Breaking

August 31, 2010

12:34

Mari Belajar Bahasa Brunei 1



  1. tumpi - lempeng
  2. bisidia - mereka
  3. lihit - pekat
  4. cawir - cair
  5. kabat - tutup
  6. tamparik - petir
  7. bisai - cantik, indah
  8. lampuh - gemuk
  9. mua - muka
  10. bida - hodoh
  11. semawar - dapur minyak tanah
  12. bidut - jelaga
  13. takilala - kenal
  14. rumpang - rongak
  15. sigup - rokok
  16. sluar katak - seluar dalam
  17. baju kutang - bra
  18. baju gatah - t-shirt
  19. rancung - kain sampin
  20. babaw/babau - bisu
  21. baie - babi
  22. sanyam - sunyi
  23. pajah - padam
  24. semberana - cuai
  25. jangkau - sentuh
  26. kamah - kotor
  27. pabinian - isteri
  28. damit - kecil
  29. buntak - pendek
  30. buntak lamak - pendek gemuk
00:00

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-53




Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

-Sudirman (Ahmad CB)-31 Ogos 



August 30, 2010

13:29

Maizawati ikut Mrs Beauty Malaysia 2010 Wakil Sabah

Aktress Bollywood, Shakti Kapoor akan mengacarakan malam kemuncak Mrs Beauty Malaysia 2010 pada malam semalam, di Dewan Seri Endon Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya. Seramai 14 peserta ada yang bangsa Melayu, Cina dan India. Paling menarik lagi, ia disertai oleh tiga wanita bertudung di mana salah seorangnya adalah bekas isteri penyanyi dan penceramah Akhil Hayy, Maizawati Zainal mewakili negeri Sabah di Bawah Bayu.

Juara yang menempah gelaran Mrs Beauty Malaysia 2010 akan berpeluang mara ke pertandingan Mrs Beauty World 2010 yang akan berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat. Juara juga akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, pakaian, kasut dan mahkota.

Nasib badan lah apabila penganjur menetapkan para peserta tidak memakai bikini, pakaian renang atau kostum yang jarang atau yang seksi seksa. Panel juri profesional dari Malaysia dan antarabangsa akan menilai peserta dari segi persembahan, pidato umum, temubual, personaliti, bakat, kerja amal dan penampilan. -mStar



p/s: be! tia ngam2 ow mo jd wakil Sabah, ramai gik sumandak santek buli2 dia pula..eee tulungla gila glemer betul ni babu...hahak tia suka ow :(
09:20

Lakaran CROCS yang menyerupai nama ALLAH.

Lakaran CROCS yang menyerupai nama ALLAH... MasyaAllah..


KEBETULAN?? Cuba check kasut korang...





Apabila dunia semakin hampir dengan kiamatnya, pelbagai isu untuk menjatuhkan agama itu dan ini kita ketahui.Tetapi sebagai seorang islam, apa kah peranan dan tanggungjawab kita untuk menangani perkara sebegini rupa?Adakah kita hanya perlu menyebarkan perkara sebegini rupa sahaja?


Jika kita sekadar menyebarkan perkara ini sahaja tanpa berbuat apa-apa pun orang kafir akan bertepuk tangan.






August 29, 2010

19:02

Flo Ellen's 1st GiveAway..

'Create

salam semua,
petang ni tak bz sangat so sempatla nak melayan blog ni
kali ni nak join  Flo Ellen's 1st GiveAway
excited juga nak join GA dari Sabahan Blogger ni..yela aku pun sabahan gak heeee~~~
nak menang GA ni mudah je cuma perlu teka umur anak Ellen
kalo bab teka meneka ni aku taklah terer sangat
tapi tak pe nak cube gak
.


 Meneka umur anak Ellen dalam gambar di atas:-
Cth : Gambar 1 : 3 TAHUN
 Gambar 2 : 1 TAHUN
Gambar 3 : 7 TAHUN
Gambar 4 : 5 TAHUN

nak cite siket pasal anak Ellen...
keempat2 beboy y comel2
pic 1 gan pic 4 tu muka derang hampir sama
y pic 2 pula same gan pic 3
huhu...tu ikut mata aku la tataw pulak orang lain 
13:27

Facebook saman Teachbook

Pasal "book" pun nak kecoh...haishh


vs



Pengurusan laman Facebook mengemukakan saman terhadap web masyarakat perguruan baru, Teachbook.com, kerana menggunakan perkataan ‘book’ sebagai sebahagian nama, menurut dokumen mahkamah. 

Facebook mengambil tindakan itu meskipun Teachbook belum dilancarkan dengan rasmi atas alasan ‘ia mengambil peluang daripada reputasi terkenal nama Facebook, lapor Wired.com yang dipetik akhbar The Telegraph, semalam.


Facebook yang memperoleh anggota ke 500 juta bulan lalu turut menuduh Teachbook mencabul, mencemar hak cipta dan bersaing secara tidak adil. 

Teachbook yang dibentuk sebuah syarikat Amerika Syarikat dan dijadual dilancarkan akhir tahun ini, baru mempunyai 47 ahli.



p/s: banyak2 nama benda kat dunia ni, book jugak korang pilih
12:50

tapi...Kenapa DIA?

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

p/s: kalau DIA orang y salah, sapelah y betul tu..hmmmm?

10:23

Shahir AF8 Beli Kereta Nissan Fairladyz

 Waa~ kereta yang menjadi pojaan ramai bakal jadi milik Shahir


Kereta Nissan FairladyZ ni bukan calang-calang juga daripada rekabentuk dan teknologi yang dimiliki seakan-akan 'sporty car' yang boleh dimiliki. Mahu tidak harga nak mencecah RM300,000 lebih tu. Tak pasti pula FairladyZ model apa. 

pas nie boleh bawa 'racing', lumba dengar kereta pengarah Syamsul Yusuf tak pun dengan Lamborghini Gallardo milik Yusry KRU. (izyan.com)
10:18

Komputer Boleh Sebabkan Ketagih

PERMAINAN Lineage II amat popular di kalangan remaja.

HONOLULU - Seorang hakim persekutuan di Hawaii semalam membenarkan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), Craig Smallwood menyaman sebuah syarikat pengeluar Korea Selatan kerana menyebabkannya ketagih permainan komputer.
Hakim daerah Alan Kay berkata, lelaki berusia 51 tahun itu berhak meneruskan saman terhadap NCSoft Corp. yang mengeluarkan permainan Lineage II sehingga menyebabkan mangsa ketagih bermain lebih 20,000 jam sejak 2004 lalu.
Keadaan itu mengakibatkan dia terpaksa bergantung hidup kepada permainan tersebut serta gagal menguruskan diri seperti tidak mampu lagi berpakaian, mandi, berbual dengan keluarga dan rakan seperti kebiasaannya.
Mangsa mendakwa, firma komputer itu tidak pernah mengeluarkan amaran bahaya ketagihan secara psikologi akibat daripada permainan tersebut.
p/s: ada jugak y sampai jadi camni 

08:11

ILUSI MATA HEBAT KURNIAN-NYA

Cuba lihat titik di tengah pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...SUBHANALLAH.. 
rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini.




August 28, 2010

21:12

Pesta Yenna Yenni

mggu depan dah stat mid term
tapi baru skang nak mula stdy

ingat malam ni boleh fokus lebih
banyak betul benda nak ingat neh

tapi ada pulak pesta yenna yenni kat sekolah tamil sebelah ni
adoiiiii........bising arrr!!


tengok dari blok ak nampak bayang je
tapi bunyi muzik bukan main lagi
exceed ceiling limit!
16:50

Mekah Clock Tower

Negara Arab skang belumba2 membina bangunan pencakar langit

kalo Dubai terkenal dengan Burj Khalifah, Arab Saudi pula dalam pembinaan Clock Tower

RIYADH - Arab Saudi mula menguji jam terbesar di dunia yang terletak menghadap Kaabah di Masjidilharam, Mekah selama tiga bulan bermula Ramadan ini.



Setakat ini, hanya satu daripada empat jam siap pada bahagian bangunan mencakar langit yang dijadualkan mencapai ketinggian 600 meter apabila siap sepenuhnya, sekali gus bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Menara itu juga mempunyai permukaan jam dengan diameter 40 meter yang lima kali lebih besar berbanding permukaan jam Big Ben di London, malah mengatasi diameter 36 meter pada permukaan jam di Cevahir Mall, Istanbul, Turki.

Satu sahaja daripada empat jam yang siap setakat ini dan permukaan jam itu dihiasi 98 juga kepingan mozek kaca.

Jam yang direka jurutera dari Jerman dan Switzerland ini boleh dilihat dari jarak lebih 25 kilometer.

p/s: Antara tanda-tanda kiamat adalah apabila manusia berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit
12:33

Suara Dajjal Sudah Kedengaran

Salam semua,

semalam dapat email dari member dan nak kongsi kat sini



Semalam, siaran RTM di Negeri Pahang tergempar bile ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, (mungkin ini tanda2nya)

Kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi. menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain...Amanah!! Wallahualam...   

BAHAYANYA KARTUN POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya??? 

POKEMON bermaksud saya yahudi,

PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi,

CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah(..nauzubillah) 

sumer org yg ade yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id die macam ni: anamuslim_...cute_ 97@yahoo. com die cuba nak murtadkan org Islam. tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!!!

Protect Our Population Of Islam

p/s: so nasihatkan adik2 anak2 spya jgn sebut nama2 kartun yahudi tu ek!

August 27, 2010

18:02

Cendawan Goreng versi Ambooyats :)

hari ni aku rajin sket nak masak
kalo kat rumah bolehla masak ari2
tapi kat sini susah siket

so menu spesel tuk hari ni...

cendawan goreng :)

hari tu beli cendawan goreng kat bazar tak sedap
tu yang nak masak sendiri

bahan2 y ak gune simple je

ofcoz la cendawan..

telor n tepung goreng

pastu bancuh2

gaul2

goreng2

tadaaa...

da siap pon


sedap ke tak tak taw lak kne tggu waktu bebuka nt :D
tp kompem sedap punya ngeh2

p/s: tak sabar nk balik, nak tolong mak msk kt umah lak :D






August 26, 2010

19:31

Berbuka Puasa Dengan Ekor Ayam

entry seterusnya tuk hari ni ehehe..

apa menu bebuka korang hari ni?

mesti macam2 jenis makanan terhidang kat depan mata kan

menu bebuka aku tuk ari ni simple je

jeng....jeng....jeng

ekor ayam a.k.a cocktail...heeee

kalo kat umah my sis tukang wat koktel nih

aku pulak tukang makan, hahak

yang ni beli kat bazaar tadi arge 2hengget

balik nanti aku nak try buat sendiri pulak...yeay

p/s: aku dah semakin rajin n pandai memasak<< betol tak tipu :D
17:58

Sampai bila.....


sampai sekarang aku tak boleh terima kau dalam hidup aku

ya ALLAH, 

andai keinsafannya sekadar menutup keaiban silam 
andai dihatinya masih terselit kebusukan 

andai lakonannya hanya mengabur kehipokritan
andai bicara manisnya menjadi tangkal kepalsuan

ENGKAU berikanlah balasan yang setimpal untuknya. amin
16:58

Hantu Kepala Terbalik

salam petang semua,

kalo time petang ni aku rajin sket update blog
yela baru balik kelas so takde lah banyak keje sangat

hah! ni nak cite pasal hantu kepala terbalik
takot tak? huhu
ni bukan sembarang hantu, tapi...

chaak!..monings :)

ye..burung hantu. comey tak
burung hantu ni bukan patah kepala ke hape tapi pura2 terbalikkan kepalany
haiwan ni cube nak kejutkan adik-beradikny yang sedang tido
alolo comelny..
kalo ade jual kat cni kompen aku orang petama beli nak suh die kejut aku lak..heee

p/s; tapi mahlok bebulu ni aku ngeri sket...
16:12

SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!



pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan



Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!


Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us