Breaking

Showing posts with label br1m pusingan kedua. Show all posts
Showing posts with label br1m pusingan kedua. Show all posts

November 6, 2012

08:08

eBR1M - Borang Online Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0

eBR1M - Borang Online Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Permohonan eBR1M - Borang Online Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 kini telah dibuka. anda boleh melayari laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ bagi membuat permohonan BR1M 2.0 secara online. Bagi mereka yang telah mengisi BR1M 1.0, anda boleh mengemaskini borang permohonan di laman web yang sama.


  •   Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
                  isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
                  dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

November 1, 2012

08:52

Pendaftaran Online BR1M 2.0, Borang RM500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Berikut adalah cara daftar atau mohon BR1M 2.0 buat kali kedua secara online. Seperti yang anda tahu, kesemua borang BR1M 2.0 akan diedarkan pada hujung bulan oktober ni. Penerima yang layak akan terima wang bantuan RM500 bagi individu yang layak.

Syarat BR1M 2.0
  • Warganegara Malaysia
  • umur 21 tahun dan keatas
  • Bujang dan berkeluarga
  • Isirumah berpendapatan RM3000 dan kebawah
  • Individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
  • Pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0
Cara Daftar BR1M 2.0
Isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.

Borang BR1M Online
Borang 2.0 boleh didapatkan dilaman http://www.treasury.gov.my pada hujung bulan oktober 2012. Kami akan sediakan pautan untuk dapatkan borang tersebut. Permohonan boleh dibuat bermula 1 November 2012

Borang BR1M 2.0 Secara Manual
Borang juga boleh didapatkan di Kaunter Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai berkata pengumuman mengenai borang BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi dalam bulan Oktober ini

Sumber: melvister.com

September 29, 2012

07:48

BR1M 2.0: RM500 Untuk Isi Rumah, RM 250 Untuk Individu Bujang


BR1M 2.0: RM500 Untuk Isi Rumah, RM 250 Untuk Individu Bujang. Beberapa insentif termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia fasa kedua (BR1M 2.0) merupakan satu langkah pengurusan ekonomi yang tepat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yassin berkata, pemberian BR1M bukan sahaja mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat namun secara tidak langsung ia memberi kesan kepada pusingan ekonomi dalam negara.
"Peruntukan sebanyak RM3 bilion ini akan diputar balik dan masuk dalam sistem ekonomi negara. Bermakna apabila mereka berbelanja, maka perdagangan dalam negara akan berkembang. Ini satu pengurusan ekonomi yang tepat," katanya pada sidang media selepas sesi perbentangan Bajet 2013 di bangunan Parlimen di sini, Jumaat.
Merusi Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian BR1M 2.0. Bagi fasa kedua, ia diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
Peruntukan RM3 bilion menerusi pemberian BR1M 2.0 ini akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.
"Apa yang kota buat adalah dengan mengambil kira keperluan rakyat. Ia bukan kerana tuntutan pilihan raya. BR1M ini sesuatu yang ditunggu-tunggu. Tambahan pula dengan memasukkan kumpulan orang bujang dengan pemberian RM250. Ia mampu boleh kurangkan kos hidup yang sebelum ini tidak tersenarai.
"Pembangkang kata dengan perbelanjaan ini kita hadapi masalah, tapi terbukti bahawa kadar defisit negara dapat dikurangkan," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us