Breaking

August 8, 2011

August 7, 2011

20:31

Poduk SimplySiti Dijamin Halal, Tiada DNA Babi


Produk kosmetik SimplySiti menafikan penggunaan berus bulu babi dalam produknya sebagaimana yang didakwa dalam sebuah laman blog baru-baru ini.
Presiden produk tersebut Datuk Siti Nurhaliza Taruddin berkata kesemua produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum.

August 6, 2011

August 3, 2011

21:37

Kasih Alia Slot Akasia TV3 | Sinopsis Kasih Alia

Kasih Alia: Tampilkan Kemelut Tragedi, Dendam, Cinta


Akibat dendam, 2 orang kanak-kanak iaitu Kasih dan adiknya Qabil telah menjadi korban dalam sebuah tragedi hitam hingga memaksa mereka terjerumus di dalam sindiket menjual kanak-kanak. Mereka kemudian terpisah, namun takdir telah menemukan semula mereka selepas bertahun-tahun lamanya.

Bagaimana pertemuan itu berlaku dan adakah Kasih dan Qabil mengetahui bahawa mereka mempunyai pertalian darah?Semua itu dapat disaksikan dalam drama bersiri terbaru Kasih Alia' terbitan JS Pictures. Menggantikan drama bersiri Dewa Cinta di slot Akasia mulai 1 Ogos yang lalu.

20:16

Pengacara TV3 Ally Iskandar Putus Tunang


Pengacara popular stesen TV3, Ally Iskandar dikatakan telah putus tunang dengan naib juara program realiti, Gadis Melayu, Nur Aishah Zainal. Ally yang sebelum ini melangsungkan pertunangan dengan Nur Aishah pada awal Februari lalu dikatakan telah putus hubungan selepas Nur Aishah meletakkan status di laman sosial Facebooknya kepada 'i"m Officially Single' baru-baru ini.
Menurut teman rapat Nur Aishah, hubungan pertunangan antara Ally Iskandar dan Nur Aishah sememang sudah terlerai akibat daripada kesibukkan kedua-duanya dalam menguruskan kerjaya seharian mereka.
Setakat ini, baik Ally ataupun tunangnya, kedua-dua mereka masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengsahihkan khabar berita ini.

August 2, 2011

19:57

Drama Menarik Di Slot Ramadhan TV9 { Jiman, Sekilas Qalbu, Lailatulqadar


Bermula 3 Ogos 2011, TV9 menerusi slot Skrin di 9 akan menyiarkan telemovie-telemovie menarik pada setiap Rabu, sepanjang bulan Ramadhan ini. Bertemakan ‘Ramadhan Di Hatiku’, berikut merupakan telemovie yang akan disiarkan di kaca televisyen anda.

 

Jiman (Rabu, 8.30 malam, 3 Ogos)
Apakah nasib seorang insan cacat yang tidak mampu menjaga dirinya sendiri tanpa bantuan sesiapa? Begitulah yang difikirkan oleh Mak Midah (Fauziah Nawi) yang mempunyai seorang anak terencat akal bernama Jiman (Rusdi Ramli). Jiman merupakan seorang yang baik hati dan amat menyayangi keluarganya tetapi apakan daya, ketika kecil, Jiman jatuh sakit dan disahkan cacat akal seumur hidupnya.

Walaupun dia mempunyai seorang adik, Azhar (Iqram Dinzly), namun Azhar begitu membencinya kerana Mak Midah dan orang kampung begitu memanjakannya sejak kecil. Jiman sentiasa dibuli oleh Azhar kerana perasaan tidak puas hati. Apatah lagi, ibu dan arwah bapa mereka sentiasa mendahulukan Jiman. Bagi Azhar, dia patut menerima lebih kerana dia sihat dan tidak mempunyai masalah mental seperti Jiman.

Kenapa Jiman sahaja yang mendapat kasih sayang yang lebih? Kenapa apabila arwah bapanya meninggal dunia, harta tanah diberikan lebih kepada Jiman? Semua persoalan ini membuatkan benci terhadap Jiman semakin membuak-buak. Apakah yang akan dilakukan oleh Azhar untuk mendapat harta tersebut? Termakbulkah doa Mak Midah untuk mendamaikan anak-anaknya? Sama-samakan kita saksikan ‘Jiman’ pada 3 Ogos 2011, jam 8.30malam hanya di TV9.
19:40

Khairul Fahmi Putus Tunang, Apex Jawab 10 Isu Putus Tunang Dengan Elia


Eksklusif untuk anda, Khairul Fahmi atau Apex telah menjawab 10 isu yang berbangkit demi menjelaskan keadaan yang sebenar tentang kesnya putus tunang dengan Elia.


1. Keputusan Nekad Putus Tunang
"Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.
Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.
Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.

August 1, 2011

12:46

Elia Terkejut Khairul Fahmi Putuskan Pertunangan | wujud orang ketiga

Dalam akhbar Metro semalam, Khairul Fahmi mengeluarkan kenyataan memutuskan pertunangan dengan Elia. ari ni Elia pula membalas kenyataan bahawa dia tidak tahu langsung Khairul Fahmi memutuskan pertunangan mereka, dan Elia hanya mengetahui selepas membaca akhbar semalam. hmm sabar aje lah Elia, kalau ada jodoh tu tak ke mana.

TINGGAL KENANGAN...Elia (kiri) hanya mengetahui kisah putus tunang menerusi kenyataan Khairul dalam Metro Ahad, semalam.

“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us