Selepas majlis pernikahan pada 1 Julai, pasangan Noh dan Mizz Nina diraikan pula dalam majlis resepsi istimewa dan unik, malam tadi yang berlangsung di Hotel DoubleTree by Hilton dengan berkonsepkan Jepun.
menurut Mizz Nina
“Idea untuk membuat konsep Jepun ini datang dari kami berdua sendiri. Kami memang suka apa saja tentang Jepun, muzik, anime mahupun makanannya. Lagipun, moyang saya juga orang Jepun. Dari situ, kami mendapat ilham untuk menggabungkan idea ini dengan elemen Kemelayuan,”
“Pakaian pengantin kami direka khas oleh pereka tempatan, Michael Ong. Ia merupakan kombinasi daripada baju kebaya, Melayu dan Jepun. Kami gembira dengan gabungan ini kerana ia sangat cantik dan sesuatu yang lain.”
jum layan lagi banyak gambar resersp Noh dn Mizz Nina...