Breaking

Showing posts with label artis hollywood. Show all posts
Showing posts with label artis hollywood. Show all posts

October 1, 2012

08:58

Britney Spears Dijangkiti Penyakit Kulit Mengerutu (Gambar)

Britney Spears Dijangkiti Penyakit Kulit Mengerutu. Britney Spears kini mengidap penyakit kulit serius. Kulitnya nampak kering, luka-luka dan mengerutu.

Hal itu terungkap apabila Britney menghadiri premier X FACTOR di Grauman; s Chinese Theater, Los Angeles beberapa waktu lalu. Walaupun penampilannya memukau, namun bekas merah di kakinya tentu bukan hal yang boleh disembunyikan.



September 26, 2012

09:40

Robert Pattinson Mahu Kahwini Kristen Stewart, Syarat Terima Maaf


Nampkanya hubungan antara aktor Robert Pattinson dan Kristen Stewart masih menjadi sorotan media Hollywood. Apa yang membuatkan Robert enggan mel;epaskan kekasihnya walaupun Stewart sudah terbukti curang?
Kisah mereka masih menjadi buruan dan paling terkini, pasangan kekasih yang dilaporkan renggang sebelum ini kerana kecurangan Stewart dilaporkan sudah kembali jernih.
Lebih daripada sekadar sudah kembali berbaik, tersebar berita tentang Pattinson memberi syarat kepada kekasihnya itu untuk meneruskan hubungan cinta mereka.
Pattinson didakwa telah meletakkan syarat agar Stewart berkahwin dengannya sebagai permohonan maaf atas kecurangan wanita berusia 22 tahun itu.
"Satu-satunya jalan untuk dia memaafkan dan menerima Stewart semula ialah aktres itu perlu berkahwin dan menghabiskan sisa hidupnya bersama Pattinson.
"Jika Stewart tidak bersetuju untuk berkahwin dengannya, dia tidak mahu meneruskan hubungan mereka," ujar satu sumber kepada Daily Star.
Pattinson dan Stewart telah menjadi pasangan kekasih selama empat tahun sejak mereka bertemu dalam filem saga Twillight. Hubungan mereka bergoncang selepas gambar-gambar intim antara Stewart dengan pengarah Rupert Sanders tersebar beberapa bulan lalu.

March 7, 2012

21:17

Lady Gaga Tarik 20 juta Pengikut Twitter


LOS ANGELES – Penyanyi terkenal, Lady Gaga menjadi orang pertama di dunia memiliki lebih 20 juta pengikut
di Twitter.
Dia mempunyai 20.12 juta pengikut pada hari Isnin lalu dalam akaun Twitternya, @ladygaga.
Penyanyi remaja, Justin Bieber berada di tempat kedua dengan 18.11 juta pengikut menerusi akaunnya, @justinbieber.
Seorang lagi penyanyi terkenal, Katy Perry berada di belakang Bieber dengan mempunyai 15.75 juta pengikut.
Penyanyi terkenal, Shakira berada di belakang Perry dengan 14.56 juta pengikut dan diikuti penyanyi kelahiran Barbados, Rihanna dengan 14.49 juta pengikut.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kelapan dengan 12.84 juta pengikutnya menerusi akaunnya, @barackobama.
21:15

Enrique Bakal Kahwin Kournikova?



PENYANYI Enrique Iglesias pernah memanggil kekasihnya, bekas pemain tenis Anna Kournikova dengan panggilan isteri. Oleh kerana itu, ramai yang beranggapan bahawa pasangan yang telah lama menjalin hubungan cinta itu sudah berkahwin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us