Breaking

Showing posts with label Automotif. Show all posts
Showing posts with label Automotif. Show all posts

July 28, 2012

17:54

COOL: 5GAMBAR TOYOTA Vios Camry Mampu Terbang Dan Mengeluarkan Api




Kereta TOYOTA sekarang dah power, bukan takat boleh terbang ta[pi siap boleh keluarkan api. Difahamkan kejadian berlaku di Felda Nitar, Mersing, Johor. Pemandu iaitu seorang wanita (berbaju kurung hijau) didapati hilang kawalan kenderaannye lalu melanggar divider tepi sebelum berpusing beberapa kali dan berhenti di atas batu-batuan itu. dan alhamdulillah beliau selamat











Kejadian ini berlaku dua hari lepas iaitu pada hari Rabu, 25 Julai 2012 di NKVE, dari arah Damansara Jaya ke Kota Damansara.


July 21, 2012

11:38

AUTO: HONDA CIVIC GENERASI KE-9


 
TAHUN 1972 menyaksikan Honda Motor Co. Ltd. (Honda Motor) di Jepun memperkenalkan kenderaan sedan saiz sederhana iaitu Honda Civic.
Konsep peringkat awal pembangunan model itu tertumpu kepada soal keselesaan kabin dan kecekapan bahan bakar. Elemen lain termasuk kualiti, gaya, keselesaan, keselamatan dan prestasi pemanduan kemudian ditambah pada kereta itu.
Kini, sudah 40 tahun berlalu. Honda Motor sudah menzahirkan lapan generasi model Civic dan menembusi pasaran 160 negara di serata dunia. Angka jualan kumulatifnya menjangkau 19.7 juta unit.
Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) memperkenalkan Civic ke pasaran pasaran Malaysia pada 2003 menerusi model generasi ketujuh. Tiga tahun selepas itu, generasi kelapan yang juga model pemasangan tempatan (CKD) mula menemui para pelanggan.
Baru-baru ini, Honda Malaysia menjayakan pelancaran generasi kesembilan kereta sedan segmen C itu di Serdang, Selangor. Ia membabitkan tiga varian iaitu 1.8S, 2.0S, 2.0 Navi dan satu model hibrid yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.
“Civic baharu sudah ditingkatkan nilai berbanding model sebelumnya dari segi penggunaan bahan bakar ekonomikal, prestasi, teknologi pintar termaju dan nilai jangka panjang,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno pada majlis pelancaran baru-baru ini.
Tahukah anda bahawa setiap generasi Honda Civic memiliki tema pembangunan tersendiri? Bagi produk 2012, ia berpaksikan kepada sedan futuristik dan cara tersendiri dengan teknologi pintar termaju.
Keseluruhan luaran dan dalaman tubuh Civic 2012 menerima sentuhan jurutera rekaan Honda Motor. Bermula dengan gril, bampar, bonet hinggalah kepada set lampu belakang.
Saiz jentera empat pintu itu turut berubah. Panjang keseluruhan Civic 2012 telah dikurangkan sebanyak 15 milimeter (mm) dan jarak rodanya dipendekkan 30mm jika dibandingkan dengan generasi kelapan.
Sungguhpun begitu, ruang kabin ditingkatkan sebanyak 10mm. Sementara ruang kaki penumpang belakang ditambah sebanyak 40mm.


HONDA mengekalkan rekaan papan pemuka dua lapis sebagaimana yang mula-mula diperkenalkan pada model Civic generasi kelapan.



Ruang kabin diubah dengan aplikasi papan pemuka baharu dengan konsol tengah menghala arah pemandu. Terdapat dua jenis susun atur konsol tengah dan ia bergantung pada jenis varian Civic.
Varian 1.8S dan 2.0S mempunyai sistem audio standard dengan pemain cakera pada bahagian konsol tengahnya. Civic 2.0 Navi pula dipasang dengan skrin sentuh bersama paparan sistem navigasi, kamera undur, serta pemain DVD pada ruang sama.
Varian 2.0S dan 2.0 Navi mempunyai beberapa perbezaan jika dibandingkan dengan model asas 1.8 liter. Antaranya ialah rim aloi 17 inci, lampu isyarat membelok pada cermin sisi, tempat duduk kuasa lapan tahap untuk pemandu, ciri kemasukan pintar dengan butang Push Start, paddle shift, beg udara tepi serta lampu utama HID.
Satu skrin paparan pintar berwarna yang memaparkan pelbagai maklumat berukuran lima inci didatangkan pada semua varian Civic. Ia ditempatkan di sebelah kiri meter laju digital dan memaparkan informasi, jam, amaran serta beberapa jenis tetapan (setting) termasuklah sistem audio.


ANDA perlu memandu sendiri Civic generasi kesembilan untuk mengetahui kelebihannya.



Honda Malaysia juga memasukkan ciri Eco Assist pada Civic 2012. Lazimnya, ia hanya terdapat pada model hibrid. Eco Assist memaklumkan pemandu mengenai cara pemanduan mereka.
Jika meter laju berlatarbelakangkan cahaya hijau, ia mesra alam. Andai meter berwarna biru, tandanya penggunaan minyak petrol kurang efisien dan penggunaan bahan bakar secara berlebihan.
Pengemudian Civic 2012 ditambah baik menerusi integrasi Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dengan stereng kuasa elektrik Motion Adaptive. Adunan sistem itu membantu pemandu mengawal kenderaan dengan lebih baik jika berlaku pembelokan kurang atau lebih (understeer atau oversteer).
Kali ini, Civic Hybrid dilengkapi enjin bersesaran lebih besar iaitu 1.5 liter i-VTEC bersama sistem Integrated Motor Assist (IMA). Jentera hijau itu menjadi produk pertama Honda yang menggunakan bateri lithium ion.


ENJIN SOHC i-VTEC bersesaran 1.8 liter yang berkuasa dan menjanjikan penjimatan sewajarnya.



Pek bateri itu 29 peratus lebih ringan. Lebih tepat lagi, sembilan kilogram lebih ringan dan 35 peratus lebih efisien berbanding bateri nikel hidrida.
Dengan pengenalan Civic, Ueno mengunjurkan penguasaan pasaran sebanyak 40 peratus dalam segmen sedan saiz sederhana bukan nasional. Secara tepatnya sebanyak 5,200 unit Civic baharu menjelang akhir tahun ini. Sasaran model Civic Hybrid pula sebanyak 1,200 unit.
“Kira-kira 60 peratus pelanggan ialah pemilik kenderaan Honda, manakala bakinya datang daripada mereka yang ingin menaik taraf dari model City dan jenama kenderaan lain,” katanya.
Sudah pasti pakej selepas jualan Honda Malaysia iaitu jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, servis percuma sebanyak enam kali dan lanjutan selang antara servis sehingga 10,000 kilometer akan memainkan peranan penting untuk mencapai sasaran itu

March 17, 2012

11:30

BMW Concept M135i lebih sporty


BMW Concept M135i atau lebih senang jika disebut sebagai M1 Concept sahaja.
Model tersebut adalah varian berprestasi 1 Series tiga pintu. Rekaan luaran M1 Concept lebih sporty, segar dan atletik yang merupakan karekter tipikal kenderaan BMW M Performance.
Dengan penampilan yang sporty, model tiga pintu itu adalah lanjutan versi BMW Performance dalam segmen kompak premium. Kata BMW, versi M Performance daripada mereka menawarkan simbiosis di antara prestasi dan pemanduan harian.

MODEL M1 Concept tidak terlepas menerima kritikan berhubung rekaannya.


Mengeksploitasi kemahiran divisyen BMW M yang berdekad-dekad bergelumang dalam bidang pemotoran, setiap model yang dikeluarkan mempunyai enjin dan suspensi berprestasi tinggi. Selain ciri-ciri aerodinamik yang kesemuanya adalah gabungan harmoni yang berfungsi antara satu sama lain.
Pra-syarat keseronokan
Hasilnya, model BMW M Performance memiliki kelebihan dari segi ketangkasan, karekter pengendalian dan rekaan yang emosional. Sekali pandang, ciri-ciri yang dinyatakan tadi jelas boleh dilihat pada model BMW Concept M135i.
Penggunaan enjin enam silinder petrol dengan teknologi M Performance Twin Power Turbo dengan kuasa lebih 300hp adalah pra-syarat untuk keseronokan pemanduan mengikut standard badan penala M Division.
Bayangkan kuasa setinggi itu untuk sebuah kereta kompak. Lebih menarik lagi, BMW Concept M135i menggunakan sistem pacuan roda belakang! Jika model itu benar-benar dihasilkan dan jika boleh ditulis, BMW sudah gila agaknya. Namun itu bukanlah suatu yang pelik. Sebabnya, BMW F10 M5 yang baru dilancarkan ke pasaran tempatan berkuasa 560hp dengan 680Nm tork daripada enjin 4.4 liter V8 twin turbo!
Dari aspek karekter pengendalian, model Concept M1 dipasang dengan set suspensi yang ditala khas. Untuk pemberhentian yang berkesan, model itu menggunakan sistem brek M sports. Apron depan model konsep itu merupakan rekaan tipikal M Design yang fokus kepada jalan di hadapan.
Sementara saiz ruang kemasukan udara yang besar pula adalah praktikal untuk penyejukan enjin berkuasa tinggi dan komponen brek. Rekaan bahagian belakang pula dihias dengan apron berwarna Dark Shadow metalik, di samping dua ekzos pada kiri dan kanan kereta.

PENGENAAN warna metalik Dark Shadow dan ekzos masing-masing pada bahagian kiri dan kanan jentera mencerminkan imej sportynya.


Berbanding rupa bentuk BMW 1 Series lima pintu, model Concept M135i tiga pintu nyata lebih sporty dan elegan. Dari bentuk keseluruhan, model itu nampak lebih dinamik dan panjang. Dilihat dari sisi, model itu nampak atletik, rendah dan dijelaskan lagi dengan garis kontur horizontal pada pintu.
Saiz pintu yang lebar turut menambah karekter rekaan. Ia diserlahkan lagi melalui tingkap tanpa bingkai yang memanjang ke belakang. Roda aloi ringan bersaiz 18 inci M double spoke pula merupakan aksesori penyudah karakter sporty model konsep tersebut.
Apa yang dipaparkan oleh BMW itu menunjukkan suatu senario yang menarik. Ketika pengeluar kereta Jepun sibuk dengan teknologi hibrid, pengeluar Eropah seperti BMW masih yakin dengan teknologi konvensional yang ditambah baik dan paling penting model berkuasa tinggi.
Bukan sahaja BMW, lihat juga pada pengeluar lain seperti Audi, Renault dan Citroen. Masing-masing mempunyai model berprestasi tinggi. Saya tidak pasti apakah tindakan mereka ini betul atau sebaliknya.
Kemungkinan besar tindakan itu betul kerana biasanya mereka tidak membuat keputusan secara sembrono tanpa berdasarkan kajian pasaran. Senario seperti ini akan terjawab dalam masa beberapa tahun akan datang. Reaksi sebenar daripada pasaran, kereta berprestasi atau hibrid.
11:22

Modenas Ace 115, Harga Dan Spesifikasi

 

MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn. Reka bentuk Modenas Ace 115 kelihatan seperti sebuah skuter terutama pada bahagian hadapan. Roda hadapan dan belakangnya menggunakan rim sport bersaiz 16 inci.
Selain itu, Modenas Ace 115 memiliki tempat duduk dua tona iaitu hitam dan kelabu. Ekzosnya pula lebih panjang dan bersegi. Antara ciri baharu yang diadaptasi ialah sistem suspensi belakang jenis tunggal (monoshock).
Enjin bersesaran 120cc berasaskan teknologi Kawasaki. 
Kotak gear empat kelajuan sistem berputar. Enjin Ace 115 berupaya menghasilkan kuasa kuda dan tork maksimum masing-masing sebanyak 7.3kW @ 8,500rpm dan 9.1Nm @ 4,000rpm.
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Abd. Halim Ismail dalam ucapannya memberitahu, model yang dilengkapi dengan tangki petrol berukuran 5.3 liter mampu merekodkan jarak perjalanan sehingga 250 kilometer (km) pada kelajuan purata 80km sejam (km/j). Model itu disasarkan kepada pelanggan yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.
"Kami telah meningkatkan ujian ketahanan di jalan raya daripada 10,000km kepada 20,000km. Di samping ujian dynamometer daripada 200 jam kepada 300 jam," katanya.
Harga RM4,600 seunit
Warna : merah dan putih.

March 15, 2012

22:00

Honda Jazz Hibrid dijual pada harga RM94,800

 
Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno (kiri) bersama Ketua Jurutera R&D Honda, Shingo Nagamine semasa melancarkan kereta Honda Jazz Hibrid di Kuala Lumpur pada Khamis. Honda Jazz Hibrid ini dijual pada harga RM94,800 di atas jalan raya dan mempunyai lima variasi warna. 

March 11, 2012

18:54

GAMBAR Dan Spesifikasi P3-21A Proton Baru 2012

Proton P3-21a ini bakal ditawarkan dengan harga antara RM 63 000 hingga RM 73 000. Model baru ni akan menepati pelbagai standard antarabangsa yang ditetapkan bagi sebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya membabitkan standard pelepasan asap selain dilengkapi ciri keselamatan termasuk empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC)

March 10, 2012

March 4, 2012

13:08

Proton Saga FLX 1.6 SE- Kompak bergaya




Spesifikasi

Enjin: CamPro IAFM DOHC 16V 1,597cc

Kuasa maksimum: 108hp @ 5,750rpm

Tork maksimum: 150Nm @ 4,000rpm

Transmisi: CVT dari Punch dengan ciri SAT.

Ciri-ciri: Dua beg udara, ABS, EBD, sistem ausio Clarion dengan USB, kemasan kulit

Harga: RM RM49,899 (atas jalan termasuk insurans)

October 29, 2010

14:23

(Gambar) Harga Toyota Prius Hibrid Kini Lebih Murah

Kepada mereka yang memasang angan-angan untuk membeli kereta atau menukar pada yang baru pasti tertarik dengan harga kereta Toyota Prius yang boleh dibeli dengan lebih murah.


UMW Toyota Motor mengurangkan harga atas jalan dengan insurans kereta Toyota Prius di Semenanjung Malaysia kepada RM139,900 berbanding RM175,000 sebelumnya bermula semalam. Harga di Sabah dan Sarawak pula kira-kira RM141,500 berikutan kos logistik yang lebih tinggi.


Harga Toyota Prius Hibrid kini lebih murah kerana pemasangan model ini dilakukan di Toyota Motor Thailand (TMT). Kelebihannya untuk mengurangkan kos pengangkutan dan harga di pasaran tempatan. Selain itu pihak kerajaan telah mengecualikan cukai import dan eksais ke atas kereta hibrid.


Gambar Toyota Prius Hibrid yang memikat hati


Prius IV dengan kemasan Blizzard Pearl dilengkapi dengan Solar Roof Package

pandangan sisi

dilengkapi LED headlamps

Prius V dengan kemasan Sandy Beach Metallic

Prius V shown in Barcelona Red Metallic
@: verangans nak red kaler boley?

October 14, 2010

20:58

Proton Inspira: Waja Baru 2010


Proton melancarkan model sedan terbarunya, Inspira pada Khamis.

Harga di pasaran bagi model terbaru berkenaan antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini.
  • 1.8 Manual (RM79,999)
  • 1.8 CVT Auto (RM87,000)
  • 2.0 CVT Auto Premium (RM94,000)

Inspira adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC).


Didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC.
Turut dilengkapi dengan CVT (Continuously Variable Transmission) dan mod penukaran gear secara manual enam kelajuan dengan sistem transmisi automatik INVECS-III (Intelligent & Innovative Vehicle Electric Control System).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us