Breaking

July 3, 2011

17:36

BERSIH 2.0 : 8 Tuntutan Segera Perhimpunan Bersih

Setiap hari pasti keluar di mana2 akhbar mahupun tv berkenaan isu Bersih. Perhimpunan Bersih akan diadakan 9 Julai ini. apa sebenarnya yang berlaku disebalik kekecohan ni sampaikan Ordinan Darurat digunakan. sebenarnya dalam perhimpunan Bersih 2.0, ada 8 tuntutan yang mahu dilaksanakan segera..


Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

 1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

@: tunggu dan lihat apa yang akan berlaku 9 Julai ni
08:08

Dr Harlina mahu bersalin dalam air

Pastinya tak sabar dan teruja pasangan angkasawan negara, Dato Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Harlina menyambut kelahiran anak sulung mereka. dengarnya Dr Harlina mahu bersalin dalam air? sebagai sorang doktor mungkin Dr Harlina lebih tahu kelebihan bersalin dalam air ni.


 “Kaedah bersalin ini sudah menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Malah ramai yang mempraktikkan kaedah ini umpama spa yang memberi kelegaan dan ketenangan fikiran.
apa kata Dr Harlina lagi...

July 2, 2011

21:04

(Gambar) Majlis Kahwin Persandingan Tomok & Ayu

Majlis pernikahan Tomok dan Ayu dah pun berlangsung semalam, 1 Julai 2011. hari ni berlangsung pula majlis persandingan Tomok dan Ayu yang sungguh meriah tengahari tadi di lokasi yang sama. 


Memang cantik dan sepadan pengantin lebih-lebih lagi bila pengantin perempuan mengenakan gaun kembang bak puteri diraja. Rabu ini pasangan pengantin akan meraikan rakan-rakan artis, media dan tetamu dalam sebuah majlis resepsi yang bakal berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.

klik untuk melihat gambar sanding Tomok & Ayu sepenuhnya...

19:22

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan UPU IPTA, KPLSPM ,Matrikulasi, Politeknik, Tingkatan 6 2011


Bagi calon-calon lepasan SPM, STPM dan setaraf, semakan keputusan permohonan UPU IPTA, KPLSPM ,Matrikulasi, Politeknik, Tingkatan 6 2011 boleh disemak mengikut tarikh berikut.

karnival jom masuk U
UPU – Lepasan SPM
  • Semakan Temuduga (jika ada) :11 April 2011 Rujukan: UTM, UiTM, UPSI, UPNM
  • Temuduga : 14 – 18 April 2011
  • Keputusan Permohonan : 6 Mei 2011 Rujukan: upu.mohe.gov.my
  • Penerimaan Tawaran : Mei 2011 IPTA
  • Pendaftaran Pelajar Baru: 1 Jun 2011
UPU – Lepasan STPM & Setaraf – Bukan Pendidikan
UPU – Lepasan STPM & Setaraf – Pendidikan
  • Semakan Ujian MEdSI: 22 April 2011 Rujukan: mpm.edu.my
  • Ujian MEdSI: 30 April 2011
  • Semakan Temuduga: 13 Mei 2011 Rujukan: upu.mohe.gov.my
  • Temuduga 18 – 25 Mei 2011
  • Keputusan Permohonan Julai 2011
  • Pendaftaran Pelajar Baru 3 & 4 September 2011
USM(Universiti Sains Malaysia)
  • Semakan Ujian MUnSyI: 24 Mac 2011 pohon.usm.my
  • Ujian MUnSyI: 9 April 2011
  • Semakan Temuduga: 20 April 2011
  • Temuduga: 23 – 29 April 2011
  • Keputusan Permohonan: Mei 2011
  • Pendaftaran Pelajar Baru: 3 & 4 September 2011
Matrikulasi
  • Keputusan Permohonan: 28 April 2011 moe.gov.my
  • Pendaftaran Pelajar Baru: 23 Mei 2011
  • Keputusan Rayuan dan Ambilan Kedua: Mei 2011
  • Pendaftaran Pelajar Baru (Rayuan dan Ambilan Kedua) : Jun 2011
KPLSPM 2011
  • Semakan Temuduga: 12 April 2011 moe.gov.my
  • Temuduga & Ujian Insak : 18 – 29 April 2011
  • Semakan Temuduga(Ambilan Khas): 25 April 2011
  • Temuduga & Ujian Insak: 2- 5 Mei 2011
  • Keputusan Permohonan : 21 Mei 2011
  • Pendaftaran Pelajar Baru: 20 Jun 2011
Politeknik
  • Semakan Panggilan Temuduga: 8 & 13 April 2011 politeknik.edu.my
  • Temuduga: 11 – 25 April 2011
  • Ujian Bertulis: 17 – 25 April 2011
  • Keputusan Permohonan (Tanpa Bertemuduga): 22 Mei 2011
  • Keputusan Permohonan (Bertemuduga): 30 Mei 2011
  • Pendaftaran Pelajar Baru: 3 Julai 2011
PILN JPA
  • Semakan Temuduga: 8 – 16 April 2011 Rujukan: esilav2.jpa.gov.my
  • Temuduga: 12 – 15 April 2011
  • Keputusan Temuduga: Mei 2011
  • Program Perdedahan Kerjaya Seorang Doktor: 10 – 12 Mei 2011
  • Keputusan Rayuan: Jun 2011
  • Pendaftaran Pelajar Baru: Jun/Julai/Ogos 2011
PILN MARA
Tingkatan 6
  • Semakan Tawaran ke Tingkatan: 6-9 Mei 2011 moe.gov.my
  • Pendaftaran Pelajar Baru: Mei 2011
  • Permohonan Pertukaran Jurusan: Mei 2011 Pengetua Sekolah
  • Tarikh Tutup Rayuan: Jun 2011 Pengetua Sekolah

sumber: melvister.com
16:42

(Video) Resepi Rahsia Ayam KFC Terbongkar!

Pasti ramai yang nak tahu secret recipe ayam KFC yang sedap hingga menjilat jari, dalam video yang bakal korang tengok ni membongkar resepi di sebalik pembuatan ayam KFC, dan resepi tu dah tak rahsia lagi. kalo nak tahu jum tengok vid nih...



dah nampak kan...burok betul perangai budak kfc tuh, arini korang buat kat makanan owang laen camtu ntah esok lusa korang pulak yang terkena...ish2

July 1, 2011

23:32

Juara Imam Muda 2 : Hassan

Tahniah buat imam muda Hassan yang dinobatkan sebagai juara imam muda 2. nampaknya bukan senang nak menentukan siapa yang bakal juara imam muda musim kedua ni, sebab kedua-dua finalist iaitu Imam Muda Hassan dan Imam Muda  Nazrul masing2 ada kelebihan yang tersendiri.


sebagai juara imam muda Hassan membawa pulang hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Manakala Naib juara, Imam muda Nazrul memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Tahniah...
23:06

(Gambar) Majlis Nikah Tomok dan Ayu 1 Julai 2011

Dengan sekali lafaz, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, kini sah menjadi suami kepada pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat.



Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11. Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran.
Sementara itu, pasangan ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).
teruskan layan gambar nikah Tomok sepenuhnya...

22:56

(Gambar) Majlis Nikah Noh Hujan & Mizz Nina

Tahniah buat pasangan Noh Salleh dan Mizz Nina yang dah selamat bergelar suami isteri kira-kira pukul 9.30 malam tadi. Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang.
Pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.
Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.


teruskan layan gambar pernikahan Noh & Mizz Nina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us