Breaking

Showing posts with label tips kecantikan artis. Show all posts
Showing posts with label tips kecantikan artis. Show all posts

June 17, 2012

15:26

Adira Suntik Vitamin C Setiap Bulan? Hanya RM300 untuk Kulit Putih Gebu!

Benarkah Adira Suntik Vitamin C Setiap Bulan?


Jika anda perhatikan, penampilan seseorang artis itu pastinya nampak berbeza di awal kemunculan sehinggalah ke gaya terkini. Ianya terjadi bukan saja kepada artis wanita tetapi turut mengheret artis lelaki juga.

Gosip di Portal Murai mula tersebar apabila mendapat tahu, naib johan Akademi Fantasia 8 (AF8), Siti Adira Suhaimi atau Adira telah membelanjakan lebih RM300 sebulan semata-mata untuk cantik.
Dengarnya, setiap bulan Adira akan mengambil suntikan vitamin C untuk mengekalkan kulitnya agar sentiasa putih dan licin.

Ohhh...patutlah kulit Adira semakin putih melepak. Berbeza sekali ketika dia menyertai AF8.
Apapun, tidak kisahlah sebagai artis atau pun tidak, kecantikan perlu dijaga bukanlah untuk menunjukkan tetapi lebih kepada ketenangan hati.

@: tak kisah lah duit berkepuk2 mesti kecantikan mau jaga. dah nama pun artis. perempuan mana yang tak mahu nampak cantik. normal lah kan

June 19, 2011

08:06

Tip Kecantikan dari Sarimah Ibrahim

morning olls, pepagi lagi dah wat entry tips kann. eheh kali ni Sarimah pulek nak kongsi tips kecantikan jum teruskan bacer...
Pengacara The Biggest Loser, Sarimah Ibrahim berkongsi tip kecantikan di bengkel anjuran majalah Shape dengan kerjasama True Fitness, Sunway Giza, Kota Damansara, Sabtu.
“Saya suka makan nasi lebih-lebih dengan lauk ayam madu. Tetapi saya mengamalkan makan nasi selang sehari.“Selain itu, kurangkan makan di luar kerana kebiasaannya makanan di luar terlebih minyak. Jika makan nasi beriani, elakkan ambil lauk yang bersantan sebaliknya pilih yang bergoreng. Minuman pula, saya pilih air milo tanpa gula,” katanya semasa berkongsi tip tersebut.
Wanita kacukan Irish-Melayu ini juga melakukan senaman pilates untuk menguatkan otot-otot yang lemah serta menggunakan mesin senaman.
“Apabila mencuba pakaian yang direka oleh pereka fesyen, saya selalu berhadapan dengan masalah badan. Jadi, saya perlu selalu bersenam untuk mengekalkan kecantikan badan dan tidak mendatangkan masalah kepada pereka fesyen,” ujarnya.
Sebagai tambahan, Sarimah turut mengambil suplemen seperti vitamin B dan pil minyak ikan yang mendatangkan faedah kepada kulit.
Tip tambahan lain termasuklah makan banyak makanan berprotein, seimbangkan makanan berkarbohidrat untuk mengurangkan kadar gula dalam badan dan makan selepas bersenam.
@: tu ajork yer, kekadang tips ni kalo nak cakap tu memang senang, nak buat tu yang addoii
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us