rokok. Show all posts

August 14, 2012

23:57

Rokok RM7 Sekotak, Harga Minima Mulai 1 September 2012



SERIUS CEKIK DARAH. Rokok RM7 Sekotak. Kerajaan menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok ialah RM7 mulai 1 Sept dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serentak itu, kerajaan turut memansuhkan semua jenis diskaun yang ditawarkan oleh syarikat rokok.
Beliau berkata kerajaan juga hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 10 paket dalam satu karton.
"Mulai 1 September 2012, semua diskaun jualan rokok akan dimansuhkan...semua jenama rokok tidak boleh mengadakan diskaun. Pelarasan diskaun harga jualan runcit rokok dimansuhkan. Hanya satu harga minimum iaitu RM7 untuk paket 20 batang.
"Pengilang-pengilang membungkus rokok perlu memastikan dalam paket hanya 20 batang dan satu karton mengandungi 10 paket sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas memperkenalkan 'Duta ASAP Smoke Free Lifestyle', di sini, Selasa.
Liow berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan itu.
Tahun lepas harga minimum rokok ditetapkan RM7 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.
Bagaimanapun kerajaan ketika itu tidak menetapkan saiz paket dan terdapat 21 batang rokok (RM7.23), 22 batang rokok (RM7.70), 23 batang rokok (RM8.05).
Liow berkata walaupun sebelum ini penjualan rokok pada harga yang lebih rendah dilarang, syarikat rokok dibenar membuat pelarasan harga sebanyak tiga kali setahun dengan perbezaan harga tidak boleh melebihi lima peratus.
Beliau berkata kerajaan menguatkuasa peraturan baru itu untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutama oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.
Dengan penguatkuasaan peraturan baru ini, kompaun antara RM500 dan RM5,000 dikenakan bagi kesalahan menjual rokok di bawah harga minimum manakala bagi kesalahan menjual rokok tidak sah, peniaga yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. - BERNAMA

July 15, 2012

16:03

Harga Rokok Naik 60sen



Kuala Lumpur: Duti eksais tembakau dijangka dinaikkan tiga sen sebelum pembentangan bajet tahun ini.

Jangkaan kenaikan itu mengambil kira data terdahulu dan beberapa hasil kajian Laporan Kawalan Tembakau ASEAN yang diterbitkan bulan lalu. Menurut penganalisis, berdasarkan anggaran kenaikan duti cukai itu harga sekotak mengandungi 20 batang rokok dijangka naik kira-kira 60 sen. 

TA Securities, dalam laporan analisisnya menjangka kerajaan akan mengumumkan kenaikan sebelum pembentangan bajet 2013 pada 28 September ini bagi mengelak peniaga menyorok rokok.

“Sejak 10 tahun lalu, sektor tembakau dikenakan duti eksais setiap tahun kecuali pada 2011. Kita percaya ketiadaan kenaikan duti eksais tahun lepas adalah antara cara kerajaan mengurangkan beban harga minimum rokok (MCP) yang diperkenalkan sebelum itu,” kata firma penyelidikan itu.

Kerajaan menetapkan harga minimum rokok RM6.40 bagi 20 batang atau 32 sen setiap rokok apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang diwartakan pada 1 Januari 2010.

Sementara itu, berdasarkan statistik Laporan Kawalan Tembakau ASEAN, setiap 10 peratus kenaikan harga rokok akan mengurangkan bilangan perokok muda sehingga tujuh peratus dan keseluruhan pembelian sebanyak empat peratus. 

Namun, kenaikan duti eksais akan meningkatkan pendapatan kerajaan sebanyak tujuh peratus walaupun jumlah perokok dan pembelian berkurangan.

Laporan itu juga mendedahkan bahawa kenaikan cukai sehingga 65 peratus harga runcit adalah yang paling ideal untuk mengurangkan pembelian dalam setiap segmen pengguna.

“Laporan itu juga mendapati kenaikan cukai sehingga 65 peratus harga runcit adalah yang paling ideal untuk mengurangkan pembelian setiap segmen pengguna,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us