Breaking

December 12, 2010

02:52

kenapa?

dalam sehari ni banyak benda yang terjadi alahai....

happy memang happy tapi risau pun ada

ya Allah apekah mksud semua ni

01:35

Follower Bertuah Ke-444: Cik Safiyyah Tahniah!

sebab me hepi sangat malam ni jari pun menari-nari nak buat entry. entry kali ni special tuk follower ke-444 tahniah! time kasih korang sebab sudi jadi follower ambooyats@blog ni. kepada yang dah followed tapi me tak follow g tolong tinggalkan komen yek pasni me follow korang balik. heee...

nak tahu sape follower yang betuah tu, ni die...

cik safiyyah follower ke-444
cik safiyyah ni blogger baru lagi, so ape kata kite support rakan blogger baru


@: pasni sape pulak yang bertuah? jangan lupe follow yek heee :D

December 11, 2010

22:09

Lirik Lagu & Klip Video Senyum - Malique ft Najwa

Mase tengah layan frenzyFm lagu Senyum nyanyian Malique ft Najwa dimainkan. first time me dengar lagu ne ahah agak ketingalan jugalah me ni.dan lirik lagu ni memang mencuit hati. pasal tu me terus search pasal lagu Senyum tuk share kat sini.


Lirik Lagu Senyum – Malique ft Najwa

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


Ulang Verse
Ulang Chorus


Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Seny

um sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ulang Verse


Senyum :)
21:03

BlogLarian: One Stop Center for Blogwalkers

okey me nak bayar hutang tag ni, tag ni dari cik Roxy pasal bloglarian. ape y menarik pasal bloglarian ni memudahkan para blogger berblogwalkin dengan mudah dan cepat. memang menarik dengan satu klik boleh view beberapa blog page.


pastu nak kne wat slogan

"Saya suka berblogwalking kerana blogwalkin itu sonok! leh kenal gan blogger laen, dapat bace entry2 menarik, up trafik, dan banyak lagi lah. kalo tak berblogwalkin hidup blogger tu ase tak lengkap uhuh...

yang kene tagged;


ok shiap!
11:24

"Saya Hanya Tahu Jual Tubuh Dan Layan Lelaki"

alahai dunia akhir zaman, manusia sentiasa bagi alasan nak tutup kesalahan yang dilakukan. dalam artikel hMetro arini, me tertarik gan kenyataan suzie;
 “Saya hanya tahu layan lelaki. Saya tak minta untuk menjual tubuh, tetapi itu saja pekerjaan mampu saya lakukan kerana saya tak bersekolah tinggi,”
 BIASA MEWAH...Suzie (kiri) menerima bimbingan isteri pengasas Kewaja, Ruzitah Baharum.
me rasa pendidikan tak tinggi tu bukan alasan tuk menjual tubuh. banyak lagi pekerjaan yang tak memerlukan kelayakan tinggi, walaupn gaji tak sebanyak mana yang pasti sumbernya halal. kalau duit banyak mana pun tapi tak halal, takkan lama duit tu cayelah.

kata suzie lagi;
“Sebenarnya saya nak berubah, tapi kehadiran anak ini mengubah fikiran saya. Bagaimana saya mahu menyara anak ini nanti, jadi pilihan yang ada hanya kembali ke pekerjaan asal sebagai GRO,”
“Bayangkan dalam seminggu saya mampu mendapat RM3,000 hanya dengan melayan beberapa lelaki. Jika saya mencari pekerjaan lain, saya takut anak ini akan menderita tak cukup makan,”
anak tu kan rezeki dari-Nya. setiap anak tu pasti akan membawa rezeki lebih kepada keluarga itulah kelebihan anak-anak. tapi kalau anak luar nikah me tak pasti pula tu kena tanya yang lagi arif. harap suzie berubah ye

Berita penuh hMetro online

KUALA LUMPUR: “Saya hanya tahu layan lelaki. Saya tak minta untuk menjual tubuh, tetapi itu saja pekerjaan mampu saya lakukan kerana saya tak bersekolah tinggi,” kata Suzie kepada Harian Metro ketika ditemui di Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Gombak, di sini, semalam.

Pelayan pelanggan (GRO) berusia 22 tahun itu diselamatkan wartawan Harian Metro Rabu lalu apabila dia yang sarat mengandung sembilan bulan mahu menjual bayinya kepada satu pasangan bukan Islam yang menawarkan bayaran RM22,000.

Bagaimanapun, dia dapat dipujuk wartawan supaya tidak meneruskan niat itu dan bersetuju memasuki Kewaja untuk mendapatkan perlindungan dan bimbingan sebelum melahirkan bayinya.

Suzie berkata, sejak berusia 17 tahun dia sudah terjebak dengan kancah maksiat dan mampu hidup selesa, namun mungkin ada hikmah di sebalik kejadian dia hamil anak luar nikah kerana kini hatinya lebih terbuka untuk mengingati Tuhan dan mendalami Islam.

“Sebenarnya saya nak berubah, tapi kehadiran anak ini mengubah fikiran saya. Bagaimana saya mahu menyara anak ini nanti, jadi pilihan yang ada hanya kembali ke pekerjaan asal sebagai GRO,” katanya.

Ketika ditemui semalam Suzie tidak dapat menggambarkan bagaimana kehidupannya kelak jika anak yang bakal lahir itu mengetahui pekerjaannya.

Katanya, dia tidak mahu terus bergelumang maksiat dan dosa, tetapi tidak tahu bagaimana cara mahu menyara anaknya kerana hanya pekerjaan sebagai GRO mampu memberi pendapatan lumayan.

“Bayangkan dalam seminggu saya mampu mendapat RM3,000 hanya dengan melayan beberapa lelaki. Jika saya mencari pekerjaan lain, saya takut anak ini akan menderita tak cukup makan,” katanya.
Anak bongsu daripada dua beradik dari Selayang di sini, tidak tahu bagaimana cara untuk kembali ke pangkal jalan kerana sudah selesa hidup mewah dengan bergelumang maksiat.

“Setiap kali melihat wanita bertudung, terdetik hati untuk berubah, tapi sukar mengenangkan pekerjaan saya lakukan ini, malah kebanyakan rakan saya juga GRO dan hidup kami sudah sebati dengan dosa.

“Saya akan cuba menipu anak ini nanti dengan mengatakan saya kerja kilang atau apa-apa saja, asalkan dia tak tahu pekerjaan sebenar saya,” katanya.

Suzie juga berharap ada pihak sudi membantunya keluar dari kancah hina itu. Katanya, di Kewaja dia digalak memperbanyakkan amal ibadat dan mengingati Tuhan memandangkan rasa sakit untuk bersalin diibaratkan seperti bertarung dengan maut.

“Saya lebih tenang di sini, tidak lagi diganggu panggilan daripada 'ibu ayam' yang minta saya melayan pelanggan yang ketandusan kasih sayang itu, malah saya berharap hidup akan lebih bererti apabila anak ini lahir kelak,” katanya. Dia yang masih menyimpan hasrat untuk kembali menjadi GRO masih dipujuk pihak Kewaja supaya tidak mengulangi dosa silamnya selain memberi dorongan agar mencari pekerjaan lebih baik.

Ini berikutan dia malu dan menganggap masyarakat tidak dapat menerimanya lagi walaupun jauh di lubuk hatinya ingin memulakan kehidupan baru bersama bayi yang bakal dilahirkan.

@: semoga dijauhkan dari perkara yang tak baik, nauzubillah
09:58

Bakal Suami Rabecca Peguam Duda Berusia 42 Tahun!

Salam semua, ramai artis wanita memilih bakal suami yang lebih berusia dan berstatus vvip. adekah sebab duit atau nak pastikan mase depan tejamin tak pun memang taste lelaki berusia? hmm..sape tanak hidup senang kan. berbalik kepada tajuk, pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 24, bakal menamatkan zaman bujangnya pada 14 Januari 2011 dengan seorang peguam, Nor Azam Datuk Sulaiman berusia 42 tahun.

Majlis perkahwinan Rabecca pun bukan cikai, 3 hari berturut-turut tuh. 14 Januari acara pernikahan, 15 majlis resepsi di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan tradisional dan 16 Januari pula acara persandingan di Menara Kuala Lumpur berkonsep Inggeris.


bila ditanya pasal hantaran pula
"Memang saya tak tahu berapa hantaran yang akan saya terima. Cuma dengan apa yang saya dapat sekarang ini seperti sebuah rumah di Ampang dan jam tangan jenama Chopard sudah memadai," katanya
@: eheh yeke memadai, tipu lah mesti nak yang lebih lagi kan? umur bukan pengukur janji poket tebal..ahah
09:17

Anang Sudah Ada Pengganti Krisdayanti, Bakal Nikah Tahun Depan

Hidup sorang2 memang tak sonok, sunyi sebab tu lepas bercerai dengan penyanyi Krisdayanti, komposer dan penyanyi Anang Hermansyah berhasrat untuk mempunyai teman hidup semula. Dia memberitahu akan berkahwin pada bulan Ramadan tahun depan.


“Insya-Allah, Ramadan tahun depan iaitu pada bulan Ogos, saya akan bernikah dan mempunyai pasangan hidup semula. Tapi saya belum tahu dengan siapa,”.
“Ya saya memang mensasarkan untuk nikah secepatnya. Saya sudah tua, saya mahu sebuah keluarga yang sempurna dan dapat menjaga anak-anak saya dengan baik.
bekas isterinya, Krisdayanti akan bekahwin dengan jutawan Timor Leste, Raul Lamos dalam masa terdekat ini.
@: baek2 jage isteri jangan sampai pisang berbuah 2 kali sudey

December 10, 2010

17:41

(GAMBAR) Neelofa, Juara Dewi Remaja 2010 Hot Lagi Seksi!

Kalau dulu me slalu tompang bace magazine Remaja mysis, maklumlah nk jimat duit uhuh. tapi arge majalah skang dah makin naik pages pula makin nipis. so nak mudah bace online je lah. 

majalah Remaja memang pemes gan pertandigan Dewi Remaja mula dari tahun bila tak ingat pula, Hero Remaja pun ada juge. Untuk tahun ni  Neelofa menjadi juara Dewi Remaja 2010, tahniah diucapkan. Neelofa ini orang Kelantan, sebelum bertanding dalam Dewi Remaja 2010, Neelofa sememangnya adalah seorang model. cara die posing depan camera pun dah macam pro.

gambar neelofa juara dewi remaja 2010

gambar neelofa juara dewi remaja 2010

gambar neelofa juara dewi remaja 2010

gambar neelofa juara dewi remaja 2010

gambar neelofa juara dewi remaja 2010 

@: muke Neelofa macam kebanyakan tapi die ada bakat
17:11

Kutipan Filem Ngangkung RM 10 Juta Hebatnya! | Review Ngangkung

Ramai yang kata filem Ngangkung ni best, tapi me sendiri tak sempat nak tengok lagi. sebab tu tak heranlah filem Ngangkung hampir mencecah kutipan RM10 juta kata David Teo. hebatkan, first time kut filem tempatan mendapat kutipan sebanyak ni.

filem ngankung


Review Filem Ngangkung

Pengarah Ngangkung, memulakan babak filem ini dengan adegan saspen di sebuah tanah perkuburan terpencil, dimana tok bomoh bersama Taznim (Azad Jasmin) & Wan (Angah Raja Lawak) sedang membaca mentera untuk memanggil semangat perigi buta.

Adegan tersebut walaupun pendek, lakonan Angah sebagai Wan yang terketar-ketar ketakutan meleraikan ketawa seluruh pawagam apabila hantu perigi buta tersebut bermain-main dengan puting dia. Iya’lah, Angah kan boleh tahan debab badan’nya.

Filem komedi seram ini dijayakan lagi dengan kemunculan Lan Pet Pet sebagai pendeta, tetapi Wan & Taznim berjaya mengajak Azim untuk berjumpa dengan pendeta tersebut. Nak dijadikan cerita, selepas pendeta tersebut berjaya mendapatkan nombor daripada hantu, sebaik sahaja pendeta cakap ‘pergi’, hantu tersebut bersama Wan, Taznim & Azim turut hilang bersama. Itu’lah permulaan cerita di mana mereka bertiga diganggu & diekori hantu tersebut.

Ngangkung bukan sekadar komedi seram murahan, banyak mesej yang dihantarkan kepada penonton sepanjang tayangan 120 minit ini. Antara’nya babak selingan seorang gadis & sugar daddy yang ingin mengugurkan kandungan’nya, watak doktor lakonan Azlee Senario memberikan banyak implikasi kepada penonton, di mana Azlee menggunakan aparatus-aparatus tajam & bergerigi ketika menerangkan prosedur penguguran anak kepada pasangan tersebut. Kami pun rasa seram dan kejam apabila diterangkan begitu.

Lagi satu, dialog sinis antara doktor & Taznim. Ketika Taznim lengkap berhelmet keluar daripada kedai nombor ekor, dia ditegur oleh doktor. Doktor ketika itu bercerita hobi memburu, tanpa menggunakan ayat teguran secara terus, menggunakan ungkapan yang amat sinis bunyinya, seperti “tembak biar kena badannya, bukan ekornya, sebab ekor boleh bergerak-gerak,” sambil ibu jari menunjuk ke arah papan tanda kedai nombor ekor.

Pendek kata, filem Ngangkung berjaya menghiburkan penonton, dalam masa yang sama mesej-mesej penting sampai kepada penonton.

sumber: ohbulan

@: sape nak blanje me tengok filem ni angkt tangan

December 9, 2010

19:39

Award Bombastic Blog

ahah akhirnye bejaya gak me wat tag dari cik tengku izzah farahana. dah lama juga lah me kena tagged ni skang baru free sikit nak wat heee..

contest ni datangnya dari blog mencariisteri, terus teingat lagu wali band-cari jodoh eheh..me nak join, korang pun jangan lupa join taw! caranya mudah je



♥Jadi follower blog USTAZ |dah wat| 


♥Copy pic kat ats ni n linkkan |dah juge|

♥Kemudian tag 3 kwan...|iman, nora, sayapmalam| eheh

ok shiap!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us