Breaking

Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

December 22, 2017

04:50

KERETA MAMPU MILIK, APA TUNGGU LAGI DAPATKAN SEMUDAH CARA INI

Berikut adalah perkongsian mengenai tempoh masa lulus pinjaman atau loan kereta menerusi bank. Maklumat ini adalah sangat berguna bagi mereka yang akan memiliki kereta buat pertama kali. Apabila anda sudah menyerahkan dokumen kepada salesman, ini bermakna bahawa anda telah setuju dengan proses pembelian kereta. Pihak salesman pula akan menghantar semua dokumen tersebut kepada pihak bank untuk urusan pinjaman kereta.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisKPjMi675-xxqdsRiZf9s05MudNH2zzv_gy0iF3z9ysiWHrvy21_Veo5jo6thYnlFLsHe4q9cHANhlfTjMHQMwL0EROoHeBPQSQf3Py9NHhNV0yIBwhQWw5ZyAXNC_EsgmoePVgudvEKn/s320/Pinjaman-Kereta.jpg
Syarat Lulus Loan
  • Nama tidak senarai hitam/ Muflis
  • Mempunyai slip gaji atau bukti pendapatan bulanan
  • Bagi tidak mempunyai slip gaji, wajib mempunyai guarantor (Penjamin)
  • Ansuran kereta mestikan 1/3 dari gaji bersih anda
Contoh Pengiraan Lulus Loan Kereta
Bulanan Kereta: RM600

RM600 X 3: RM1800
Maka gaji bersih anda mestilah sekurangnya RM1800 untuk memiliki kereta yang ansuran bulana RM600
Tempoh Lulus Pinjaman Loan Kereta Menerusi Bank
  • Setelah salesman menghantar dokumen lengkap, pihak bank akan menjalankan temuduga menerusi telefon. Biasanya pihak bank akan menghubungi anda dalam 2 hingga 3 hari bekerja. Tujuannya adalah untuk pengesahan bahawa anda membuat pinjaman tersebut.
  • Keputusan bank untuk meluluskan pinjaman adalah selama 2-3 hari bekerja. Pihak bank kebiasaanya akan menghubungi pihak salesman untuk keputusan loan.
  • Maksimum kelulusan loan juga boleh mengambil masa seminggu bergantung kepada bank yang anda mohon.


Kereta adalah aset jika disimpan dengan sebaiknya, namun boleh menjadi beban apabila kereta tidak dipandu dengan cermat. Pastikan pemeriksaan kereta dibuat secara teratur.

October 29, 2010

14:23

(Gambar) Harga Toyota Prius Hibrid Kini Lebih Murah

Kepada mereka yang memasang angan-angan untuk membeli kereta atau menukar pada yang baru pasti tertarik dengan harga kereta Toyota Prius yang boleh dibeli dengan lebih murah.


UMW Toyota Motor mengurangkan harga atas jalan dengan insurans kereta Toyota Prius di Semenanjung Malaysia kepada RM139,900 berbanding RM175,000 sebelumnya bermula semalam. Harga di Sabah dan Sarawak pula kira-kira RM141,500 berikutan kos logistik yang lebih tinggi.


Harga Toyota Prius Hibrid kini lebih murah kerana pemasangan model ini dilakukan di Toyota Motor Thailand (TMT). Kelebihannya untuk mengurangkan kos pengangkutan dan harga di pasaran tempatan. Selain itu pihak kerajaan telah mengecualikan cukai import dan eksais ke atas kereta hibrid.


Gambar Toyota Prius Hibrid yang memikat hati


Prius IV dengan kemasan Blizzard Pearl dilengkapi dengan Solar Roof Package

pandangan sisi

dilengkapi LED headlamps

Prius V dengan kemasan Sandy Beach Metallic

Prius V shown in Barcelona Red Metallic
@: verangans nak red kaler boley?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us