Breaking

April 13, 2012

Aidil Zafuan Tuntut Cerai, Rita Rudaini sedia jadi ibu tunggal


SETELAH empat bulan ditinggalkan tanpa mendapat sebarang nafkah, akhirnya pelakon popular Rita Rudaini Mokhtar terpaksa menerima hakikat bahawa dia akan diceraikan oleh suaminya iaitu Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25.
Lebih perit, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suami yang sudah memfailkan penceraian mereka sehari sebelum dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36.
Biarpun terpaksa menelan hakikat yang dia bakal diceraikan oleh suaminya pada bila-bila masa, ternyata pelakon yang pernah popular menerusi filem Mami Jarum itu masih mampu kelihatan tenang.
Malah, sewaktu meraikan majlis ulang tahunnya yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini, Rita masih mampu tersenyum dan kelihatan ceria melayan para tetamu yang hadir.
Semasa diberi peluang untuk menyampaikan ucapan di hadapan tetamu sempena majlis ulang tahunnya itu, pelakon berkenaan memberitahu ia merupakan kali pertama dia meraikannya secara besar-besaran.
"Sebenarnya bukan senang untuk saya mengumpulkan ahli keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat dan saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bersama anda semua bersama-sama meraikan hari ulang tahun kelahiran saya.
"Apa sahaja dugaan dan cabaran yang melanda terhadap diri saya sekarang, paling penting saya masih mempunyai kedua-dua orang anak yang menjadi kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan," ujarnya.
Menurut Rita, selama ini dia tidak pernah meraikan sambutan ulang tahunnya dalam sebuah majlis yang besar serta menganggap ia merupakan hadiah yang paling bermakna buat diri saya.
"Lagipun tujuan saya menganjurkan majlis ini adalah untuk meraikannya bersama rakan-rakan dan peminat yang telah banyak menyokong semenjak saya terbabit dalam industri seni.
"Saya juga sangat berterima kasih dengan beberapa orang pengarah yang banyak memberi tawaran berlakon serta rakan media yang masih memberi peluang kepada saya, meskipun sebelum ini saya pernah dipulau oleh mereka," ujarnya yang kelihatan cukup jelita dengan kuntuman bunga mawar yang didandan kemas di kepalanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us