Breaking

Showing posts with label suami irma hasmie. Show all posts
Showing posts with label suami irma hasmie. Show all posts

August 24, 2012

15:56

Redza Syah Bakal Jadi Pengacara TV Bersama Irma

Redza Syah Bakal Jadi Pengacara TV Bersama Irma. Personaliti yang dimiliki suami kepada aktres Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, nampaknya cukup disenangi peminat isterinya.
Malah, penampilan Redza yang sangat ramah setiap kali menemani isterinya di beberapa majlis tertentu sangat bersesuaian dengan gelaran sebagai suami kepada selebriti popular tempatan.
Jadi, tidak hairan ramai tertarik dan ada segelintir pihak berpendapat Redza sesuai jadi pengacara TV bersama isterinya sepertimana pasangan popular Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya, Ustaz Wan Akashah menerusi program Semanis Kurma di TV9.

Redza Syah Sedia Jadi Pengacara TV Jika Irma Izinkan



Menjawab persoalan ini, Redza yang lemah lembut tutur bicaranya menjelaskan berkemungkinan dia akan mempertimbangkan untuk menerima tawaran tersebut seandainya benar ada pihak menawarkannya.
"Saya harap, jangan ada pihak salah faham dengan penampilan saya bersama isteri di beberapa majlis tertentu. Saya bukannya mengambil kesempatan atau menumpang dirinya. Apa yang anda lihat ini adalah diri saya yang sebenarnya. Saya memang suka berbual dan melayan orang.

"Sebenarnya, saya mahu orang lebih senang mendekati saya. Tidak mahu ada rasa kekok nanti. Insya-Allah, andai kata tawaran berkenaan datang, saya tidak kisah dan mungkin akan menerimanya.
"Itupun kalau isteri saya izinkan. Apapun, saya lebih senang menemani Irma kerana risau kesihatannya yang sedang hamil di peringkat awal," katanya 
Dalam pada itu, Irma berseloroh mengatakan bahawa keputusan tawaran ini terletak pada suaminya kerana suami adalah individu yang berhak menentukan keputusan bukannya isteri.
"Eh, apa pulak? Awak tu suami, awaklah yang menentukannya. Bukannya saya," ujar Irma kepada suaminya sambil ketawa.

Sementara itu, mengulas tentang kontrovesi yang berlaku melibatkannya diri itu, Redza hanya mampu tersenyum dan menjawab pertanyaan berkenaan dengan seikhlas hati.
"Terus-terang, saya tidak rasa tertekan dengan kontroversi yang berlaku sewaktu kami berbulan madu baru-baru ini. Saya hadapinya dengan normal saja. Saya hanya mampu melahirkan senyuman saja.
"Saya pun tidak boleh mengharap semua orang suka pada kita. Perkara negatif yang berlaku itu adalah dugaan dari Allah. Ia juga tanda Allah sayang kepada kita. Saya hanya bersikap positif dan ia langsung tidak mendatangkan masalah.
"Lagi pun, dari awal lagi, saya sudah berterus-terang dengan Irma mengenai status saya. Ia adalah ujian untuk kami. Saya pun tidak mahu salahkan mana-mana pihak kerana mereka pun melaksanakan tugasan mereka," jelas Redza.

Sebelum mengakhiri perbualan, Redza sempat memberitahu, peristiwa tersebut menimbulkan kerisauan dirinya terhadap keluarga dari kedua-dua belah pihak.
"Kami berserah segalanya kepada Allah S.W.T. Kami tidak tertekan tetapi cuma risaukan keluarga kedua-dua belah pihak. Namun, selepas kami jelaskan segalanya, Alhamdulillah mereka semuanya faham. Mereka siap berpesan kepada kami, jangan dilayan dengan berita sebegini," ujarnya tanpa henti tersenyum.

July 13, 2012

14:18

Ibu Irma Hasmie Nafi Status Duda Menantunya, Redza Syah Azmeer





Daripada sumber asal Forum Cari, suami Irma yang bernama Redza Syah Azmeer atau lebih mudah dipanggil Redza didakwa pernah berkahwin pada awal Januari 2010.
Namun, perkahwinannya itu hanya bertahan dalam masa yang singkat saja sehinggalah dia berjumpa dengan Irma sewaktu pasangan ini menunaikan umrah pada Februari lalu.

Sebelum itu, persoalan ini pernah ditanyakan pihak media sewaktu Irma mengikat tali pertunangan pada Mac lepas. Ketika majlis pertunangan itu, ibu kandung Irma pernah menafikan status menantunya itu yang dikatakan seorang duda berhias.
Dalam sesi soal jawab itu, ibu Irma difahamkan enggan mengulas lanjut mengenai soalan ini dan tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi.
Malah, ibu Irma disifatkan tidak mahu mengambil tahu dalam hal ini serta mahu anaknya bahagia.


Admin juga amat menghargai komen para pembaca yang mengatakan GAMBAR KAHWIN REDZA SYAH AZMEER DAN FARAH DIANA ADALAH MODEL PENGANTIN? mungkin ada juga betulnya kerana gambar berkenaan berlatar belakangkan studio.


July 11, 2012

14:46

Gambar Kahwin Redza Syah Azmeer Dan Farah Diana Adalah Model Pengantin?

Gambar Kahwin Redza Syah Azmeer Dan Farah Diana Adalah Model Pengantin? Bagi menjawab komen para pembaca dalam entry PANAS!! GAMBAR Bekas Isteri Redza Syah Azmeer, Suami Irma Hasmie, ada  yang memberi komen bahawa gambar itu diambil untuk model pengantin. Sebenarnya ada lagi beberapa keping gambar yang belum di share iaitu gambar pelamin kahwin dan korang boleh usya sendiri di blog www.dndbeautyhousue.wordpress.com dimana adminnya sendiri menulis entry bertajuk 'REDZA SYAH AZMEER & FARAH DIANALOKASI MAJLIS PERKAHWINAN DI LEMBAH JAYA SELATAN, AMPANG

Blog Rotikaya.com juga ada menulis "Redza Syah Azmeer pernah berkahwin awal tahun 2010 yang lalu tetapi tidak kekal lama".

Apa pun, ini adalah kisah lama beliau, dan sekarang beliau dah pun membina kehidupan bahagia bersama Irma Hasmie. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, kita sama-sama doakan Irma Hasmie bahagia bersama suaminya. Selepas ini, admin dengan rasminya akan menutup buku berkenaan isu ini. Sekian...


DSC08574DSC08565DSC08564DSC08559DSC08558


July 8, 2012

16:41

PANAS!! GAMBAR Bekas Isteri Redza Syah Azmeer, Suami Irma Hasmie

Suami Irma hasmie Duda. Redza Syah Azmeer dikhabarkan pernah berkahwin awal tahun 2010 yang lalu tetapi tidak kekal lama. Bekas isteri Redza Syah Azmeer, bernama Farah Diana kini sudah pun mempunyai kehidupan sendiri. Redza juga sudah membuka lembaran baru dalam hidupnya bersama pilihan hati Irma Hasmie. harap jodoh mereka akan berkekalan.
PANAS!! GAMBAR Bekas Isteri Redza Syah Azmeer, Suami Irma Hasmie. Gambar ini diambil sewaktu majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Lembah jaya Selatan, Ampang.
DSC08612DSC08598DSC08597DSC08595DSC08587DSC08619

kredit gambar: dndbeautyhouse.com

March 25, 2012

11:08

GAMBAR Majlis Pertunangan Irma Hasmie Dan Rezza


gambar pertunangan irma hasmie 
Pelakon, Irma Hasmie selamat bertunang dengan ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumahnya yang terletak di Desa Coafiled, Sungai Buloh, sekitar jam 4.15 petang tadi.

Dalam majlis yang serba ringkas itu, Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh Datin Azizah Osman iaitu ibu kepada Reza.

Selain sebentuk cincin, Irma turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah,persalinan dan set mandian.

Pihak perempuan turut berbalas hantaran sebanyak sembilan dulang seperti set mandian, persalinan, manisan, kek, sejadah, pencukur, buku-buku keagamaan dan sireh junjung.

Irma dijangka bakal menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai 2012.

Majlis pertunangan itu telah dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak selain rakan-rakan artis seperti Wardina dan Anne Ngasri.
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
Memang sama cantik sama padan kedua-duanya. Lagi 28 gambar sekitar majlis pertunangan Irma Hasmie dan Rezza dengan membaca entri ini sepenuhnya. Jangan lupa untuk LIKE Facebook The Kliker Wedding & Portraiture Photography sebagai tanda terima kasih.
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmiegambar pertunangan irma hasmiegambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
gambar pertunangan irma hasmie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us