Breaking

September 28, 2010

08:56

Ketahui Istilah KOPI

Tahukah Kamoo??






Istilah kopi yang sering digunakan

Spicy coffee: Bukanlah bererti pedas seperti rempah ratus, tetapi aroma dalam kopi yang mempunyai rasa tersendiri

Exotic: Kopi yang mempunyai rasa yang manis, 'pedas' dan rasa luar biasa serta puas merasainya.

Hard: Kopi gred rendah tetapi biji kopi keras adalah gred yang tinggi di Amerika Selatan yang mana ia datang secara semulajadi di kawasan pergunungan.

Wild: Kopi yang mempunyai rasa buah, agak cair dan hampir sama dengan wine merah.

Cappucino: Minuman kopi yang dianggap unik. Dicampur dengan susu, dibancuh dengan cara tersendiri, enak dan berbeza dari air kopi biasa.

Tangy: Kopi mempunyai rasa yang tajam seperti yang terdapat dalam Kopi Costa Rica.

Espresso: Minuman yang dicipta oleh orang Italy. Bermaksud terus kepada anda, kopi dihidang terus dibar dan diambil sendiri oleh pelanggan.

Mocha: Kopi yang dikisar menggunakan pengisar stim dan dikisar 2-3 kali.

September 27, 2010

17:10

hujan...

hari ni kat KL hujan
tadi kol mak, mak kata kat Sabah pun nak hujan
time macam ni sedap tido
tapi nak buat cemana keja belambak tak siap lagi
terpaksa lah berkorban masa tido
bila pikir2 balik.....

kenapa perlu buang masa dengan tidur, 
sedangkan kita akan tidur juga buat selama-lamanya
di suatu masa nanti...


09:00

Minuman Yeo's Mengandungi Emulsifier Babi?

sekadar ingin berkongsi...
(diceduk dari FB)

GREEN BEAN SOY DRINK 
 Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.


Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikiradalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya....... lihat kat pic ini.lihat dekat-dekat....... Apa kah kandungan dalamnya?  Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???  

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!



Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini. 

Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG) 







Jenama ni minuman aiar soya hijau


Perhati ingredient


Kod Lemak Babi


Made in China
p/s:kalau ingredient yang ada kod E baik jangan beli.oke..
08:43

Rahsia Permaisuri Herba: BAWANG PUTIH

Tahukah Kamoo???



Orang Mesir dan Cina telah menggunakan bawang putih sejak beribu tahun dahulu. Pekerja buruh Mesir memakan bawang putih setiap hari untuk mengekalkan kesihatan mereka. Di China terdapat tulisan tentang kegunaan bawang putih sebagai ubat. Di India bawang putih digunakan untuk mengunati batuk kering dan tekanan gula dalam darah. Di Thailand, bawang putih diguna bagi mengimbangi kolesterol dan tekanan darah tinggi tubuh.

Faedah Kesihatan

Berfungsi sebagai antiseptik, antibody, antibakteria, antioksidan, menghilangkan kahak, sesak nafas. Juga meransang dan menguatkan sistem imunisasi, mencegah infeksi, mengawal tekanan darah tinggi dan mengimbang kolesterol tubuh. Antibiotik semulajadi iaitu Alicin yang terdapat dalam bawang putih boleh membunuh kuman yang menyebabkan batuk, asma dan sesak nafas.

Kaedah Pengambilan

1. Hiris seulas bawang putih dan rendam dalam air suam dan minum setiap pagi sebelum mengambil sarapan. ia diambil sebelum tidur untuk mencegah sinus.

2. Untuk meredakan rasa sejuk, batuk,selesema dan asma, cara yang sama boleh digunakan tetapi ambilah 3-4 kali sehari selepas makan. Juga dapat membantu membersihkan hati, mengawal tekanan gula dan darah tinggi.

3. Untuk mengurangkan rasa kurang enak, boleh dicampur dengan madu.

Kegunaan Luar
1. Mengubat kaki tersalah urat, tumbuk dan campur minayk zaitun. Letak pada tempat sakit selama 15 minit. Jika terkena ulat air letak selama 20 minit atau setengah jam. Cuci kaki dengan air suam.

2. Juga boleh digunakan jika terkena gigitan nyamuk dan serangga berbisa.
00:28

7 Fakta Menarik Baju Daging Lady GaGa

sebelum ni ambooyats@blog dah post pasal Lady Gaga Meat Dress
so skang nak share fakta menarek berkenaan meat dress ni



1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli
Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .


2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk 
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.
Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.


3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm...Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.


4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.


5. Baju daging ini selesa dipakai!
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu. Hmmm, betul ke apa yang Lady GaGa cakap ni? Ataukah ia sekadar propa semata-mata?


6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau. Hebat ya?


7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah
Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih.

p/s: ada sape2 yang berminat gan meat dress ni, leh kontek lady gagak terus ye

September 26, 2010

19:06

Apa Cer Lagi Ni Maizawati? Waheeda?

secara jujurnya...
aku dah naik nyampa kat maizawa***i ni
bukan apa tak habis satu..satu lagi cerita yang ntah pape
mula-mula dulu memang kesian juga kat dia bila dicerai oleh ustaz rock tu
terus tak minat dah kat penyanyi waheeda pasal amek suami orang

tapi skang dah terbalik pula
maizawati yang dulunya aku pun tak kenal skang lebih fofular kut dari waheeda
lepas bercerai kuar pulak citer dia kawin suami muda
boleh baca kat SINI


pastu sebok pula nak join Mrs Beauty Malaysia 2010 Wakil Sabah
dan yang terbaru mengata waheeda macam ninja?

p/s: bagusla tu waheeda nak tutup aurat, walopon bagian muka tak wajib ditutup.yang dia pula makin ketat apa kes?
10:55

Fahrin Ahmad Pergi Umrah Baru-baru ini

dah jadi trend artis sekarang pergi umrah pastu publisitikan gambar2 mereka kat sana
kalau niat tu betul alhamdulillah
tapi kalo saja nak menunjuk apa2 yang tak patut ditunjuk nauzubillah

macam artis sorang ni yang boleh kata tiap tahun pergi umrah
setiap kali pergi mesti ada berita sensasi yang dilaporkan konon terjadi masa dia g umrah
ala sapa lagi kalo bukan azwan ali boleh baca kat SINI
tak tahulah tu sekadar perkongsian atau publisiti semata-mata
masing-masing punye hal kan

ok bebalik kepada tajuk jum tengok gambar Fahrin Ahmad umrah baru2 ni


fahrin ahmad

fahrin ahmad
fahrin ahmad
fahrin ahmad
fahrin ahmad
fahrin ahmad
fahrin ahmad


p/s: teringin sangat nak pegi sana, mungkin suatu hari nanti

September 23, 2010

22:11

arrrghh.....Legaaaa

akhirnya dapat juga bernafas kembali
setelah semalaman wireless DC tataw sebab apa, rasa cam sesak nafas
skang baru legaaa...dah boleh connect lah maksudnya

kalau tenet takda banyak kija takleh jalan owh
maknanya internet skang bukan saja satu kehendak tapi dah jadi keperluan

aku baru nak berhepi
tenet putus lagi!
kuang asam toL

JARING-UKM pe la masalah engko ni...aiyoyo0

September 21, 2010

17:33

Dr SMS Undang Prince Arab Saudi Ke Weddingnya







sape tak kenal angkasawan negara kita, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor (Dr SMS), 38, yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunang tercintanya, Dr Halina Yunos, 30, pada 10 Oktober 2010 ini. Wah, pandai dia pilih tarikh, 10.10.10 tu!

Dengar kata lagi, majlis itu akan diadakan secara gilang gemilang di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan yang lebih gempak lagi, Dr SMS akan turut menjemput 100 angkasawan dari seluruh dunia untuk meraikan hari bersejarah beliau itu.

yang menarek lagi tema majlis itu nanti adalah "Pahlawan Melayu di Istana Kayangan". Alhamdulillah nampaknya ada usaha dari Dr SMS untuk cuba mengangkat budaya dan martabat masyarakat Melayu untuk ditonjolkan pada tetamu-tetamu antarabangsa pada malam itu nanti.

Tak cukup dengan segala kejutan itu, Dr SMS turut menjemput Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Sultan Salman. Aduh, ini bukan dah bukan calang-calang punya majlis ini. Dr SMS turut memberitahu media yang surat jemputan telah pun dihantar dan kebanyakan mereka sudah mengesahkan kehadiran pada majlis itu.
Pasangan Dr SMS dan Dr Halina akan melangsungkan pernikahan pada waktu pagi di Masjid Tuanku Mizal Zainal Abidin Putrajaya yang terbuka kepada umum dan orang ramai sekali lagi dijemput menghadiri majlis resepsi pada sebelah malamnya di PICC. Pasangan ini juga akan mengenakan beberapa persalinan dari Putra Cosry untuk kedua-dua majlis itu.-murai.com-

nih komfem jadi wedding of the year! first and last aku nengok Dr SMS ni secara live masa Minggu Mesra Pelajar UKM 08/09.tinggi owh,hensem xyah cakap ar dan yang paling best dapat tengok video dia semasa di angkasa.ni gambar die yang sempat d snap, dari jauh pun jadilah

nak amek y ats pentas kecik sangat cam semut, sempat tangkap y ni je
08:25

Malam ni : Brainscan

jum tengok malam ni di tv3, 21 September, 10.00mlm



Kisah bermula apabila Dr.Suzana di bawah seliaan Prof. Dr. Taib Siron berjaya mencipta sebuah mesin BS21 yang boleh membaca fikiran manusia. Walaupun BS21 amat penting dalam bidang perisikian ketenteraan namun, ia amat berbahaya jika terjatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.
Hal itu benar-benar terjadi apabila Cat dan orang kanannya Kupan telah mencuri BS21 dari makmal Dr. Suzana. Satu-satunya saksi yang melihat kejadian tersebut adalah Hashim, pengawal keselamatan makmal tersebut.
Bermulalah pelbagai aksi dan perkara melucukan kerana BS21 sebenarnya boleh merealisasikan apa yang dihajati. Semasa dalam usaha melarikan diri, Cat dan Kupan bertembung dengan sekatan jalanraya oleh pihak polis. Kupan yang bersifat ‘bodoh-bodoh alang’ telah mencampakkan BS21 ke dalam semak apabila dimarahi Cat. Semasa Adruce, anak kepada Hashim dalam perjalanan balik dari sekolah, dia telah menemuinya dan membawa pulang BS21.

Pelakon: Nik Adruce, Erin Malik, Eric Fuzi, Faten, Sharifah Shahirah, M.Rajoli, Zul Yahya

September 19, 2010

10:48

Rakan Sosilawati ditemui mati tergantung

kalau sebelum ni cukup panas gan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan 3 yang lain

hari ni pula terbaca berita rakan Sosilawati ditemui mati tergantung




Seorang pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43, yang juga rakan Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam.
Kejadian itu disedari oleh anak bongsu Sarina yang berusia 16 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi ketika masuk ke biliknya.
Bagaimanapun sehingga semalam polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang kaitan dengan unsur jenayah.
Menurut anak sulung mangsa, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur dan bergegas pulang sebaik mendengar mengenai berita kematian ibunya itu.
Tambahnya, sebelum ini ibunya pernah menyatakan rasa terkilan dengan nasib malang yang menimpa rakannya, Sosilawati yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.
"Ibu dan Datuk Sosilawati memang sudah berkawan lama kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang produk kecantikan dan sejak kebelakangan ini ibu sering memberitahu dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Sosilawati," katanya.
-Kosmo!-
p/s: segala macam jenayah boleh berlaku bukan saja diluar rumah, dalam rumah pun mungkin tak selamat.so kenalah lebih berhati-hati.
08:57

Movie Raya Kesepuluh : Jin Notti

Jangan lupa malam ni di TV3, 19 September, 10.00mlm





Notti merupakan seorang gadis jin berusia 17 tahun yang sangat baik, lembut dan jujur. Dikenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara selama beratus tahun, Notti kemudiannya dihantar turun ke dunia oleh Majlis Penghakiman Jin.
Di dunia, Notti dikehendaki melakukan kejahatan dan harus melepasi skala kejahatan bagi membolehkannya bebas daripada hukuman. Sepanjang berada di dunia, Notti telah memasuki tiga tubuh manusia iaitu Ruby (gadis punk), Y’vonne (Perempuan berbangsa Cina) dan Sharifah (peguam). Bagaimanapun, ketika menjalani hukuman, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Aziz. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, tontoni Jin Notti yang bakal ditayangkan 19 September ini sempena sambutan Aidilfitri.

Pelakon: Mawi, Fara Fauzana, Cat Farish, Corie, Bob Lokman, Adibah Noor, Acappan, Hafidzuddin Fazli, Sazzy Falak, Sheila Mambo, Betty Banafe

p/s: mawi ada juga ke, tak minat T_T

September 17, 2010

20:33

Lembu terBantut

Ni adalah lembu terkecil di dunia yang bersaiz seekor biri-biri berukuran 84 sentimeter panjang.




Bukan saja kerdil lembu ni juga meminati muzik kontemporari dan dinamakan sebagai lembu terkecil di dunia oleh Guinness World Records
Lembu ni berusia 11 tahun dan dinamakan Swallow, berasal dari kawasan Yorkshire Barat, utara England.
kalau di di sana ada lembu pendek, kat sini pula ada kerbau pendek

tadaa!

18:18

Lady Gaga Meat Dress

Sebelum ni ambooyats@blog dah post entry berkenaan Lagu Alejandro by Lady Gaga

kali ni pula nak cerita pasal fesyen berpakaian LG yang pelik lagi ganjil

mungkin sebab cara berpakaian yang tak penah dipakai dek orang menyebabkan LG lebih fofular

Lady Gaga yang meraih "Video of the Year" award for "Bad Romance" at the MTV Video Music Awards mengenakan Meat Dress yang... (ntah tak tahu nak komen apa, korang tengok la sendiri)





kalo diletak kepala lembu jadikan topi lagilah menarek.kot2 leh jadi Best Dress of the year
12:39

Kes Bunuh Sosilawati A to Z

Kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiyah dan 3 yang lain dianggap selesai, semua suspek dijangka didakwa minggu depan.


KRONOLOGI: Kes bunuh, bakar Sosilawati dan tiga individu lain


6 September 2010 

Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.


7 September


Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya. 
Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta. 

8 September 

Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu. 
Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos. 

9 September 

Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan. 

10 September 

Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. 
Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu. 

11 September 

Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya. 
Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun. 





POINT KES


16 Anjing Pembunuh


Suspek utama memelihara 16 anjing Rotweiler bagi mengawal ladangnya dan menakutkan mangsa. Mangsa diugut akan dicampak ke kandang anjing jika enggan bekerjasama. Mangsa dipercayai dibunuh selepas suspek berpendapat sukar mengawal mereka. Mangsa dibelasah dengan kayu kriket sebelum dibunuh seorang demi seorang. Mayat mangsa dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai untuk melupuskan bukti


Suspek Memiliki Kekayaan Melampau


Suspek memiliki wang jutaan ringgit dalam akaun dalam dan luar negara. Antara hartanah lain rumah semi-D di Banting, unit apartmen di Taman Kinrara, ladang ternakan ayam, lembu dan kambing di Batu Laut, Morib, dan rumah sewa di Taman Cempaka. Jumlah ganjaran ribuan ringgit diberi kepada pekerja yang sanggup melakukan pembunuhan.


Teori 'No Body, No Murder'


Teori itu digunakan suspek untuk menghapus segala bukti fizikal dengan membakar semua mayat dan abunya dibuang ke sungai. Selain abu mayat, barangan peribadi, senjata digunakan dan bahan kes dibuang ke beberapa sungai berhampiran ladang bagi mengelirukan polis.


Isu Jual Beli Hartanah


Suspek sorang peguam pernah beberapa kali berurusan dengan sosilawati berkenaan jual beli hartanah dan terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang. Tanah berkenaan dibeli sosilawati anggaran RM 25Juta sebelum mahu dijual RM 200 Juta berikutan harga pasaran meningkat. Terdapat bukti transaksi wang ke akaun bank suspek dan kemungkinan berlaku kes peras ugut.

08:00

Tudung Siti Nurhaliza Macam Makhluk Asing

korang penah nampak tak makhluk asing pakai tudung?

tak pun tudung yang designnya cam makhluk asing?

ataupun makhluk asing tu sendiri bebentuk tudung?

aku sendiri pun tak penah nampak lagi, ntah wujud ke tak makluk asing tu

sebab pa aku citer pasal mende ni, tengo keyword kat bawah ni


maybe ni sebab entry Tudung Siti yang aku penah post before ni

so far tudung paling pelik yang aku nengok CT penah pakai cam ni ha



dah macam tudung saji pun ada

September 16, 2010

13:28

RIBUT Dan Sekolah Hamil di Jasin

Adakah itu sebagai amaran dari-Nya?


Ribut di Jasin , Melaka berlaku pada 14 Ogos 2010, dalam bulan Ramadhan yang menyebabkan 3 orang maut dan 18 orang lagi cedera. kejadian berlaku di bazaar ramadhan, Stadium Jasin.



Hari ni pula sebuah Sekolah Harapan dibina di Jasin untuk pelajar-pelajar hamil

mungkin sekarang mereka hanya melihat kesan jangka pendek pembinaan sekolah berkenaan iaitu membendung masalah pembuangan bayi

namun bagaimana dengan kesan pada masa yang akan datang?

mungkin lebih ramai anak-anak haram yang akan dibenihkan
mungkin lebih ramai anak-anak muda bergelumang maksiat
mungkin juga lebih ramai pelajar yang rosak
mungkin, dan mungkin

dan hanya kerna DIA yang maha mengetahui
ribut yang diturunkan sudah menjadi amaran awal agar kita lebih berjaga2
dan melakukan sesuatu dengan berfikir lebih panjang

September 15, 2010

16:22

Movie Raya Keenam : SUSUK

Movie menarik malam ni di TV3; 15 September, 9.00mlm


Susuk mengisahkan Soraya, seorang pelatih jururawat mendambakan kehidupan lebih dari ala kadar. Semua mimipi yang diidam kini menjadi kenyataan apabila dia menerima tawaran menjadi seorang pelakon.

Malangnya, bukan mudah untuk mencapai langit dan mencipta nama di persada seni yang penuh dengan cabaran dan saingan daripada bakat-bakat yang muda dan cantik.

Akhirnya, Soraya mengalah setelah dipujuk untuk mencuba amalan susuk bagi mengekalkan kecantikan dan popularitinya. Sebelum jauh terjebak dan sebelum susuk sendiri memakan tuannya, kini dia mesti memilih samada untuk terus di laluan yang benar atau mengharungi jalan hitam yang menagih pengorbanan yang besar. Sementara itu, Suzana pula seorang diva terkenal yang sedang mendaki puncak populariti teratas.

Namun terselindung di sebalik nama dan status bintang, Suzana adalah pengamal ilmu hitam tegar kerana dia pewaris susuk keramat. Namun setiap amalan jahat dan perkara terlarang yang dituriti pasti ada musibahnya, setiap kali dia melanggar pantang larang susuk, Suzana perlukan korban nyawa manusia. Apakah sebenarnya pertalian Soraya dan Suzana di dalam kemelut misteri ini?

Pelakon: Diana Rafar, Ida Nerina, Adlin Aman Ramli, Sofea Jane, Aleeza Kassim

p/s: tiap kali movie melayu baru ditayangkan takde nye nak beli vcd or g tengo kat cinema, tunggu je time raya  kompem ada disiarkan. sebab macam tak berbaloi, trailer je lebih.kan3

September 12, 2010

08:45

Konsep 1 Malaysia Di Salahertikan

masih ramai yang keliru dengan konsep 1 Malaysia

ada yang beranggapan 1 Malaysia memberi hak sama rata kepada bumiputera dan bukan bumiputera

tidak kurang juga 1 Malaysia dianggap sebagai satu agama, seperti iklan Santa Claus Aidilfitri di TV3



disebabkan iklan ni menimbuklkan banyak kontroversi ia telah ditarik balik
walaupon RM200 000 telah di belanjakan

ini semua adalah atas keprihatinan masyarakat kita berkenaan isu agama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us